Sunteți pe pagina 1din 13

BAB 1

1.0. PENGENALAN

Penulisan ini akan memperincikan tentang sumbangan Tun Ghafar Baba kepada orang
Melayu dari tahun 1967 sehingga tahun 1990. Bab 1 berkisar tentang latar belakang dan
kehidupan Tun Ghafar Baba sewaktu beliau masih kecil sehinggalah beliau terlibat dalam
arena politik. Seterusnya, dalam bab 2 pula akan membincangkan tentang kehidupan orang
Melayu sebelum dan selepas merdeka. Dalam bab tersebut, penulis membincangkan kegiatan
ekonomi masyarakat Melayu dan membandingkannya dengan kaum lain. Bab 3 pula akan
memfokuskan terhadap sumbangan yang dibuat oleh Tun Ghafar Baba dalam memajukan
masyarakat Melayu. Bab 4 pula akan menganalisis kesan sumbangan Tun Ghafar Baba
kepada masyarakat Melayu. Seterusnya dalam bab 5, kesimpulan secara keseluruhan akan
dilakukan dan dikaitkan dengan objektif penulisan.

1.1. LATAR BELAKANG TUN GHAFAR BABA

Tun Abdul Ghafar Baba dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Bapanya bernama Baba Abdullah yang berasal dari Sungai Udang, Melaka
manakala ibunya bernama Saodah Saleh yang berasal dari Kampung Bemban, Melaka.1
Beliau merupakan anak yang ke-6 daripada 10 orang adik beradik. Beliau dilahirkan dalam
keluarga yang susah. Bapanya melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah sebagai penarik
beca, kereta lembu dan penoreh getah. Bagi menambah pendapatan keluarga, beliau pernah
menjaja ubi kayu di sekitar Melaka. Beliau menjadi anak yatim piatu ketika beliau berumur 8
tahun. Sejak itu, beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Ketika usia beliau 14 tahun, beliau
menjadi ‘caddy’ iaitu pemungut bola golf dan bola tenis bagi golongan atasan untuk
menampung perbelanjaan hariannya. Beliau juga pernah menjual aiskrim dan kayu api
sewaktu beliau masih kecil.2

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah, Negeri Sembilan
ketika berumur enam tahun. Ketika berumur 13 tahun, beliau menyambung pelajarannya di
Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka.3 Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sultan
Idris Training Collage (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) di Tanjung Malim, Perak pada
tahun 1946 dan terlibat dalam Kesatuan Guru Melaka.4 Beliau memulakan kerjaya sebagai
seorang guru pada tahun 1949 sehingga tahun 1955 sebelum beralih sepenuhnya kepada

1
Mahadi Abu Hassan, Biografi MUBARAK (Melaka: Universiti Teknikal Malaysia, 2009), hlm 133
2
Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 172
3
Kerajaan Negeri Melaka. 2004. Tokoh-tokoh Gemilang Melaka, Pentadbiran dan Politik.
Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).hlm 35
4
Khoo Kay Kim. 1982. Melaka dan Sejarahnya. Kuala Lumpur: Percetakan Seasons Sdn Bhd.
kerjaya politik.5 Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajah Asmah binti Alang
pada tahun 1942 dan dikurniakan 10 orang cahayamata. Beliau kemudian berkahwin dengan
Dayang Heryati binti Abdul Halim pada tahun 1992 namun bercerai pada tahun 2003. Hasil
perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahayamata.

