Sunteți pe pagina 1din 4

PANDUAN MENULIS RESUME

1) Pengenalan

- Kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi 3 peringkat iaitu peringkat


sebelum temuduga, semasa temuduga & selepas temuduga.
- Menulis Resume atau Latar Diri merupakan tindakan awal yang penting bagi
calon-calon sebelum ditemuduga.
- Ianya merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi
menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk
ditemuduga.

2) Apa itu Resume?

- satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan
sesuatu jawatan.
- satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur
bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.
- satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri.
- satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai
pemohon dengan bakal majikan.
- suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap
kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.

3) Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume

- para pelajar perlu merancang menyiapkan resume mereka pada atau sebelum
tahun akhir pengajian.
- seterusnya anda boleh mula mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dan
sesuai untuk diketahui oleh majikan. Catat, senaraikan dan lihat kepentingan,
kesesuaian serta keutamaannya.

Contoh :

a) Nama dan maklumat peribadi.


b) Alamat surat menyurat.
c) Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).
d) Pencapaian dalam pendidikan.
e) Penglibatan dalam kokurikulum.
f) Anugerah serta kejayaan tertentu.
g) Pengalaman / latihan praktik (jika ada)
h) Kemahiran serta bakat tertentu.
- seterusnya pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk
memenuhi keperluan anda.
- akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta
menarik perhatian majikan.
- hasil terakhir Resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu
(A4 – 80 gram).

4) Komponen-komponen Penting dalam Resume

- Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume :

a) Nama penuh (mengikut kad pengenalan)


b) Gambar terbaru (saiz passport)
c) Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
d) Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
e) Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
f) Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai
dengan jawatan yang dipohon).
g) Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah,
kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
h) Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
i) Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
j) Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf
keahlian.
k) Penglibatan masyarakat / komuniti.
l) Penerbitan (jika ada).
m) Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
n) Kemahiran lain (menaip, komputer).
o) Lesen memandu (taraf / gred).
p) Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
q) Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).
5) Jenis-jenis Resume

 Latar Diri Asas


- jenis resume yang paling asas yang biasa disediakan oleh mereka yang
pertama kali menceburi kerja buat pertama kali
- sesuai untuk yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad

 Latar Diri Mengikut Kronologi


- maklumat-maklumat disenaraikan mengikut kronologi
- misalnya jawatan terkini disenaraikan di atas sekali
- mencerminkan perkembangan serta kemajuan kerjaya seseorang
- sesuai untuk mereka yang mempunyai berbagai pengalaman bekerja dalam
tempoh tertentu.

 Latar Diri Fungsian


- menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu misalnya pengrusan
dan pemasaran tanpa menitikberatkan kronologi
- sangat menarik minat majikan sekiranya sesuai dengan jawatan yang
diiklankan.

 Latar Diri Sasaran


- digunakan oleh mereka yang yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya
misalnya bidang pengurusan

6) Bahasa Resume

- menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta


kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan.
- resume hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta
ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap
maksudnya.

7) Kelemahan Resume

- terlalu panjang dan terperinci


- terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen-
komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap
- resume tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan
- salah ejaan serta mutu menaip yang kurang baik
- maklumat diberi kurang lengkap
- format kurang kemas dan tidak ditaip
- lemah tatabahasa / gaya bahasa
- menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama
8) Surat Iringan (Cover Letter)

- resume yang dihantar kepada majikan mesti diiringi dengan surat iringan (cover
letter).
- surat iringan mempunyai 3 bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan &
penutup.
- bahagian permulaaan : memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda
menulis kepada mereka.
- bahagian pertengahan : ceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan
kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan)
- bahagian penutup : tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut
dan nyatakan dengan lengkap alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda.

S-ar putea să vă placă și