Sunteți pe pagina 1din 30

1.

0 PENGENALAN

Sesebuah Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi, pilihan raya
merupakan antara salah satu elemen penting dalam memastikan kelangsungan sistem
pentadbiran Negara termasuk Malaysia. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen, dalam sistem ini rakyat menentukan parti politik yang membentuk kerajaan
dan mentadbir Negara melalui pilihan raya umum1. Bagi tujuan itu, pilihan raya di Malaysia
diadakan setiap lima tahun untuk memilih Wakil rakyat di parlimen untuk memerintah
Negara dan wakil rakyat di dun untuk memerintah negeri. Namun, pilihan raya umum
boleh diadakan sebelum tempoh lima tahun tamat apabila Yang Di-pertuan Agong
membubarkan parlimen atas cadangan perdana menteri2. Selain itu, rakyat diberi hak
memilih kerajaan mereka sendiri. Ini bermakna, kerajaan yang bercorak demokrasi ialah
kerajaan yang dibentuk diatas persetujuan rakyat bagi menjalankan tugas-tugas serta
polisinya untuk mentadbir negara.

Oleh kerana kerajaan demokrasi bergantung kepada pilihan raya untuk menentukan kuasa
pemerintah, maka wajarlah bahawa proses pilihan raya yang dijalankan adil dan bebas
daripada kes penipuan yang boleh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Sekaligus,
membawa kepada pemberontakan bersenjata sebagai tanda protes terhadap
ketidakadilan sesuatu proses pilihan raya tersebut3. Untuk mengadakan pilihan raya yang
adil, bersih dan bebas, pilihan raya tersebut hendaklah dilaksanakan oleh satu badan yang
jujur dan dan dipercayai oleh rakyat. Badan tersebut adalah Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), menurut perkara 113 hingga 120 Perlembagaan Persekutuan, ia menyentuh dasar
SPR untuk memelihara, menyelia, dan mengekalkan proses demokrasi melalui pilihan raya
ang adil dan saksama4.

Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang pengerusi dan tiga orang ahli, kesemua anggota
ini dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong. Anggota yang dilantik adalah terdiri daripada
mereka yang difikirkan bebas dan tidak akan terpengaruh dengan harta dan benda5.
Suruhanjaya ini diberi hak untuk membuat beberapa peraturan dan melantik pegawai dan

1 Ramina Hj. Sabran, Wong Khek Seng dan Kok Meng Kee, Ace Head Teks Stpm Pengajiam Edisi Kedua,
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2008, Hlm 116.
2 Ibd
3
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 4.
4
Ramina Hj. Sabran, Wong Khek Seng dan Kok Meng Kee, Ace Head Teks Stpm Pengajiam Edisi Kedua, Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2008, Hlm 117
5
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 4.

1
kakitangan untuk menyelenggarakan pilihan raya. Antara peranan suruhanjaya pilihan
raya adalah6 ;

a) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar nama pemilih.


b) Mengisi kekosongan kerusi wakil rakyat dengan menjalankan pilihan raya bagi
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta pilihan raya kecil.
c) Mengkaji dan menyempadanankan semula bahagian Pilihan Raya Parlimen dan
Negeri. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Surahanjaya Pilihan Raya
menjalankan kajian persempadanan dalam tempoh tidak kurang dari lapan tahun
selepas tarikh akhir penyelesaian urusan persempadanan sebelumnya.
d) Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan menentukan calon memenuhi
kelayakan yang ditetapkan
e) Menerima dan menyelidik rayuan tentang pilihan raya untuk memastikan
kelancaran perjalanan pilihan raya.

Sejarah pelaksanaan proses pilihan raya di Malaysia bermula sebelum merdeka dan
terbentuknya Malaysia lagi iaitu pada tahun 1951. Pada tahun 1951, pilihan raya telah
dijalankan untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Kemudiannya, disusuli oleh pilihan raya
untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Manakala, buat kali pertamanya
Pilihan Raya Umum (PRU) telah dijalankan pada tahun 1955 yang menyaksikan gabungan
tiga buah parti iaitu parti UMNO, MCA dan MIC yang membentuk Parti Perikatan7.

Secara umumnya, kawasan pilihan raya berubah dari semasa ke semasa disebabkan
pertambahan penduduk. Sebagai contoh, pada tahun 1999 terdapat 193 kawasan
Parlimen dan 504 kawasan Dewan Undangan Negeri. Namun begitu, pada tahun 2004
kawasan Parlimen telah meningkat kepada 219 manakala kawasan dewan undangan
Negeri juga turut meningkat kepada 5678. Sehingga kini pelaksanaan proses pilihan raya
masih diteruskan dan menjadi medan kepada parti-parti yang bertanding
memperkenalkan pelbagai ideologi serta manifesto untuk meraih sokongan rakyat. Parti
yang menang akan diberi mandat untuk mentadbir Negara ataupun negeri. Pilihan raya
adalah penting kerana dapat menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang
memerintah dan parti pembangkang. Penglibatan rakyat dalam pilihan raya menunjukkan
bahawa rakyat turut serta dalam proses demokrasi di Malaysia.

6
Ramina Hj. Sabran, Wong Khek Seng dan Kok Meng Kee, Ace Head Teks Stpm Pengajiam Edisi Kedua, Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2008, Hlm 118
7
Ibd
8
Ibd

2
2.0 ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PILIHANRAYA DI MALAYSIA

Pilhan raya di Malaysia secara dasar melibatkan beberapa elemen penting yang perlu ada
bagi menyempurnakan sesuatu proses pilihanraya tersebut. Elemen-elemen ini menjadi
panduan bagi menjalankan proses pilihan raya. Kesemua elemen ini akan dikawal selia
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Elemen-elemen penting yang dapat disimpulkan dalam
sesebuah pilihanraya adalah9 :

a) Bahagian pilihan raya


b) Pemilih/pengundi
c) Calon bertanding
d) Proses pilihan raya

2.1 Bahagian Pilihan Raya

Bahagian pilihan raya merupakan antara elemen penting dalam proses pilihan raya
dan sering dikaitkan dengan urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian
pilihan raya yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Bagi memahami bahagian
pilihan raya ini, kita perlu memahami kompenan yang terdapat dalam sesebuah
bahagian pilihan raya terutamanya lokaliti dan daerah mengundi.

Lokaliti adalah kompenan paling kecil dalam bahagian pilihan raya. Lokaliti merujuk
kepada tempat tinggal sekumpulan orang tempatan yang mempunyai talian sosial
yang jelas. Sebagai contoh, dalam sesebuah kampung atau taman perumahan. Lokaliti
juga digunakan dalam proses pendaftaran pemilih, misalnya penentuan di manakah
seseorang pemilih bakal mengundi. Penentuan tersebut adalah berdasarkan alamat
yang dinyatakan dalam kad pengenalan pemohon10.

Komponen seterusnya ialah daerah mengundi, daerah mengundi berkait rapat dengan
kompenan lokaliti. Daerah mengundi wujud hasil daripada gabungan satu atau lebih
lokaliti. ini bertujuan untuk menentukan pusat-pusat mengundi bagi pemilih yang
lokalitinya berada di dalam daerah mengundi tersebut. Bahagian pilihan raya terbahagi
kepada dua iaitu bahagian Pilihan Raya Negeri (Dun), hasil daripada gabungan
beberapa daerah mengundi yang akan membentuk satu Dun. Seterusnya, bahagian

9
Election Comission Of Malaysia. 29 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
10
Election Comission Of Malaysia. 29 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>

3
Pilihan Raya Parlimen, terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih Dun yang
akan membentuk satu bahagian pilihan raya11.

Setiap negeri perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian pilihan raya atau kawasan
pilihan raya yang diwakili oleh seorang atau beberapa orang wakil rakyat. Mengikut
sistem pilihan raya di Malaysia, setiap kawasan pilihan raya hanya di wakili oleh
seorang wakil rakyat sahaja dan bukannya beberapa orang wakil rakyat seperti yang
termaktub dalam perlembagaan persekutuan perkara 116 (2)12. Oleh itu, bilangan
kawasan pilihan raya dewan rakyat adalah sama banyak dengan bilangan ahli dewan
rakyat. Begitu juga bilangan kawasan pilihan raya dewan negeri adalah sama banyak
dengan bilangan ahli dewan negeri13.