1.2. PENGLIBATAN TUN GHAFAR BABA DALAM BIDANG POLITIK

Minat dan keseriusan beliau dalam bidang politik telah terlihat sewaktu umur beliau
masih muda lagi. Buktinya, beliau mula menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun
1940 sewaktu beliau hanya berumur 14 tahun pada waktu itu. Beliau kemudiannya menyertai
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), sebuah parti radikal kiri dari tahun 1945 hingga
1948. 6Pada tahun 1955, beliau menyertai UMNO di Melaka apabila mendapati PKMM tidak
sesuai lagi dengan pemikiran dan kewajaran perjuangan untuk membela nasib bangsa dan
negara.7 Beliau meninggalkan kerjaya sebagai guru supaya dapat terlibat sepenuh masa
dalam bidang politik apabila bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar
pada pilihanraya umum pertama 1955. Pada tahun 1955 sehingga 1959 beliau dilantik menjadi
Ahli Perundangan Persekutuan.8

Pada 1 Jun 1959, beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ketika berusia 34
tahun9 dan merupakan Ketua Menteri yang paling muda dan yang pertama dipilih oleh rakyat.
Sejak itu, penglibatan beliau dalam politik Malaysia semakin terserlah apabila memegang
jawatan-jawatan penting seperti pengerusi MARA dan FAMA, Menteri Pembangunan Luar
Bandar serta Timbalan Perdana Menteri.10 Melalui penglibatan beliau dalam politik, pelbagai
perkara telah dilaksanakan oleh beliau bagi memajukan nasib orang Melayu. Justeru, kajian
ini akan mengenalpasti sumbangan-sumbangan Tun Ghafar Baba kepada orang Melayu
sepanjang penglibatannya dalam arena politik.

5
Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 172
6
Zainun Abidin Baharum, Abdullah Zakaria Ghazali, & Junaidi Awang Besar, “Tun Ghafar Baba : Pejuang
Nasionalis Melayu yang Kental dan Strategis” (2013): 16
7
Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, “Dinamik Ikon dalam Pembentukan
Ruang Pembangunan : Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia”, (2015):54
8
Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. 2000. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
9
Utusan Malaysia 5 Dec 1999
10
Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, “Dinamik Ikon dalam
Pembentukan Ruang Pembangunan : Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi
Malaysia”, (2015):55
BAB 2

2.0. KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

Bab ini akan membincangkan kehidupan masyarakat Melayu sebelum dan selepas merdeka.

2.1. SEBELUM MERDEKA

Dari segi ekonomi, sebelum merdeka, ekonomi masyarakat Melayu adalah tertumpu
kepada ekonomi berbentuk sara diri, menanam padi dalam skala yang kecil dan sebagai
pekebun kecil getah.11 Kegiatan pertanian sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu
kerana lebih 90% masyarakat Melayu terlibat dalam sektor tersebut khususnya penanaman
padi. Lim Teck Ghee dalam kajiannya mendapati bahawa tidak banyak kemajuan yang dicapai
oleh masyarakat petani dalam sektor pertanian.12 Sehingga tahun 1930-an, masyarakat
Melayu petani masih lagi mempunyai masalah hutang, produktiviti yang rendah, masalah
pemasaran dan undang-undang tanah yang masih kabur. Pihak British pula dilihat tidak
mengambil inisiatif bagi membangunkan masyarakat Melayu kerana mereka mahu melihat
masyarakat Melayu luar bandar ini kekal dengan kegiatan asal mereka sebelum ini iaitu
sebagai petani yang masih menggunakan kaedah tradisional.13 Peluang untuk masyarakat
Melayu khususnya di luar bandar untuk maju dalam bidang sosioekonomi sangat terbatas
kerana dasar British, kekurangan infrastruktur, kekurangan kesedaran serta kurangnya
pendedahan terhadap pendidikan. Ekonomi masyarakat luar bandar sebelum merdeka
tertumpu kepada pertanian. Dalam hal ini masyarakat Melayu masih lagi mendominasi sektor
tersebut dari tahun 1947 hingga 1957. Bilangan masyarakat Melayu yang terlibat dalam sektor
pertanian sangat ramai jika dibandingkan dengan bangsa asing yang lain khususnya dalam
sektor penanaman padi. Hal ini dapat dilihat dalam jadual di bawah:

Jadual 1 menunjukkan peratus penglibatan setiap bangsa dalam sektor


pertanian pada tahun 1947.14

Berdasarkan jadual, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu mendominasi sektor


penanaman padi iaitu sebanyak 48.4 peratus.

