Sunteți pe pagina 1din 5

1.

0 Pengenalan

Pentaksiran merujuk istilah umum yang merangkumi pelbagai prosedu untuk memperoleh
maklumat tentang pembelajaran murid dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan
pembelajaran (Miller, Linn & Gronlund, 2009). Dalam langkah untuk mendapat data yang sah dan
boleh dipercayai tentang pencapaian budak, pentaksiran secara individu atau berkumpulan
memerlukan kaedah yang sesuai yang boleh mengukur kekuatan dan kelemahan seseorang
pelajar. Menurut Isahak Haron (2006), Ujian Diagnostik merupakan satu alat pengukuran yang
membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci
yang dihadapi oleh seseorang murid.

Pada 3 Mac 2018, saya telah menjalankan satu ujian diagnostik pengamatan kepada
seorang budak yang dikenali sebagai Responden A yang berumur 6 tahun. Ujian diagnostik telah
diberi kepada responden A selepas makan malam dan dibuat bersama dengan ibunya di ruang
tamu. Ujian diagnostik yang dijalankan oleh responden A telah disemak dan dianalisis, keputusan
ujian diagnostik telah dicatat dalam bentuk jadual seperti yang berikut:

Lampiran / Keputusan
Jumlah
Diagnostik
1 2 3 4 5 6 7 8

Diagnostik 1 I I I I I 0⁄
5
Diagnostik 2 I 0 0 0 3⁄
4
Diagnostik 3 I I I I 0 1⁄
5
Diagnostik 4 I 0 0 0 0 4⁄
5
Diagnostik 5 I 0 0 0 I 0 4⁄
6
Diagnostik 6 0 1⁄
1
Diagnostik 7 0 0 0 0 0 0 0 0 8⁄
8
Total 21⁄
34
Jadual 1: Keputusan Ujian Diagnostik
2.0 Analisis Dapatan

Berdasarkan jadual 1 tentang keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan, kita dapat
melihat kekuatan dan juga kelemahan yang terdapat oleh responden A.

Pada ujian diagnostik 1, kemahiran padanan gambar haiwan telah diuji dan responden
telah dapat menjawab betul 5 daripada 5 soalan yang diberikan. Responden telah dapat
menjawab semua soalan dalam masa yang diberi dan betul. Melalui ujian ini dapat melihat
responden mempunyai kemahiran yang baik dalam mencari bahagian badan yang hilang dengan
betul. Namun dari segi kelurusan garisan, disebabkan pada masa membuat ujian diagnostik tidak
tersedia pembaris, maka responden melukis garisan lurus menggunakan tangan dan dapat dilihat
bahawa responden terdapat masalah dalam melukis garisan lurus. Responden tidak dapat
melukis garisan lurus dengan betul kerana murid terdapat masalah dalam koordinasi tangan dan
motor halus.

Pada ujian diagnostik 2, kemahiran yang diuji adalah diskriminasi yang ganjil. Responden
telah menjawab 3 salah daripada 4 soalan dan soalan terakhir tidak dijawab disebabkan
responden sudah kehabisan masa untuk menjawab soalan. Responden tidak dapat membezakan
saiz gambar yang ditunjuk dan tidak dapat membezakan jenis gambar yang sama. Semasa
menjalankan ujian diagnostik 2 yang mewarnakan gambar yang tidak sama, responden didapati
mengambil masa yang lama untuk mewarnakan gambar dan tidak fokus kepada ujian yang diberi.
Hal ini kerana responden sudah mula tidak berminat untuk menjawab soalan dan selalu ingin
minta telefon bimbit daripada ibunya kerana ingin main dengan gadjetnya. Gangguan daripada
luaran tersebut telah menyebabkan responden tidak dapat menyiapkan ujian dalam masa yang
diberi.

Pada ujian diagnostik 3, kemahiran yang diuji adalah diskriminasi yang sama. Responden
telah menjawab 1 salah daripada 5 soalan. Responden mempunyai kekuatan dalam mengenal
pasti jenis gambar yang sama tetapi juga keliru dengan gambar yang hampir sama

Pada ujian diagnostik 4, kemahiran yang diuji adalah koordinasi mata dan tangan.
Responden telah menjawab 4 salah daripada 5 soalan. Semasa responden menjawab soalan,
responden ingin cepat menghabiskan ujian tersebut kerana ibunya berjanji untuk memberi main
gajet selepas menyiapkan ujian tersebut. Hal ini telah menyebabkan responden tidak fokus pada
soalan dan melukis garisan tanpa menyemak kembali. Dalam diagnostik tersebut, didapati
responden terdapat masalah dalam melukis garisan ikut titik-titik yang disediakan dan akan
terkeluar daripada titik tersebut.
Pada ujian diagnostik 5, kemahiran yang diuji adalah kemahiran ingat kembali.
Responden hanya dapat ingat 2 daripada 6 urutan gambar. Murid didapat tidak dapat mengingat
susunan gambar pada masa yang singkat iaitu 1 minit. Walaupun masa yang diberi adalah 5 minit
tetapi responden hanya menggunakan 1 minit untuk mengingat sahaja. Hal ini kerana responden
berasa sudah dapat mengingat dan ingin menjawab soalan dengan cepat.

