Sunteți pe pagina 1din 2

Amanah dalam Pekerjaan

Muqaddimah

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), al-Nisa’: 58
Sabda Rasullullah s.a.w. :

‫أال ال إميان ملن ال أمانة له‬


Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di sini wajib
sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan,
seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan
kekurangan imannya.

Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira bentuknya
adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syara’. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang
berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah.

Amanah dalam Pekerjaan

Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang staff
yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang cemerlang dan
profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja,
malah untuk semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang mekanik
juga boleh menjadi mekanik yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang
tukang sapu yang profesianal.
Asas yang paling utama di dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung kepada
penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam
menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di
akhirat.

Jenis- jenis Amanah

Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :

a) Mengetahui bidang tugasnya; seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara berulang-
ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian dia sendiri akan
menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan menyiapkankanya sebelum atau tepat pada
waktunya. Dia tidak mengenal erti tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang profesional
akan menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada waktu yang
ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya dia lewat menghantar
soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian adalah pembuat soalan yang tidak
profesional, tidak cemerlang dan berkepentingan diri.

b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya. Contohnya
dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang profesional mengetahui
kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap mengharap. Pengawas dan pembantu pengawas
mesti bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran, mencatat kehadirn dan mengira skrip. Jangan
membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu pengawas, yang lain duduk di penjuru-
penjuru dewan menanti waktu tamat.

c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. Contohnya, seorang kerani
yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada masa yang
ditetapkan.

d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika diperlukan dan lebih
mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang staff yang berkaliber akan
peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada
meeting, tidak tengok surat lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan cuba buat
sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada sehingga dapat mengubah situasi
yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa menyalahkan sesiapa.

e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah amanah,
bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.
Sabda Rasullullah s.a.w. :

‫حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤمتن خان – متفق عليه‬
ّ ‫ إذا‬: ‫آية املنافق ثالث‬
Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi
amanah ia khianati.

Penutup

Sabda Rasullullah s.a.w. :

‫ حفظ األمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة يف‬: ‫كن فيك فال عليك ما فاتك من الدنيا‬
َّ ‫أربع إذا‬
‫طعمة – الشيخان‬
Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu
tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan
haram).

S-ar putea să vă placă și