11
A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial?, dalam Alam Pensejarahan:
Dari Pelbagai Perspektif oleh Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 224.
12
Dr Hasnah Hussiin, “Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957”, Universiti Malaysia
Pahang (2014): 3
13
Ibid. Hlm 4
14
Ibid. hlm 5
2.2. SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka, terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi
menyeimbangkan ekonomi antara kaum. Antaranya adalah Rancangan Malaya 5 tahun yang
mula diperkenalkan pada tahun 1956. Rancangan Malaya pertama dan Rancangan Malaysia
pertama dirancang untuk memfokuskan terhadap pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi.15
Rasional rancangan tersebut diperkenalkan adalah kerana kerajaan mendapati bahawa
49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis
miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di
kawasan bandar. Kaum yang paling ramai kadar kemiskinannya adalah kaum Melayu (rujuk
jadual 2)

Jadual 2 menunjukkan banci penduduk pada tahun 1970 16

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu khususnya di luar


bandar inilah telah mendorong Tun Ghafar Baba untuk mengubah nasib mereka.

15
Rancangan Malaya pertama memberi penekanan dan perhatian terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam
seperti mempergiatkan pembukaan tanah baru untuk pertanian, menggalakkan penanaman semula getah oleh
pekebun kecil dan secara ladang dan mempelbagaikan hasil keluaran pertanian. Rancangan Malaysia pertama
pula bermatlamat untuk memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat dan
integrasi nasional serta mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian. Dr
Hasnah Hussiin, “Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957,” 4-5.
16
“Laman web Pejabat Perdana Menteri,” diakses pada 16 Mac 2019
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
BAB 3

3.0. SUMBANGAN TUN GHAFAR BABA DALAM MEMAJUKAN MASYARAKAT


MELAYU.

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bab 2, masalah kemiskinan masyarakat


Melayu luar bandar telah mendorong Tun Ghafar Baba untuk mengubah nasib masyarakat
Melayu. Tun Ghafar Baba banyak memberi sumbangannya terhadap pembangunan negara
khususnya dalam bidang pertanian dan pembangunan luar bandar. Penglibatan beliau dalam
politik sejak zaman remaja lagi telah menyedarkan beliau bahawa masalah agraria adalah
terlalu banyak dan mesti diberi keutamaan dalam pembangunan ekonomi negara.17 Mengikut
catatannya dalam buku `Penitianku'.
“Sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, banyak masa yang saya gunakan untuk
melawat penduduk-penduduk dan pelbagai projek luar bandar. Saya tidak mahu lagi
melihat orang kampung hidup sengsara sepertimana yang saya alami 60 tahun lalu.”18

Sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar
Bandar pada tahun 1971, beliau telah memberi subsidi bahan-bahan tanaman, baja dan racun
makhluk perosak kepada pesawah, subsidi tanaman semula dan tanaman baru seperti getah,
nenas, lada hitam dan kelapa kepada pekebun kecil serta subsidi modal kepada nelayan.19
Selain itu, beliau juga membekalkan kemudahan-kemudahan asas seperti air paip, elektrik,
kemudahan kesihatan dan perubatan, pendidikan, perhubungan dan pengangkutan kepada
kawaan-kawasan di luar bandar. Menurut beliau, kemudahan-kemudahan tersebut
merupakan sesuatu yang mesti dinikmati oleh semua rakyat dalam sebuah negara merdeka.20
Beliau juga menubuhkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada tahun 1973 dan
koperasi-koperasi di kawasan luar bandar bagi mengatasi masalah pengangguran dan guna
tenaga tak sepenuh.21
Selain itu, beliau juga memberi sumbangan dalam perkembangan pelajaran dengan
memperkenalkan polisi baru menggalakkan masyarakat luar bandar untuk menghantar anak-
anak mereka ke sekolah menengah yang telah disediakan oleh kerajaan. Malangnya,
sebahagian besar masyarakat kampung pada masa itu tidak dapat berbuat demikian kerana
masalah kemiskinan tegar. Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, beliau memberi

