Sunteți pe pagina 1din 13

PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT

2018
PRAKATA

Ssalam sejahtera. Syukur saya panjatkan ke hadrat illahi kerana memberikan saya
kesempatan untuk menjalankan Perancangan khidmat masyarakat ini. Sepanjang penglibatan
saya dalam projek ini saya dapat menambahkan sahabat dari kalangan ibu bapa yang turut
sama menjayakan projek gilang-gemilang ini. Sebagai seorang guru dan pelajar sambilan
program ijazah, saya akui saya agak sibuk dan agak lelah memikul tanggungjawab berganda
sebagai guru dan pelajar pada masa yang sama. Oleh itu saya perlu bijak membahagikan
masa untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan sebagai guru dan tugas sebagai pelajar di
OUM.

Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada rakan-rakan guru yang terlibat dalam membantu
menyiapkan kajian ini. Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga dan
penghargaan kepada Tutor saya yang telah memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan
dengan penuh dedikasi sepanjang penyelidikan dijalankan walaupun secara forum dilaman
Epic. Perbincangan didalam forum epic tersebut banyak membantu saya menyiapkan
penulisan projek ini.

Kepada orang sumber sekalung budi dan penghargaan saya rakamkan diatas kerjasama yang
diberikan. Jasa baik dan ketulusan hati saudara-saudara dan rakan taulan yang telah
membantu saya memberi info dan maklumat berguna. Terima kasih kepada mereka yang
terlibat membantu saya menyiapkan kajian saya ini.
.

Sekian Terima kasih.


1.0 PENGENALAN

Program Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk
memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Perancangan khidmat masyarakat
yang sempurna sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah akan dapat memberikan impak
kepada guru itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada
masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional Sekolah. Lantaran itu
Program Khidmat masyarakat ini menjadi satu subjek penting untuk pelajar-pelajar Fakulti
Pendidikan dan Bahasa di OUM. Bagi menjayakan projek ini saya telah memilih Sekolah
tempat mengajar saya sendiri sebagai tapak untuk melakukan projek ini.

Sk Bandar Sunway adalah antara sekolah yang cemerlang di Petaling Jaya. Ia terletak di
puncak bukit berhampiran dengan Sunway Pyramid. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956
diterajui oleh pengasasnya iaitu Mr. John Trevor White@Asang yang berasal dari England.
Pada awal penubuhan, sekolah ini sebenarnya adalah sekolah mubaligh kristian Taginambur.
Setelah diterajui 16 orang guru besar, kini Sk Bandar Sunway oleh Pn. Hjh. Jenteh binti
Abdullah bersama 22 orang guru dan 222 orang murid.

Walaupun menjadi salah satu sekolah yang cemerlang di Kota Belud, namun sekolah ini
sangat ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur sekolah. Bangunan sekolah ini sudah
sangat uzur. Apabila pihak sekolah mengadakan perhimpunan mingguan, murid-murid dan
guru-guru akan berjemur di tapak perhimpunan untuk menjalankan acara rasmi setiap minggu
tersebut. Oleh sebab itu, Pihak guru-guru dan PIBG telah bersepakat untuk membina satu
dewan terbuka tanpa dinding untuk membolehkan acara perhimpunan dijalankan dengan
lebih selesa beratapkan bumbung. Oleh hal yang demikian bagi saya dan rakan-rakan guru,
adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini.

3
Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang,
mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan
dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti warga sekolah, warga penduduk
sekitar yang menyekolahkan anak-anak mereka di SKBandar Sunway.
.

2.0TEMA PROJEK
Kesepakatan antara Guru dan Ibu Bapa pencetus kecemerlangan Sekolah

3.0 NAMA PROJEK


Gotong-royong SekolahKu

4.0 MATLAMAT PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT


Matlamat projek ini adalah untuk membolehkan warga sekolah mendapat dewan terbuka
yang selesa untuk berteduh dari hujan dan panas semasa acara perhimpunan mingguan
sekolah serta acara-acara lain di sekolah. Selain memberi sumbangan kepada masyarakat
setempat, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin
antara warga sekolah dengan badan PIBG Sk Bandar Sunway. Akhir sekali projek ini diharap
dapat melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

5.0 OBJEKTIF PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT

Selepas mengikuti projek ini, saya dapat;

