Sunteți pe pagina 1din 3

Amalkan mengambil sarapan pagi

BENTUK badan yang kurus dan langsing menjadi idaman setiap


wanita terutama mereka yang mengambil berat soal penampilan diri.

Justeru menjadi ramai wanita hari ini sibuk mengira kandungan kalori
setiap kali memeriksa label makanan, sedangkan apa yang mereka
perlu titik beratkan ialah mengambil makanan yang memenuhi
khasiat pemakanan yang diperlukan.

Amalan pemakanan yang bijak ialah makan supaya sentiasa sihat


bukan makan untuk merampingkan badan.

Ini kerana badan memerlukan jumlah protein, karbohidrat, serat


vitamin, mineral dan air yang mencukupi, di samping sedikit lemak
untuk terus sihat.

Oleh itu jangan mengurangkan makan demi merampingkan badan,


kerana diet yang tidak mencukupi selalunya akan menyebabkan
keletihan kurang tenaga dan daya konsentrasi, di mana akhirnya
membuatkan seseorang lesu dan pucat lesi.

Amalkan memulakan hari dengan mengambil sarapan yang


berkhasiat, seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan
membantu menjadi ramping dan sihat.

Ketua Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara, Mary Easaw John


berkata, ramai yang silap menganggap bahawa tidak mengambil
sarapan dapat mengurangkan kalori makanan mereka.

Sebenarnya, kata beliau, mereka yang bertabiat tidak bersarapan


pagi lazimnya akan mengambil makan berlebihan ketika makan
tengah hari dan pada waktu-waktu lain.

Menurutnya, perbuatan tersebut tidak sihat dan menyebabkan


mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak
yang dimakan dalam sehari.

1
``Meninggalkan sarapan pagi tidak baik untuk kesihatan kerana
selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan
glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi,'' ujarnya.

Tambah beliau, kandungan glukosa dalam darah yang rendah boleh


membawa kepada berbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti
pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan, mudah marah dan
perasaan bimbang.

Sebaliknya kata Mary, memilih sarapan berkhasiat setiap pagi satu


malam penting bagi menghasilkan diet seimbang.

Katanya, bijirin sarapan pagi dengan susu adalah pilihan paling


ringkas dan lengkap bagi orang dewasa yang menjalani kehidupan
serba aktif.

``Mereka yang makan bijirin sarapan pagi mendapat lebih banyak


bekalan vitamin, mineral dan serat. Sarapan pagi menyediakan 25
peratus daripada jumlah kalori atau tenaga harian,'' ujarnya.

Katanya, kunci kesihatan yang baik dan badan ramping ialah


penjagaan diet yang sempurna, kerap melakukan senaman
sederhana, serta rehat dan tidur yang mencukupi.

Ketiga-tiga elemen ini penting bagi kesejahteraan menyeluruh,


badan, minda dan jiwa, di samping bersemangat dengan penampilan
diri.

Diet yang sihat juga katanya, memberi tenaga untuk bekerja secara
optimum sambil menjadikan seseorang itu sentiasa ceria.

Beberapa panduan mengekalkan kesihatan melalui pemakanan


bestari:

- Ketika menyemak label makanan jangan sesekali hadkan


pengambilan kalori semata-mata untuk menjaga kerampingan badan.
Makan makanan yang mengandungi kesemua komponen
pemakanan yang perlu untuk mengekalkan kesihatan.

2
- Pilih produk makanan berkhasiat yang rendah kandungan lemak
dan gula, tetapi mengandungi kandungan serat, vitamin dan mineral
yang tinggi.

- Ambil jumlah makanan yang sederhana dan seimbang sebanyak


tidak kali sehari. - Kerap bersenam

- Kerap minum air sepanjang hari sekurang-kurangnya enam hingga


8 gelas sehari

S-ar putea să vă placă și