Sunteți pe pagina 1din 7

Definisi sistem syura dan sistem demokrasi berpalimen:

Sistem syura dari segi bahasa, terbit dari perkataan Arab Syawara yang bermaksud
berunding atau bertukar fikiran. Manakala dari segi istilah, maksud bagi kalimah al-
Syura, ialah perbincangan yang diadakan untuk membincangkan sebarang perkara
yang berkait samada dengan kepentingan individu ataupun masyarakat, oleh
kalangan cendekiawan dan kumpulan ulama yang mempunyai kepintaran dan
pengalaman serta mampu memberikan suatu pandangan mengenai sesuatu perkara.
Di samping itu,mereka juga dapat menjelaskan hujah-hujah bagi mencari suatu
keputusan yang terbaik.1

Manakala, sistem demokrasi berpalimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang


dijalankan secara perwakilan. Perwakilan dilakukan melalui proses pilihan raya.2

1
https://www.scribd.com/doc/22122786/Syura-dalam-sistem-politik-Islam-dan-kebaikannya
2
AMRAN BIN IDRIS. ISMAIL BIN KOSMAN. HJ.MD LASA BIN YAHYA. LOCAL PUBLICATIONS (M) SDN BHD.
PENGAJIAN AM. HALAMAN 17
PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DAN SISTEM DEMOKRASI BERPALIMEN:

1. Undang-undang

Undang-undang adalah sesuatu yang berpengaruh dan menjadi keutamaan dalam


sesebuah negara. Undang-undang ialah satu badan prinsip yang diterima oleh rakyat
jelata dan mempunyai dewan atau badan kehakiman untuk menguatkuasakan
undang-undang itu. Undang-undang diperlukan bagi sesebuah negara untuk
menjamin keamanan dan kemakmuran bagi sesebuah negara. Undang-undang
hendaklah dipatuhi dan diikuti oleh semua rakyat dalam sesebuah negara. Kesemua
adalah untuk kestabilan masyarakat.

Bagi sesebuah negara yang menggunakan demokrasi sebagai sistem


pemerintahannya, undang-undang yang digubal adalah merujuk kepada bangsa dan
keadaan negara tersebut. Ia mempunyai badannya yang tertentu sebagai pembuat,
pelaksana dan meluluskannya. Contohnya, di Malaysia, pembuat dan pelaksana bagi
undang-undang adalah perdana menteri dan menteri-menteri manakala yang
meluluskan undang-undang adalah dewan rakyat dan dewan negara. Manakala
undang-undang tertinggi di negara ini adalah Perlembagaan Persekutuan.

Manakala undang-undang dalam sistem kepimpinan Islam berpandukan wahyu Allah


S.W.T iaitu daripada al-Quran dan as-Sunah. Ia adalah sumber yang tidak akan
berubah hingga ke akhir zaman kerana al-Quran terpelihara di sisi Allah S.W.T yang
merupakan mukjizat yang terbesar di atas muka bumi dan mempunyai kekuatan yang
tersendiri. Sekiranya sesuatu perlakuan atau perbuatan manusia itu tidak terdapat
dalam kedua-dua sumber tersebut, maka kaedah ijtihad akan digunakan bagi
menyelesaikan kaedah tersebut. Islam memandang pelaksanaan undang-undang
Islam merupakan satu amanah daripada Allah S.W.T ke atas seluruh umat yang
beragama Islam. Tidak ada sesiapapun terkecuali daripada pelaksanaan hukuman
undang-undang tersebut walaupun seorang ketua negara.3

3
http://ddms.usim.edu.my
2. Pemilihan Khalifah :

Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negara
adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.
Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah
mempunyai ciri-ciri atau kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan
dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks
ekonomi dan sosial.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah
berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk penipuan iaitu pemimpin yang
mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang
yang fasik mahupun munafik. Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran
yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga
kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadap suara dan
kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi
pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T yang bermaksud

“Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.” Dalam ayat yang
sama Allah S.W.T berfirman: “Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran
itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila)
diberi petunjuk?”(Yunus:32)

Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem demokrasi yang menjadikan suara
majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta
keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk menjadi
pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat maka terlantiklah seorang
pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran, malah berkemungkinan
jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan.4 Contohnya di Malaysia seseorang itu
layak menjadi calon mana-mana pilihan raya jika ia memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu seseorang itu mestilah

4
http://urusanulama-hl.blogspot.my/2012/04/perbezaan-antara-sistem-syura-dengan.html
warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini, berumur tidak kurang daripada
21 tahun pada hari penamaan calon dan tinggal di negeri di mana ia akan bertanding.
5Di dalam perlembagaan ini jelas menunjukkan bahawa di Malaysia tidak
mengamalkan cara pemilihan pemimpin yang dikehendaki syarak. Ia tidak
menunjukkan pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan
dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak
dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.

