Sunteți pe pagina 1din 27

TUGASAN 1

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini
dalam tempoh masa yang ditetapkan . Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak .

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu
saya sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini . Pertama sekali kepada Puan
Hajah Norasikin Binti Ismail kerana beliau telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada saya .

Seterusnya , terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan
dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan . Terima kasih yang tidak
terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan .

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan projek masing-masing . Bantuan mereka dari segi informasi terkini
mengenai tugasan kerja kursus amat saya hargai . Budi mereka yang sanggup meluangkan
masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan .

Akhir sekali , terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya dijalankan .

Sekian , terima kasih .


1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP KAUB

Menurut Kamus Pelajar, berdikari boleh didefinisikan sebagai berdiri atas kaki sendiri,
tidak bergantung pada bantuan orang lain. Berdikari menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
ialah berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain untuk menolongnya belajar
hidup. Kesimpulannya, berdikari boleh didefinisikan sebagai kemampuan seseorang untuk
hidup tanpa dibantu oleh orang lain dalam menjalani kehidupan hariannya.

Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) amat penting dalam kehidupan seseorang
termasuklah murid masalah pembelajaran. Kemahiran Asas Untuk Berdikari bermatlamat
melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan
mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif , inovatif , inisiatif, produktif dan boleh
berinteraksi dengan baik.

KAUB ini mempunyai dua kemahiran iaitu kemahiran urus diri dan kemahiran pra-
konvensional. Kemahiran urus diri memberi fokus kepada perkembangan sosial, hidup
berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumahtangga
manakala kemahiran pra-konvensional membolehkan murid mengenalpasti bentuk
kemahiran hidup, pravokasional dan asas vokasional yang sesuai dengan tahap kefungsian
atau keupayaan mereka.

Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan


serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Dalam
konteks Pendidikan Khas khususnya murid-murid bermasalah pembelajaran, pengajaran
Kemahiran asas Untuk Berdikari perlu diberikan kepada mereka sebagaimana murid-murid
normal yang lain. Konsep yang baik ini perlu diterapkan dan dilaksanakan dengan
sebaiknya demi masa depan murid-murid khas tersebut.
1.2 KEPENTINGAN KAUB DALAM KEMAHIRAN PERKEBUNAN

Secara umumnya, KAUB mempunyai banyak kepentingan dan kebaikan untuk murid
bermasalah pembelajaran. Sudah tentu kepentingan atau kebaikan yang umum KAUB ialah
membantu murid-murid ini dapat hidup dan menguruskan kehidupan harian mereka tanpa
mengharapkan bantuan daripada ibu bapa, guru dan orang di sekeliling mereka.

Kemahiran berkebun tergolong dalam kemahiran pra-konvensional bersama-sama


kemahiran masakan, jahitan, pertukangan, mendobi dan kemahiran pemeliharaan haiwan.
Kemahiran berkebun amat penting bagi murid-murid masalah pembelajaran kerana
berkebun boleh dijadikan sebagai medium untuk mereka mencari rezeki bagi menguruskan
hidup mereka apabila dewasa kelak.

Kemahiran berkebun mempunyai banyak kepentingan kebaikan untuk murid-murid


berkeperluan khas. Antaranya ialah murid dapat mengenal pasti dan mengguna alat
perkebunan. Apabila sudah dapat mengenali alat-alat perkebunan ini, hal ini membantu
mereka mengelakkan daripada menyalahgunakan peralatan tersebut serta dapat
menggunakan peralatan dengan selamat.

Selain itu, kemahiran ini dapat mengajar murid-murid pendidikan khas mengamalkan
kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya dan persekitaran. Hal ini dapat dibuktikan
apabila murid-murid ini menjalankan proses perkebunan seperti menanam, guru akan
memastikan bahawa muridnya memakai sarung tangan atau ‘glove’ bagi menjaga
kebersihan dan keselamatan murid tersebut. Hal ini secara tidak langsung mengajar murid
tersebut tentang penjagaan kebersihan diri.

