Sunteți pe pagina 1din 12

1.

0 Pengenalan
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia bagi generasi kini dan akan datang. Pendidikan seni visual ialah
mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah serta merupakan mata
pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk
keperibadian generasi Malaysiayang celik budaya kesenian. Keperluan individu dapat dicapai melalui
aktiviti seni yangmelibatkan pengetahuan dan kemahiran proses, teknik dan media serta pembentukan
nilai.
2.0 Bidang
Sukatan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah mengandungi bidang-bidang ilmu pengetahuan
dan kemahiran;dan aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh KPM yang perlu diikuti oleh guru.
Bidang –bidang kegiatanSukatan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi 4 bidang iaitu:
-Menggambar - Membentuk dan membuat binaan
-Membuat corak dan rekaan - Mengenal kraf tradisional

Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya.Setiap jenis aktiviti
melibatkan pelbagai alat,bahan dan teknik.Setiap kandungan bidang pula boleh dipecahkan kepada tajuk
–tajuk yang sesuai dengan tahap,minat,latar belakang dan kecenderungan murid.
3.0 Bidang Menggambar
Memandangkan saya telah memilih bidang menggambar sebagai memenuhi tugasan Pendidikan
Seni Visul dan penghasilan portfolio,maka saya akan menerangkan bidang kegiatan menggambar ini
dengan lebih terperinci termasuk teknik,alat dan bahan yang digunakan.Bidang ini menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran murid,serta kemampuan mereka melukis dalam membuat
gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan eksperasi diri.Juga meliputi
penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.Fokus utama bidang ini
ialah memberi kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya.Juga termasuk kesedaran
terhadap seni reka seperti warna ,garisan,susunan dan kesannya.
3.0.1 Definisi menggambar:
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata.Mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna atas permukaan
rata.Juga merupakan gambaran dan pemberitahuan imej mental seorang.Penghasilan ilustrasi untuk
menerangkan kejelasan sesuatu objek.Gambar pula sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan sesuatu imej.
3.0.2 Teknik bidang menggambar
Terdapat lebih kurang sepuluh teknik atau aktiviti membuat gambar :
1.Catan
Cara menghasilkan karya yang menggunakan bahan mengecat,iaitu proses menyapu warna atau cat di
atas permukaan rata 2D dengan berus atau alatan lain
Alat dan bahan
-Pensel ,berus,pelbagai warna air,poster ,akrilik,warna minyak,cat mural dan warna tempra.
-Palet,botol mengisi air,kertas lukisan,kertas cat air,kain kanvas,permukaan dinding.
-Surat khabar
2.Kolaj
Cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan –bahan seperti berbagai
jenis kertas,bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti
kertas,plastik tau papan secara bebas atau bertindih.
Alat dan Bahan
-Warna – warna basah sebagai latar belakang kolaj.
-dawai,kepingan besi,kaca ,plastik,kulit pokok,batu,daun kering,lalang kering,kain
perca,butang reben,benang, potongan gambar majalah & surat khabar, setem,campuran
pasta kering ,beras ,kekacang dan bahan lain yang bersesuaian.
-gam kilat,gam tidak kilat,gam gel,gam model dan gesso.