Mengikut daripada laporan terkini yang telah disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
dalam laman sesawangnya, bilangan ahli dewan rakyat bagi negeri-negeri di Malaysia
ialah sebanyak 222 orang, ia bersamaan dengan jumlah keseluruhan bahagian pilihan
raya persekutuan iaitu sebanyak 22214. Manakala bilangan bahagian pilihan raya
dewan negeri pula, bergantung kepada sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
perlembagaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, jumlah kawasan pilihan
raya bagi setiap buah negeri mestilah sekurang-kurangnya sama banyak atau dua kali
ganda dengan jumlah bilangan bahagian Pilihan Raya Dewan Rakyat yang telah
ditetapkan kepada negeri itu15. Mengikut perlembagaan tiap-tiap buah negeri jumlah
ahli –ahli Dewan Negeri adalah seperti berikut :

Negeri Bilangan
Johor 32
Kedah 26
Kelantan 36
Melaka 20
Negeri Sembilan 24
Pahang 32
Pulau pinang 27
Perak 42

11
Election Comission Of Malaysia. 29 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
12
Perlembagaan Persekutuan 116 (2).
13
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 6
14
Election Comission Of Malaysia. 25 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
15
Perlembagaan Persekutuan 46 (2)

4
Perlis 12
Selangor 33
Terengganu 28
Sabah 48
Sarawak 48

Jadual 1 : Jadual menunjukkan jumlah ahli-ahli Dewan Negeri16.

Besar dan kecilnya kawasan pilihan raya itu dan cara menentukan sempadan telah
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, perkara ini dapat dilihat dalam Jadual
Yang Ke-13. Menurut jadual tersebut, terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi
untuk menentukan dan menyemak semula sempadan-sempadan kawasan pilihan raya,
prinsip tersebut digunaka pakai bagu menentukan kawasan pilihan raya dewan rakyat
dan kawasan pilihan raya dewan negeri. Antara prinsip tersebut ialah17 ;

a) sesebuah kawasan pilihan raya tersebut hendaklah mempunyai sempadan dan


perlu dijelaskan segala kesukaran sekiranya kawasan pilihan raya bagi Dewan
Negeri melintas sempadan kawasan pilihan raya bagi dewan rakyat.
b) Hendaklah ditimbangkan segala kesenangan dan kemudahan pentadbiran
yang ada di dalam kawasan pilihan raya itu untuk menjalankan pendaftran
pengundi.
c) Jumlah pengundi di dalam tiap-tiap kawasan pilihan raya itu hendaklah hampir
sama di seluruh negeri kecuali kawasan luar bandar tidak sama dengan
kawasan bandar, maka cara majoriti undi hendaklah digunakan dan cara ini
dibolehkan untuk menjadikan di dalam suatu kawasan pilihan raya luar bandar
mempunyai bilangan pengundi-pengundinya separuh sahaja daripada
pengundi-pengundi yang ada dalam kawasan pilihan raya dalam bandar.
d) Hendaklah ditimbangkan segala kesukaran yang akan timbul apabila kawasan
pilihan raya itu ditukarkan dan juga betapa mustahaknya dikekalkan
perhubungan tiap-tiap seorang dengan tempatnya.

16
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 7
17
8 Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 8

5
Secara amnya, setiap sempadan bahagian pilihan raya yang ingin diwakili perlu ditetapkan
terlebih dahulu. Bagi bahagian Pilihan Raya Parlimen, sempadan yang dibuat tidak boleh
sempadan negeri yang lain, sebagai contoh ;

“ sempadan bahagian pilihan raya parlimen di negeri perak tidak boleh melangkau
sehingga memasuki negeri Selangor. 18“

Manakala bagi Dun, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua parlimen yang
berbeza. Misalnya, sempadan Dun Pasir Berdamar yang berada di dalam Parlimen Teluk
Intan tidak boleh berada di dalam Parlimen Teluk Intan dan Parlimen Bagan Datoh19.
Justeru itu, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mematuhi prinsip yang telah digariskan oleh
Jadual Yang Ke – 13 dalam menentukan kawasan bahagian pilihan raya di semua negeri
sama ada bahagian Pilihan Raya Parlimen atau Bahagian Pilihan Raya Negeri.

Selain itu, jika Suruhanjaya Pilihan Raya membuat syor untuk mengubah kawasan pilihan
raya, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mendapatkan persetujuan daripada Tuan Yang
Di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Setelah mendapat persetujuan, syor
tersebut hendaklah disiarkan di dalam warta kerajaan dan sekurang-kurangnya di dalam
sebuah akhbar yang beredar di kawasan pilihan raya tersebut. Siaran tersebut hendaklah
menerangkan segala perubahan dan syor-syor pada suatu tempat yang senang dibaca di
dalam kawasan pilihan raya tersebut20.

Sekiranya terdapat bantahan terhadap syor tersebut, bantahan perlulah dilakukan kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh sebulan selepas disiarkan penerangan tersebut.
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mestilah menjalankan penyiasatan apabila mendapat
bantahan terhadap syor yang telah dikemukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa
tempatan dan satu kumpulan yang mengandungi 100 orang pengundi bagi kawasan yang
berkenaan. Sekiranya, suruhanjaya terpaksa memindahkan syor-syor tersebut, ia perlulah
disiarkan. Dalam hal tersebut, tidaklah mustahak diadakan penyiasatan lebih daripada dua
kali21.

Setelah itu, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menyerahkan satu laporan mengenai
kawasan pilihan raya kepada Perdana Menteri. Laporan tersebut mengandungi perkara-
perkara terperinci mengenai sesebuah kawasan pilihan raya tersebut, sama ada kawasan

18
Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
19
Election Comission Of Malaysia. 29 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
20
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 9
21
Ibd

6
pilihan raya tersebut diubah atau tidak. Kemudiannya, Perdana Menteri akan membawa
laporan tersebut ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan bersama-sama draf Perintah yang
menghendaki untuk menguatkuasakan syor yang terkandung dalam laporan tersebut.
Laporan tersebut hendaklah diluluskan oleh satu usul yang disokong oleh undi yang tidak
kurang daripada separuh dari jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat. Jika draf Perintah tersebut
diluluskan, maka draf Perintah itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang22.

Namun begitu, kebebasan dan kesucian sesebuah pilihan raya tersebut sering
dipersoalkan oleh parti yang bertanding serta masyarakat di luar sana. Apabila isu ini
dibangkitkan ia pasti membimbangkan rakyat kerana berlaku manipulasi dalam sesebuah
pilihan raya tersebut. Sebagai contoh, berdasarkan kepada situasi masa kini kuasa
Suruhanjaya Pilihan Raya sering dipersoalkan, terutamanya dalam menjalankan kajian
semula persempadanan bahagian pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan
datang ini. Sehingga ada yang menyifatkan suruhanjaya ini tidak adil dalam menentukan
bahagian kawasan pilihan raya yang hanya menyebelahi sesebuah parti politik sahaja.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah didakwa gagal mengatasi pembahagian yang tidak adil
dalam pelan persempadanan semula. Sebagai contoh seperti yang dinyatakan oleh aktivis
politik Wong Chin Huat dalam sebuah akhbar ;

“bagaimana kawasan Paya Terubong di Pulau Pinang mempunyai seramai 41,707


pengundi manakala kawasan berhampiran, Air Putih hanya memiliki 12,752 pengundi. Ini
menunjukkan SPR tidak melakukan persempadanan semula secara sama rata”23

Jelas wong lagi, mengikut seksyen 2(c) Jadual Ke – 13 Perlembagaan Persekutuan, proses
persempadanan di negeri yang sama perlu setimpal dengan jumlah pengundi dan
pengeculian tidak diberikan kepada semua persempadanan di luar bandar tetapi hanya di
kawasan mereka yang tinggal di kawasan yang luas.