17
Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 157.
18
Ghafar Baba. 2006. Penitianku.. Sebuah Catatan Peribadi Allahyarham Tun Ghafar Baba,
Kuala Lumpur: Sure Focus Sdn Bhd. Hlm 95
19
Pemberian subsidi tersebut menelan perbelanjaan yang agak besar. Sebagai contoh, sebanyak RM158.4 juta
dibelanjakan untuk subsidi tanaman semula dan tanaman baru getah, RM8.4 juta untuk tanaman semula nenas
dan RM15 juta untuk pemulihan kelapa. Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba, 1993, hlm 160.
20
Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 161.
21
Ibid
bantuan basikal dan buku percuma kepada murid-murid yang tidak berkemampuan.22 Beliau
turut melancarkan projek Perpustakaan Bergerak bagi membantu murid-murid dan
masyarakat luar bandar untuk mengetahui dunia luar. Beliau berharap agar Perpustakaan
Bergerak dapat mempertingkatkan lagi semangat suka membaca. Dengan itu dapat
mengurangkan jumlah kadar buta huruf dan menggalakkan masyarakat luar bandar berlumba-
lumba untuk menuntut ilmu. 23
Seterusnya, setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 1
September 1967, beliau menggunakan MARA sebagai ‘alat’ utama untuk menyediakan
masyarakat Melayu dengan dunia perdagangan dan perusahaan.24 Beliau mula mengatur
pelbagai rancangan supaya MARA mempergiatkan kegiatan memberi kemudahan kredit,
khidmat perundingan dan penasihatan, latihan kemahiran, profesional dan vokasional supaya
lebih ramai orang Melayu memperolehi faedah.25 Sebagai pengerusi MARA, pelbagai langkah
dan usaha yang telah dilakukan oleh beliau. Sebagai contohnya, di dalam kegiatan memberi
kemudahan kredit, MARA telah mengeluarkan jumlah pinjaman yang jauh lebih besar selepas
1967 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun 1968, MARA mengeluarkan pinjaman
sejumlah RM7.8 juta berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu RM4.7 juta.26 Jumlah itu
meningkat kepada lebih RM9 juta pada tahun berikutnya,27 meningkat kepada RM12.3 juta
pada tahun 197028 dan seterusnya menjadi RM14.9 juta pada tahun 1971.29 Pertambahan
dalam peruntukan untuk tujuan tersebut merupakan sesuatu yang amat dinantikan oleh
peniaga Melayu pada masa itu.30
Selain itu, untuk membantu peniaga dan bakal-bakal peniaga, MARA turut
membekalkan perkhidmatan penasihatan dan perundingan dengan mengadakan kursus-
kursus atau ceramah-ceramah mengenai pentadbiran, perniagaan, pengurusan kira-kira dan
seumpamanya.31 Beliau juga membina rumah-rumah kedai dan tapak perniagaan dan
seterusnya disewakan atau dijual kepada peniaga-peniaga Melayu. Laporan 1971 menyebut
bahawa sehingga penghujung 1970, sebanyak 32 rancangan bangunan perniagaan telah
disiapkan dan disewakan kepada peniaga-peniaga Melayu. 32

