Sunteți pe pagina 1din 20

1.

0 Pendahuluan

Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman, 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah tugas
bagi pekerjaan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi
mahir, seorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas
dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik
darjah.

Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi pengetahuan
antara seorang individu kepada individu yang lain. Hal ini juga boleh dijelaskan sebagai cara
memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh murid supaya mereka boleh
berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik
atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid
mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan.

2.0 Konsep Pembelajaran

Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakan
pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, dan menghasilkan
perubahan tingkah laku yang agak kekal.

3.0 Jenis-jenis Model Pengajaran

Fungsi utama model pengajaran yang dibina oleh pakar-pakar pendidik ialah:

Memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah


mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan
proses pengajaran.
Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan pendidik dalam proses
pengajaran sebagai rujukan.
Sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk
proses pengajaran yang selanjutnya.

Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah
Model Exspositori, Model Pemerosesan Maklumat, Model Inkuiri dan Model Project. Model-
model pengajaran lain dan yang berkaitan ialah Model Resepsi, Model Proses, Model
Pembentukan Konsep, dan Model Penyelesaikan Masalah.

1
Jenis Model Contoh Huraian Implikasi terhadap
Pengajaran Pengajaran dan
Pembelajaran dalam
bilik darjah
1. Model Inkuiri Model ini, murid Murid akan
Pemprosesan melibatkan diri dalam mengambil bahagian
Maklumat menguji konsep dan yang aktif dalam
hipotesis pembelajaran,
menganalisis data,
menyemak hipotesis
dan membuat refleksi
terhadap
pembentukan ilmu
yang timbul.
Ekposition Model ini murid akan Murid tidak
menerima isi digalakkan
pelajaran dari guru. memikirkan atau
menyoal tentang apa
yang dipelajari.
Mereka hanya
mempelajari apa yang
patut dipelajari
sahaja.
2. Model Pengajaran Model ini berarahkan Kaedah ini agak
Behavioral langsung guru dimana guru sesuai untuk
akan menyampaikan mengajar bacaan dan
isi pengajaran secara matematik tetapi
langsung kepada kurang sesuai bagi
murid-murid serta matapelajaran yang
menstruktur masa mirip kepada
pengajaran supaya penerokaan dan
menyusun langkah penemuan.
pengajaran dan
pembelajaran

2
Pengajaran Masteri Model ini digunakan Dalam kaedah ini isi
untuk menyesuaikan pelajaran disusun
pengajaran dimana daripada mudah
faktor perbezaan kepada kompleks
individu diambil kira. sebelum disampaikan
kepada murid-murid
agar murid dapat
mengikuti pengajaran
guru mengikut kadar
kecekapan masing-
masing.
3. Model Sosial Pembelajaran Model pembelajaran Kaedah ini akan
Koperatif ini berfokuskan meningkatkan
kepada kamahiran sosial dan
perkembangan perpaduan antara ahli
konsep dan kumpulan dan
kemahiran melalui pembelajaran ini juga
kerja berkumpulan. mempunyai impak ke
atas pencapaian
akademik dan harga
diri murid-murid.
Main Peranan dan Main peranan Main peranan amat
Simulasi membantu murid- berguna dalam
murid memahami pembelajaran dan
tingkah laku sosial, pengajaran sains
peranan mereka sosial di mana murid-
dalam interaksi sosial murid kita dapat
dan cara-cara memahami
menyelesaikan keprihatinan, nilai dan
masalah dengan perspektif orang lain.
berkesan. (Watak Simulasi membantu
lakonan) simulasi murid-murid untuk
menggabungkan melihat perwakilan
maklumat mengenai objek yang sebenar.

3
satu-satu kemahiran
melalui demontrasi,
praktis dan latihan
khusus.
4. Model Personal Synectics Model ini mengajar Murid-murid akan
kamahiran mengikuti satu siri
menyelesaikan bengkel sehingga
masalah, aktiviti mereka berupaya
penulisan dan bidang- untuk
bidang yang lain. mengaplikasikan
prosedur-prosedur
tertentu secara
individu dan
kumpulan koperatif.
Jadual 1 : Jenis-jenis model pengajaran.

4.0 Definisi, Jenis dan Prinsip-Prinsip setiap Pendekatan

Mengikut kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah


yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi
masalah.

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana


sesuatu matapelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan
yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif,
elektif dan tematik.

Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Jenis Pendekatan Prinsip Pembelajaran Contoh Aktiviti


Induktif Mengajar dari spesifik ke Pengajaran matapelajaran Bahasa
umum Melayu penulisan. Tajuk yang
khusus perlu diberi penerangan
yang jelas dengan membentuk
soalan-soalan yang berkaitan

4
secara lisan dan mengembangkan
tajuk dengan fakta-fakta yang
relevan.
Deduktif Mengajar dari umum ke Pengajaran matapelajaran sains.
spesifik Membuat ujikaji berkaitan tajuk
yang diajar supaya pelajar dapat
meneroka hubungan antara
elemen-elemen yang khusus.
Integrative Mengintegrasi isi Tugasan kumpulan diberikan oleh
kandungan dan kemahiran guru. Pelajar akan menggunakan
ke dalam satu pelajaran kemahiran asas komunikasi untuk
berfikir, memsistesis dan memberi
pendapat untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru.
Pendekatan ini lebih berpusatkan
kepada pelajar.
Eklektif Kombinasi diantara Lembaran kerja yang diberikan
deduktif, induktif atau oleh guru kepada pelajar untuk
integrative. sesuatu mata pelajaran akan lebih
menitik beratkan perbezaan
individu dari segi minat,
kebolehan, pengalaman,
pengetahuan sedia ada. Pelajar
dapat menyiapkan kerja yang
diterima kerana ia menepati aras
kebolehan.
Tematik Mengajar pelajaran Guru mengajar tajuk yang sama
mengikut satu tema sahaja. bagi satu minggu untuk semua
matapelajaran. Tema yang sama
akan diperjelaskan mengikut mata
pelajaran yang diajar. Contohnya
pengajaran haiwan peliharaan
akan diperjelaskan dalam Bahasa

5
Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains. Tema yang
sama akan diajar oleh semua
guru.
Jadual 2 : Jenis dan Prinsip-prinsip Pengajaran.

5.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pedagogi Bestari

Di dalam pedagogi bestari, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah banyak


ditumpukan kepada strategi pemudacaraan, strategi berpusatan murid dan bahan, khasnya
teknik penggunaan komputer dan internet, serta strategi pembelajaran masteri, dan kolaboratif.

Mengikut Pelan Induk Sekolah Bestari (1997), beberapa strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam pedagogi bestari telah diperkenalkan. Jadual di bawah dinyatakan
perkaitannya di antara peranan guru dan murid, dan strategi berpusatan guru dan murid
masing-masing.

Peranan Guru- Berpusatkan Guru Guru sebagao Guru sebagai Berpusatkan


Pelajar. Mentor / Model Pembimbing Pelajar

Pengajaran-
Pembelajaran.

Strategi
pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi Direktif -Fokus kepada -Guru sebagai
(arahan) kemahiran asas. model
-Latih tubi dan -Demonstrasi
latihan kecekapan.

Strategi -Contoh aplikasi -Guru atau -Guru atau -Guru atau


Pemerhatian kemahiran asas pakar pakar pakar
(Ekspositori/dem dan teori. menunjukkan menunjukkan menerangkan
ostrasi -Pemerhatian konsep kepada konsep di konsep.

6
pelajar kepada pelajar. dalam kelas. -Pelajar
guru/pakar. -Pelajar -Pelajar menyoal dalam
menyoal dalam menyoal dalam sesi interaksi.
sesi interaksi. sesi interaksi. -Pelajar adalah
contoh di
antara.
Strategi -Pelan pengajaran -Perbincangan -Sebagai -Pelajar
Berunding ditentukan oleh dan soal jawab. fasilitator berbincang
(perbincangan & guru. -Matlamat -Perbincangan dengan guru
pemudahcaraan) -Fokus kepada pembelajaran dan soal jawab melalui soal-
pelaksanaan ditetapkan oleh bersama jawab.
kemahiran asas guru. pelajar.
dengan interaksi -Matlamat
daripada pelajar. pembelajaran
ditetapkan oleh
guru melalui
perbincangan
bersama.
Strategi -Fokus kepada -Guru -Pelajar dan -Pelajar
Penjaan/Generatif teknik menyediakan guru bersama menetapkan
(Pemudahcaraan pemudahcaraan. soalan menetapkan keutamaan
& bermasalah. matlamat. menggunakan
Sumbangsaran) -Pelajar -Pelajar diminta bahan daripada
diberikan mencari pilihan guru.
pilihan kepada -Pelajar
penyelesaian penyelesaian digalakkan
yang sesuai. masalah. untuk
-Guru -Guru menetapkan
membantu membantu pilihan dalam
semasa proses dalam proses penyelesaian
pelaksanaan. perlaksanaan. masalah
daripada guru.
Strategi -Objektif -Bersama -Pelajar
Kolaboratif pengajaran dan menetapkan menetapkan