Tidak berakhir di sana, Suruhanjaya Pilihan Raya juga turut berdepan dengan tuntutan
berterusan yang dikemukan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH).
BERSIH merupakan salah satu gerakan yang terdiri daripada pihak pembangkang dan juga
beberapa Badan Ngo yang menuntut pelbagai penambahbaikan dalam cara pentadbiran
kerajaan yang memerintah masa ini. Antaranya ialah BERSIH menuntut pilihan raya yang

22
Ibd
SPR Gagal Atasi Masalah Persempadanan Semula – Aktivis Politik, 05 November 2016.
23

<http://www.mstar.com>

7
bersih. Bagi BERSIH, sistem pilihan raya Malaysia masih lagi tidak bebas dan adil. BERSIH
akan meneruskan tuntutan bagi mereformasikan sistem pilihan raya supaya hak rakyat
untuk memilih kerajaan terpelihara. Antara agenda reformasi yang dikemukan oleh
BERSIH yang melibatkan penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia ialah24:

a) Mempertahankan hak untuk mengundi, termasuk menurunkan umur mengundi,


dakwat kekal yang berkualiti, tempoh berkempen minima selama 21 hari,
pendaftaran pengundi secara automatik dan proses mengundi tidak hadir yang
inklusif, telus dan berakauntabiliti.
b) Persempadanan kawasan pilihan raya yang adil, berakauntabiliti dan
berlandaskan prinsip dan tujuan asas perlembagaan Negara.
c) Akses media yang adil untuk parti politik dan calon dan kebebasan media dan
wartawan. Misalnya, peruntukan masa siaran yang seimbang untuk parti politik
dan penganjuran debat antara calon Perdana Menteri.
d) Mereformasikan akta-akta pilihan raya untuk memperkasa SPR, termasuk sistem
yang lebih adil, pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan dan pembentukan
kerajaan sementara untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa semasa pilihan
raya
e) Menubuhkan peraturan tentang pembiayaan dana politik, penghadan
pembiayaan, perbelanjaan, laporan terbuka dan mengukuhkan penyelian dan
penguatkuasaan SPR.

Jika diteliti terhadap tuntutan yang dikemukan oleh pihak BERSIH tersebut jelas
memperlihatkan bahawa ia lebih menjurus ke arah penambahbaikan cara kerja
Suruhanjaya Pilihan Raya dalam melaksanakan sesebuah pilihan raya yang pada masa kini
terdapat kelemahan sehingga menimbul isu ketidak telusan sesebuah pilihan raya
tersebut. Pada masa yang sama, isu kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya juga menjadi
isu hangat yang sering dibincangkan dalam kalangan parti politik, terutamanya apabila
kegagalan SPR dalam menjalankan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Seolah-olah, badan ini tidak bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya. Oleh itu,
terdapat juga cadangan agar SPR dipisahkan daripada Jabatan Perdana, sekaligus berada
di bawah parlimen. Memetik ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad, Ketua
Penerangan Pas Pusat dalam sebuah akhbar mengenai isu ini, beliau berkata ;

24
Bersih 5 : Satukan Tenaga – Malaysia Baru. 05 November 2016. <http://www.bersih.org.com>

8
“SPR sewajarnya menjadi badan bebas yang ditubuhkan melalui akta yang dibentangkan
di Parlimen. SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap
dokumen atau draf hanya perlu dilihat oleh Ahli Parlimen termasuk Perdana Menteri ketika
dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya di bawa ke mesyuarat Kabinet terlebih dahulu
untuk di edit.”25

Kesangsian terhadap ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya timbul apabila ada sesetengah
pihak mendakwa bahawa, setiap draf cadangan pindaan terhadap pilihan raya serta
peraturan SPR perlu melalui perbincangan bersama Kabinet sebelum dibentangkan di
Parlimen. Hal ini, sekaligus menimbulkan kesangsian dalam kalangan ahli politik sama ada
ketelusan SPR itu masih releven ataupun tidak. SPR sebagai badan bebas sepatutnya
menjalankan tanggungjawabnya tanpa tekanan daripada mana-mana parti politik.

2.2 Pemilih/Pengundi

Pemilih merupakan elemen terpenting untuk memastikan proses pilihan raya dapat
dilaksanakan. Pemilih terdiri daripada rakyat dalam sesebuah Negara yang mengamalkan
sistem demokrasi misalya Malaysia. Kelayakan seseorang rakyat tersebut untuk mengundi
dalam sesuatu pilihan raya adalah bergantung kepada sepertimana yang termaktub dalam
Perlambagaan Persekutuan. Menurut perlambagaan persekutuan perkara 11926 ;

“pengundi-pengundi dalam pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah; orang
yang menjadi warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun pada tarikh kelayakan
mengundi. Bersempena tarikh itu juga dia mestilah bermastautin dalam kawasan
pilihanrayanya, atau jika tidak bermastautin, ia dianggap oleh undang-undang sebagai
seorang pengundi yang tidak hadir”27

Seseorang itu tidak akan dianggap sebagai bermastautin di dalam sesuatu pilihan raya
jikalau seseorang itu berada di sana sebagai seorang sakit otak atau terencat akal yang
menerima rawatan atau merawat pesakit. Selain itu, seseorang itu ,masih dianggap sebagi
bermastautin, walaupun telah meninggalkan rumah kediamannya berdasarkan beberapa
faktor. Antaranya ialah seseorang itu perlu meninggalkan rumahnya kerana menjalankan

25
Draf Persempadanan Semula Ke Pejabat Pm, Bukti SPR Tidak Bebas. 5 November 2016. <
http://www.buletinonline.net>
26
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 10
27
Perlembagaan Persekutuan 119.

9
tugas, walaupun dalam tempoh tersebut dia telah membenarkan orang lain untuk tinggal
di rumahnya, dengan syarat28 :

a) Kebenaran yang diberikan itu hanyalah untuk tempoh peninggalannya atau


b) Dia berhasrat untuk kembali ke rumahnya dalam tempoh Sembilan minggu dan
kebenaran sementara menduduki rumah itu tidak menghalang dia daripada
kembali tinggal di rumahnya itu atau
c) Dia berhajat akan kembali tinggal di rumahnya dalam tempoh enam bulan selepas
dia berhenti daripada jawatannya atau kerja.

Menurut Perlembagaan, tarikh kelayakan ertinya tarikh seseorang memohon supaya


didaftarkan sebagai pemilih dalam sesuatu bahagian pilihan raya atau tarikh dia memohon
untuk menukar pendaftarannya sebagai pemilih dalam sesuatu bahagian pilihan raya yang
lain29.

Jika seseorang itu tidak bermastautin pada tarikh kelayakan mengundi, orang tersebut
masih layak mengundi. Dengan syarat seseorang itu termasuk dalam golongan pengundi
yang tidak hadir. Pengundi yang tidak hadir ialah warganegara yang berumur tidak kurang
daripada 21 tahun. Dari segi undang-undang golongan ini terbahagi kepada tiga
kategori30.

a) Seorang warganegara yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata


Persekutuan atau Negara Komanwel yang tinggal bersama isterinya di rumah yang
disediakan oleh Angkatan Bersenjata pada tarikh ia membuat permohonan untuk
mendaftar dirinya sebagai seorang pengundi pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau
Dewan Negeri;
b) Seseorang warganegara yang tinggal bersama isteri di luar sempadan Persekutuan
dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri atau pihak yang berkuasa tempatan atau yang berkanun membuat
permohonan mendaftarkan dirinya sebagai seorang pengundi pilihan raya bagi
Dewan Rakyat atau Dewan Negeri;
c) Seseorang warganegara yang belajar sepenuh masa di Universiti, Maktab Teknik,
Maktab Latihan atau yayasan-yayasan pelajaran lain di luar sempadan
Persekutuan. Jika isteri kepada penuntut itu tinggal bersama-sama di luar

Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987, Hlm 11
28
29
Perlembagaan persekutuan perkara 119 (4)(B)
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987, Hlm 12
30

10
sempadan Persekutuan pada tarikh permohonan mendaftarkan dirinya sebagai
seorang pengundi pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri.

Oleh itu, pengundi tidak hadir boleh melaksanakan tanggungjawab mereka untuk
mengundi melalui undi pos. pengundian secara pos tidak terhad kepada pengundi tidak
hadir. Malah, melibatkan ahli-ahli pasukan Polis Persekutuan dan ahli Pasukan Polis
Simpanan Sukarela, orang-orang yang terpaksa bertugas pada hari pengundian serta
menjalankan kerja-kerja yang berkaitan pilihan raya, Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
dan orang-orang yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan
disiarkan dalam warta kerajaan sebagai pengundi dengan jalan pos31.

Sebagai contoh, pada Pilihan Raya Umum Ke – 13 yang lalu seramai 96 orang pegawai
dan Anak Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan Felda
Sahabat di Laut Sulu Ops Daulat menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi dalam
Pilihan Raya Umum Ke – 13 di atas Kapal KD Terengganu. Kesemua anggota tersebut
akan bertugas ketika hari pengundian dijalankan. Oleh itu, mereka menjalankan
tanggungjawab melalui undi pos. hal ini kerana mereka tergolong sebagai golongan yang
tidak hadir mengundi mengikut peraturan pilihan raya32.

