Sunteți pe pagina 1din 6

1.

0 Sinopsis

Novel ini merupakan novel sejarah, yang mana novel ini menceritakan kembali kisah seorang
tokoh politik Turki yang terkenal, iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Mustafa Kamal Ataturk
merupakan presiden pertama Turki dari 29 Oktober 1923 hingga 10 November 1938. Kisah
dalam novel ini bermula sejak Mustafa belum dilahirkan. Ibubapanya iaitu Ali Reza yang
merupakan orang Yahudi Dumamah, dan ibunya yang merupakan penganut agama Islam
hanya mempunyai seorang anak perempuan iaitu Makbulla. Ibunya telah mengalami keguguran
beberapa kali dalam usaha untuk mendapatkan anak lelaki.

Pada suatu hari, komuniti Yahudi di kawasan pinggir Bandar Salonika, telah mengadakan
malam pesta kambing. Majlis ini merupakan majlis yang diadakan setiap sekali setahun. Pada
majlis ini, mereka akan memilih pasangan masing-masing dan melakukan seks. Anak yang
dilahirkan hasil daripada malam ini dikatakan merupakan anak yang akan membawa tuah
kepada mereka. Ali Reza telah membawa Zubaidah ke majlis ini tanpa memberitahu Zubaidah
terlebih dahulu. Setelah beberapa bulan, Zubaidah disahkan mengandung dan anak yang
dilahirkannya ialah Mustafa Kamal.

Setelah Mustafa dilahirkan, dia sangat disayangi oleh bapanya dan komuniti Yahudi kerana
mereka menaruh kepercayaan bahawa Mustafa akan menjadi seorang pemimpin politik yang
akan menghapuskan sistem khalifah di Negara Turki. Konflik bermula apabila Zubaidah mahu
Mustafa menjadi seorang Ulama Islam manakala bapanya mahu dia menjadi seorang ahli politik
bagi menghapuskan sistem Khalifah di negaranya. Apabila Mustafa melakukan kesalahan, Ali
Reza selalu membela Mustafa, menyebabkan Mustafa menjadi semakin keras hati dan degil.
Menurut Ali Reza, sikap-sikap tersebutlah yang patut ada pada Mustafa agar dia mampu
menjadi pemimpin yang berwibawa apabila dewasa kelak. Namun begitu, Zubaidah sering
memarahi Mustafa kerana mahu Mustafa membesar menjadi seorang yang berakhlak baik.

Pendidikan Mustafa bermula di sebuah sekolah agama. Namun begitu, Mustafa selalu
menyuarakan hasrat untuk berpindah sekolah, terutamanya apabila kakaknya sering bercerita
tentang persekolahannya di sekolah Inggeris. Pada awalnya Zubaidah tidak bersetuju. Namun
setelah dilanda kesempitan hidup, di mana ketika itu suaminya telah meninggal dan mereka
sekeluarga dijaga oleh kawan suaminya iaitu Abdul Muhsin Agha, Zubaidah terpaksa bersetuju.
Mustafa merupakan seorang yang sangat cerdas semasa zaman kanak-kanaknya. Dia sentiasa
dipuji oleh guru-gurunya di sekolah, tambahan pula apabila Abdul Muhsin Agha
memperkenalkan Mustafa sebagai anak angkatnya.

Pada usia 12 tahun, Mustafa menyambung pengajiannya di sekolah tentera Uthmaniyah


(Maktab Tentera) di Macedonia kerana dia mahu menjadi pegawai tentera apabila tamat
persekolahannya. Setelah tamat pengajiannya, Mustafa berjaya dilantik sebagai pegawai
tentera dan mula menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 1906. Setelah itu, Mustafa
menubuhkan Parti Tanah Air dan Kemerdekaan di Salonika.

Pelbagai pembaharuan yang telah dilakukan oleh Mustafa secara perlahan-lahan dan drastik.
Lama-kelamaan, Mustafa berjaya menjatuhkan sistem Khalifah dan dia menjadi Presiden
pertama bagi negara sekular Turki. Beliau juga telah menghalau Khalifah daripada istananya.