3.Cetakan
Cara menghasilkan karya dengan mencetak,menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok
atau skrin.Pelbagai jenis cetakan seperti cetakan lino,blok,strawboard,dan polyfoam.
Alat dan Bahan(bergantung kepada tahap kebolehan murid)
-kertas lukisan,stamp pad berbagai jenis bentuk,kertas tisu,span,kryon,
-Warna poster,warna mural.
-bahan terbuang yang mempunyai permukaan rata tetapi berjalinan,duit syiling,berus
,pensel,sikat,kunci,klip kertas dan sebagainya.
4.Resis
Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain,seperti warna air dan warna lilin atau
`cow gum`.Proses membuat batik merupakan satu contoh resis.
Alat dan Bahan
-Pelbagai jenis lilin.biasa,paraffin atau krayon.
-Pelbagai jenis kertas ,kertas lukisan,kertas tebal,kadbod dan kad manila.
-Pelbagai jenis kain putih seperti cotton poplin,cambrich,rayon,fuji dan cotton lawn kima.
-Pelbagai pensel untuk lakaran.kapur tulis,bekas air,pemadam
-Pelbagai warna,warna air, warna poster,tempera dan cat rumah.
-Berbagai jenis dakwat basah
5.Gosokan
Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan,penerokaan murid yang
menggambar melalui deria sentuh di sekeliling mereka.Satu representasi salinan yang dibuat dengan
meletakkan sekeping kertas di atas permukaan yang berjalinan.
Alat dan Bahan
-Terpulang kepada pengkaryaan sendiri-agak terhad jika di sekolah rendah.
-pensel(lembut,keras),pensel berasas lilin,pensel warna,kapur atau pastel,arang.
-Permukaan pada kulit buah-buahan kasar,peralatan rumah,pakaian,kenderaan,aksesori
wanita,dan alatan lain.
6.Mozek
Satu rekaan bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca,kayu,marmar atau pecahan
tembikar.(Kamus Glosori Seni Lukis).Imej berasingan dan tidak bertindih dan disusun secara
bersebelahan.
Alat dan Bahan
-Pelbagai jenis kertas,seperti kadbod,kertas lukisan,kertas menaip,kertas
nota,kertas surat khabar dan lain –lain.
-Berbagai pelekat seperti gam biasa,gam putih,gam kayu dan gam simen.
-Bahan semulajadi-bunga dan daun kering,pelbagai bijirin,tali,gambar-gambar berwarna,majalah
berwarna dan sebagainya.
7.Montaj
Montaj ialah menampal dan melekatkan gambar pada suatu permukaanbagi menimbulkan mesej
pengajaran,kecintaan,kecuaian,peperangan,alam sekitar dan sebagainya.Menggunakan potongan
gambar dari media cetak untuk menghasilkan satu tema.
Alat dan Bahan
-Gambar foto sebenar,gambar @ ilustrasi dari majalah/surat -
khabar,gunting,pisau pemotong,gam,warna basah,berus lukisan
-Bahan terbuang,berbagai jenis tiket
8.Percikan
-Teknik hiasan catan dengan mendetik,mengetuk atau menjentik bahagian bulu
berus yang akan menghasilkan kesan,dan kelihatan lebih moden dari kesan warna
lain.Merupakan juga kegiatan menyembur bahan cair ke atas permukaan.Warna terhempas
atas suatu permukaan.
Alat dan Bahan
-Berus lukisan berbagai bentuk dan saiz,berus gigi dari permukaan rata atau
beralun,penggelek cetakan berbagai saiz,pelbagai warna- warna air,warna poster,warna
tempera,warna minyak,warna plaka dan sebagainya.
Kertas lukisan,kain buruk ,surat khabar,pita pelekat.

9. Lukisan
-hasil kerja seni untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggukan media
kering,atau menggunakan warna paling sedikit.Lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi
merakam informasi visual kepada satu kegiatan lain seperti catan ,kolaj.montaj dan cetakan
Alat dan Bahan
- Pensil H,2B-8B,pensil warna,arang,pen & dakwat,soft pastel,krayon,pen maker,kapur dan
pelbagai jenis kertas.
10.Stensilan
- Rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensilan dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensilan tersebut.
- Apabila warna disapu atas stensil yang dilekat atas kertas,bahan warna akan melalui
ruang kosong.atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk dihasilkan.
Alat dan Bahan
- Squeezy,penggelek dan kain,profilm,kertas,dakwat cetak,dye dan lain – lain yang
bersessuaian.
4.0 Kesimpulan
Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh pelajar semasa
berada di alam persekolahan.Merupakan subjek yang member peluang untuk mengembangkan
bakat dan minat seterusnya mendalami Seni Visual secara bersistem.Kurikulum Pendidikan Seni
sekolah rendah member tumpuan kepada 4 bidang utama iaitu menggambar,membuat rekaan &
corak,membentuk & membuat binaan dan kraf tradisional.Murid akan dilatih untuk melihat subjek
seni pada perspektif yang lebih luas iaitu dari segi aspek estetik dan gunaan.Melalui kefahaman
aspek di atas ,pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam
konteks seni warisan bangsa.
Bidang : Menggambar
Jenis : Lukisan
Teknik : Basah atas kering,basah atas basah
Aktiviti : Catan
Tajuk : Alam Semulajadi
Motif : Pemandangan
Alat dan Bahan : Palet,berus lukisan,botol mengisi air,kertas lukisan dan
warna air.
Unsur Seni
1. Garisan
Unsur garisan banyak terdapat pada lukisan ini,sama ada garisan tebal ataupun nipis.Garisan
jelas kelihatan pada batang-batang pokok,dinding rumah,daun-daun dan pagar .Garisan
melengkung pada bukit dan daun.Semua garisan ini akan menjadi rupa dan bentuk pokok,rumah dan
bukit.
2. Jalinan
Jalinan warna terang dan gelap digunakan ,jalinan warna kehijauan pada pokok ,daun dan
rumput,manakala,jalinan warna kekuningan pada rumput di tepi bukit.Jalinan warna yang cerah pada
dinding rumah,kelihatan lebih tampak.Jalinan warna ini akan membentuk sebuah pemandangan.
3. Rupa
Pembentukan rupa organik dapat dilihat pada keseluruhan lukisan ini.Jelas kelihatan pada
batang pokok,daun,rumah,pagar ,rumput dan pagar.Rupa organic mempunyai sempadan yang
melengkung dan berlekuk-lekuk(bukit,daun dan batang pokok)
4.Bentuk
Penggunaan warna air dan ton warna menghasilkan bentuk yang jelas.
5.Ruang
Ruang yang terdapat pada pemandangan ini ialah ruang ilusi,ruang antara pokok dan
rumah,pagar dan rumah,bukit dan padang.