Seseorang itu hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya,
dewan rakyat atau dewan undangan apabila mereka termasuk dalam ggolongan ini,
iaitu33;

a) Seseorang yang telah ditahan sebagai seorang yang tidak sempurna akal atau
kerana menjalani hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya, pada tarikh
kelayakannya.
b) Seseorang yang didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara lebih dari 12 –
bulan dalam mana-mana Negara komanwel. Sebelum tarikh kelayakan dan pada
tarikh kelayakan itu pula dia masih lagi menjalani hukuman atas kesalahannya.

2.3 CALON PILIHAN RAYA

Untuk menjadi seorang calon pilihan raya, seseorang itu perlulah memenuhi syarat yang
telah ditetapkan antaranya ialah seseorang calon pilihan raya merupakan mana-mana
warganegara yang bermastautin di persekutuan Malaysia layak menjadi calon pilihan raya.

31
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987, Hlm 13
32
The Borneo Post. 2013. 96 Pegawai, Anak Kapal Buang Undi Pos Atas KD Terengganu. 27 April : 10.
33
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987, Hlm 10

11
Syarat atau kelayakan lain yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon yang ingin menjadi
calon pilihan raya adalah34 ;

a) Menurut perlambagaan persekutuan perkara 47 bagi Dewan Negara calon mestilah


berumur tidak kurang daripada 30 tahun manakala bagi Dewan Rakyat calon
mestilah berumur tidak kurang daripada 21 tahun35.
b) Sempurna akalnya.
c) Bukan seorang muflis.
d) Tidak memengang jawatan berkeuntungan, sebagai contoh sebagai penjawat
awam.
e) Tidak pernah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman kerana membuat
perbuatan yang pernah menyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954 (Bahagian Iv Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – dalam masa
lima tahun sebelum pilihan raya).
f) Tidak pernah disabitkan dan dijatuhkan hukuman lebih satu tahun penjara atau
hukuman lebih satu tahun penjara atau denda lebih rm 2000.00 bagi apa-apa jua
kesalahan
g) Tidak pernah didapati bersalah kerana membuat kesalahan pilihan raya di bawah
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan jika telah dijatuhkan hukuman, telah luput
tempoh lima tahun dari tarikh hukumannya.
h) Tidak menjadi warganegara asing dan berikrar taat setia kepada Negara asing itu.
i) Telah dinamakan di dalam kertas penamaan
j) Bersetuju untuk dicalonkan
k) Tidak didapati bersalah atas kesalahan hasutan

Seseorang calon juga akan hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihan raya pada pilihan
raya akan datang apabila gagal untuk mengemukan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan
raya yang dikehendaki oleh undang-undang. Misalnya, seperti mana yang dihadapi oleh
Mohd Shukri Mohd Ramli, apabila permohonan beliau untuk bertanding sebagai calon
bebas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ditolak kerana beliau gagal mengemukan
laporan perbelanjaan pilihan rayanya sebelum ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya36.
Keputusan tersebut dibuat selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya yang menetapkan
laporan perbelanjaan pilihan raya perlu dikemukan selepas sebulan keputusan pilihan raya

34 Azman Anuar. 2015. Bertutur Bahasa Melayu Macam Budak Tadika. Utusan. 3 Mei : 8.
35
Perlembagaan Persekutuaan 47.
36
Prk Rompin : Calon Bebas Ditolak Kerana Gagal Kemuka Laporan Perbelanjaan. 13 November 2016.
<http://www.mstar.com>

12
diwartakan. Kesan daripada kegagalan tersebut menyebabkan seseorang calon tersebut
tidak dibenarkan bertanding dalam tempoh lima tahun.

2.4 PROSES PILIHAN RAYA

Elemen ini melibatkan pelaksanaan pilihan raya yang melibatkan beberapa proses. Untuk
memulakan pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan satu perintah
kepada pegawai pengurus bagi setiap kawasan pilihan rata untuk memilih Ahli Dewan
Rakyat yang dikehendaki proses ini dikenali sebagai pengeluaran writ37. Setelah perintah
tersebut diterima oleh pegawai pengurus tersebut, proses pilihan raya hendaklah
dijalankan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Pegawai pengurus tersebut akan
mengeluarkan satu kenyataan dalam warta kerajaan atau sekurang-kurangnya dalam
sebuah akhbar yang tersiar dalam sebuah persekutuan dengan menyatakan tarikh
penamaan calon dan tarikh mengundi38. Kenyataan tersebut juga akan perlu ditampal di
tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Misalnya, ketika Pilihan Raya
Umum Ke 13, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian telah diumumkan dalam
pelbagai saluran media, salah satunya adalah dalam laman web badan-badan kerajaan
sebagai hebahan umum. Antaranya ialah hebahan di laman sesawang rasmi kedutaan luar
Malaysia untuk pemberitahun kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar Negara.39

Seterusnya, proses pilihan raya akan diteruskan dengan penamaan calon iaitu proses
penerimaan borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-
tiganya sekali. Jika calon tersebut layak untuk bertanding, maka pegawai pengurus akan
megistiyarkannya sejurus selepas proses penamaan calon tamat. Apabila proses
penamaan calon selesai, ini bermakna para calon pilihan raya boleh mula menggerakkan
jentera kempen mereka mengikut syarat-syarat berkempen yang telah ditetapkan oleh
suruhanjaya pilihan raya. Apabila tempoh kempen telah tamat, ini bermakna tarikh hari
pengundian telah tiba, proses ini dikenali sebagai hari pengundian, pemilih yang layak
akan keluar mengundi di setiap kawasan yang telah ditetapkan40.

Penghujung proses pilihan raya adalah proses pengiraan undi, proses ini dilaksanakan
sejurus selepas ke semua pusat mengundi seluruh Negara ditutup, semua kertas undi
akan dikira termasuklah kertas undi pos. kemudiannya, pegawai pengurus akan

37
Election Comission Of Malaysia. 29 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
38
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987, Hlm 18
39
Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum Ke – 13 Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. 13 november 2016.
<http://www.kln.gov.my>
40
Election Comission Of Malaysia. 29 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>

13
mengumumkan calon yang memenangi kerusi dalam sesuatu tempat tersebut, sekaligus
mengumumkan parti yang menang dan bakal membentuk kerajaan pemerintah. Sebagai
contoh, pada pilihan raya umum ke -13, proses pengiraan undi bermula sekitar jam 5.30
petang pada 5 mei 2013 apabila kesemua 8,245 pusat pengundian ditutup pada pukul 5
petang di seluruh Negara41.

Amalan pilihanraya di Malaysia mempunyai ciri yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat
menerusi corak sistem politik yang diamalkan meliputi hal pembentukan kerajaan
menerusi proses perlaksanaan pilihanraya. Situasi ini mempamerkan kesan undian majoriti
terhadap sistem politik di Malaysia. Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik
pelbagai parti yang mana parti politik yang memperolehi majoriti kerusi di parlimen
(Dewan Rakyat) atau dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan
atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan ‘first-past-the-post-system’.
Ini bermakna calon-calon yang memperolehi majoriti akan diisytiharkan pemenang di
bahagian pilihanraya berkenaan42.

Malaysia mengambil pendekatan tersendiri dalam pembahagian kerangka proses


pilihanraya. Berdasarkan hal demikian, proses ini dapat dibahagiakan kepada beberapa
peringkat yang dilaksanakan secara tersusun. Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil
di Malaysia melibatkan enam peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen
pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan
raya43. Ini membolehkan perlaksanaan proses pilihanraya dapat dijalankan dengan
berkesan berdasarkan sistem yang terdapat di setiap peringkat tersebut.

2.4.1 Perintah pengeluaran Writ

Proses pilihanraya berlangsung melalui perintah atau arahan yang dikeluarkan badan yang
mengendalikan pilihanraya yang dikenali sebagai suruhanjaya pilihanraya. Di Malaysia,
pilihanraya Umum atau pilihanraya kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihanraya oleh
suruhanjaya pilihanraya kepada pegawai pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan
diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari
mengundi44.pengeluaran writ ini juga membolehkan proses pilihanraya berlaku selain

41 Sinar Harian. 2013. Proses Pengiraan Undi PRU13 Bermula Sejak 5.30 Petang. 5 Mei : 5.
42 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/1381--proses-pilihanraya-umum-dan-panduan-mengundi.html
43 Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
44 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/1381--proses-pilihanraya-umum-dan-panduan-mengundi.html

14
menjadi titik permulaan kepada parti politik yang bertanding untuk mengatur kempen.
Menurut Tun Mohd Salleh Abas:

“untuk memulakan pilihanraya, suruhanjaya pilihanraya akan mengeluarkan satu


perintah kepada pegawai pengurus bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya untuk memilih ahli
Dewan Rakyat atau Dewan Negeri yang dikehendaki. Apabila pegawai pengurus menerima
perintah itu, ia hendaklah mula menjalankan pilihanraya itu mengikut peraturan-peraturan
yang tertentu45.”