Seterusnya, kemahiran perkebunan dapat mengajar murid-murid ini akan kepentingan


alam sekitar dalam hidup mereka. Mereka akan lebih menghargai alam sekitar dan secara
tidak langsung akan terbit perasaan dalam diri mereka untuk menjaga dan melindungi alam
sekitar daripada musnah.
Bukan itu sahaja, kemahiran ini juga dapat membantu mereka mencari rezeki. Apabila
dewasa, sesudah mereka menguasai kemahiran ini, mereka mungkin boleh mengusahakan
tanaman seterusnya menjual hasil tanaman tersebut. Murid-murid ini juga dapat
meningkatkan lagi kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Aktiviti ini mampu
merangsang deria terutama sentuhan dan bau. Mereka mampu mengenali apa itu kasar,
lembut, busuk dan cantik. Ini adalah pembelajaran secara semulajadi yang tiada nilai
harganya. Melalui sentuhan juga dapat membantu mereka berasa tenang.

Akhir sekali, berkebun mempunyai banyak kebaikan untuk kanak-kanak berkeperluan


khas ini. Bukan berkebun sahaja, malah semua kemahiran yang terdapat dalam KAUB ini
mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang dapat membantu murid-murid tersebut
menjalani hidup seperti manusia normal yang lain.
2.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI
PERKEBUNAN

Keselamatan diri amat penting ketika menjalankan sesuatu kerja. Ini juga termasuklah
keselamatan diri murid pendidikan khas apabila melakukan aktiviti perkebunan. Guru
mempunyai peranan yang penting bagi memastikan murid-murid ini dapat menjaga
keselamatan diri mereka daripada mengalami sesuatu yang tidak diinginkan. Banyak
langkah keselamatan semasa berkebun yang perlu diikuti oleh murid dan juga guru yang
terlibat dalam aktiviti tersebut.

Pertama sekali ialah guru harus menyampaikan pengajaran tentang langkah-langkah


keselamatan diri semasa berkebun. Guru harus memastikan bahawa murid sudah diberitahu
atau diajar tentang keselamatan semasa berkebun sebelum memulakan aktiviti tersebut.
Langkah ini dapat memberi kesedaran kepada murid bahawa keselamatan amat penting
ketika berkebun walaupun aktiviti berkebun dilihat sebagai aktiviti yang mudah dan tidak
memberi kemudaratan kepada diri mereka.

Seterusnya, pemakaian amat penting bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.
Semasa berkebun, amat penting bagi murid dan juga guru memakai pakaian yang sesuai
yang telah ditetapkan seperti baju T’shirt dan seluar panjang, memakai kasut sukan atau but
getah serta berstokin, memakai sarung tangan dan juga memakai topi bulat. Memakai kasut
but dan sarung tangan amat penting iaitu dapat menghindarkan murid daripada mengalami
kecederaan seperti terpijak atau tersentuh benda yang tajam. Memakai sarung tangan juga
mampu mengelakkan murid daripada terkena jangkitan kuman apabila memegang tanah.
Langkah seterusnya ialah guru harus memastikan bahawa murid menjalankan aktiviti
perkebunan bersama guru. Guru harus memantau setiap perkara yang dilakukan oleh
murid mereka sepanjang aktiviti berkebun dijalankan bagi mengelakkan murid melakukan
perkara-perkara yang dapat membahayakan diri mereka. Guru tidak boleh terlalu yakin
bahawa setiap murid dapat menjaga keselamatan diri mereka sendiri tanpa pemantauan
oleh guru. Oleh sebab itu, setiap kali aktiviti perkebunan sedang dijalankan, guru perlu
sentiasa bersama murid mereka.

Bukan itu sahaja, semasa berkebun, setiap arahan guru harus diikuti oleh murid. Murid
tidak boleh melakukan perkara yang tidak disuruh oleh guru. Selain itu, Menggunakan
perlatan yang betul dan sesuai semasa berkebun, contohnya, menggunakan pencakar
tangan untuk mengempur tanah dan memecahkan tanah. Penggunaan barangan yang
rosak tidak digalakkan dan perlu dielakkan. Perkara ini amat penting untuk mengelakkan
daripada berlakunya kemalangan. Bermain serta berlari-lari dalam kawasan kebun juga
amat dilarang.