5
AMRAN BIN IDRIS. ISMAIL BIN KOSMAN. HJ.MD LASA BIN YAHYA. LOCAL PUBLICATIONS (M) SDN BHD.
PENGAJIAN AM. HALAMAN 47
Persamaan Sistem Khalifah dan Sistem Demokrasi Berpalimen:

1. Cara Pelaksanaan :
Di dalam al-Quran dan as-Sunah tidak ada ayat menerangkan tentang cara
pelaksanan sistem syura. Begitu juga, tiada ayat jelas yang menerangkan
secara terperinci jumlah anggota majlis syura dan cara menentukan jumlah ini.
Hal ini membuktikan bahawa Islam. Hal ini adalah salah satu ciri khas agama
Islam yang tidak mewajibkan umatnya mempunyai ketentuan cara tertentu
yang mungkin sesuai pada masa tertentu tetapi tidak sesuai pada masa yang
lain sehingga akan menyusahkan umatnya. Allah telah mengangkat kesulitan
dari agama sebagaimana firmannya:

Maksudnya: Dan dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam
agama suatu kesempitan. (Surah al-Hajj: 78)

Ini yang dimaksudkan dengan fleksibiliti di dalam Islam. Ia tidak menyusahkan


umatnya dengan mewajibkan mereka mengikuti segala kaedah yang
ditetapkan, tetapi memberi kelonggaran kepada umatnya menentukan kaedah
yang bersesuaian dengan mereka.

Dalam konteks Malaysia, sistem syura dilaksanakan melalui perbincangan


antara pemerintah dan rakyat dapat dilihat melalui sidang Dewan Rakyat
(Parlimen) dan Sidang Dewan Undangan Negeri. Meskipun rakyat tidak
mempunyai hak untuk bersuara secara langsung dalam sidang tersebut, tetapi
suara mereka diwakili oleh ahli perwakilan yang dikenali sebagai "wakil rakyat".
Wakil rakyat akan menyampaikan mesej rakyat yang diwakilinya dalam usaha
menegakkan keadilan dan kebenaran mereka. 6

6
http://mahir-al-hujjah.blogspot.my/2009/12/pendahuluan-syura-merupakan-elemen-yang.html
2. Kebebasan individu dari segi mengeluarkan pendapat dan hak berbincang
sesuatu pendapat

Di Malaysia meletakkan kebebasan dan persamaan sebagai prinsip yang


penting. Begitu juga di dalam prinsip syura, kerana asas di dalam syura adalah
kebebasan individu dari segi mengeluarkan pendapat dan hak berbincang
sesuatu pendapat. Menurut Sheikh Syaltut di dalam kitabnya 'al-Islam Akidah
Wa al-Syaricah' mengatakan:

"Pembinaan Islam dengan kaedah syura, ketika mana permulaan Islam, ia


dilihat begitu sinonim dengan nama Islam pada menetapkan hak manusia. Dan
asasnya yang utama ialah kebebasan yang mutlak ketika mengeluarkan
pendapat".

Ahli majlis syura bebas mengeluarkan pendapat selagi mana ianya tidak
menyalahi syarak. Ia juga tidak membezakan tanggungjawab dan hak-hak atau
layanan kepada seseorang menurut kepelbagaian bangsa, keturunan, bahasa
dan sebagainya.7 Prinsip persamaan telah dinyatakan oleh Allah, maksudnya:

‘Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki


dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa
diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenali’
(al-Hujarat:13)8

Di Malaysia, dalam Perlembagaan Perkara 10(1)(a) memperuntukkan setiap


warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara. Warganegara
Malaysia mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan buah
fikiran mereka setakat mereka tidak menyentuh pada isu-isu sensitif yang telah
dikenal pasti oleh Parlimen dalam perkara 10(4). Kebebasan bersuara dalam

7
http://mahir-al-hujjah.blogspot.my/2009/12/pendahuluan-syura-merupakan-elemen-yang.html
8
RAMAWAN BIN AB.RAHMAN.PENERBITAN ALAMBACA. PENGANTAR TAMADUN DAN SEJARAH PEMIKIRAN
ISLAM. HALAMAN 21
negara kita tidak dijaminkan secara mutlak dan hanya terbatas kepada
warganegara sahaja. Parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap
kebebasan bersuara melalui undang-undang jika mendapati sekatan tersebut
perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan
negara lain, ketenteraman awan atau prinsip moral.9

9
http://ratnainzahh.blogspot.my/2016/05/kebebasan-bersuara-di-malaysia-adakah.html

S-ar putea să vă placă și