Sunteți pe pagina 1din 7

1.

0 Peranan Guru Dalam Mencapai Enam Aspirasi Murid

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu. Menurut Kamus Dewan (2005), ‘profesion’ ialah satu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas. Konsep profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang
terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Selaras dengan guru yang profesional,
guru mestilah mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk menunjukkan profesionalismenya.
Menurut McEwan (2002), terdapat sepuluh ciri-ciri guru yang profesional iaitu dorongan oleh
misi dan passionate, positif dan benar, guru sebagai pemimpin, with-it-ness, gaya,
kepakaran dalam motivasi, keberkesanan pengajaran, pembelajaran kandungan, pintar dan
celik minda.

Lihat kepda Tema Hari Guru 2015 “Guru membina ilmu menyempurnakan akhlak” ,
dapat dikatakan bahawa profesion keguruan inilah yang membangunkan dan membentuk
atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Guru berperanan mengupayakan
diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui
penyerapan elemen-eleman kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan
rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan
individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia.
Guru memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi
mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti. (Mahmud
Karim, 2015)

Peranan guru juga adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan
berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat
untuk melahirkan murid berdasarkan 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional.
Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. Sebagai seorang
guru profesional, kita memainkan peranan yang penting dalam membantu melahirkan warga
sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi selaras dengan PPPM 2013 - 2025 ini.

Untuk melahirkan murid cemerlang yang mencapai 6 aspirasi murid PPPM 2013 –
2025, guru harus berperanan sebagai pengamal ilmu. Peranan guru sebagai pengamal ilmu
dapat membantu melahirkan murid yang berpengetahuan. Menurut McEwan (2002), guru
yang profesional mempunyai ciri budaya membaca dan pintar. Ciri-ciri ini sepadan dengan
peranan guru sebagai pengamal ilmu. Menurut Noriati A. Rashid, Boon dan Wong (2010),
tanggungjawab guru adalah sentiasa menimba ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi

1
keperluan pendidikan dan masa depan generasi muda negara. Pengamal ilmu bermaksud
mencintai, menguasai, sentiasa mencari dan meningkatkan pengetahuan, menggunakan
atau mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Oleh itu, guru
perlu mengamalkan sikap ingin ‘belajar untuk mengajar’. Contohnya, sentiasa meningkatkan
penguasaan ilmu dan pengetahuan isi kandungan pelajaran melalui pembacaan,
perbincangan dengan rakan sejawat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, menjalankan
penyelidikan dan mempamerkan sikap keterbukaan kepada peluang pemerolehan ilmu.
Dengan berperanan sebagai pengamal ilmu, guru dapat membantu melahirkan murid yang
berpengetahuan. Murid yang berpengetahuan pada peringkat paling asas perlu memiliki
keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Guru sebagai pengamal ilmu perlu
mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, terlibat dalam
sumbangan dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu supaya dapat dicontohi
oleh murid-murid. Dalam pengajaran di kelas, guru akan memindahkan ilmu serta memberi
tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu supaya murid-murid berkeupayaan
literasi dan numerasi. Guru harus memupuk budaya cintakan ilmu dalam diri murid-murid
supaya ilmu itu dapat diperkembangkan dan dimanfaatkan dalam semua aspek kehidupan
mereka.

Yang kedua, guru juga berperanan sebagai pengamal kemahiran kognitif. Guru perlu
memiliki kemahiran-kemahiran kognitif yang bersesuaian untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan yang dikuasainya. Peranan guru sebagai pengamal kemahiran kognitif ini juga
sama dengan ciri guru profesional MacEwan (2002) iaitu celik minda di mana minda guru
sentiasa aktif, berfikir dan membuat refleksi. Guru menstrukturkan pengajarannya dengan
mengintegrasikan unsur-unsur kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam
menyampaikan isi kandungan agar dapat menghasilkan murid yang mampu berfikir pada
aras tinggi serta sesuai dengan gaya pembelajaran dan gaya kognitif meraka. Dalam
aspirasi murid PPPM 2013 – 2025, setiap murid perlu mempunyai kemahiran berfikir.
Mereka perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan dan
mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk
melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Seseorang
guru haruslah memiliki kemahiran-kemhiran berfikir dan belajar tertentu supaya kemahiran-
kemahiran kognitif tersebut dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah. Kemahiran-kemahiran
kognitif penting yang perlu dikuasai oleh guru dan juga murid termasuklah pemikiran kreatif
dan inovatif iaitu kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu dan mencipta
idea atau pengetahuan baharu, pemikiran kritis dan penaakulan iaitu keupayaan
menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif,