Ujian diagnostik 6 menguji kemahiran mencari jalan keluar. Responden tidak dapat
mencari jalan keluar yang betul dan berhenti membuat ujian selepas beberapa kali gagal dalam
mencari jalan keluar. Responden telah berputus asa selepas beberapa kali gagal kerana
responden sudah bosan dengan ujian tersebut dan tidak berminat untuk membuat lagi.

Pada ujian diagnostik 7, kemahiran yang diuji adalah kemahiran mencari objek yang
tersembunyi. Responden telah menjawab 8 salah daripada 8 soalan. Responden tidak dapat
mencari objek yang tersembunyi dalam gambar dan berhenti membuat ujian selepas 3 minit lebih
menjawab ujian. Masa yang diberi untuk menjawab adalah 10 minit tetapi responden sudah tidak
berminat untuk menjawab dan bosan dengan ujian tersebut.

Sebagai rumusan pada ujian diagnostik ini, kekuatan yang ada pada responden A ialah
responden dapat mengenal pasti gambar yang ditunjuk dan membuat pemilihan gambar yang
sesuai seperti padankan gambar kepala dan badan haiwan serta pilih gambar yang sama jenis
iaitu pada diagnostik 1 dan 3. Manakala kelemahan yang terdapat pada responden adalah pada
kemahiran diskriminasi saiz, kemahiran koordinasi mata dan ingatan dan sukar memberi fokus.

3.0 Cadangan Intervensi

Menurut Alice Zellawati (2011), bermain merupakan suatu aktiviti dimana kanak-kanak
dapat melakukan atau mempraktikan keterampilan, memberi ekspresi terhadap pemikiran,
menjadi kreatif, mempersiapkan diri untuk berperan dan berperilaku dewasa. Oleh itu terapi
bermain telah dipilih untuk menjalankan intervensi kepada respondon untuk masalah yang
dihadapi. Intervensi yang boleh dijalankan terhadap kemahiran diskriminasi saiz ialah
permainan menyusun permainan blok. Intervensi menyusun permainan blok yang berlainan saiz
dapat melatih murid lebih peka terhadap perbezaan saiz bentuk yang berlainan dan dapat
mengenal pasti perbezaan antara saiznya.

Dalam masalah koordinasi mata dan tangan pula, intervensi yang boleh diberi adalah
menyambungkan titik iaitu melukis garisan mengikut garisan bertitik. Intervensi menyambungkan
garisan titik dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan semasa melukis garisan mengikut
titik serta dapat menentukan sesuatu jarak dengan betul. Intervensi yang boleh dijalankan untuk
masalah kemahiran ingatan pula adalah boleh membuat permainan flip card. Permainan aktif
sangat penting untuk perkembangan fungsi otot sehingga kemampuan penginderaan anak mulai
meningkat dengan adanya stimulasi-stimulasi yang diterima (Santrock, 2007). Permainan flip
card membolehkan latihan ingatan kanak-kanak dengan mengingati kedudukan gambar dan
mencari gambar yang sama selepas gambar ditutup.

Masalah yang terakhir iaitu masalah tidak dapat fokus terhadap sesuatu juga boleh
menjalankan intervensi iaitu dengan kaedah ganjaran. Menurut Rahil Mahyuddin (2002),
peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya
rangsangan tertentu. Kaedah ganjaran boleh diberi kepada kanak-kanak sebagai peneguhan
semasa memberi fokus dan menghabiskan sesuatu tugasan. Hal ini dapat melatih murid untuk
lebih fokus kepada sesuatu perkara.

4.0 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, intervensi dapat mengubah dan membuka pemikiran, perasaan


dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri (Aslina Binti Ahmad, 2013). Oleh itu, ujian diagnostik harus
dijalankan untuk menganalisis dan menilai tahap murid supaya dapat mengetahui pencapaian
murid serta menjalankan intervensi yang bersesuaian dalam mengatasi masalah yang dihadapi
oleh seseorang kanak-kanak.
Rujukan
Zellawati , A. (2011). Terapi bermain untuk mengatasi permasalahan pada ana.

Aslina Binti Ahmad. (2013). Kesan intervensi psiko-pendidikan terhadap tingkah laku murid sekolah
menengah oleh guru bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Isahak, H. (2006). Ujian diagnostik awal menulis: Bahasa Melayu. Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Miller, M.D., Linn, R.L., & Gronlund, N.E. (2009). Measurement and assessment in teaching. New Jersey:
Pearson International Edition.

Rahil Mahyuddin . (2002). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.

Santrock, J.W. (2007). Child development. United States: McGraw Hill.

S-ar putea să vă placă și