Prinsip Rekaan
1. Harmoni
Penggunaan pelbagai warna,( asas,+ skunder,+ tertier),menambah keharmonian.Warna biru
pada awan,kehijauan pada pokok dan daun,kekuningan dan kehijauan menambahkan harmoni
lukisan ini.Susunan rupa dan bentuk pokok di setiap ruang ilusi ,serta ada sempadan antara bukit dan
padang rumput merupakan kombinasi yang sangat sesuai.
2.Penegasan
Penegasan pada rumah yang jelas kelihatan di tengah hutan rimba.
3.Imbangan
Lebih `berat` kepada rumah dan pokok.Lebih banyak pokok berbanding dengan rumput dan
bukit-bukit.
4.Kontra
Kedudukan rupa rumah dan pokok menunjukkan prinsip rekaan kontra.Garisan yang
bertentangan arah pada batang dan daun pokok ,jalinan yang berbeza,bentuk pokok yang berbeza
saiz menimbulkan kesan kontra.
5.Pergerakan
Susunan unsur seni yang berulang,seperti garisan,jalinan,warna,bentuk member kesan kepada
pergerakan dalam lukisan ini.
6. Kepelbagaian
Garisan yang pelbagai ,nipis,tebal ,lurus dan melengkung.Penggunaan warna yang pelbagai memberi
kesan kepada prinsip kepelbagaian dalam pemandangan ini.
7. Kesatuan
Hubungan antara unsur seni dan prinsip rekaan dapat dilihat dalam lukisan ini membentuk
kesatuan.Jelas kelihatan kesatuan warna,garisan ,begitu juga kesatuan antara ruang ilusi dan ruang
perspektif.

Proses penghasilan catan


1. Perlu perancangan terutama sekali tema pilihan yang hendak dilukis.Fikirkan juga teknik yang
dipilih Ini penting bagi memastikan hasilnya nanti akan ada nilai-nilai estatikanya tersendiri dan
berkualiti.Tema pilihan ialah pemandangan menggunakan teknik catan -(Sebuah banglo di hutan)
2. Membuat lakaran kasar menggunakan garisan warna nipis ,dimulakan dengan basahkan bahagian
kertas lukisan yang akan diwarnakan dahulu dengan air kosong.Bahagikan 3 ruang ilusi
contoh,bahagian langit dan bumi.(bawah,tengah dan atas)
3. Warnakan dengan warna yang dikehandaki di atas lukisan basah tersebut menggunakan teknik
basah atas kering serta basah atas basah.)
4. Menggunakan campuran warna asas dan warna skunder untuk membentuk ton warna pada
pokok ,daun ,batang serta rumput.Campurkan lebih air untuk mendapatkan warna cerah.Manakala
ton warna gelap,campurkan warna pekat.
5. Peringkat akhir ,membuat sentuhan akhir ,memperbaiki mana-mana bahagian,jika ada
kesilapan,titiskan dengan air kosong di permukaan berwarna tersebut dengan berus.Lakukan
beberapa kali sehingga warna tersebut hilang.