Selepas siap menjalankan aktiviti perkebunan, peralatan yang kotor harus dibersihkan
sebelum disimpan di dalam stor supaya peralatan tersebut boleh bertahan lama dan
memudahkan orang lain yang ingin menggunakannya pada masa akan datang. Selepas
mencuci peralatan tersebut, alat-alat itu perlu disimpan di dalam stor dan disusun mengikut
tempat yang telah ditetapkan.
Sebelum beredar dari kebun, pastikan kebun tersebut dibersihkan dan berada dalam
keadaan yang selamat daripada benda-benda yang tajam dan berbahaya seperti sudip,
cangkul, cakar tangan dan sebagainya. Selepas itu, murid harus membersihkan tangan
mereka sehingga bersih dengan menggunakan sabun. Langkah ini dapat mengelakkan
murid daripada terkena penyakit.

Akhir sekali, guru harus memastikan murid mereka mematuhi peraturan ketika berkebun
demi menjaga keselamatan mereka daripada berlakunya sebarang kemalangan. Bukan
murid sahaja perlu mematuhi peraturan ini malah guru juga perlu mengikutinya kerana guru
adalah ‘role model’ kepada murid. Oleh sebab itu, guru harus menunjukkan sikap dan
contoh yang baik kepada murid supaya murid dapat menjadikan guru sebagai contoh yang
terbaik untuk mereka.
3.0 KEMAHIRAN BERKEBUN DAN ANALISIS TUGASAN

3.1 PEMILIHAN TAPAK DAN BAHAN TANAMAN

Pemilihan tapak semestinya menjadi antara perkara yang terpenting untuk menanam
tanaman kerana pemilihan tapak ini adalah asas kepada pertumbuhan tanaman yang sihat
serta produktif. Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh itu
pemuliharaan tanah perlu dilakukan untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah
keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan.
Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:

i. Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses
luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.

ii. Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang
bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asidsulfat kurang subur dan
tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksikan aluminium, ferum dan
mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti
kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.

iii. Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila
basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.

Iv. Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah bris mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman. Tanah
ini tidak mempunyai struktur dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah
antara 4.3 hingga 5.8.

Tanah bris
Bahan tanaman atau medium tanaman juga amat penting untuk memastikan tanaman
hidup sihat. Medium tanaman perlu dicampur mengikut nisbah yang sesuai untuk setiap
pokok yang ditanam. Tujuannya adalah seperti berikut :

i. memudahkan pertumbuhan akar bagi pembesaran pokok.


ii. membekalkan nutrien secukupnya dan seimbang bagi keperluan pokok.
iii. mengekalkan air atau kelembapan secukupnya untuk pertumbuhan pokok.
iv. memastikan pokok tumbuh menegak dan subur sentiasa.

Di antara medium tanaman yang biasa digunakan ialah medium berasaskan tanah seperti
tanah gembur atau peroi (loam), tanah gambut (peat), pasir sungai dan bahan organik reput
seperti najis ayam. Setiap pokok memerlukan campuran medium yang berlainan bagi
memastikan ia hidup subur seperti di alam semula jadinya.

Tanah Tanah gambut

Bahan Pasir
3.2 PROSES MENANAM

Bagi penanaman dalam pasu, gunakan pasu yang mempunyai lubang manakala pasu
yang tidak berlubang hanya sesuai untuk tumbuhan akuatik seperti melati air dan cattail.
Sebelum mula menanam masukkan serpihan pasu atau batu untuk mengelak campuran
tanah terkeluar selain mengelakkan air mengalir deras seterusnya membawa keluar tanah.
Kemudian masukkan tanah campuran satu pertiga pasu.

Selepas itu potong bahagian bawah polibeg yang menjadi tempat semaian pokok dan
tanam dalam pasu. Semasa mengangkat anak benih, kita seharusnya tidak hanya
memegang batang tetapi perlu juga memegang bebola akarnya. Akar yang terlalu banyak
boleh dipotong bagi mengelakkan sistem akar bergelung dan terikat sesama sendiri. Timbus
tanah campuran untuk menutup akar pokok dan sedia untuk menghias laman.

Gunakan air bagi memadatkan tanah dan bukan dengan cara memijak tanah bagi
mengelakkan tanah terlebih mampat dan untuk memberikan ruang untuk akar
bergerak.Sebagai tambahan, kaedah menggunakan pasu boleh digunakan untuk semua
jenis pokok mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing.
3.3 PROSES PENJAGAAN

Penjagaan tanaman yang sudah ditanam amat penting bagi memastikan tanaman
tumbuh dengan sempurna dan sihat. Perkara terpenting bagi tanaman ialah air, cahaya
matahari dan juga baja.

