Sunteți pe pagina 1din 5

Falsafah Pendidikan di Malaysia

2.1 Aspek-Aspek Penting Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah


Pendidikan Guru

2.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

i. Pendidikan merupakan suatu usaha berterusan

Pendidikan merupakan suatu proses dalam memperoleh ilmu, pemindahan kemahiran


serta unsur-unsur seperti nilai-nilai murni dalam diri setiap individu. Proses ini mungkin
sahaja berlaku secara langsung atau tidak langsung kerana manusia sentiasa
menerima pendidikan secara berterusan sejak dari kecil lagi hingga ke akhir hayat.

ii. Perkembangan potensi individu

Melalui pendidikan, murid berpeluang mengembang dan meningkatkan potensi yang


ada dalam diri. Semasa kegiatan kokurikulum dijalankan contohnya, mereka akan
diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan guru. Maka, disinilah peranan
guru dalam mencari dan memperkembangkan bakat pelajar amat diperlukan.

iii. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

Perkembangan dan peningkatan seseorang individu hendaklah merangkumi keempat-


empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani dan melahirkan individu yang
seimbang dari segala aspek. Bakat, potensi dan kebolehan yang ada dalam diri
seseorang adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Potensi-potensi yang
ada pada seseorang individu haruslah dikembangkan secara bersepadu dan tidak
boleh dipisahkan antara satu sama lain.

iv. Insan yang seimbang dan harmonis

Melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis seperti mempunyai ilmu,


sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik dan
juga kesihatan diri yang baik. Hal ini boleh berlaku apabila masyarakat dapat
mengamalkan keempat-empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek
sehinggakan mereka mampu hidup secara harmoni terhadap diri sendiri dan juga
dengan orang lain.

1
Falsafah Pendidikan di Malaysia

v. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Elemen ini memberi impak yang positif dalam diri setiap individu iaitu percaya dan
mengakui akan kewujudan pencipta-Nya. Mereka dilihat cenderung dalam
mengamalkan segala ajaran agama dan bersikap takut untuk melakukan segala
perbuatan yang menyalahi ajaran agama.

vi. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Elemen ini memberi saranan kepada rakyat untuk membudayakan sikap cintakan ilmu
pengetahuan serta menggunakannya untuk memberi manfaat kepada diri dan orang
lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan juga merupakan rakyat yang memiliki
ciri seperti berfikiran terbuka.

vii. Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Elemen ini juga sangat membantu dalam memupuk pembawaan diri yang baik dalam
diri masing-masing. Selain itu, mereka akan lebih berpandangan jauh dan mempunyai
sifat inisiatif yang tinggi sekiranya berhadapan dengan sesuatu masalah dalam diri
mereka.

viii. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Masyarakat yang berakhlak mulia di sini bermaksud bahawa masyarakat yang


mengamalkan nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan
sebagainya. Unsur ini merupakan perkara utama yang ditekankan supaya rakyat
Malaysia mampu untuk berfikir, bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana
satu yang buruk.

ix. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Bertanggungjawab yang dimaksudkan di sini bukanlah bererti bertanggungjawab


keatas tugasan pekerjaan sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek seperti
tanggungjawab terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap
perlembagaan undang-undang, tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan
sebagainya.

x. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri bermaksud seseorang individu yang


berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya. Mereka juga
mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi seperti
menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu yang dipertimbangkan.

2
Falsafah Pendidikan di Malaysia

xi. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

Individu yang berjaya di dalam memberikan sumbangan kepada keluarga akan


menambahkan lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah keluarga
bahkan juga kepada masyarakat. Kesannya, pastinya kita akan dapat menyaksikan
kelahiran masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa.

2.1.2 Falsafah Pendidikan Guru

i. Berpekerti Mulia
Pekerti yang mulia merujuk kepada sahsiah seseorang guru. Sebagai role model
atau agen perubahan, guru terlebih dahulu perlu menunjukkan contoh yang baik
supaya pelajar dapat mencontohi keperibadian guru.
ii. Berpandangan progresif dan saintifik
Elemen ini dilihat merupakan elemen yang sejajar dengan matlamat kementerian
iaitu penekanan kepada PAK21. Oleh itu, seseorang guru hendaklah bergerak maju
dan bersistem iaitu mengikut peredaran zaman yang memfokuskan kepada sains
dan teknologi.
iii. Bersedia menjunjung aspirasi negara
Guru sebagai agen bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru perlu
memiliki intergriti yang utuh dalam diri agar cekap, jujur, boleh dipercayai, amanah,
patuh kepada negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan.
iv. Bersedia menjunjung warisan kebudayaan
Sebagai guru haruslah peka dan bertanggungjawab untuk memupuk nilai-nilai
kebudayaan rakyat Malaysia dalam kalangan anak murid agar dapat menghayati
kebudayaan negara yang unik.
v. Menjamin perkembangan individu
Guru juga bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar yang seimbang dan
harmonis seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu JERIS.
vi. Memelihara masyarakat yang bersatu padu
Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada
pembangunan negara. Guru juga perlu berusaha agar masyarakat dapat memenuhi
aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

3
Falsafah Pendidikan di Malaysia

2.2 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap perkembangan sistem


pendidikan di Malaysia

2.1.1 Implikasi terhadap kurikulum

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang


berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan
pelajaran yang sama dan selaras. Selain itu, Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan
juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni. Sistem pendidikan juga diubah menjadi
pendidikan yang umum. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula
diserapkan bagi membawa Malaysia kearah yang maju dan tidak ketinggalan.

2.1.2 Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar


dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan
sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap
tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan serta berakhlak mulia.

2.1.3 Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk


melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar
mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan juga sosial, secara menyeluruh dan seimbang.

3.0 Penutup

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian
dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana elemen
inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras dengan
kehendak negara.

4
Falsafah Pendidikan di Malaysia

Rujukan

Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin (2012).
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Oxford Fajar.

Aziz Deraman. (2008).Wacana peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.

Abd. Fatah Hasan. (2001).Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan
(Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

https://www.scribd.com/document/132655347/Falsafah-Pendidikan-Guru-by-Haziq

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/falsafah-pendidikan-guru.htm

https://www.sistemguruonline.my/2014/11/unsur-penting-dalam-falsafah-pendidikan.html

S-ar putea să vă placă și