Berdasarkan perkara tersebut, proses pilihanraya akan dimulakan. Semakan semula daftar
pengundi diadakan bagi memastikan pengemaskinian butir pengundi dan tempat
pilihanraya. Dalam hal ini, pembubaran pemerintah atau kerajaan akan berlaku. Ini
membolehkan proses pilihanraya berlaku bagi menentukan kerajaan. Parlimen akan
dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong, manakala dewan undangan negeri akan
dibubarkan oleh sultan atau yang dipertua negeri selepas kesemua pendaftaran dan
semakan undi dibuat. Tarikh pilihanraya umum ditetapkan selepas pembubaran parlimen
dalam tempoh 60 hari selepas SPR mengeluarkan writ pilihanraya dan nota disiarkan
dalam warta kerajaan yang mengandungi keterangan hari penamaan calon dan hari
pengundian46. Situasi ini membolehkan persediaan dilakukan oleh para calon yang ingin
bertanding selain dari penyampaian hebahan bersifat umum kepada masyarakat
terutamanya pengundi.

2.4.2 Hari Penamaan Calon

Hari penamaan calon merupakan salah satu peringkat yang terdapat di dalam proses
pilihanraya, parti yang bertanding perlu mengemukakan nama calon yang akan mewakili
parti untuk bertanding kepada Suruhanjaya pilihanraya. Situasi ini melibatkan peraturan
tertentu misalnya syarat menjadi calon serta penetapan masa yang diperuntukkan kepada
calon untuk mengemukakan dokumen penamaan calon tersebut kepada pengurus
pilihanraya. Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh
suruhanjaya pilihan raya bagi calon-calon yang mengemukakan kertas-kertas penamaan
boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada
meraka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan diantara jam 09.00 pagi hingga
jam 10.00 pagi pada hari penamaan.kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam
10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang

45Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987, Hlm 18
46Ramina Hj. Sabran, Wong Khek Seng dan Kok Meng Kee, Ace Head Teks Stpm Pengajiam Edisi Kedua,
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2008, Hlm 118

15
calon sahaja yang dicadangkan, pegawai pengurus akan mengisytiharkan calon itu
menang tanpa bertanding47.

Selain itu, setiap calon perlu mengemukakan wang pendahuluan sebelum bertanding
kepada SPR. Jumlah ini berbeza mengikut jenis pilihanraya. Wang pendahuluan sebanyak
RM 10 000 untuk pilihanraya Dewan Rakyat dan RM 5 000 untuk pilihanraya DUN harus
disertakan bersama kertas penamaan calon. Wang pendahuluan tidak akan dikembalikan
jika seseorang calon itu tidak mendapat 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh semua
calon dalam bahagian pilihanraya itu. Calon daripada parti politik boleh menggunakan
simbol parti selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa parti sementara calon
bebas menggunakan simbol-simbol yang disediakan oleh SPR48.

Peruntukan tarikh dan masa bagi penamaan calon juga perlu dipatuhi dalam
melengkapkan proses pilihanraya pada peringkat ini. Tarikh penamaan calon itu tidak
kurang daripada sepuluh hari selepas kenyataan itu disiarkan. Tarikh mengundi itu tidak
kurang daripada tiga minggu dan tidak pula lebih daripada lapan minggu selepas tarikh
penamaan itu. Selain dari mengeluarkan kenyataan tersebut, pegawai pengurus
hendaklah juga membuat satu kenyataan untuk menentukan waktu dan tempat penamaan
calon bagi kawasan pilihanraya itu49. Ini membolehkan penerangan berserta maklumat
terperinci dapat disampaikan secara jelas khususnya kepada para pengundi.

2.4.3 Kempen Pilihan Raya

Seterusnya, setelah selesai proses penamaan calon, kempen pilihan raya akan diadakan.
Pada peringkat ini, semua parti berdasarkan calon yang dipilih akan diberi peluang untuk
menjalankan kempen masing-masing, situasi ini berterusan berdasarkan tempoh masa
dan syarat yang telah ditetapkan SPR. Calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan
urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran
risalah dan kempen dari rumah ke rumah50. Setiap calon turut berpeluang untuk
menyampaikan manifesto masing-masing melalui jentera parti bagi tujuan meraih
sokongan daripada para pengundi.

Kempen bermula selepas penamaan calon untuk memancing undi dan calon-calon
hendaklah mematuhi etika pilihanraya bagi memastikan suasana aman dan tenteram,

47 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/1381--proses-pilihanraya-umum-dan-panduan-mengundi.html
48
Ramina Hj. Sabran, Wong Khek Seng dan Kok Meng Kee, Ace Head Teks Stpm Pengajiam Edisi Kedua,
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2008, Hlm 118
49
Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
50
Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>

16
semua bentuk kempen pilihan raya harus ditamatkan sebelum pukul 12.00 tengah malam
menjelang hari pengundian51. Tempoh ini perlu dipatuhi dan menjadi satu kesalahan
sekiranya berlaku perlanggaran terhadap peratuaran tersebut. Selain itu juga, terdapat
bayaran deposit bahan kempen yang dikenakan kepada calon sebelum memulakan
kempen. Jumlah deposit ini juga berbeza mengikut jenis pilihanraya. Untuk tujuan kempen,
calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5, 000 bagi pilihan
raya Parlimen dan RM3, 000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga
pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa
tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu
mendapat kelulusan dari pihak polis52.

2.4.4 Hari Pengundian

Hari pengundian berlaku setelah tempoh untuk berkempen selesai. selepas tempoh
kempen dijalankan, peringkat pengundian calon akan diadakan. Pada peringkat ini, para
pengundi akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi calon dalam jangka masa
tertentu di tempat yang telah diwartakan. Walaubagaimanapun, tempoh masa ini berbeza
di Sabah dan Sarawak dengan mengambilkira bahagian bentuk geografi. Semua rakyat
malaysia yang telah mendaftar dengan SPR akan keluar mengundi pada pukul 08.00 pagi
hingga 05.30 petang pada hari yang sama. Di kawasan yang menghadapi masalah
perhubungan, hari mengundi dilanjutkan selama dua hari (terutamanya kawasan
pendalaman Sabah dan Sarawak), pengundian dijalankan di beberapa tempat mengundi
yang diwartakan53. Daripada segi masa mengundi, Pada amnya masa mengundi yang telah
ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun
demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan
dan kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak54. Perlanjutan tempoh
dan pemendekkan masa mengundi ini juga membolehkan keberkesanan proses
pilihanraya di kawasan pedalaman dapat dilakukan khususnya bagi kawasan yang
mempunyai tahap ketersampaian yang rendah.

51
Raminah hj. Sabran, Wong khek Seng, Kok Meng Kee,(2010) Pengajian Am, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm 120
52
Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>

53
Raminah hj. Sabran, Wong khek Seng, Kok Meng Kee,(2010) Pengajian Am, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm 120

54
Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>

17
2.4.5 Penjumlahan Rasmi Undi

Proses membuat pengiraan undi akan dilakukan di tempat mengundi atau berkelompok
dan undi-undi pos setiap bahagian pilihanraya dikira ditempat yang ditetapkan pegawai
pengurus, seterusnya akan berlangsung. Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua
Tempat Mengundi akan membuat pengiran kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini
akan dimasukkan kedalam borang 14. Semua borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai
Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak
Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramai satu
persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13
Penyata Kertas Undi. Apabila semua keputusan Borang 14 - Penyata pengundian
Selepas Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas
Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan
untuk menentukan pemenangnya55.

Semasa pengiraan undi berlangsung, mereka yang boleh turut hadir pada masa
pembilangan kertas undi ialah:

1. ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.


2. Pegawai pengurus dan penolong-penolongnya, serta kerani-keraninya.
3. Orang lain yang dibenarkan hadir oleh pegawai pengurus56.

Selepas pengiraan undi di tempat mengundi, penyata pengiraan undi dibawa kepada
pegawai pengurus SPR di tempat penjumlahan rasmi undi dan keputusan diperolehi
dengan menjumlahkan semua undi bagi sesebuah bahagian pilihanraya57. Kaedah ini
membolehkan kelancaran proses penjumlahan undi dapat dibuat secara sistematik.
keseluruhan pilihanraya agar dapat direkodkan.