Tanaman memerlukan penjagaan seperti berikut;

a) Membekalkan lembapan dengan semburan yang halus.


b) Penyiraman adalah perlu dan hendaklah dilakukan pada kadar yang mencukupi.
Bagi pokok yang baru ditanam, penyiraman dilakukan 2 kali sehari pada waktu pagi
dan petang.
c) Merumpai perlu dilakukan bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya
matahari. Ia juga boleh mengelakkan daripada menjadi habitat kepada serangga dan
penyakit. Kerja-kerja merumpai perlu dilakukan secara berterusan.
d) Penggemburan dilakukan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi
menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur.

Kepentingan Perlindungan, Air dan Siraman

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan pokok. Ia diperlukan
sebagai medium bagi pengaliran nutrien dan garam galian dari dalam medium tanaman. Air
juga diperlukan dalam proses transpirasi

a) Tanaman diberikan perlindungan, air dan siraman bagi memastikan peratus


pertumbuhan yang maksimum.
b) Kerja-kerja menyiram dilakukan 2 kali sehari.
c) Air penting untuk melarutkan nutrien supaya mudah diserap oleh akar tumbuhan.
d) Teknik penyiraman yang biasa digunakan ialah bekas menyiram bermuncung halus
atau sistem pemercik air.
PEMBAJAAN

Selain medium tanaman yang sesuai, air dan cahaya yang mencukupi, pokok juga
mempunyai pembajaan yang sempurna dan selesa untuk pembesarannya

a) Membaja dilakukan untuk membekalkan tanaman dengan nutrient yang lengkap dan
mencukupi.
b) Dua jenis baja digunakan iaitu baja organik dan baja kimia.

Membaja dilakukan 2-3 minggu sekali dengan kadar yang disyorkan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup


:
Kelas : Tahun 4
Tarikh : 05 OGOS 2015
Masa : 11.20 pagi – 12.20 pagi
Bilangan Murid 11
:
Tajuk : Tanaman Sayuran
Subtajuk : a) Penyediaan tapak

Objektif Pembelajaran 1. Murid dapat menyatakan tiga daripada lima peralatan


: pertanian secara lisan.
2. Murid dapat menyatakan tiga daripada lima tapak
semaian.
Penerapan Nilai Murni Keberanian, kebebasan, hormat- menghormati, kesabaran,
: berdikari, kerjasama, keselamatan, berhati- hati, kebersihan
Kemahiran Berfikir : Menganalisis, menilai, penyelesaian masalah, membuat
urutan, mereka cipta, membuat keputusan, menghubung kait
Bahan Bantu Mengajar Komputer riba, alatan tangan pertanian, bekas semaian,
: lembaran kerja,kertas A4
Penyerapan Ilmu : Bahasa Melayu, Pendidikan seni Visual
Strategi Pengajaran : Mediatif, berpusatkan murid, demonstrasi, bacaan kuat,
perbincangan, berpusatkan guru
Langkah / Isi Pengajaran Aktiviti PdP Catatan
Masa
Set Induksi Tumbuh- tumbuhan 1. Murid melihat ABM :
Tumbuh-
(5 minit) tumbuhan yang dibawa
tumbuhan
Soalan : oleh guru.
Kemahiran
Bagaimanakah 2. Murid disoal oleh guru
Berfikir :
tumbuhan ini terhasil? tentang tumbuhan yang Menganalisis
Menilai
Jangkaan jawapan: dibawa oleh guru.
Melalui penanaman 3. Guru menerangkan Nilai :
Keberanian
tajuk pembelajaran
Kebebasan
yang akan berlaku.
Strategi :
Mediatif
Langkah 1 Tayangan Slaid 1. Guru menyediakan ABM :
Komputer riba
(15 minit) alatan tangan
Bacaan Kuat pertanian. Nilai :
Hormat-
2. Murid melihat tayangan
menghormati
slaid berkaitan fungsi Kesabaran
Berdikari
alatan tangan.
Kebebasan
3. Murid dipilih oleh guru
Kemahiran
untuk membaca kuat
Berfikir :
tayangan slaid. Menilai
Menganalisis
4. Murid mendengar
penerangan guru Ilmu :
Bahasa Melayu
berkaitan langkah
keselamatan semasa Strategi :
Mediatif
menggunakan alatan
Berpusatkan
tangan. murid
Bacaan kuat
Penilaian :
Murid dapat menyatakan
tiga daripada lima
peralatan pertanian secara
lisan.
Langkah 2 Tapak Semaian 1. Guru menyediakan ABM :
Tapak semaian
(20 minit) bekas semaian
2. Murid mendengar Nilai :
Hormat-
penerangan guru menghormati
dengan jelas sambil Kebebasan
guru menunjukkan
Kemahiran
bekas semaian. Berfikir :
Menilai
3. Murid diminta
Menganalisis
menyatakan bekas
Strategi :
semaian yang sesuai.
Mediatif
4. Murid menyatakan Berpusatkan
murid
sekurang-kurangnya
Bacaan kuat
tiga bekas semaian.
Pengukuhan Lembaran kerja 1. Murid diberi lembaran ABM :
Lembaran kerja
kerja berkaitan jenis
(10 minit) peralatan perkebunan. Kemahiran
berfikir :
2. Murid diminta mengisi
Penyelesaian
lembaran kerja yang masalah
diberikan.
Strategi :
3. Guru berbincang Berpusatkan
bahan
jawapan dengan murid-
Perbincangan
murid.
Penutup Penutup sosial Murid diminta melukis ABM :
Kertas A4
lukisan yang bertajuk ‘
(10 minit) Bunga Kesukaan Ku ’ Kemahiran
berfikir :
Mereka cipta
Membuat
rumusan