Di akhir hayat Mustafa, dia mengalami banyak penderitaan dan setelah dia meninggal dunia,
mayatnya tidak dapat dikebumikan kerana dikatakan dia telah melakukan terlalu banyak dosa
besar. Akhirnya, mayat Mustafa Kamal diawet dan dipaparkan di Muzium untuk tatapan orang
ramai.

2.0 Aplikasi Konsep Psikologi Sosial

2.1 Konflik

Banyak konflik yang berlaku di dalam novel ini. Antara konflik yang berlaku ialah konflik di
antara Ali Reza dengan Zubaidah Hanim berkenaan cara bagaimana mahu membesarkan anak
lelaki mereka iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Konflik bermula sejak Mustafa dilahirkan di mana
kedua ibu bapanya tidak bersetuju tentang cara didikan yang patut diberikan kepada Mustafa.
Ali Reza selalu memenangkan Mustafa apabila berlaku pergaduhan antara Mustafa dengan
kakaknya, Makbulla. Manakala Zubaidah lebih bersikap adil kerana seringkali yang salah dalam
pergaduhan tersebut ialah Mustafa. Contohnya, ketika Makbulla dan Mustafa bertanding dalam
larian, Makbulla telah menang. Mustafa yang kalah telah berasa sangat marah lalu memukul
kakaknya. Mustafa dimarahi oleh ibunya tapi dibela oleh ayahnya walaupun sudah jelas dia
yang bersalah.

Berdasarkan kisah tersebut, konflik yang berlaku adalah konflik di antara pasangan
suami isteri yang ingin membesarkan anak mengikut perspektif masing-masing. Faktor yang
menyebabkan berlakunya konflik tersebut ialah kerana mereka saling tidak memahami diri
pasangan masing-masing (Gifford & Hine, 1997). Satu kajian menunjukkan bahawa seseorang
yang bersikap suka membanggakan diri dan hanya berfokus kepada diri sendiri mempunyai
kecenderungan untuk kurang bersimpati dengan orang lain. Di dalam kes ini, Ali Reza
merupakan suami yang suka membanggakan diri dengan merasakan bahawa hanya dia yang
layak menentukan corak bagaimana anaknya patut dibesarkan. Segala pendapat Zubaidah
Hanim diabaikan.

Menurut Myers (2010), konflik juga terjadi kerana salah tanggapan terhadap motif dan
matlamat orang lain. Kebanyakan konflik yang berlaku adalah diakibatkan oleh matlamat yang
sangat jauh di antara dua pihak yang didasari oleh salah tanggapan. Ali Reza ingin menjadikan
Mustafa seorang pemimpin Yahudi yang berpengaruh, sementara Zubaidah inginkan anaknya
menjadi orang yang menghafal Al-quran. Matlamat kedua-duanya ternyata sangat jauh beza
mungkin disebabkan didasari oleh salah tanggapan terhadap satu sama lain. Disebabkan
Zubaidah dan Ali Reza mempunyai pegangan agama yang berbeza, mereka juga mempunyai
tanggapan yang salah antara satu sama lain. Urie Bronfembrenner (1961) melawat Soviet
Union pada tahun 1960 dan menemubual beberapa orang rakyat Rusia. Beliau sangat terkejut
apabila mendengar bahawa rakyat Rusia mengatakan bahawa kerajaan Amerika adalah sangat
agresif, manakala rakyat Amerika turut mengatakan sesuatu yang sama terhadap kerajaan
Rusia. Rakyat kedua-dua Negara ternyata salah tanggapan antara satu sama lain,
menyebabkan konflik berlaku. Konflik di antara golongan muslim dengan golongan Barat
termasuk Yahudi telah bermula disebabkan ketegangan antara golongan extremis Islam dengan
kebanyakan Negara Barat (Hopkins&Shook,2017). Keputusan kajian oleh Hopkins&Shook(2017)
menunjukkan sikap terhadap Muslim adalah negatif dalam kalangan orang yang mempunyai
kebimbangan terhadap golongan muslim. Lebih-lebih lagi sejak peristiwa 11 September 2001 di
World Trade Center (WTC), persepsi negatif terhadap golongan Muslim meningkat secara
mendadak di Amerika (Council on American-Islamic Relations, 2007) dan Eropah (Allen &
Nielsen, 2002) Fenomena ini dipanggil mirror-image perceptions, dimana satu parti
menganggap diri sendiri baik dan menganggap bahawa pihak lawan adalah jahat.

