Sunteți pe pagina 1din 2

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI NO.

TEL: 07-8831012
PTB 1165, JALAN BUKIT SERI LALANG 07-8833201
81900 KOTA TINGGI NO. FAX: 07-8832480
JOHOR DARUL TA’ZIM e-mail:
ppd@kotatinggi.edu.my
Laman web:http://www.ppd.kotatinggi.edu.my
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JPA3005.35/600-6/8/1 ( )
Tarikh : 12 MAC 2017

Kepada,
Pengetua
Sekolah Menengah,
Daerah Kota Tinggi.

Tuan,

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016


PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan majlis tersebut akan diadakan mengikut butiran berikut :

2.1 Tarikh : 16 Mac 2017 (Khamis)


2.2 Masa : 8.00 pagi
2.3 Tempat : Dewan Seri Cendana, PPD Kota Tinggi

3. Tuan atau wakil dijemput hadir ke majlis tersebut. Keputusan dan slip peperiksaan hanya
boleh diumum dan diedarkan di peringkat sekolah kepada calon pada 16 Mac 2017 mulai jam
10.00 pagi ( embargo ).

4. Mohon kerjasama pihak tuan untuk mengarahkan Setiausaha Peperiksaan SPM sekolah
supaya hadir sekali ke majlis berikut untuk Taklimat Pecahan Data SPM. SUP diminta membawa
bersama komputer riba, pendrive dan wayar penyambung. Untuk sebarang pertanyaan, tuan
boleh menghubungi Encik Norwanidi Bin Hassan di talian 0197701653.

Sekian, terima kasih.

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’

Saya yang menurut perintah,

( NORWANIDI BIN HASSAN )


b.p. Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Tinggi

S-ar putea să vă placă și