22
“Utusan Malaysia” (1984) 17 Disember
23
Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, “Dinamik Ikon dalam
Pembentukan Ruang Pembangunan : Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi
Malaysia”, (2015): 5
24
Azizan Ahmad. 1991. Suka Duka Politik Ghafar Baba, Kuala Lumpur: Az-Rena Enterprise
& Trading.
25
Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 162.
26
Laporan Tahunan MARA, 1968;hlm 13
27
Laporan Tahunan MARA 1969; hlm 4
28
Laporan Tahunan MARA 1970; hlm 31
29
Laporan Tahunan MARA 1971; hlm 11
30
Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 163.
31
Hj Dr Syed Ibrahim, Malaysia Kita (Selangor: International Law Book Services, 2000), hlm 319
32
Laporan Tahunan MARA 1971, 31 Dec 1971, hlm 30A.
Melalui MARA juga, pelbagai syarikat telah ditubuhkan. Antaranya, Syarikat Batik
Malaysia yang mengeluarkan batik gulung, Syarikat Mawar yang mengeluarkan roti, Syarikat
Perusahaan Kayu Sedia yang mengeluarkan kayu masak, Syarikat Ubiyu Malaysia Berhad
yang mengeluarkan tepung sagu, tepung kanji dan glukos dan banyak lagi syarikat yang
ditubuhkan.33 Selain bidang pembangunan dan perindustrian, beliau juga memberi
sumbangan terhadap pendidikan masyarakat Melayu. Antara projek yang dilaksanakannya
ialah menubuhkan pusat pengajian tinggi, ITM (kini UiTM) yang dikhaskan untuk pelajar
34
Melayu sahaja. Bangsa asing tidak dibenarkan belajar di situ. ITM dilengkapi dengan
pelbagai peralatan moden bagi menampung pelajar seramai 7,000 orang. Penubuhan ITM
berjaya menghasilkan ramai anak Melayu yang berjaya belajar hingga ke peringkat yang lebih
tinggi.35 Selain itu, beliau juga adalah salah seorang yang bertanggungjawab dalam
merancang skim FELDA. Skim tersebut telah berjaya membentuk satu masyarakat Melayu
baru yang lebih terancang corak kehidupannya. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga misalnya,
terdapat lebih dari 25,000 keluarga telah ditempatkan di rancangan FELDA di seluruh
negara.36
Tun Ghafar juga melibatkan diri secara serius dalam pertubuhan peladang dan
koperasi. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup Melayu dan petani melalui
gerakan koperasi tersebut. Penglibatan serius beliau dalam agensi ini memberi banyak kesan
positif ke atas nelayan dan petani.37 Sehubungan itu, beliau banyak memainkan peranan
dalam Perbadanan Kemajuan Perikanan dan Perbadanan Kemajuan Haiwan. Beliaulah
orangnya yang mencadangkan kepada kerajaan supaya Malaysia mestilah menyediakan
makanan yang cukup sepanjang masa bagi memenuhi keperluan penduduknya. Ini
termasuklah makanan berzat seperti daging lembu dan susu. Dari itu adalah perlu bagi
kerajaan menghasilkan sendiri makanan tersebut disebabkan selama ini ia banyak diimport
dari luar negara. Hasil dari cadangan beliau itu, polisi menghasilkan bekalan makanan sendiri
ini telah dipertanggungjawabkan ke atas Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar
Bandar yang secara kebetulan diketuai oleh beliau sendiri.38 Oleh itu, jelaslah bahawa
sumbangan Tun Ghafar Baba tidak hanya berlegar di sekitar politik sahaja. Beliau juga banyak

33
Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 165.
34
Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, “Dinamik Ikon dalam
Pembentukan Ruang Pembangunan : Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi
Malaysia”, (2015): 6
35
Ibid
36
Ghafar Baba 1988 Pendamai: Antara Cabaran dan Pergolakan. Pelanduk publications (M) Sdn Bhd, Petaling
Jaya:55
37
Mansor Merican (1982) Dasar politik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.hlm 43
38
Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, “Dinamik Ikon dalam
Pembentukan Ruang Pembangunan : Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi
Malaysia”, (2015): 6
memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi, sosial, pelajaran, pertanian dan
perindustrian masyarakat Melayu.

BAB 4
4.0. KESAN SUMBANGAN TUN GHAFAR BABA KEPADA MASYARAKAT MELAYU.

