Sunteți pe pagina 1din 6

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh. Kesempurnaan agama islam
bukan sekadar pada nama malah turut meliputi semua aspek kehidupan umatnya
termasuklah ekonomi

Ekonomi dalam islam mementingkan konsep muamalat iaitu satu sistem yang
mengatur perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan hidup masing-masing
dan berlandaskan syariat islam. Muamalat dalam islam lebih menekankan perkara-perkara
yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan terutama ekonomi dan sosial.

Syariat islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta
kekayaan merupakan amanah Allah kepada manusia. Oleh yang demikian, wajar bagi
manusia untuk menggunakan harta berkenaan ke jalan yang diredai Allah iaitu berlandaskan
hukum syarak. Halal dan haram perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya kerana ianya
penting untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia dan akhirat kelak.

1
1.0 SISTEM EKONOMI ISLAM

Islam meletakkan ekonomi sebagai suatu aspek penting dalam kehidupan manusia
kerana ekonomi bukan sahaja menyentuh urusan bagaimana manusia mengatur keperluan
jasmaniah mereka bahkan urusan rohaniah mereka. Oleh itu, aktiviti ekonomi mestilah
berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang digariskan oleh agama untuk kesejahteraan di dunia
dan akhirat. Salah satu aspek penting yang terkait dengan hubungan antara manusia adalah
ekonomi. Ekonomi Islam memiliki prinsip yang bersumber dari Al-quran dan Al-hadis. Prinsip
tersebut bersifat abadi seperti prinsip tauhid, adil, kebebasan dan tangungjawab,
persaudaraan, dan sebagainya. Prinsip ini telah menjadi landasan kegiatan ekonomi islam
yang secara tekniknya selalu berkembang dan berubah sesuai dengan perkembangan zaman
dan peradaban yang dihadapi manusia. Menurut Muhamad Al-Mubarak ekonomi Islam boleh
didefinisikan sebagai sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik, amal, pengeluaran
dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran yang berkaitan hak-hak
kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah (Takhim, 2010). Selain itu, Muhammad
Abdullah Ar-Arabi berpendapat bahawa Sistem Ekonomi Islam merupakan dasar-dasar umum
ekonomi yang disimpulkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan
perekonomiannya diasaskan kepada dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan masa
(Mohamed A. , 2010). Kesimpulannya, Sistem Ekonomi Islam boleh ditakrifkan sebagai
segala kegiatan ekonomi yang berjalan adalah atas dasar kepatuhan kepada segala perintah
dan arahan Allah.

2.0 SISTEM EKONOMI ISLAM MEMBINA MASYARAKAT SEJAHTERA

Kefahaman konsep dan pelaksanaan tauhid dalam sesebuah sistem ekonomi itu akan
meyebabkan lahirnya masyarakat yang mempunyai satu matlamat yang jelas dalam urusan
perekonomian, iaitu ke arah usaha mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan bukan ke arah
menyaingi orang lain untuk kepentingan diri. Hal ini kerana pengamalan sistem ekonomi Islam
dapat mengekalkan keamanan dan kepatuhan terhadap undang-undang. Hal ini berlaku
kerana asas-asas ekonomi Islam bersandarkan kepada tuntutan iman dan akhlak serta
penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dalam sistem ekonomi Islam. Penerapan
beberapa sistem ekonomi baik seperti sistem ekonomi Islam mampu untuk mewujudkan dan
meningkatkan kesejahteraan bagi seluruh masyarakat serta mewujudkan ketenteraman bagi
manusia.

Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang pengeluaran yang mestilah
berasaskan pengeluaran yang halal dan menjauhi jalan-jalan yang haram. Sistem ekonomi
Islam tidak menzalimi kaum yang lemah dan tidak berkemampuan tetapi sistem ekonomi

2
Islam juga tidak menzalimi hak individu dan golongan yang berada atau golongan kaya.
Namun begitu, ketidakadilan dalam ekonomi sering berlaku apabila golangan kaya
menggunakan cara-cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan dan menindas golongan
orang yang miskin dan lemah. Hal ini secara tidak langsung menjadi suatu ekonomi yang
seimbang antara keduanya serta memiliki peluang untuk memberikan jalan penyelesaian
kepada permasalahan ekonomi. Keadilan sosial yang diamalkan dalam sistem ekonomi Islam
menyebabkan jurang ekonomi antara masyarakat dapat dikurangkan dan dirapatkan. Hal ini
secara tidak langsung kesejahteraan masyarakat dapat diwujudkan.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta


kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa

mengasihani kamu.”

(Surah An-Nisa : 29)

Sistem ekonomi Islam mampu untuk mewujudkan dan meningkatkan pembangunan


modal insan dalam kalangan masyarakat. Pembangunan modal insan dapat diwujudkan
melalui akhlak yang mulia dan sikap yang diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat
(Mohamed & Abu Bakar, T.T). Oleh itu, kejujuran dan kebenaran merupakan suatu perkara
yang peting dan di utamakan bukan sahaja dalam ekonomi tetapi dalam kehidupan seharian
juga. Selain itu, Islam menggalakkan kejujuran dan kebenaran yang telah menjadi salah satu
prinsip dalam ekonomi Islam. Sekiranya prinsip ini diamalkan dalam ekonomi, segala urusan
ekonomi yang dilaksanakan berasaskan syariat Islam dapat melahirkan masyarakat yang
berbudi pekerti, berakhlak mulia, dan jujur dalam kehidupan seharian. Hal ini terbukti apabila
Rasulullah digelar al-amin kerana sikap jujur dan amanah yang ditunjukkan oleh beliau. Oleh
sebab itu, Rasulullah saw telah diberi kepercayaan untuk menguruskan serta
mengembangkan perniagaan Siti Khadijah. Oleh itu, umat Islam boleh menjadikan Rasulullah
saw sebagai idola dalam menjalankan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam. Hal ini dapat
menunjukkan bahawa kejujuran dan kebenaran yang merupakan salah satu prinsip ekonomi
Islam yang mampu untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