2.4.5 Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

Peringkat terakhir didalam proses pilihanraya ialah pengumuman keputusan


pilihanraya. Setelah melalui Kesemua data akan dapat dikumpulkan dan membolehkan
pemusatan maklumat pelbagai peringkat, pungutan suara melalui undian akan dapat
direkodkan. Ini memperlihatkan kita kepada kehendak rakyat didalam membuat

55
Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
56
Mohd Salleh Abas, (1987) Pilihanraya Malaysia, pencetakan Dewan bahasa dan Pustaka, Hulu Kelang,
Selangor, hlm 18.
57
Raminah hj. Sabran, Wong khek Seng, Kok Meng Kee,(2010) Pengajian Am, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm 120

18
pemilihan mengenai kerajaan yang memerintah, Setelah selesai menjumlahkan
Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan
mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai
wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak
boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan
pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan
raya58. Ini membawa maksud bahawa keputusan pilihanraya boleh dipertikaikan di
mahkamah tinggi, bantahan ini boleh dipertikai dalam masa 21 hari selepas
pengumuman keputusan pilihanraya diwartakan dengan alasan yang tertentu
misalnya:

1. Berlaku penyogokan atau perbuatan menyalahi undang-undang


2. Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihanraya.
3. Calon atau ejen calon hilang kelayakan
4. Berlaku penipuan atau ugutan59.

Daripada setiap peringkat di dalam proses pilihanraya ini, ketetapan dan peraturan
yang diwujudkan merupakan garis panduan yang perlu diikuti oleh setiap komponen
pilihanraya. Hal ini bertujuan untuk memastikan kelancaran di dalam setiap peringkat
yang antara lain turut memainkan peranan dalam menjamin ketelusan di dalam
perlaksanaan pilihanraya. Penambahbaikan juga boleh dibuat di dalam sistem itu
sendiri misalnya penggunaan dakwat kekal semasa hari pengundian. Kaedah ini
memperlihatkan proses meningkatkan kecekapan pilihanraya yang diambil oleh SPR.

58
Election Comission Of Malaysia. 27 Oktober 2016. <http://www.spr.gov.my.com>
59
Raminah hj. Sabran, Wong khek Seng, Kok Meng Kee,(2010) Pengajian Am, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm 121

19
3.0 RAYUAN PILIHAN RAYA

Dalam sesebuah pilihan raya pasti akan timbul pertikaian terhadap sesuatu keputusan yang
telah dicapai. Oleh kerana sukar, untuk mengadakan pilihan raya yang sempurna daripada
cacat cela, maka segala pertelingkahan dan kesalahan yang dilakukan dengan tidak sengaja
mengenai sesuatu pilihan raya dapat dikemukan kepada suatu badan yang telah diberikan
kuasa untuk membicarakannya iaitu Mahkamah Pilihan Raya melalui mahkamah tinggi. Proses
tersebut dikenali sebagai rayuan pilihan raya, rayuan pilihan raya boleh dikemukan kepada
hakim pilihan raya untuk mendapatkan keputusan sama ada pilihan raya itu sah atau
pemilihan seorang calon itu tidak sah dan calon yang lain dipilih sepatutnya menang60. Rayuan
tersebut dikemukan dalam bentuk petisyen, petisyen boleh dikemukan oleh pengundi, calon
pilihanraya yang mempunyai hak untuk dipilih dalam pilihan raya tersebut dan seseorang
calon yang telah menjadi calon dalam pilihan raya tersebut berdasarkan akta kesalahan pilihan
raya 1954.

Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 membolehkan mana-mana pihak untuk


mengemukakan rayuan atau bantahan kepada Mahkamah Pilihan Raya sekiranya berlaku
keraguan di dalam pilihan raya dan keputusannya. Seksyen 35 memberi kuasa kepada
mahkamah untuk membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya terbabit tidak sah atau
kemenangan sepatutnya berpihak kepada calon yang mengemukakan petisyen tersebut61.
Sebagai contoh, Barisan Nasional pusat pernah akur dan patuh dengan keputusan Mahkamah
Tinggi Kuching yang mengisytiharkan tidak sah dan batal kemenangan Barisan Nasional di
kawasan Bukit Begunan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak September 1998. Walaupun pada
mulanya, kawasan tersebut dimenangi oleh Calon Barisan Nasional Mong Anak Dagang
dengan undian sebanyak 4,891 undi menewaskan calon bebas Donald Lawan.

Keputusan pembatalan tersebut di buat setelah menerima petisyen yang dikemukan oleh
Donald Lawan oleh kerana berlakunya perbuatan pembelian undi dalam pilihan raya tersebut.
Hakim yang terlibat dalam kes tersebut tidak teragak-agak untuk mengambil keputusan
tersebut kerana agak mustahil calon dan wakil calon yang menang tidak mengetahui aktiviti
pembelian undian yang berlaku ketika pilihan raya tersebut62. Sementara itu seksyen pula 32

60
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 53.
61
Mavis Puthucheary Dan Noraini Othman. Elections And Democracy In Malaysia, Bangi Selangor: University
Kebanggsaan Malaysia, 2005, Hlm 348.
62
Mavis Puthucheary Dan Noraini Othman. Elections And Democracy In Malaysia, Bangi Selangor: University
Kebanggsaan Malaysia, 2005, Hlm 350.

20
antara lainnya memperuntukkan kemenangan calon dalam pilihan raya tersebut boleh
diisytiharkan tidak sah bilamana adanya berlaku pemberian rasuah, ugutan atau perbuatan
melanggar undang-undang berkaitan pilihan raya63. Seksyen 32 ini juga berkaitan dengan
yang berlaku di bukit begunan. Petisyen yang dikemukan perlulah mengandungi beberapa
perkara penting, antaranya:
a) Hak individu yang mengemukakan petisyen beserta tarikh dan keputusan pilihan raya,
kawasan pilihan raya dan lain-lain;
b) Keterangan, fakta dan alasan (berdasar bukti) ringkas petisyen tersebut, mengapa ia
perlu disokong;
c) Permintaan/tuntutan petisyen;
d) Senarai bantahan undi (sekiranya dituntut oleh calon yang kalah);
e) Senarai bantahan lain/tuduh menuduh (sekiranya ada);
f) Pelantikan Peguam Bela.

Bagaimanapun tidak semua petisyen yang difail akan didengar kerana mahkamah akan
menelitinya terlebih dahulu bagi memastikan ia memenuhi peruntukan yang telah ditetapkan.
Petisyen pilihan raya tidak boleh difail sewenang-wenangnya hanya kerana pihak yang kalah
tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya. Hakikatnya ramai tidak menyedari petisyen
pilihanraya merupakan satu perkara besar kerana melibatkan orang yang kalah meminta
mahkamah untuk membatalkan keputusan pilihan raya yang telah dibuat oleh rakyat. Jika
Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan pilihan raya umum sesuatu kawasan, hakim perlu
memberi notis kepada SPR dalam tempoh 14 hari bagi membolehkan proses persediaan
mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari berdasarkan Akta Kesalahan Pilihanraya
1954. Secara rumusannya, berdasarkan kandungan tersebut dan tatacara kaedah petisyen
pilihan raya, ia perlu dilakukan oleh individu atau sekumpulan yang berautoriti dan terlibat
secara langsung dengan proses pilihan raya yang dibantah tersebut, kerana ia melibatkan
gerak kerja dan pengumpulan bukti yang tersusun dan kompleks. Perbicaraan tiap-tiap
petisyen hendaklah diselesaikan tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh petisyen pilihan
raya tersebut dikemukan seperti yang termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berdasarkan kepada rekod terkini, rekod yang paling banyak pernah difaikan adalah selepas
Pilihan Raya Umum Ke – 13 iaitu menghampiri sebanyak 60 petisyen yang telah difailkan
sebelum tarikh akhir pada 12 Jun lalu, ia telah memecahkan rekod petisyen yang pernah

63
Mavis Puthucheary Dan Noraini Othman. Elections And Democracy In Malaysia, Bangi Selangor: University
Kebanggsaan Malaysia, 2005, Hlm 348.

21
difailkan ketika Pilihan Raya Umum Ke -10 sebanyak 40 petisyen. Apa yang menarik, tindakan
memfailkan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga
turut dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN). BN memfailkan 21 petisyen jelas membuktikan
proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR adalah telus dan tidak memihak kepada mana-
mana parti. Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi
parlimen manakala 14 kerusi dewan undangan negeri. Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat
adalah masing-masing enam parlimen dan 15 undangan negeri64.