Sumbangan yang dilakukan oleh Tun Ghafar Baba sememangnya memberi kesan
yang besar dalam pembangunan negara khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera.
Kesannya adalah peningkatan taraf ekonomi masyarakat Melayu luar bandar. Buktinya,
dengan pelaksanaan program-program yang dijalankan sewaktu Tun Ghafar Baba menjadi
Menteri Pembangunan Luar Bandar, pengeluaran padi, getah, minyak dan isi sawit, kelapa,
lada hitam, koko dan lain-lainnya telah meningkat.39 Bidang pertanian dan mutu kehidupan
masyarakat Melayu luar bandar bertambah baik di mana pertanian mencatatkan pertumbuhan
sebanyak 6.0 peratus setahun. Mengikut satu pemerhatian, kadar pertumbuhan itu adalah di
antara yang tertinggi di dunia.40 Selain itu, pemilikan saham masyarakat Melayu dan
Bumiputera turut meningkat. Buktinya, pada tahun 1970, hak milik modal saham sektor
korporat orang Melayu hanya berjumlah 2.4 peratus. Walaubagaimanapun, pada tahun 1975,
bahagian mereka meningkat kepada 9.2 peratus dan bertambah menjadi 12.5 peratus pada
tahun 1980. 41

Selain itu, kesan dari segi pendidikan. Misalnya, selepas penubuhan MARA,
pemberian biasiswa kepada pelajar meningkat dan berjaya merealisasikan perjuangan orang
Melayu sebelum merdeka yang inginkan orang Melayu mengejar pendidikan.42 Selain itu,
melalui MARA juga telah berjaya meningkatkan bilangan orang Melayu dan Bumiputera untuk
terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Buktinya, tertubuhnya pelbagai syarikat
hak milik Melayu dan Bumiputera misalnya Puspa MARA yang merupakan pusat jualan hasil
kraftangan tempatan, Syarikat Kima Sendirian Berhad yang mengeluarkan kain.43 Dengan
tertubuhnya syarikat-syarikat tersebut dapat menambahkan bilangan syarikat-syarikat milik
Melayu.

39
Shamsul Amri Baharuddin, “Jernal Ilmu Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan,” Universiti Kebangsaan
Malaysia, bilangan 10 (Januari 1977): 2-3
40
Kevin Young dll, dalam (Prof Dr Mohd Taib Osman, 1993) Gateway Publishing House. Hlm 172.
41
Kerajaan Malaysia, RMK, 1986-1990,hal.125
42
Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, “Dinamik Ikon dalam
Pembentukan Ruang Pembangunan : Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi
Malaysia”, (2015): 5
43
Syarikat ini merupakan satu usaha sama diantara MARA dengan Textile Corporatiom Malaya, dengan MARA
memiliki 70 peratus daripada ekuitinya. Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba, 165
BAB 5

5.0. KESIMPULAN

Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas penulisan ini. Di samping itu
juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang
demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada dua bahagian mengikut objektif yang ingin
dicapai iaitu:

i) Mengenalpasti usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Tun Ghafar Baba dari


tahun 1967 hingga 1990.

Daripada kajian yang dilakukan, penulis mendapati bahawa pelbagai usaha yang telah
dilaksanakan oleh Tun Ghafar Baba bagi memajukan masyarakat Melayu. Setelah menjawat
jawatan Pengerusi MARA pada tahun 1967, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan
termasuklah memberi pinjaman wang kepada peniaga-peniaga Melayu, menjalankan kursus
kepada peniaga mengenai pentadbiran perniagaan dan seumpamanya, membangunkan
rumah kedai dan tapak perniagaan seterusnya menyewakan kepada peniaga Melayu dan
banyak lagi usaha beliau.

ii) Keberkesanan usaha yang dilakukan oleh Tun Ghafar Baba dalam
memajukan masyarakat Melayu.