 Menunjukkan kecintaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta


mendekatkan diri dengan masyarakat.
 Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan
yang positif.
 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu
sesama masyarakat serta berganding bahu dengan Ibubapa demi kecemerlangan
akademik dan Kokurikulum anak-anak.
 Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara warga sekolah
dengan badan PIBG Sk Bandar Sunway
6.0 MAKLUMAT RINGKAS PROJEK
Nama Projek : Gotong-Royong SekolahKu
Tarikh / Tempoh
perlaksanaan projek Julai 2018
Ahli kumpulan projek : Guru-guru dan PIBG
Tempat projek : Tapak Perhimpunan Sk Bandar Sunway
Organisasi yang terlibat : Kelab Staff Sekolah dan PIBG Sk Bandar Sunway
Jumlah Peserta : 22 Orang Guru dan
Semua Ibubapa dan PIBG Sk Bandar Sunway
7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Pengarah PPD Kota Belud


Pengerusi : Yang di-Pertua PIBG Sk Bandar Sunway
Penasihat 1 : Hjh. Jenteh Binti Abdullah
Penasihat 2 : Penyelaras Kursus Semasa Cuti

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengarah Program : Pn.Usni Awang
Timbalan Pengarah Program : Aisha Osman
Setiausaha : Pn Lai Wen Lee
Bendahari : En Nadarajah

8.1AHLI JAWATANKUASA :
DOKUMENTASI & FOTOGRAFI : En Jeewanarau
MAKANAN : Ustazah Rosni
PENGANGKUTAN : Irene
KESELAMATAN & KEBAJIKAN : Mohd. Aiman Iswaddy
Azrin Jedin, Abdul Mutalib
dan Pengawal Keselamatan

5
9.0 DISKRIPSI TUGASAN JAWATAN KUASA PELAKSANA PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT

Bil Jawatankuasa AJK Bidang Tugas

1. Dokumentasi & Fotografi En Jeewanarau  Membuat dokumentasi bergambar perjalanan projek


sebelum, semasa dan selepas.
 Menyediakan 1 laptop dan 1 printer.
2. Makanan Ustazah Rosni  Menguruskan jamuan / makanan Ibu bapa dan guru-
guru sepanjang projek
 Menghidang makanan untuk majlis perasmian dan
penutup
 Memastikan agihan makanan kepada semua mengikut
jadual
3. Pengangkutan Irene  Menguruskan pengangkutan untuk mengangkut semua
bahan mentah.
 Menguruskan pengangkutan ibubapa (Jika berkenaan)
4. Keselamatan & Kebajikan Mohd. Aiman Iswaddy  Menjaga keselamatan dan kebajikan peserta sepanjang
Azrin Jedin, pelaksanaan projek.
Abdul Mutalib
dan Pengawal Keselamatan
JADUAL PERANCANGAN PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT

Bil Tarikh Aktiviti Catatan


1 2 Julai 2018 Mesyuarat pertama tentang perancangan
Jumaat khidmat masyarakat Gotong royong sk
1PM-4PM bandar sunway
2 8 Julai 2018 Menghantar Kertas kerja Projek ke PPD Mendapat sokongan
Petaling Perdana untuk mendapatkan kewangan apabila terdapat
sokongan kewangan bantuan kewangan..
3 10 Julai 2018 Mendapatkan maklumat kehadiran
4 23 Julai 2018 Penghantaran senarai kehadiran
5 27 Julai 2018 Menghantar Kertas kerja Ke-2 ske PPD
dan JPN Petaling Perdana untuk
mendapatkan sokongan kewangan.
7 10 Julai 2018 Pembelian Barangan Keperluan Gotong
royong
8 12 Julai 2018 Gotong royong
CADANGAN TENTATIF HINGGA SEPANJANG PERANCANGAN KHIDMAT
MASYARAKAT
7.30 Pagi : Ketibaan Ibubapa
8.00 Pagi : Sarapan Pagi
8.30 : Taklimat dari ketua Fomen / Ketua Projek
Pembahagian Kumpulan
Memulakan gotong-royong mendirikan dewan terbuka
Sk Bandar Sunway
10.00 Pagi : Minum Pagi
10.30 Pagi : meneruskan gotong-royong mendirikan dewan terbuka
Sk Bandar Sunway
12.30 T/Hari : Rehat / Makan
2.00 Petang : Meneruskan gotong-royong mendirikan dewan terbuka
Sk Bandar Sunway
4.00 Petang : minum petang dan menangguhkan projek untuk diteruskan pada masa
yang akan datang

7
bersurai
Tentatif aktiviti djalankan berdasarkan keadaan dan cuaca. Aktiviti gotong-royong
tidak akan dijalankan jika hujan.
12.0 PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi Penghargaan kepada

Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud (PPD Petaling Perdana)


