Sunteți pe pagina 1din 8

SK GINTONG

27000, JERANTUT, PAHANG

KERTAS KERJA
PELANCARAN
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

TARIKH PELANCARAN : 1 FEBRUARI 2019

MASA : 7.30PG – 09.00 PG


HARI : ISNIN
TEMPAT : DATARAN TERBUKA SK GINTONG

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SK GINTONG
KERTAS KERJA
PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

1.0 PENGENALAN 
Perlaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.

Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat keperihatinan (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin, sabar dan sentiasa memastikan keselamatan murid
terjamin.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya
dengan murid, ibubapa, komuniti, dan masyarakat.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah :

 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru


 Memupuk amalan penyayang dalam kalangan guru dan murid
 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah

3.0 MATLAMAT

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah berterusan serta merupakan budaya guru. Bagi fasa
pelaksanaannya, guru-guru perlu melaksanakan tiga aktiviti berikut :
 Mengalu-alukan kehadiran murid (sambut di pintu masuk sekolah)
 Pelaksanaan Program Mentor Mentee (murid tahun 4-6 seramai 13 orang)
 Memberi penghargaan kepada murid

4.0 TEMPAT DAN SASARAN


Tarikh : 1 Februari 2019

Tempat : Pintu Pagar dan Dataran Terbuka SK Gintong

Masa : 7.30 pagi hingga 9.00 pagi

Sasaran : Semua warga SK Gintong sesi 2019

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

 Bina kertas kerja


 Perbincangan bersama jawatankuasa kerja
 Perasmian Program Amalan Guru Penyayang
 Pelaksanaan program
 Post Mortem dan penyediaan laporan

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2019. Ia akan
dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya adalah dengan melaksanakan antiviti berikut :
 Mengalu-alukan kehadiran murid
 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
 Memberi penghargaan kepada murid
- Kehadiran Awal
- Kehadiran Penuh
- % Kehadiran Tertinggi Antara Kelas
- Sambutan Hari lahir

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
SK GINTONG
2019
Pengerusi : En.Nor Hayazi bin Yusoff (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn. Hamidah bt Nawayi (PK Pentadbiran)
: En. Mohd Hanif bin Din @Abdul Razak (PK Hal Ehwal Murid)

: En. Norman Yadi bin Osman (PK Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn.Surayawati binti Abu Bakar (Guru B&K)


AJK Guru : En.Sidek Bin V H Usman
: Pn.Rosniza binti Abdul Aziz
: Pn.Wan Rohana binti Wan Ismail

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Pengacara Majlis
Pn. Anisah binti Ali Dokumentasi
En.Sidek bin V H Usman
Bacaan Doa
En.Mohd Hanif bin Din @Abdul Razak Siaraya
En. Norman Yadi bin Osman
Jurugambar
En.S Mohd kamarulhisyam bin Syed Banner
Hussain Pn.Faizatul Hayati binti Mohamad

Buku Program Gimik Pelancaran


Pn.Anisah binti Ali Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pn.Surayawati binti Abu Bakar
Pn.Hamidah binti Nawayi Pn.Wan Rohana binti Wan Ismail

ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI
07.10 pg - Menyambut murid-murid di pintu pagar sekolah

- Perhimpunan Rasmi Sekolah


07.45 pg - Ucapan aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan doa oleh En.Mohd Hanif bin Din @ Abdul Razak

07.55 pg - Ucapan dan Gimik Perasmian oleh Tuan Guru Besar

En.Nor Hayazi bin Yusoff


08.00 pg -Penyampaian Hadiah kepada 10 murid terawal hadir ke sekolah

- Simbolik Program Amalan Guru Penyayang

( Unit Bimbingan dan Kaunseling )


08.30 pg - Bacaan yassin dan Doa Selamat
09.00 pg - Bergambar dan bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah


Seunit
1. Bunting Program Amalan Guru 1 RM 100.00 RM 100.00
Penyayang
2. Hadiah Kehadiran Awal 10 RM 2.00 RM 20.00
( Botol Air )
Jumlah RM 120.00
(DALAM PERKATAAN : SERATUS DUA PULUH RINGGIT MALAYSIA SHJ)
8.0 SUMBER PERUNTUKAN

8.1 Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling

1. Bunting Program Amalan Guru Penyayang RM 100.00


2. Hadiah Kehadiran Awal (Botol Air) RM 20.00
Jumlah RM 120.00

9.0 PENUTUP 

Adalah diharapkan dengan adanya program Amalan Guru Penyayang akan mencapai
objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan ini ia bukan sahaja membawa kebaikan
kepada sekolah malah pada murid itu sendiri malahan boleh meningkatkan kesedaran
dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata
untuk mengajar tetapi lebih daripada itu. Semoga perasaan kasih sayang di antara guru dan
murid akan berterusan.

10.0 PENGESAHAN DAN KELULUSAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. .....................................
Pn. Surayawati binti Abu Bakar En. Mohd Hanif bin Din @ Abdul Razak
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan HEM
SK Gintong SK Gintong

Diluluskan/Tidak Diluluskan,

...................................................…
En. Nor Hayazi bin Yusoff
Guru Besar
SK Gintong

S-ar putea să vă placă și