7
(Projek & peraturan dari matlamat objektif
Sumbangsaran) guru. kejayaan. pembelajaran.
-Pelajar -Pelajar -Pelajar secara
diletakkan diarahkan berkumpulan
dalam membentuk boleh
kumpulan, guru kumpulan dan menetapkan
perlu juga menetapkan peranan
menetapkan peranan. mereka sendiri.
“peranan”. -Guru boleh -Guru boleh
campur tangan membantu
dalam memberi pelajar
pandangan dan mewujudkan
bimbingan. cara kerja
koperatif.
-Pelajar
mengurus
projek secara
kumpulan.
Strategi Konteks -Matlamat dan -Matlamat -Pelajar
Luaran (kajian pilihan ditetapkan memikirkan
luar/projek/penye pelaksanaan secara masalah dan
lesaian) disediakan oleh bersama antara mencari
guru kepada guru dan penyelesaian
pelajar. pelajar. bersama-sama
-Aktiviti luar -Pelajar diarah guru.
darjah dan mengambil -Aktiviti di
makmal memilih bidang padang dan
dirancang oleh latihan dan makmal
guru. tempat ditentukan oleh
-Guru sebagai makmal. pelajar.
fasilitator. Guru sebagai -Pelajar
fasilitator. menyediakan
laporan/tugasa
n secara

8
individu/kumpul
an.
Strategi -Pelajar -Guru -Pelajar
Metakognitif dijemput membantu menunjukkan
(reflektif) berbincang pelajar dalam program
tentang cara membuat pembelajaran
mencapai tindak balas kendiri untuk
kejayaan terhadap mendapatkan
melalui tugasan matlamat dan pandangan
yang diberikan. aktiviti. daripada guru.
-Kaedah -Guru sebagai -Pelajar
“simulated fasilitator. menyediakan
recall” tindakan
digunakan di susulan.
dalam kelas.
Jadual 3 : Perkaitan strategi pedagogi bestari dengan peranan guru dan pelajar.

(sumber : Diadaptasi dari Smart School Conceptual Blueprint, ms 18)

Di dalam pedagogi bestari, pembelajaran secara kolaboratif adalah ditegaskan.


Pembelajaran masteri merupakan strategi pedagogi bestari yang paling sesuai untuk
pembelajaran secara individual. Pembelajaran masteri menggunakan pendekatan individual
yang bergantung rapat kepada pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran yang berbeza,
maka adalah dianggap secara ideanya ialah setiap pelajar harus menggunakan strategi
pedagogi bestari yang difikir sesuai dengan kebolehan dan gaya pembelajaran yang digemari.
Sehubungan ini, Felder-Silverman (1993 & 1996) mengenal pasti ciri-ciri lima kategori pelajar,
setiap strategi pengajaran yang berkesan.

6.0 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran.

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih
berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan.
Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar.
Susunan begaimana ini pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah
peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian
sesuatu objektif pengajaran. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan

9
pembelajaran iaitu bercerita, perbincangan, demonstrasi, penyelesaian masalah, bermain dan
lawatan.

1. Kaedah Bercerita.

Kaedah ini dikatakan yang paling popular digunakan di sekolah-sekolah.

 Sesuai untuk memperkenalkan sesuatu topic atau tajuk baru. Guru boleh terus
menerangkan tentang topic tersebut tanpa membuang masa.
 Isi atau kandungan yang sukar dapat dijelaskan. Guru boleh mengulangi penjelasan
sekiranya terdapat pelajar yang kurang faham.
 Dapat melatih pelajar mendengar, sambil mereka membuat catatan atau mereka diberi
masa untuk menyalin nota-nota yang dicatat oleh guru.
 Guru dapat mengawal kelas dengan baik kerana guru bersemuka dengan pelajar,
namun guru perlu memastikan bahawa perhatian pelajar tertumpu kepaa pelajaran.
 Dalam keadaan ini, suara guru amat penting. Oleh kerana itu suara guru seharusnya
boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar. Intonasi suara guru amat penting
supaya tidak mendatar kerana suara yang mendatar akan membosankan pelajar.