Nilai :
Penutup kognitif Murid dibimbing oleh guru Kerjasama
Kasih sayang
untuk membuat rumusan
Keselamatan
tentang pembelajaran
Ilmu:
yang berlaku.
Pendidikan Seni
Visual

Strategi:
Mediatif
Berpusatkan
murid
REFLEKSI KENDIRI :

1. Sebelum PdP : Murid- murid tiba ke bengkel KH tepat pada waktu dan beratur di
hadapan bengkel sebelum dibenarkan masuk ke dalam bengkel. Murid- murid juga
dapat mematuhi peraturan bengkel untuk mengelakkan kecelakaan. Murid- murid
dapat mengambil peralatan yang betul mengikut keadaan dan menggunakan dengan
teknik yang betul. Murid- murid memulangkan barangan yang telah diambil ke tempat
asal setelah digunakan.

2. Selepas PdP :
5.0 PROJEK TAMAN MINI

5.1 LAKARAN
5.2 PROSES PEMBINAAN TAMAN MINI

1.Langkah pertama dalam pembinaan taman mini ialah memilih tempat yang sesuai.

2. Tempat yang dipilih itu dibersihkan terlebih dahulu

3. Tayar yang ingin dijadikan tempat meletak tanaman dicat terlebih dahulu supaya kelihatan
lebih cantik dan kemas.

4. Tayar yang dicat dijemur sehingga kering

5. Apabila tayar sudah kering, tayar ditebuk beberapa lubang bagi mengelakkan air
bertakung di dalamnya.
6. Tayar disusun mengikut idea yang sudah dirancang.

7. Pokok dan tanaman diletakkan didalam tayar dan disusun mengikut kesesuaian.

8. Menyusun dan meletakkan barang-barang tambahan bagi mencantikkan lagi taman mini
tersebut.
6.0 REFLEKSI

Saya telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Hajah
Norasikin Binti Ismail bagi subjek Kemahiran Asas Untuk Berdikari PKBK 3023. Menerusi
tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu dan juga berkumpulan. Saya
menjayakan tugasan ini dengan penuh harapan yang tinggi untuk berjaya.

Subjek Kemahiran Asas Untuk Berdikari ini sangat membantu saya untuk mengajar
kelak. Ilmu pengetahuan yang saya dapat sangat membantu dalam tugasan yang diberikan
kepada diri saya. Sementara itu, ilmu yang diberikan juga dapat menambahkan
pengetahuan saya . Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan
ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk
dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak
langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai
simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran. Di
samping itu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta
menyeronokkan murid. Oleh itu, peluang dan ruang sepanjang kursus ini dilaksanakan akan
saya manfaatkan sebanyak yang mungkin .