Walaubagaimanapun, akhirnya Ali Reza dan Zubaidah tetap mampu menyelesaikan


konflik antara mereka walaupun mereka selalu bergaduh. Menurut Myers (2010), persamaan
luaran mampu membina kohesif. Setelah peristiwa 11 september 2001, seorang remaja berkulit
hitam merasakan bahawa dia lebih selesa untuk menganggap dirinya orang Amerika kerana
terdapat persamaan yang besar antara dirinya dan rakyat Amerika yang berkulit putih, iaitu
sama-sama tidak menyukai apa-apa hal yang brkaitan Islam. Setelah peristiwa tersebut,
mereka makin selesa dalam membahasakan diri mereka sebagai ‘kami’ (Pennebaker & Lay,
2002). Persamaan antara Ali Reza dan Zubaidah yang mengikat mereka adalah mereka
mempunyai hubungan darah yang sama dengan Mustafa. Faktor ini membuatkan mereka lebih
senang untuk bekerja sama dalam membesarkan anak.

Myers (2010) turut menyatakan komunikasi mampu menyelesaikan konflik yang


dihadapi antara suami isteri, pekerja dan majikan atau Negara X dan Negara Y apabila mereka
saling tawar-menawar. Mereka boleh meminta agar pihak ketiga membantu dalam
menyelesaikan konflik yang dihadapi. Mustafa dihantar ke dua jenis sekolah iaitu sekolah
Inggeris dan juga sekolah agama bagi memenuhi keinginan kedua ibubapanya yang tak
bersefahaman bagi menyelesaikan konflik yang dihadapi.

2.2 Kepatuhan

Setelah Mustafa Kamal Ataturk dilantik menjadi Presiden Turki, banyak pembaharuan yang
dilakukan. Antaranya ialah menukar cara azan dilaungkan dari bahasa Arab kepada bahasa
Turki. Bagi memastikan bahawa arahannya dipatuhi, Mustafa Kamal telah mengeluarkan satu
pekeliling berkenaan arahan tersebut. Walaupun perkara tersebut sangat menyalahi agama,
namun begitu rakyat terpaksa patuh disebabkan takut kepada Mustafa Kamal yang sangat
berkuasa.

Melalui petikan tersebut dapat dikatakan bahawa tema kepatuhan turut terlibat dalam
novel Mustafa Kamal Ataturk ini. Kepatuhan atau obedience dalam inggerisnya adalah
mekanisme psikologi yang menghubungkan aksi individu dengan tujuan politik. Tambahan lagi,
ketaatan juga mengikatkan manusia kepada sistem kuasa. Ini juga sering dikaitkan dengan
dunia zaman sekarang yang mana kepatuhan seseorang kepada individu yang lain bergantung
kepada kuasa yang dimiliki dan pengaruh pihak tersebut. Kepatuhan seseorang itu juga boleh
datang dari tingkah laku yang telah lama diterapkan dan didorong oleh etika, simpati dan
kelakuan moral (Milgram, 1963).