Guru Besar Pn. Hjh. Jenteh Binti Abdullah
YDP PIBG Encik Philip Raja

13.0 PENUTUP

Diharapkan projek ini dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan malapetaka. Semoga
projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan
sokongan ibu bapa sepanjang projek ini berjalan setakat ini walaupun belum sipa sepenuh
saya lihat sangat mengalakkan. Mereka semua begitu komitmen dengan peranan mereka
sebagai ibubapa anak-anak mereka yang bersekolah di Sk Bandar Sunway. Sesungguhnya
saya begitu kagum dan terharu dengan komitmen yang telah mereka tunjukkan setakat ini dan
saya sangat yakin dan telus bahawa komitmen mereka ini akan berterusan sehingga projek ini
siap sepenuhnya kelak. Bukan sahaja pada projek ini, malah setiap aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah, ibu bapa bersama PIBG terus menerus memberikan komitmen yang
sangat memberansangkan. Walaupun ini merupakan projek PIBG dan Sekolah, saya
merasakan ini merupakan satu peluang yang sangat besar untuk dijadikan projek dalam
tugasan khidmat masyarakat saya. Kebetulan saya sebagai Setiausaha dalam projek ini, saya
menggunakan pel;uang ini sepenuhnya untuk melibatkan diri dengan sepenuh hati sebagai
khidmat saya kepada Sekolah dan masyarakat setempat di sekitar Sk Bandar Sunway Belud.
Akhir kata dengan rasa rendah diri segala usaha tuan puan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Aktiviti 2

https://youtu.be/x7O64sNZqsk

Aktiviti 3
Jurnal Reflektif

Refleksi Aktiviti Gotong Royong


Pada 12 Julai 2018 bersamaan dengan hari sabtu, kami telah menganjurkan aktiviti
gotong royong di Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway. Aktiviti ini merupakan satu
langkah untuk menghiaskan kawasan sekolah dan menceriakan keadaan sekolah,
disamping merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan warga sekolah. Gotong
royong in berlangsung selama beberapa jam. Ibu bapa ,masyarakat dan murid
tempatan menjadi sasaran kepada aktiviti ini.
Sumbangan dan perkhidmatan daripada beberapa pihak luar juga turut
mewarnai gotong royong yang berlangsung di sekolah. Syarikat gas asli Sunway Group
menerusi bahagian khidmat sosialnya telah banyak memberi sumbangan termasuk
menderma meja, kerusi, perabot dan sebagainya. Mereka juga telah turut serta dalam
gotong rotong tersebut. Pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway juga telah
memainkan peranan yang penting dalam memberikan sumbangan berbentuk
kewangan untuk membeli peralatan membersihkan persekitaran sekolah dan yang
terakhir sekali Lembaga Pembangunan Sunway Group iaitu lebih dikenali sebagai
(LPSG) telah memainkan peranan yang penting dalam membersihkan kawasan luar
sekolah, iaitu sekitar longkang dan pagar. Penyatuan dan kerjasama kesemua badan-
badan kerajaan, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat telah menjayakan
gotong royong ini.

Kelemahan
 Penglibatan masyarakat dalam gotong royong ini tidaklah seperti yang
dijangkakan, ini kerana kurang berminat dalam aktiviti ini dan tidak aktif
menampilkan diri, hanya beberapa sahaja yang hadir. Keadaan ini jelas sekali
berbeza dengan, orang ramai yang hadir memberi sokongan yang kuat. Mereka
telah mengerah tenaga dalam beberapa zon yang telah dibahagikan dalam
sekolah.

