Sunteți pe pagina 1din 8

Devi Febriyanti Lestari

VII – 2
TANGGAL DI BUAT NILAI
KISAH LENGKAP 7 PEMUDA ASHABUL KAHFI YANG
DI TIDURKAN ALLAH SELAMA 309 TAHUN DI
DALAM GUA

Kisah Ashabul Kahfi (‫ )أصحاب الكهف‬merupakan suatu kisah


benar mengenai 7 orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah
gua. Di dalam Al-Quran, dari ayat 9 hingga 26; Surah Al-Kahfi,
diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah
melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah ‫سبحانه وتعالى‬
tidurkan mereka selama 309 tahun.
Jika difikir secara logik akal, maka kisah dan cerita tentang
Ashabul Kahfi termasuk suatu kejadian pelik, luar biasa dan
menakjubkan. Tiada manusia yang dapat menjelaskan
bagaimana ada orang yang boleh tidur sehingga ratusan tahun
tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang beriman dan
meyakini Allah ‫ سبحانه وتعالى‬bahawa tiada yang mustahil jika
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬mengkehendakinya demikian.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman;
“Adakah kamu menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah
‘Ashabul Kahfi’ (penghuni gua) dan ‘Ar-Raqiim’ termasuk
antara tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan?”
(Surah Al-Kahfi; Ayat 9)
A.Dimanakah Terletaknya Gua Ashabul Kahfi
Telah menjadi perdebatan daripada zaman berzaman
mengenai gua dan tempat persembunyian Ashabul Kahfi.
Banyak tempat mendakwa dimana berlakunya kisah ini
seperti di Gua di Jabal Qassiyyun, Syria dan Gua di
Ephesus (Tarsus), Turki. Namun Gua Ashabul Kahfi (Kahf
Ahlil Kahf) yang terletak di Abu Alanda, kira-kira 7 km
dari pusat bandar Amman, Jordan, merupakan lokasi
sejarah yang lebih menepati ciri-ciri yang dikisahkan di
dalam Al-Quran.
Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Ar-Raqim’
kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-
Raqim di kawasan tersebut. Perkataan ‘Ar-Raqim’ juga disebut
di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan ‘Ar-Raqim’
sebagai nama anjing dan ada menyatakannya sebagai batu
bersurat.
Walau bagaimanapun, Allah ‫ سبحانه وتعالى‬tidak menunjuk dan
menyatakan dengan jelas di mana tempat sebenar mereka
bersembunyi. Sebab utamanya adalah kerana ia tidak memberi
manfaat bagi umat Islam kerana Allah ‫ سبحانه وتعالى‬hanya mahu
hamba-Nya mengambil iktibar kisah pejuangan tujuh pemuda
mempertahankan akidah mereka.
Namun begitu berdasarkan ayat 17 surah al-Kahfi, dapat kita
ketahui kedudukan sebenar pintu gua yang menjadi tempat
persembunyian ketujuh-tujuh pemuda tersebut berada di sebelah
utara. Firman Allah ‫;سبحانه وتعالى‬
“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong ke
kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan
mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam tempat yang
luas dalam gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang
membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah
petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai
kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau
tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat
menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Surah Al-Kahfi;
Ayat 17)
B.Kisah Pembuktian
Ashabul Kahfi bukanlah kisah epik jenaka, dongeng atau
suatu cerita rekaan manusia. Sejarah kejadian tersebut
sebenarnya mempunyai hubungan erat dengan kegelisahan
Nabi Muhammad. Yaitu semasa ditanya oleh beberapa
orang Yahudi untuk membuktikannya bahawa Baginda
memang seorang Nabi Utusan Allah ‫سبحانه وتعالى‬.
Orang-orang Yahudi bertanya Rasulullah, “Wahai Muhammad!
Tolong ceritakan kepada kami tentang kisah 7 pemuda yang
rela mengasingkan diri untuk mempertahankan keyakinannya
kepada Allah. Jika engkau sanggup menceritakan dengan benar,
maka kami juga akan mengikuti ajaranmu dan menjadi
sebahagian daripada orang Islam.”
Lalu Nabi Muhammad memohon pertolongan pada Allah ‫سبحانه‬
‫ وتعالى‬dan selepas 15 hari kemudian baginda mendapat wahyu
tentang penjelasan kisah Ashabul Kahfi atau cerita mengenai 7
pemuda yang ditanyakan oleh orang Yahudi tersebut. Penjelasan
mengenai kisah Ashabul Kahfi ini terdpat pada Surah Kahfi
mulai ayat 9 hingga 26, di dalam kitab suci Al-Quran.
C.Kisah Ashabul Kahfi
Sebagaimana yang telah dikisahkan turun-temurun. Pada
asalnya penduduk sebuah negeri itu beriman kepada Allah
‫ سبحانه وتعالى‬dan beribadat mengEsakanNya. Namun
keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama
Diqyanus (Decius).
Raja kufur dari Rom ini, memerintah secara kejam dan kuku
besi. Sesiapa yang menentang keinginan raja, maka samalah