Subjek ini mengajar saya tentang kepenting Kemahiran Asas untuk Berdikari (KAUB)
bagi murid pendidikan khas. Subjek ini membantu murid tersebut untuk cuba hidup tanpa
bergantung kepada ibu bapa, guru dan juga masyarakat di sekeliling mereka. Subjek ini
juga membantu murid supaya berkemahiran seperti kanak-kanak normal lain yang mana
akan membantu mereka untuk mencari pekerjaan apabila dewasa kelak. Bukan itu sahaja,
subjek ini juga membantu saya meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada dalam diri
saya. Semangat kerjasama juga dapat diterapkan dalam diri kami apabila melakukan kerja
berkumpulan seperti proses pembinaan taman mini. Saya juga dapat menerapkan konsep
keusahawanan melalui perkebunan yang mana dapat membantu saya mencari pendapatan
sampingan.

Selain itu , semasa menjalankan tugasan yang diberikan kekuatan saya ialah saya
bersungguh-sungguh apabila melaksanakan tugasan. Saya juga membuat tugasan ini
dengan segera sebaik sahaja tugas ini diberikan tanpa menangguhkannya . Saya yakin
dengan apa yang dibuat. Tanpa Puan siapalah saya untuk menjalankan tugasan yang Puan
berikan ini.
Saya mengharungi pelbagai dugaan semasa menjayakan tugasan ini. Antaranya
ialah banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IPG sedikit sebanyak
mengganggu saya semasa membuat tugasan ini . Seterusnya saya turut mengalami
masalah kesukaran untuk membahagikan masa hal ini demikian kerana pada masa yang
sama terdapat tugasan untuk subjek lain yang perlu saya siapkan dalam waktu terdekat.
Oleh itu, saya mula mengatur tugasan yang perlu saya selesaikan dahulu mengikut urutan
tarikh. Maka dengan itu , saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sistematik. Secara
tidak langsung saya dapat melatih diri saya supaya bijak mengatur masa dan
memanfaatkan masa dengan sebaiknya . Saya juga menghadapi masalah kesihatan ketika
melakukan kerja kursus ini . Namun begitu , perkara tersebut menjadi pembakar semangat
bagi saya untuk lebih berusaha menyiapkan tugasan walau apa pun cabaran yang dihadapi
.

Walau bagaimanapun setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan awal


supaya tidak terburu-buru. Dengan apa yang terjadi pada saya selepas ini akan lebih
mengambil perhatian dan tidak akan membuat tugasan sambil lewa lagi. Sebagai bakal guru
tidak sepatutnya terjadi perkara sebegini kerana seperti sedia maklum seorang pendidik
adalah seorang yang rajin dalam tugasannya dan seorang yang tidak suka menangguhkan
kerja. Tambahan lagi, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti mestilah bersikap berani
untuk tampil ke hadapan dan berhadapan dengan pelbagai karenah murid-murid .

Saya berharap agar tugasan saya telah saya laksanakan ini dapat diterima dengan
baik oleh pensyarah saya. Saya juga berharap agar segala info atau maklumat yang
terkandung dalam tugasan ini mampu memberi manfaat kepada individu atau pihak yang
berkenaan jika ingin membuat kajian dan juga rujukan . Mungkin bukan digunakan sebagai
rujukan utama tetapi setidak-tidaknya dapat menjadi maklumat tambahan. Pelaksanaan
tugasan ini banyak meningkatkan kemhiran saya iaitu,dari segi mencari maklumat, kosa
kata, dan pengolahan bahasa. Justeru itu, sedikit nasihat untuk diri saya dan juga kepada
segenap lapisan masyarakat agar sentiasa berusaha untuk menambahkan pengetahuan
dengan melakukan pembacaan dan pengkajian jika ingin mengetahui sesuatu perkara itu.
Akhir sekali , Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran pada masa akan datang. Semua
tugasan ini saya sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat daripada
Puan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kesayangan saya ini
kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-
rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna
apabila saya menamatkan pengajian nanti . Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari
Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.
TUGASAN 2:
ESEI
Pertanian telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan tamadun,
dengan sebahagian jumlah penduduk yang amat besar mengerjakan pertanian. Elemen
Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan
dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan Edisi Ke-3). Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, usahawan didefinisikan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu
perusahaan, pengusaha, keusahawanan (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan
atau kegiatan dan kemahiran.