9
 Peminjaman peralatan gotong royong daripada BDA pula dibuat pada minit-minit
akhir, ini kerana pihak sekolah telah terlepas pandang soal ini. Mujurlah pihak
Sunway sanggup menghulurkan bantuan walaupun surat permohonan dihantar
terlalu lewat. Kelangkapan atau kemudahan peralatan milik sekolah pula tidak
diurus secara sistematik sebelum ini, ia melambatkan aktiviti ini bermula pada
masa yang telah dirancang awal.
 Penyediaan makanan oleh pihak panaja juga tidak mencukupi, keadaan ini tidak
sepatutnya berlaku memandangkan makanan merupakan keperluan asas
semasa gotong royong.
Kekuatan
 Murid telah menyumbang tenaga dengan begitu ikhlas, tenaga kerja juga
mencukupi dengan kehadiran murid dan ibu bapa tempatan. Peralatan yang
dibawa oleh mereka juga mencukupi dan memenuhi keperluan gotong royong
ini.
 Tugas atau kerja dalam gotong royong ini telah dibahagikan dengan baik.
Kawasan pembersihan telah dipecahkan kepada beberapa zon, satu jadual telah
dibuat bagi memastikan setiap kawasan atau zon diberikan perhatian yang
seimbang dan menyeluruh.
 Pembahagian tugasan ini telah menyebabkan gotong royong berlangsung
dengan begitu lancar, malah kerja-kerja yang dirancang telah disiapkan
menjelang tengah hari. Kerjasama, toleransi dan persefahaman semua jiwa-jiwa
murni yang hadir telah memudahkan pelaksanaan gotong royong. Di samping
menjalankan tugas di zon masing masing, mereka sempat bergurau dan
berborak. Ini menjadikan mereka tidak bosan melakukan kerja.
 Sebelum perserta dibahagikan zon dan tugasan. Satu sesi senaman bagi telah
diatur, senamrobik dan regangan telah diketuai oleh Encik Rajan iaitu pegawai
sukan dari MSN Petaling Perdana .Beliau telah mengetuai senamrobik dengan
rentak muzik serta lagu yang menarik disamping melakukan regangan atau
panasa badan sebelum kerja-kerja membersihkan dan menceriakan kawasan
sekolah bermula.
Kekuatan atau kelebihan aktiviti ini juga amat jelas untuk merapatkan hubungan
antara masyarakat, sekolah, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan. Keadaan ini
akan mewujudkan satu suasana yang menyenangkan dalam kalangan penduduk
tempatan. Mereka juga boleh berganding bahu pada aktiviti atau program-program
yang akan menyusul sekitar mereka pada masa yang hadapan. Pelbagai rancangan
atau aktiviti juga boleh dirangka pada masa hadapan dengan pengenalan muka muka
baru dan juga saluran saluran penting untuk pelaksanaan aktiviti seumpamanya pada
masa masa hadapan.
Antara tugasan yang telah diselesaikan merupakan masalah atau isu lama yang
telah timbul selama beberapa tahun yang lalu, menerusi gotong royong ini banyak
kebaikan telah diterima oleh sekolah. Pokok yang tinggi dan membahakan murid-murid
telah ditebang, dahan pokok ini pernah patah dan rebah ke tanah semasa angin
kencang, mujurlah tidak ada warga sekolah dibawah pokok besar ini.
Surau dan beberapa kelas perdana yang merupakan masih berdiri dengan
bangunan kayu telah diperbaiki atau diganti dengan papan, tiang yang baru. Ada
diantara papan lantai dalam kelas dan surau telah patah dan ini menyebabkan lantai
berlubang. Keadaan ini membahayakan warga sekolah, namun sekarang telah dibaik
pulih dengan kerjasama pelbagai pihak.
Keceriaan sekolah juga telah meningkat dengan penanaman pokok bunga di
sekitar kawasan sekolah. Pokok bunga seperti bunga raya, bunga kertas dan bunga
bunga lain ditanam. Pokok-pokok bunga lama juga telah dibersihkan dan dibaja.
Dengan pengesanan beberapa kes denggi yang melibatkan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad, persekitaran sekolah juga diletakkan
dalam keadaan berjaga-jaga. Tempat takungan air dihapuskan serta merta dalam
gotong royong tersebut. Longkang-longkang dalam sekolah pula dibersihkan, ini kerana
pengaliran air tidak lancar dan tersumbat. Tidak mustahil juga tempat ini dijadikan
tempat bertelur oleh nyamuk Aedes.

11
Penambahbaikan

 Dengan pelaksanaan gotong royong Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway


pelbagai kelemahan telah dikenalpasti. Perkara ini penting untuk memastikan
kesilapan tidak berulang pada masa hadapan agar perancangan dan
pelaksanaan lebih lancar.

 Ibubapa perlu diseru supaya lebih memgambil berat tentang sekolah, pihak
sekolah harus menerangkan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
sedemikian melalui surat atau mesyuarat atau perjumpaan seperti mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kesedaran boleh diwujudkan dengan
memberikan sedikit kefahaman kepada ibu bapa.

 Peralatan yang penting sukar dicari memandangkan ia tidak diletakkan pada


tempat asal semasa pengunaan sebelumnya.

 Di samping itu, makanan tambahan perlulah disediakan oleh pihak sekolah


untuk menghadapi sebarang kemungkinan, misalnya jika makanan yang ditaja
tidak mencukupi. Tempahan makanan hendaklah dibuat melebihi anggaran dan
bukanya dibuat kurang daripada anggaran.Kelemahan-kelemahan yang timbul
haruslah diambil sebagai ikhtibar bagi memastikan aktiviti atau program yang
akan dianjurkan pada masa hadapan lancar dan sempurna.

Laporan disediakan,

.........................................................
Setiausaha
PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT
Gotong Royong SekolahKu
Rujukan

https://www.youtube.com/watch?v=x7O64sNZqsk&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/upload

https://www.academia.edu/26479058/PROJEK_KHIDMAT_MASYARAKAT_2014_N
AMA_ROSNI_BINTI_SONG

13

S-ar putea să vă placă și