Bidang : Menggambar
Jenis : Kolaj tindih.
Teknik : Teknik potong menggunakan pelbagai kertas.
Aktiviti : Kolaj
Tajuk : Alam Semulajadi
Motif : Bunga
Alat dan Bahan : Gam,kertas warna,kertas majalah,gunting,penebuk
lubang,kertas lukisan.
Unsur Seni
1.Garisan : Kelihatan garisan melengkung pada kelopak bunga dan
pasu.Memberi kesan kepada bentuk dan rupa bunga dan
pasu.Garisan lurus tepi pasu,menampakkan pasu di letakkan pada tepi
dinding.
2.Warna : Gabungan warna terang dan lembut pada motif
bunga.Warna gelap pada keliling pasu bagi menimbulkan
kejelasan pasu .
3.Jalinan : Jalinan hitam dan merah jambu pada kertas bercorak
memperlihatkan kejelasan garisan tampak.
4.Rupa : Susunan kelopak bunga yang bertindih dalam pelbagai
warna menghasilkan rupa.Perbezaan dari segi warna
bunga menghasilkan rupa yang menarik.
5.Bentuk : Penggunaan warna ,ruang ,jalinan serta garisan
menghasilkan bentuk.
6.Ruang : Ruang wujud antara pokok bunga dan dinding.Garisan
lurus memisahkan antaranya.
Prinsip Rekaan
1.Harmoni : Wujud dengan penggunaan warna terang dan gelap pada
kelopak –kelopak bunga.Begitu juga garisan dan jalinan
pada pasu serta bunga menampakkan keharmonian.
2. Penegasan : Pada kelopak- kelopak bunga berwarna terang yang jelas
kelihatan.
3. Imbangan : Imbangan dalam kolaj ini dapat dilihat pada kedudukan
motif iaitu kelopak- kelopak bunga yang disusun bertindih dan
seimbang.
4.Kontra : Perbezaan warna kelopak bunga antara terang dan gelap
menunjukkan ada prinsip rekaan kontra.
5. Pergerakan : Garisan ,jalinan dan warna yang digunakan menunjukkan
ada unsur pergerakan.
6. Kepelbagaian : Dapat dilihat pada motif bunga melalui pelbagai bentuk,
jalinan,rupa dan warna.
7. Kesatuan : Hubungan antara unsur seni dan prinsip rekaan dapat
dilihat dalam kolaj ini dan ini membentuk kesatuan yang
baik.Akhirnya menghasilkan hasilan kolaj yang menarik.
Proses penghasilan Kolaj.
1. Fikirkan tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai.
2. Sediakan dan guntingkan/tebukkan kertas-kertas warna dan kertas bercorak yang diperlukan
dalam kolaj ,mengikut bentuk kesukaan.
3. Sediakan juga kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan,harmoni,kontra pada
kolaj.
4. Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja menampal.
5. Sapukan gam pada permukaan kertas.
6. Gam cebisan kertas mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan hasilan kerja kolaj yang
menarik.
7. Apabila sudah kering sapukan pula gamdi atas lapisan pertama untuk menampal kertas
seterusnya bagi menimbulkan kesan objek.
8. Hasilan sebuah kolaj yang menarik.

