Sunteți pe pagina 1din 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Saya merupakan pelajar PISMP Sejarah Semester 7 dan akan menjalani Praktikum
Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka. Pada semester
yang lepas, saya telah menjalani praktikum di SK Alor Mengkudu, Alor Setar. Setelah selesai
menjalani praktikum Fasa 1 dahulu, saya merasa lebih yakin untuk menjalani praktikum kali
ini. Hal ini kerana banyak pengalaman yang telah saya kutip dan pelajari semasa menjalani
Praktikum Fasa 1 dahulu. Jika Praktikum Fasa 1 dahulu saya hanya mengajar subjek Major
iaitu Pendidikan Islam, tetapi untuk Praktikum Fasa 2 ini pula, saya akan mengajar satu lagi
subjek iaitu subjek Minor saya iaitu Bahasa Arab. Saya akan menjalani praktikum di SK Nawa
selama 8 minggu.

Praktikum bermula pada 13 Julai sehingga 12 September 2014. Ini bermakna, saya
akan menjalani praktikum semasa bulan puasa selama dua minggu dan selepas Hari Raya
Aidil Fitri selama enam minggu lagi. Sedikit sebanyak, situasi ini akan memberi cabaran
kepada saya untuk mengajar murid-murid dalam berpuasa. Namun begitu, saya sentiasa
positif dan menganggap cabaran ini akan menjadikan saya guru lebih baik pada masa
hadapan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk
membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai
pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan Pendidikan Islam di sekolah
khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali
sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai
pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat
dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan
pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak. Antara
harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan
kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah
untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Di samping itu, saya dapat
menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan
professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid-
murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya
dalam bidang pendidikan terutama bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Saya juga
mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan
dalam situasi kelas yang sebenar. Saya yakin dan percaya, bahawa saya dapat
mempraktikkan teori dengan lebih berkesan berdasarkan pengalaman yang telah saya
perolehi semasa menjalani Praktikum Fasa 1 dahulu. Akhir kata, saya mengharapkan agar
warga SK Nawa dapat menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk
ajar kepada saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya kutip sepanjang
praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan berbakti kepada agama,
bangsa dan negara saya.

S-ar putea să vă placă și