Rayuan terhadap keputusan yang telah buat oleh Hakim Pilihan Raya terhadap petisyen yang
telah dikemukan masih boleh dilalukakan melalui Mahkamah Persekutuan. Rayuan tersebut
hendaklah dibuat 14 hari dari tarikh keputusan oleh hakim pilihan raya di bawah seksyen 36.
Kemudian dalam masa enam bulan dari tarikh rayuan tersebut dikemukan, Mahkamah
Persekutuan perlulah memutuskan keputusannya. Jika tiada rayuan, proses yang melibatkan
Suruhanjaya Pilihan Raya akan dijalankan seperti mengadakan proses pilihan raya semula.
Oleh itu jelaslah bahawa, piliha raya di Malaysia dijalankan dengan begitu teliti, adil dan
bersih. Buktinya apabila, sesuatu keputusan pilihan raya itu noleh dicabar jika ia terdapat
penipuan oleh mereka yang terlibat dalam proses pilihan raya tersebut melalui petisyen.

4.0 PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA

Kebebasan dan kesucian sesebuah pilihan raya itu adalah penting bagi memastikan semua
pihak berpuas hati terhadap keputusan yang dicapai. Sekiranya seseorang calon itu boleh
menggunakan segala taktik dan helah yang kotor dan langsung tidak mempunyai sekatan
undang-undang untuk menewaskan lawannya maka tidaklah bermakna pilihan raya tersebut.
Misalnya, calon yang kaya dan mempunyai banyak wang ringgit akan menggunakan kelebihan
yang beliau milikki untuk meraih sokongan pengundi. Undi yang datang daripada pengundi
tersebut adalah bersifat tidak ikhlas, mereka cuma terpengaruh akan penawaran wang ringgit
itu sahaja bukan disebabkan kelayakan seseorang calon tersebut. Sekaligus menyebabkan
sesuatu pilihan raya tersebut dilabel sebagai tidak bebas dan tidak adil, kesannya keputusan
pilihan raya tersebut tidak boleh diterima, ia membawa kepada kacau-bilau, sebagai contoh
berlaku pemberontakan sebagai tanda protes terhadap keputusan yang dicapai.

Pilihan raya yang bebas dan bersih adalah pilihan raya yang memberi kebebasan kepada
pengundi untuk memilih seseorang calon berdasarkan keupayaan dan kelayakannya.
Bukanlah, atas dasar wang ringgit, ikatan budi dan ugutan. Justeru itu, semua perkara

64
Muhammad Mat Yakim. 2013. PRU 13 Pecah Rekod Petisyen. Sinar Harian. 13 Jun : 5.

22
tersebut perlulah diharamkan dan ditegah oleh undang-undang seperti Akta Kesalahan
Pilihanraya 1954 agar dapat mewujudkan suatu pilihan raya yang bebas dan adil. Seseorang
yang melakukan kesalahan pilihan raya boleh ditangkap dengan tidak berwaran. Namun
begitu, dakwaan terhadapnya tidak dapat dijalankan selagi tidak mendapat kebenaran
daripada Pendakwa Raya. Menurut ordinan kesalahan mengenai pilihan raya terbahagi kepada
tiga jenis iaitu65 :

a) Kesalahan yang dinamakan sebagai kesalahan pilihan raya;


b) Kesalahan dengan sebab melakukan perbuatan yang dinamakan amalan yang tidak
jujur; dan
c) Kesalahan dengan sebab melakukan amalan salah.

Terdapat sebanyak 13 kesalahan pilihan raya yang terdapat dalam Akta 5, Akta Kesalahan
Pilihanraya 1954. Antara perbuatan-perbuatan yang dianggap menjadi kesalahan pilihan raya
adalah seperti berikut66 :

a) Dengan diketahuinya telah membuat kenyataan palsu mengenai permohonan


pendaftaran pengundi;
b) Telah memalsukan kertas penamaan atau dengan niat hendak menipu, telah merosak
atau membinaskan kertas penamaan atau telah menyerahkan kertas penamaan yang
dia tahu padahal telah dipalsukan;
c) Telah memalsukan atau meniru atau dengan niat hendak menipu telah merosakkan
atau telah membinasakan kertas undi atau tanda rasmi yang ada pada kertas undi itu;
d) Dengan tidak mempunyai kuasa telah memberi kertas undi kepada seseorang;

Perkara di atas merupakan sebahagian daripada perbuatan-perbuatan yang boleh disabitkan


sebagai kesalahan pilihanraya. Salah satu contoh kes yang pernah dilaporkan mengenai
perbuatan kesalahan pilihan raya ini adalah perbuatan memuat naik gambar kertas undi oleh
pengguna laman sosial sebelum berlangsungnya pengundian pos pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 yang lalu yang dilakukan untuk mengelirukan pengundi serta menjatuhkan imej
Suruhanjaya Pilihan Raya. Bagi Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin
Mohamed Baria, perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan67.
Hukuman bagi mereka yang disabit dengan kesalahan pilihan raya adalah penjara tidak lebih
daripada tiga tahun ataupun denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya

65
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 35.
66
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 36.
67
Sinar Harian. 2013. SPR : Memuat Naik Gambar Kertas Undi Satu Kesalahan. 24 April : 11.

23
sekali. Selain itu, mereka yang didapati bersalah juga tidak boleh menjadi pengundi atau calon
selama lima tahun mulai tarikh sabit kesalahan atau pada tarikh dia dibebaskan daripada
penjara. Jika pada tarikh ia sabit kesalahan ia terpilih dalam mana-mana pilihan raya maka
tempatnya akan menjadi kosong mulai tarikh itu.

Seterusnya, kesalahan pilihan raya yang dinamakan sebagai amalan yang tidak jujur dalam
kalangan mereka yang mempunyai tugas di bawah undang-undang mengenai pilihan raya.
Golongan ini terdiri daripada pegawai-pegawai pilihan raya iaitu pegawai, kerani atau
jurubahasa. Antara perbuatan yang boleh diketegorikan sebagai kesalahan-kesalahan oleh
pegawai pilihan raya adalah68 :

a) Membuat catatan yang dia tahu atau dengan kerana ada alasan yang munasabah ia
percaya bahawa catatan itu ialah catatan palsu atau tidak benar, kiranya catatan itu
dibuat dalam mana-mana rekod, penyata atau suratan yang dikehendaki oleh undang-
undang;
b) membenarkan mana-mana orang yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang
munasabah untuk percaya sebagai bukan seorang buta atau bukan seorang tidak
berdaya untuk mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang buta atau
itidak berdaya;
c) enggan membenarkan mana-mana orang yang diketahuinya atau yang dia ada sebab
yang munasabah untuk percaya sebagai seorang buta atau seorang tidak berdaya
untuk mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang buta atau orang tidak
berdaya;
d) dengan sengaja menghalang mana-mana orang daripada mengundi di tempat
pengundi yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya
bahawa orang itu berhak mengundi;

perkara di atas juga merupakan sebahagian daripada perbuatan yang boleh menjerumuskan
seseorang pegawai pilihan raya tersebut ke dalam amalan tidak jujur. Jika disabitkan
kesalahan, pegawai tersebut boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit ataupun kedua-duanya sekali. Pegawai yang disabit kesalahan juga
tidak boleh menjadi pengundi atau calon selama lima tahun mulai tarikh sabit kesalahan atau
pada tarikh dia dibebaskan daripada penjara. Jika pada tarikh ia sabit kesalahan ia terpilih
dalam mana-mana pilihan raya maka tempatnya akan menjadi kosong mulai tarikh itu.

68
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 37.