Keusahawanan adalah kata terbitan daripada perkataan usahawan. Istilah ini lahir
daripada perkataan usaha yang bermaksud daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan dan lain-
lain perkara untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Bagi ahli ekonomi, usahawan
merupakan individu yang menyatukan faktor-faktor buruh, material dan faktor lain yang
menjadikannya lebih bernilai, dan individu yang membuat perubahan, pembaharuan serta
inovasi. Bagi ahli psikologi pula, usahawan merupakan mereka yang didorong oleh kuasa
tertentu seperti keperluan terhadap sesuatu, untuk mengkaji atau mengelakkan daripada
kongkongan orang lain. Menurut perspektif peniaga, usahawan mungkin merupakan
ancaman atau pesaing tetapi dalam masa yang sama merupakan rakan niaga, pembekal
atau pelanggan kepada peniaga lain dan mungkin seorang yang mencari cara baru untuk
menggunakan sumber secara lebih baik serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Berdasarkan definisi-definisi tersebut bolehlah disimpulkan bahawa keusahawanan


merupakan satu proses mencipta sesuatu yang baru dengan usaha dan masa serta
melibatkan pelbagai risiko kewangan, fizikal dan sosial untuk mendapatkan ganjaran yang
berbentuk kewangan, kepuashatian dan kebebasan. Dalam ekonomi, keusahawanan bukan
sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai
pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat. Perkembangan keusahawanan dan
pertambahan usahawan menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif bagi sesebuah
negara. Inovasi yang terhasil melalui keusahawanan akan memperkembangkan penawaran
dan kepelbagaian dalam ekonomi.

Keusahawanan merupakan bidang strategik yang sentiasa menjadi perhatian dan


sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bagi umat Islam, keusahawanan telah
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam sejak dari zaman
Rasulullah lagi. Keusahawanan atau lebih dikenali dengan perniagaan merupakan bidang
pilihan umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam, malah tidak terkecuali
Rasulullah sendiri.

Dalam membicarakan nilai-nilai keusahawanan, berikut adalah antara contoh nilai


yang perlu diikuti dan diterap dalam diri seseorang:

a. Nilai kepimpinan dan pengurusan yang baik

Kepimpinan dan pengurusan yang baik merupakan nilai yang utama dalam budaya
keusahawanan. Usahawan perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu mengurus
perniagaan dengan baik dan teratur. Nilai-nilai ini seharusnya diamalkan dan dihayati oleh
semua orang serta tidak hanya terhad kepada usahawan sahaja. Ini penting kerana setiap
manusia mempunyai tanggungjawab tersendiri dan perlu mengurus tanggungjawabnya
dengan baik dan teratur.

b. Berani menghadapi risiko

Risiko merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan bidang perniagaan
dan keusahawanan. Tahap risiko inilah yang akan menentukan kadar keuntungan yang
akan diperolehi. Oleh yang demikian, usahawan perlulah bersedia dan berani menghadapi
sebarang kemungkinan dalam perniagaan yang dijalankan.

c. Mengawal halatuju masing-masing

Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan,
perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan
usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi
agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan
menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai
pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi
yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.
d. Memaksimumkan potensi diri

Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini
sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampua
n diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa
membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang
seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk
berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi
dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai
satu peluang yang boleh menguntungkan.

e. Kesediaan untuk merebut peluang

Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendiri oleh


usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkan kekuatan
daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh
masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah
tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan
pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan
perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan
pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada pada diri
sendiri.

Penerapan nilai keusahawanan dalam diri pelajar dapat membantu pelajar berfikiran
kreatif dan kritis. Selalunya pelajar akan didedahkan dengan dunia luar untuk memahami
tentang konsep keusahawanan ini. Untuk mempelajarinya, guru harus mengaitkannya
dengan dunia sebenar supaya murid dapat memahami konsep tersebut dengan lebih jelas
serta boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Penerapan elemen
keusahawanan yang berjaya akan menghasilkan murid yang selain mempunyai sikap dan
pemikiran yang cemerlang, beliau juga boleh mengaplikasi konsep pengetahuan dan
kemahiran pengurusan perniagaan; bukan sahaja dalam situasi kehidupan harian yang
relevan bahkan juga dalam perniagaan mereka.

S-ar putea să vă placă și