REFLEKSI

Bagi menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek Pendidikan Seni Visual (PSV 3105) ini,bukanlah
satu yang mudah,kerana pada permulaannya saya perlu memahami terlebih dahulu kehendak tugasan
,meneliti rubrik pemarkahan yang merangkumi beberapa item pemarkahan ,di mana tahap pemarkahan
itu merangkumi 4 aspek iaitu pemerolehan ilmu,penguasaan ilmu, pemindahan pembelajaran serta sikap
sahsiah.
Setelah itu, saya mula berbincang bersama rakan sepengajian dan mula mencari seberapa
banyak bahan – bahan, sama ada dalam bentuk buku – buku ilmiah , bahan dari internet, perkongsian
blog serta web,sumber dari rakan – rakan seperjuangan yang lebih mahir dalam bidang PSV dan
sebagainya.Dari bahan rujukan tersebut saya membaca, mengkaji dan cuba memahami yang mana
bersesuaian dengan kehendak soalan tugasan.
Langkah permulaan,saya mula memikirkan bidang kegiatan yang dipilih untuk menghasilkan satu
aktiviti yang mudah untuk saya sediakan. Ini kerana saya tidak mahir dalam menghasilkan suatu aktiviti
seni yang lengkap nilai-nilai estatikanya.Setelah memikirkannya, saya mengambil keputusan untuk
memilih bidang menggambar dan manghasilkan dua aktiviti iaitu menghasilkan catan gambar
pemandangan yang bertemakan alam semulajadi.Manakala satu jenis aktiviti lagi ialah kolaj, yang
bermotifkan bunga.Selain itu ,salah satu daripada hasilan tersebut perlu dibingkaikan dan difailkan proses
penghasilannya dalam bentuk folio.Semua hasilan dari kedua-dua aktiviti yang dipilih tadi juga difailkan
dalam bentuk folio.
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan projek PSV ini, timbul sedikit masalah,untuk
menghasilkan catan dan kolaj,kerana ianya perlu mengorbankan masa yang banyak dan perlu ada
ketelitian.Namun saya merasakan satu kepuasan ,bila dapat menghasilkan kerja kursus projek PSV ini
dengan jayanya. Akhiran kalam, segala yang baik itu adalah datang
dari Allah dan yang kekurangan itu adalah di atas kelemahan diri saya sendiri sebagai hambanya yang
lemah.

PENGHARGAAN:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya serta keizinannya dapat saya
menyelesaikan tugasan projek Pendidikan Seni Visual (PSV 3105) Sekolah Rendah dengan sempurna
dan jayanya.Saya percaya, dengan kekuatan,kegigihan serta semangat yang diberikan oleh Allah kepada
saya , dapat saya menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing Encik Hamzah bin Omar kerana banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan
untuk saya menyempurnakan tugasan ini. Juga tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut
memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada saya. Kepada keluarga, terutamanya anak-anak
yang banyak berkorban tenaga dan masa ,memberi kerjasama kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini.Pengorbanan dari keluarga tercinta sangatlah tidak ternilai,kerana tanpa sokongan mereka, pastinya
saya tidak akan berjaya.

Sesungguhnya tugasan ini, banyak membantu saya mengetahui dan mendalami pengatahuan
tentang penghasilan seni dalam bidang kegiatan seni terutamanya bidang menggambar yang menjadi
tajuk pilihan saya.
Akhir sekali, jutaan terima kasih untuk semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung sepanjang saya damenyiapkan tugasan ini.Semoga Allah memberkati dan membalas dengan
kebaikan.

Sekian wassalam terima kasih………..

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman(2008).Falsafah Pendidikan dan Kurikulum Edisi
Kedua Quantum Books, Tanjong Malim, Perak.
Abu Zahari bin Abu Bakar (1992) Psikologi Pendidikan Untuk Guru,Pustaka Delta
Pelajaran Sdn.Bhd.Selangor darul Ehsan.
Ahmad Khair Mohd Nor,Idris Mohd Radzi,dan Mohd Ra`in Shaari (2005).Bahasa Melayu
Profesional .Edisi Semakan, terbitan ketujuh.Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim,Perak.
Encik Baba Ahmad bin Omar.(8-11 Oktober 2001).Pengertian dan Peranan Seni
Visual.Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Taklimat Sukatan Pelajaran
Visual Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Golden Straits Villas Beach Resort,
Port Dickson,Negeri Sembilan.
Hassan Mohd Ghazali (2000). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5
Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Jemaah Nazir Sekolah.(2003).Pengurusan Pendidikan Seni Visual Sekolah
Menengah dan Rendah .Kuala-Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
KementerianPendidikan Malaysia .(2000) .Modul Sumber Guru Pendidikan Seni
Visual ,KBSR .Kuala-Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka.
Http://esenivisual.blogspot.com/2009/07/sejarah- awal- seni-visual- ii.html[2011]
Http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?options=com_docman&Itemid=71[2011]
Https://sites.google.com/site/panitiasenivisualsmkserian/sp-psv-kbsm [16 .12.11]
Http://www41.websamba.com/sjkttapah/files/hsp pseni y5.pdf

S-ar putea să vă placă și