24
Akhir sekali ialah amalan salah, ia terdiri daripada perbelanjaan dan wang yang diperuntukkan
bagi pilihan raya dan perbuatan yang dianggap tidak adil dalam proses sesebuah pilihan raya.
Oleh itu, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi, terutamanya bagi calon pilihan
raya. Antara peraturan tersebut ialah69 :

a) wang perbelanjaan pilihan raya hendaklah diletakan di bawah jagaan wakil pilihan
raya, segala perbelanjaan hanya boleh dibuat oleh wakil pilihan raya tersebut. Calon
hanya dibenarkan menggunkan Rm 1000 untuk kegunaannya sendiri;
b) wang perbelanjaan pilihan raya itu mestilah tidak melebihi nilai yang dihadkan iaitu
sebanyak Rm 20,000 untuk Pilihan Raya Dewan Rakyat dan Rm 10,000 untuk pilihan
Raya Dewan Negeri, tidak termasuk bayaran gaji untuk wakil pilihan raya dan untuk
kegunaan calon;
c) segala perbelanjaan dan pembayaran yang dilakukan mestilah disokong oleh surat
hutang dan resit, kecuali pembayaran yang kurang daripada Rm 10;
d) dalam tempoh 14 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan , tuntutan
perbelanjaan pilihan raya hendaklah di hantar kepada wakil pilihan raya, dalam masa
28 dari tarikh tersebut tuntutan perlu dibayar sekiranya wakil pilihan raya bersetuju.
Manakala, 31 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan penyata perbelanjaan
pilihan raya perlulah dihantar kepada Penyelia Pilihan Raya;

perkara di atas merupakan sebahagian daripada peraturan yang perlu dipatuhi oleh calon
pilihan raya yang berkaitan dengan penggunaan perbelanjaan bagi suatu pilihan raya. Selain
daripada perkara dia atas, terdapat juga larangan lain, sebagai contoh menghalang
penggunaan sebarang kenderaan untuk mengangkut pengundi berulang-alik ke tempat
mengundi. Namun begitu, perkara ini telah berlaku berdasarkan laporan yang dikemukan oleh
Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU), iaitu permehati bebas ketika Pilihan Raya Umum
Ke-13 yang lalu. PEMANTAU telah memberi contoh beberapa contoh kes yang telah melanggar
peraturan ini. Larangan ini bertujuan agar proses pilihan raya tersebut berjalan dengan adil.
Sebagai contoh ;

“P009 alor star, smk sultanah bahiyah, antara jam 2.50 petang hingga 3.50 petang kereta-
kereta yang memakai logo bn telah dilihat mengangkut pengundi dari rumah ke tempat
mengundi. Mengikut seorang pemerhati pemantau, dia ternampak sebuah kereta memunggah

69
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 47.

25
pengudndi untuk datang ke tempat mengundi. Kereta ini menunggu penumpang-penumpang
selesai mengundi untuk di bawa keluar.70”

Contoh di atas merupakan antara amalan salah yang diamalkan oleh sesetengah parti dalam
sesebuah pilihan raya. Kegagalan mematuhi peraturan dan larangan tersebut dianggap
sebagai melakukan satu amalan salah dan seseorang yang disabit kesalahan boleh dihukum
denda sebanyak lima ratus ringgit. Dalam tempoh lima tahun bermula dari tarikh sabitan
kesalahannya, dia tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi dan juga tidak boleh mengundi
di dalam mana-mana pilihan raya sekalipun71. Jika pada tarikh ia sabit kesalahan ia terpilih
dalam mana-mana pilihan raya maka tempatnya akan menjadi kosong mulai tarikh itu. (8085
patah perkataan)

70
Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU). Laporan Pemantauan Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 : Bersih
& Adil?, Selangor, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), 2014, Hlm 51
71
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 48.

26
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, proses pilihan raya yang diadakan di Malaysia dilaksanakan dengan begitu
teliti dan terperinci demi memelihara kesuciannya disamping untuk memilih sekumpulan
pemimpin yang benar-benar layak untuk mengemudi Negara. Hal ini kerana, pilihan raya yang
bersih dan teratur akan memastikan suara rakyat dapat didengar, sekaligus menyerlahkan
definisi sebenar demokrasi yang melibatkan rakyat secara langsung dalam pemerintah dan
pentadbiran Negara. Pada masa yang sama, dengan wujudnya badan bebas seperti
suruhanjaya pilihan raya, ketirisan terhadap proses pilihan raya dapat ditangani dengan efisien
dan efektif berbekal undang-undang yang telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi
penguatkuasaan undang-undang dalam seseuatu proses pilihan raya. Oleh itu, jelaslah
bahawa Malaysia mempunyai salah satu system pilihan raya yang teratur. Perkara ini dapat
dibuktikan dari segi pengurusan daftar pemilih sehingga perjalanan proses pilihan raya itu
sendiri yang dikawal selia dengan rapi.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kesalahan pilihan raya juga tidak
kurang hebatnya, ia dibuktikan melalui beberapa kes yang jelas tidak memihak kepada
sesebuah parti sahaja. Pasti sahaja, kes bukit begunan menjadi contoh terbaik bagaimana
undang-undang pilihan raya dilaksanakan oleh badan judisiari tanpa memihak kepada pihak
kerajaan ketika itu. Di Malaysia juga, setiap keputusan pilihan raya itu juga boleh dicabar,
melalui saluran yang betul. Petisyen amat sinonim akan pilihan raya, ia mewakili suara
individiu atau sekumpulan individu yang tidak berpuas hati terhadap keputusan sesuatu
pilihan raya. Dengan ini, sekali lagi jelaslah bahawa amalan pilihan raya di Malaysia begitu
teratur dan tersusun dari segi pelaksanaannya.

27
RUJUKAN

Ramina Hj. Sabran, Wong Khek Seng dan Kok Meng Kee, 2008, Ace Head Teks Stpm

Pengajiam Edisi Kedua, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Abas, 1987, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Election Commission of Malaysia “Dlm.

Http//Www.Spr.Gov.My/Index.Php/Persempadanan-Bahagian-Pilihan-Raya#-Belah-Bahagi-

Daerah-Mengundi. 29 Oktober. 2016.

“ SPR Gagal Atasi Masalah Persempadanan Semula – Aktivis Politik” dlm.

http://www.mstar.com.my . 05 November. 2016.

‘Bersih 5: Satukan Tenaga – Malaysia Baru” Dlm. Http://Www.Bersih.Org. 05 November.

2016.

“Draf Persempadanan Semula Ke Pejabat Pm, Bukti SPR Tidak Bebas” Dlm.

http://www.buletinonline.net. 5 November. 2016.

The Borneo Post. 2013. 96 Pegawai, Anak Kapal Buang Undi Pos Atas KD Terengganu.

Utusan. 2015. Bertutur Bahasa Melayu Macam Budak Tadika.

Mstar. 2016. Prk Rompin: Calon Bebas Ditolak Kerana Gagal Kemuka Laporan Perbelanjaan

Sinar Harian. 2013. Proses Pengiraan Undi PRU13 Bermula Sejak 5.30 Petang.

Mavis Puthucheary Dan Noraini Othman, 2005, Elections and Democracy In Malaysia, Bangi

Selangor: University Kebanggsaan Malaysia.

Sinar harian, 2013. PRU 13 Pecah Rekod Petisyen.

28
Sinar Harian. 2013. SPR: Memuat Naik Gambar Kertas Undi Satu Kesalahan.

Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU), 2014, Laporan Pemantauan Pilihan Raya

Umum Malaysia Ke-13: Bersih & Adil?, Selangor, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor

(EMPOWER).

BIBLIOGRAFI

a) Buku

i. Mohd Salleh Abas, 1987, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

ii. Ramina Hj. Sabran, Wong Khek Seng dan Kok Meng Kee, 2008, Ace Head
Teks Stpm Pengajian Edisi Kedua, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

iii. Mavis Puthucheary Dan Noraini Othman, 2005, Elections and Democracy In
Malaysia, Bangi Selangor: University Kebanggsaan Malaysia.

b) Laman Web

i. “Election Commission of Malaysia “Dlm.


http//Www.Spr.Gov.My/Index.Php/Persempadanan-Bahagian-Pilihan-Raya#-
Belah-Bahagi- Daerah-Mengundi. 29 Oktober. 2016.

ii. “ SPR Gagal Atasi Masalah Persempadanan Semula – Aktivis Politik” dlm.

http://www.mstar.com.my . 05 November. 2016.

iii. ‘Bersih 5: Satukan Tenaga – Malaysia Baru” Dlm. Http://Www.Bersih.Org. 05


November. 2016.

iv. “Draf Persempadanan Semula Ke Pejabat Pm, Bukti SPR Tidak Bebas” Dlm.

http://www.buletinonline.net. 5 November. 2016

29
c) Akhbar

i. The Borneo Post. 2013. 96 Pegawai, Anak Kapal Buang Undi Pos Atas KD
Terengganu.
ii. Utusan. 2015. Bertutur Bahasa Melayu Macam Budak Tadika.
iii. Mstar. 2016. Prk Rompin: Calon Bebas Ditolak Kerana Gagal Kemuka Laporan
Perbelanjaan
iv. Sinar Harian. 2013. Proses Pengiraan Undi PRU13 Bermula Sejak 5.30
Petang.
v. Sinar harian, 2013. PRU 13 Pecah Rekod Petisyen.
vi. Sinar Harian. 2013. SPR: Memuat Naik Gambar Kertas Undi Satu Kesalahan.

d) Laporan

i. Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU), 2014, Laporan Pemantauan


Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Bersih & Adil?, Selangor, Persatuan
Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).

30

S-ar putea să vă placă și