Salah satu kajian kepatuhan yang sangat terkenal dalam psikologi telah dijalankan oleh
Stanley Milgram pada tahun 1963. Kajian ini dilakukan kerana beliau ingin menyelidik sebab
musabab bagi perbuatan pembunuhan beramai-ramai yang ditawarkan oleh mereka yang
tertuduh pada Perang Dunia kedua, perbicaraan Jenayah Perang Nuremberg. Dengan itu,
pembelaan yang sering didasarkan adalah kepatuhan, bahawa mereka hanya mengikuti
perintah dari atasan (McLeod, 2007). Berbalik kepada petikan novel sebelum ini menyatakan
bahawa rakyat terpaksa patuh kepada keputusan Mustafa Kamal hanya disebabkan beliau
mempunyai pengaruh yang kuat. Perkaitan petikan tersebut dengan Perang Numberg sangat
signifikan kerana kedua-dua situasi berkenaan berkait rapat dengan perintah dari pihak atasan.

Selain itu, kajian kepatuhan ini dijalankan pada July 1961 setahun selepas perbicaraan
Adolf Eichmann di Jerusalem. Antara sebab Milgram mereka kajian ini juga adalah untuk
menjawab soalan “bolehkah Eichmann dan sejuta rakannya dalam Holocaust hanya mengikuti
arahan?” (Milgram, 1974). Tema ketaat ini turut dikaitkan dengan pembunuhan Nazi semasa
Perang Dunia kedua, di mana penyelidikan yang dikendalikan ini ingin melihat sama ada
penduduk Jerman patuh atau tidak akan perintah berkuasa (Milgram, 1963).

Dalam kajian kepatuhan, Milgram menggunakan beberapa peserta untuk


membandingkan keputusan kajian beliau dengan pelaku penjenayah Nazi. Pelaku penjenayah
Nazi tersebut menunjukkan tidak ada sebarang penyesalan atau kesedihan ke atas
pembunuhan yang dilakukan, ini seterusnya menjejaskan penerangan tentang tekanan
ketaatan. Keterlaluan kekejaman yang dilaku oleh Nazi dalam proses pembunuhan itu, tidak
sepenuhnya konsisten dengan tingkah laku peserta makmal dan dengan konsep kepatuhan.
Akhirnya, apabila peserta Milgram berpeluang untuk mengelak kejutan, mereka sering merebut
peluang itu. Sebaliknya, walaupun pembunuh Nazi sering diberikan kesempatan untuk menarik
diri dari operasi pembunuhan, sangat sedikit yang memilih melakukannya. Hujah-hujah ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan pelaku Nazi percaya pada apa yang mereka lakukan, dan
mungkin bersedia, bahkan mungkin berhasrat tinggi untuk membunuh orang-orang Yahudi,
walaupun tanpa perintah atasan (Friedlander, 1997). Begitu juga novel Mustafa Kamal yang
menceritakan tentang rakyat Turki yang di paksa untuk menukar cara laungan azan dari bahasa
Arab kepada Turki walaupun perkara tersebut menyalahi agama.

Oleh yang demikian, orang biasa mungkin mengikuti perintah yang diberikan oleh pihak
berkuasa, walaupun sejauh membunuh seorang manusia yang tidak bersalah. Ketaatan kepada
kekuasaan adalah tertanam di dalam diri kita dan semua dari cara kita dibesarkan. Orang ramai
cenderung mematuhi arahan daripada orang lain jika mereka sedari kuasa individu tersebut
berdasarkan undang-udang.
RUJUKAN

Friedlander, S. (1997). Nazi Germany and the Jews: The years of persecution, 1933–1939 (Vol. 1). New
York, NY: Harper Collins.

McLeod, S. A. (2007). The milgram experiment. Simply Psychology.

Milgram, S. (1974). Obedience to authority: An experimental view . Harpercollins.

Milgram, S. (1963). Behavioral study of obedience. Journal of Abnormal and Social Psychology, 67, 371-
378.

Council on American-Islamic Relations. The status of Muslim civil rights in the United StatesAuthor,
Washington, DC (2007)

Allen, C & Nielsen, J. (2002). Summmary Report on Islamophobia in the Eu after 11 September 2001.
European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia. Vienna

S-ar putea să vă placă și