seperti ingin mengakhiri hidupnya lebih awal. Dia memaksa
rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬serta bertukar kepada agama kufur dan
menyembah batu berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut
dengan ancaman dan seksaan raja tersebut terpaksa akur dengan
arahan yang zalim itu.
Dalam pada itu terdapat sekumpulan pemuda beriman enggan
tunduk dengan tekanan Raja Diqyanus yang kafir. Di tengah-
tengah kekufuran raja, bangsa dan kaum mereka, kesemua tujuh
pemuda tersebut secara sembunyi-sembunyi tetap beriman
kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Mereka teguh mempertahankan
aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka
mungkin terancam dengan berbuat demikian.
Pengesahan keberimanan pemuda-pemuda ini dinyatakan oleh
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dalam firmanNya;
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal
mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu adalah
pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami
tambahkan kepada mereka hidayah petunjuk.” (Surah Al-
Kahfi; Ayat 13)
Kepercayaan dan keyakinan 7 pemuda ini terus bertahan
sehingga kemudiannya sampai ke pengetahuan raja dan akhirnya
mereka dipanggil mengadap Raja Diqyanus.
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani
dan bersemangat, petah berhujah mempertahankan iman dan
prinsip aqidah yang mereka yakini. Pemuda-pemuda tersebut
mengakui bahawa hanya ada satu Tuhan yang layak disembah
dan diminta pertolongan. DIA-lah Allah ‫ سبحانه وتعالى‬yang Esa,
Yang Maha Menguasai alam beserta isinya yang kekal abadi dan
tidak akan ada sebarang kekurangan, DIA-lah tempat kita
meminta pertolongan dalam susah atau senang, suka mahupun
duka.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman dan menceritakan peristiwa mereka
berhujjah;
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka sewaktu mereka
berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan
dan menegaskan tauhid): “Tuhan kami adalah Tuhan (yang
mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi; kami tidak sekali-
kali akan menyembah Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika
kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan
dan mengakui sesuatu yang amat jauh dari kebenaran. Kaum
kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan
(untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan
alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah
yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan
kebohongan terhadap Allah?” (Surah Al-Kahfi; Ayat 14-15)
Raja Decius dan pengikut-pengikutnya terkejut dan gagal
menjawabnya. Walaupun tidak mampu membalas hujah-hujah
yang mantap dari pemuda-pemuda beriman tersebut, raja yang
kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad daripada
agama mereka.
Raja Diqyanus menggunakan kekuasaan yang ada padanya
untuk mengancam dan memaksa para pemuda meninggalkan
agama mereka, jika dalam tempoh 2 hari para pemuda tersebut
gagal membuat demikian dan tidak mahu mengubah keyakinan
mereka dengan segera, maka mereka akan dimurtadkan secara
paksa atau akan dijatuhi hukum mati.
Ramai ‘mufassirin’ (ahli tafsir) generasi salaf dan ‘khalaf’
(generasi awal Islam dan generasi yang terkemudiannya) yang
menyebutkan, para pemuda tersebut terdiri daripada anak-anak
raja Rom dan orang-orang terhormat mereka yang bersatu
kerana iman. Mereka tidak takut dengan ancaman itu dan telah
bertekad untuk saling bantu-membantu dan mempertahankan
keimanan mereka hingga titisan darah terakhir. Bagi mereka
lebih baik mati menggenggam iman daripada mengikuti jejak
raja yang menyekutukan Allah ‫سبحانه وتعالى‬.
Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-
pemuda tersebut bermesyuarat sesama sendiri untuk mencari
satu keputusan muktamad. Kumpulan pemuda itu akhirnya
membuat kesepakatan untuk bersembunyi.
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman;
“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka
dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah
kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan
dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-
kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi
bantuan yang berguna.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 16)
Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan
berlindung ke suatu tempat tersorok di kawasan pendalaman.
Berangkatlah mereka bertujuh ke kawasan pergunungan
bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua untuk
dijadikannya tempat bersembunyi dan di pintu gua itulah mereka
be

S-ar putea să vă placă și