Di samping itu, sistem ekonomi Islam mampu membawa kesejahteraan kepada


masyarakat melalui bantuan yang diberikan kepada orang yang memerlukan. Sebagai contoh,
Zakat yang diberikan kepada golongan asnaf untuk meningkatkan taraf hidup mereka serta
dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin (Jabatan

3
Awqaf, 2013). Sesebuah negara boleh menjadi maju dan kualiti taraf hidup masyarakat boleh
ditingkatkan melalui bantuan secara menyeluruh akhirnya menyumbang kembali kepada
institusi zakat. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, iaitu dua setengah tahun setelah
beliau memerintah, telah dicatatkan bahawa tidak ada orang yang dimasukkan ke dalam
penjara dan tidak ada orang yang berhak menerima zakat. Hal ini kerana sistem ekonomi
Islam yang menghalang berlakunya monopoli di dalam perniagaan menyebabkan kitaran
ekonomi pada waktu itu maju. Hal ini secara tidak langsung Zakat yang dikeluarkan mendapat
ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana
Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan agama
serta kebajikan rakyat (Ahmad, 2013). Selain itu, zakat yang dikeluarkan juga mampu
mengelakkan perasaan iri hati golongan kurang berkemampuan kepada golongan kaya dan
menimbulkan perasaan syukur melalui bantuan yang diperoleh. Hal ini menunjukkan bahawa
sistem ekonomi Islam mampu membawa kesejahteraan kepada masyarakat.

3.0 PERANAN SISTEM EKONOMI ISLAM DALAM MENJAMIN KEDUDUKAN WANITA

Islam tidak pernah memandang rendah pada kedudukan wanita akan tetapi Islam tidak
menyamakan lelaki dan wanita itu padasatu kedudukan yang sama. Kaum wanita tetap perlu
dihormati dan diangkat darjatnya selaras dengan lunas-lunas Islam (Nordin, 2010). Mereka
mempunyai hak yang sama untuk menggunakan harta pemilikannya selaras dengan
kehendaknya selagi tidak bertentangan dengan syariah. Mereka sama-sama berhak untuk
menggadai, menyewa dan memberi sewa, mewakaf, menjual, membeli dan mendapat faedah
daripada harta mereka, mendapat pusaka dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah:

“Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya,
dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya,
baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.”

(Surah An-Nisa: 7)

Dalam konteks ini kita dapat melihat bahawa Islam sejak dari dahulu lagi telah
mengangkat martabat dan hak wanita dalam mengendalikan harta pemilikan mereka. Islam
telah memberi hak kebebasan ekonomi kepada kaum wanita berbanding dengan wanita Barat
yang hanya memperoleh hak tersebut setelah satu tempoh perjuangan yang panjang
sehingga terpaksa mengorbankan akhlak dan kehormatan mereka. Wanita Islam dengan
bebas dapat memilik, mengurus harta milik dan menggunakan harta miliknya secara langsung
dan peribadi tanpa sebarang campur tangan dari orang tengah, malah mereka berhak untuk

4
memberi dan menyumbang harta mereka kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang campur
tangan lain seperti Saidatina Khadijah.

Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan tenaga dalam sektor
ekonomi Malaysia. Wanita memiliki kemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikan
diri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap. Sikap rajin bekerja dan tekun serta
memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini sasaran
utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum wanita memang mempunyai peranan besar
dalam memastikan sumber manusia negara ini berupaya memenuhi keperluan pertumbuhan
ekonomi negara kita. Oleh sebab itu, banyak kaum wanita telah menceburi pelbagai bidang
perniagaan terutamanya kosmetik seperti Datuk Seri Vida. Hal ini menunjukkan bahawa Islam
memberi kebebasan ekonomi kepada wanita untuk memperluaskan bidang pekerjaan yang
diceburi.

Di samping itu, prinsip keadilan dalam Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan
tidak merujuk kepada satu faktor sahaja seperti kekuatan fizikal atau jantina dan begitu juga
dalam pembahagian harta pusaka. Faraid ialah pembahagian harta pusaka si mati (orang
Islam) yang ditetapkan oleh Syariat (Muhammad, 2009). Secara umum perempuan mendapat
1/2 daripada apa yang diwarisi oleh lelaki. Namun, ada pecahan yang lebih terperinci
bergantung kepada siapa waris si mati yang sah. Perempuan itu berhak ke atas harta yang
diwarisi mengikut Faraid sepenuhnya dan tidak bertanggungjawab daripada segi kewangan
untuk menampung anak-anak atau waris yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa Sistem
Ekonomi Islam tidak menindas dan tetap menjaga kedudukan kaum wanita.

5
RUMUSAN

Pengurusan ekonomi kewangan dalam Islam dijelaskan dalam al-Quran dan Al-Hadis
serta telah diberikan penjelasan oleh ulama terkemudian. Pengurusannya bukan bersifat
mendatang atau menciplak pengurusan ekonomi bukan Islam, dengan mengetepikan lunas
atau nas yang ditetapkan dalam Islam. Pada asasnya, Sistem Ekonomi Islam bersifat adil dan
memberikan kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Pengimplementasian ekonomi Islam
juga dapat menjamin kedudukan negara dan masyarakat agar lebih stabil dan harmoni.
Kedudukan wanita juga turut dipelihara di dalam Sistem Ekonomi Islam.

S-ar putea să vă placă și