2
dan deduktif bagi mencari penyelesaian dan akhirnya membuat keputusan. Kemahiran
kognitif yang ketiga ialah keupayaan belajar iaitu keupayaan memacu pembelajaran sendiri
dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Contohnya, dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek yang melibatkan pemikiran
kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan serta keupayaan belajar untuk
melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir (Mohd Fizam Zainon & Khairul Anuar
Aziz, 2013). Sehubungan itu, adalah amat penting bagi guru membantu setiap murid
memperolehi kemahiran berfikir.

Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran


berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata, tetapi merangkumi
pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan
memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani
masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing di mana peranan ini juga telah dinyatakan dalam ciri guru
yang profesional MacEwan (2002). 6 aspirasi murid PPPM 2013 – 2025 mempunyai
matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Menurut
Noriati A. Rashid, Boon Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010), guru
boleh berperanan sebagai ‘mentor’ di mana peranannya merupakan kombinasi melatih,
menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk melatih dan
membentuk diri murid-murid sebagai pemimpin secara langsung dan tidak langsung semasa
di sekolah sama ada semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau
semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja
secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid adalah tanggungjawab yang penting
bagi guru di sekolah. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003), guru haruslah
berusaha memimpim setiap murid mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui
penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Guru boleh memimpim
murid-murid menjadi pemimpim dari empat unsur iaitu keusahawan, berdaya tahan,
kecerdasan emosi dan ketrampilan komunikasi. Contohnya, guru boleh menggunakan
peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja
kumpulan dan aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam
membangunkan keperibadian murid sebagai pembimbing dalam kalangan rakan-rakan.
Sebagai pendidik, guru juga membimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat,
positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Selain itu, guru juga berperanan sebagai pembentuk tingkah laku. Seperti dinyatakan
oleh MacEwan (2002), ciri guru profesion termasuklah guru yang positif dan benar iaitu guru

3
menampilkan kualiti-kualiti seperti hormat, menyayangi, empati dan adil dalam hubungannya
dengan murid, ibu bapa dan rakan sekerja. Guru merupakan individu yang terlibat secara
langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka dengan murid pada setiap
hari persekolahan. Guru merupakan model yang sangat penting dalam menyalurkan mesej
tentang amalan nilai-nilai, kepercayaan, falsafah dan sikap kepada anak murid didik. Guru
merupakan pembentuk tingkah laku yang amat berpengaruh sepanjang tempoh murid
berada di dalam persekolahan. Guru bertanggungjawab dalam melahirkan murid yang
berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi di mana telah tersenarai dalam 6
aspirasi murid PPPM 2013 – 2025. Dengan ini, guru akan mempersiapkan setiap murid
supaya berani menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman,
membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal dan mempunyai keberanian
melakukan apa yang betul. Sebagai pembentuk tingkah laku, guru haruslah menunjukkan
dan menerapkan nilai-nilai seperti kerohanian, iaitu mempunyai pegangan agama yang kuat
dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi.
Berintegriti, iaitu mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara
yang betul serta bertanggungjawab sivik, iaitu bertindak untuk kebaikan negara, mengambil
berat terhadap orang lain dan alam sekitar dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk
memberikan sumbangan kepada masyarakat. Kesemua ini akan membantu dalam
melahirkan murid yang mempunyai etika dan kerohanian.

Guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi. Guru berperanan membentuk


individu yang mampu bersosialisai dan memiliki kecerdasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menurut MacEwan (2002), ciri guru profesional juga
termasuklah gaya iaitu guru perlu menunjukkan penampilanya yang baik dan mesra
terhadap murid dan masyarakat. Seperti dalam 6 aspirasi murid PPPM 2013 – 2025,
pendidikan Malaysia ingin melahirkan murid yang mempunyai identiti nasional. Murid-murid
perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan berpegang
teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk memupuk perpaduan dan masa depan Malaysia.
Dengan ini, guru harus menunjukkan sikap mudah menyesuaikan diri, bersifat penyayang
dan menghormati perbezaan individu supaya dapat dicontohi oleh murid-murid. Contohnya,
guru haruslah melayan murid-murid tanpa mengira etnik, kepercayaan dan taraf
sosioekonomi. Guru juga boleh turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan oleh komuniti setempat dengan membawa bersama-sama murid-murid seperti
karnival keluarga, aktiviti-aktiviti kebudayaan, gotong-royong dan seumpamanya. Pada
masa yang sama, guru dan murid-murid berpeluang bersosialisasi dengan ibu bapa dan
penduduk yang berbilang kaum, bergaul mesra serta mengenali amalan dan budaya
komuniti masing-masing dengan lebih dekat dan mendalam. Selain itu, guru juga harus

4
menunjukkan kemesraannya seperti memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima
dan menghormati serta hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat (Omardin
Ashaari,1999). Kesemua ini haruslah dipelajari oleh murid-murid supaya mereka bangga
menjadi rakyat Malaysia serta mempunyai identiti nasional.

Di samping itu, guru juga peranan sebagai pengamal reflektif. Amalan refleksi
berkesan dalam membantu guru menstruktur pemikiran mereka dan membolehkan
pengalamanya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. 6 aspirasi murid
PPPM 2013 – 2025 telah mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan
bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa
tersebut. Di sini, guru berperanan sebagai pengamal reflektif hendaklah membuat refleksi
terhadap ‘sesuatu’ yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. ‘Sesuatu’ disini bolehlah
dikaitkan dengam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh
itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan
teori dan prinsip pengajaran dan pembelajaran (Noriati A. Rashid, Boon Sharifah Fakhriah
Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2010). Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan
sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran-
kemahiran dalam profesion keguruan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat
penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi.
Contohnya, permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid.
Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat
inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang
dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina
hubungan dengan rakan sejawat dalam usaha mencari amalan terbaik pengajaran dan
pembelajaran.

Sebenarnya, guru berperanan menyediakan pelajar hari ini untuk dunia hari esok.
Tuntutan masyarakat dan dunia secara amnya ialah guru mampu melengkapi diri dengan
kemahiran-kemahiran abad ke-21 serta mempunyai kompetensi global. Guru haruslah
melaksanakan peranan yang pelbagai dalam memastikan murid-murid dalam mencapai
aspirasi murid PPPM 2013 – 2025.

5
3.0 Rujukan

Buku Rujukan

AL. Ramaiah (2009). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS Buku
Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung
Malim : Quantum Books.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Standard Guru Malaysia. Putrajaya : Bahagian


Pendidikan Guru.

Haliza Hamzah, & Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok, S.S. (1995). Asas Pendidikan 1 Pendidikan Sebagai Suatu Proses. Subang Jaya :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Wong, K.W. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid (2010).
Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2012). Murid dan Alam
Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid (2014).
Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ormardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Internet

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.


Dicapai dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-
2013-2025

Mohd Fizam Zainon (2013). Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL). Dicapai
dari http://www.researchgate.net/publication/262300248

6
Institut Pendidikan GuruKementerian Pendidikan Malaysia (2013). Panduan Umum Struktur
Kursus PISMP Untuk Pensyarah dan Pelajar. Dicapai dari :
http://ipgipoh.info/pismp2013/Programme%20Book%204%20Portrait%20Unit%20L%
20May%202013.pdf

Jurnal

Hamzah Mohamed (2003). Ciri-Ciri Dan Potensi Diri. Guru Berkesan Dalam Merealisasikan
Pendidikan Cemerlang. Dicapai dari
http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah3.htm

S-ar putea să vă placă și