Penulis dapat menyimpulkan bahawa, usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Tun
Ghafar Baba sememangnya memberi kesan kepada kemajuan masyarakat Melayu khususnya
kepada masyarakat luar bandar. Kesan usaha yang dilaksanakan dapat dilihat daripada
peningkatan hasil-hasil pertanian, pemilikan saham masyarakat Melayu dan Bumiputera turut
meningkat serta peningkatan taraf hidup masyarakat Melayu dari pelbagai aspek seperti
ekonomi dan pendidikan. Dari segi pendidikan misalnya, kemasukan anak-anak Melayu dalam
bidang pengajian tinggi semakin meningkat dengan tertubuhnya ITM (kini UiTM) iaitu hasil
projek yang dilaksanakan oleh beliau.

Sebagai kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Tun Ghafar Baba
sememangnya memberikan sumbangan yang besar terhadap kemajuan dan pembangunan
masyarakat Melayu. Beliau memberi fokus terhadap pembangunan ekonomi orang Melayu
sekaligus membuktikan betapa beliau bersungguh-sungguh untuk membantu orang Melayu
demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.
RUJUKAN

Buku

Ghafar Baba, Pendamai: Antara cabaran dan pergolakan. (Petaling Jaya, Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd, 1998).

Khoo Kay Kim, Melaka dan sejarahnya. (Kuala Lumpur, Percetakan Seasons Sdn Bhd, 1982).
Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia (Kuala Lumpur,Terbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd, 2000)

Azizan Ahmad, Suka duka politik Ghafar Baba, (Kuala Lumpur, Az-Rena Enterprise & Trading,
1991).

Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba, (Kuala Lumpur,Gateway Publishing, 1993).

Mahadi Abu Hassan, Biografi MUBARAK Melaka Vol. 5 : Tun Abdul Ghafar Baba : Tokoh
Pejuang Bangsa dan Negarawan Unggul. (Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
2009).

Ghafar Baba, Penitianku.. Sebuah Catatan Peribadi Allahyarham Tun Ghafar Baba, (Kuala
Lumpur: Sure Focus Sdn Bhd, 2006).

Kerajaan Negeri Melaka, Tokoh-tokoh Gemilang Melaka, Pentadbiran dan Politik,


(Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2004).

Hj Dr Syed Ibrahim, Malaysia Kita, (Selangor Darul Ehsan, International Law Book Services,
2000).

Jurnal

Zainun Abidin Baharum, Abdullah Zakaria Ghazali, & Junaidi Awang Besar, ‘Tun Ghafar Baba
: Pejuang Nasionalis Melayu yang Kental dan Strategis’, Jurnal Melayu Jilid 11 (2013)

Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, ‘Dinamik Ikon
dalam Pembentukan Ruang Pembangunan: Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada
Pembangunan sosio-ekonomi Malaysia’, Malaysia Journal of Society and Space 10 issue 1
(2015)

A. Azmi Khalid, ‘Ekonomi Melayu Kurun ke-19 : Sara diri atau Komersial?’ (1996)
Dr Hasnah Hussiin, ‘Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957’.
Universiti Malaysia Pahang, (2014).

Shamsul Amri Baharuddin, “Jernal Ilmu Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan,” Universiti
Kebangsaan Malaysia, bilangan 10 (Januari 1977)

Akhbar

Utusan Malaysia 1984

Utusan Malaysia 5 Dec 1999

Rekod Rasmi

Laporan Tahunan MARA, 1968;hlm 13

Laporan Tahunan MARA 1969; hlm 4

Laporan Tahunan MARA 1970; hlm 31

Laporan Tahunan MARA 1971; hlm 11

Laporan Tahunan MARA 1971, 31 Dec 1971, hlm 30A.

Kerajaan Malaysia, RMK, 1986-1990, hlm.125

Sumber internet

“Laman web Pejabat Perdana Menteri,” diakses pada 16 Mac 2019


http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
TUN ABDUL GHAFAR BABA: PEJUANG NASIB MASYARAKAT MELAYU (1967-1990)

NUR DAYANA BT MOHD ZUBIR

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA


KERTAS CADANGAN

TUN ABDUL GHAFAR BABA: PEJUANG NASIB MASYARAKAT MELAYU (1967-1990)

NUR DAYANA BT MOHD ZUBIR

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

S-ar putea să vă placă și