2. Kaedah Perbincangan.

Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di


dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topic
yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti perbincangan diadakan di dalam
kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan secara kelaskan kumpulan-kumpulan yang
kecil, perbahasan, forum dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan pelajar memberi
pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih mengeluarkan
pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain.
Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati pendapat
rakan-rakan yang lain walaupon tidak sealiran dengan pendapat sendiri.

Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan pelajar.
Kaedah ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu perbincangan formal dan perbincangan
tidak formal.

10
3. Kaedah Projek.

Merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Ia berbeza dengan
kebanyakan kaedah lain, kaedah projek biasanya memerlukan lebih daripada satu jangka
masa pengajaran. Masa yang lebih diperlukan untuk menyediakan projek-projek tersebut.
Kaedah projek boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

I. Projek pengeluaran.
II. Projek Penggunaan.
III. Projek Latih Tubi.

Langkah yang perlu ada dalam penggunaan kaedah penggunaan projek ini lebih teratur
dan berkesan:

Sesuatu projek perlu mempunyai objektif tertentu. Sekiranya projek itu digunakan untuk
pelajaran bahasa, pastikan apakah kemahiran bahasa yang hendak ditekankan dan
adakah aktiviti yang dibuat oleh pelajar dalam projek tersebut akan mencapai objektif
yang diharapkan.
Perancangan adalah penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek itu. Guru perlu
merancang dari segi jumlah masa dan bila aktiviti itu dapat dijalankan.
Projek yang telah dirancangkan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
4. Kaedah Menyelesaikan Masalah.

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk memberi peluang kepada
pelajar supaya mereka menjadi lebih produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih
berkesan tentang masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai terutamanya kepada
pelajar-pelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar diberikan satu atau
beberapa masalah. Kaedah ini sesuai bagi semua matapelajaran.

5. Kaedah Bermain.

Kaedah ini merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Biasanya
kaedah ini digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang ataupon digunakan
pada akhir penggal setelah murid-murid selesai menghadapi peperiksaan.

Kaedah ini sebenarnya bolej dijadikan kaedah pengajaran yang berkesan sekiranya
dikendalikan secara bersungguh-sungguh dan teratur. Kaedah permainan merupakan satu

11
kaedah menggunakan unsur permainan. Walaupun pelajaran disampaikan dalam bentuk
permainan, tetapi objektif pengajaran dapat dicapai.

6. Kaedah Lawatan.

Kaedah lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa
yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat
secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke
dalam bilik darjah. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana
pengalaman secara langsung menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku. Kaedah ini juga menggalakkan
pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan
sekolah di dalam bilik darjah.

12
7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Amali Solat)


Kelas : Seri Kasih 2B
Tarikh/ Hari : Jumaat 21 Jun 2013
Masa : 7.40-8.40 pagi ( 60 minit)
Bilangan Murid : 6 orang

Tajuk : Perlakuan Solat Dan Bacaan Di dalam Solat (Rukuk)


Kemahiran : 2.3 Solat
2.3.3 Mengamalkan Solat Dengan Sempurna
2.3.3.1 Kesempurnaan amalan solat.

Penggabungjalinan Isi Kandungan : 1.2.1 Kalimah-kalimah dan ayat al-Quran

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,


murid dapat:
i : murid dapat melakukan perbuatan rukun dengan betul.
ii : murid dapat membaca bacaan dalam rukuk dengan betul
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat perbuatan rukuk

Perentasan Kurikulum : Pendidikan Jasmani dan Muzik

Penerapan Nilai : Mendengar dan mematuhi arahan,


Bekerjasama, yakin diri, berani

Unsur Terapi : Terapi Pertuturan, Terapi Fisio dan Terapi Cara Kerja

Bahan Bantu Belajar : Model patung,tayangan power point, pembaris dan kad
imbasan bacaan rukuk, Radio dan CD Lagu, telekung,
sejadah dan kopiah, gambar rukuk, bola

13
Langkah / Isi Pembelajaran Aktiviti P&P Catatan
Masa /Alat

Pendahulua Bacaan Doa Ketua kelas membaca doa dan diikuti oleh
n murid-murid yang lain
(2 minit)

‫اللهم افتح علبنا حكمتك‬ Guru membetulkan bacaan murid


‫وانشر علينا من خزاءن رحمتك ياارحم‬
‫الرحمين‬

Set Induksi Senaman pergerakan badan 1.Guru mengarahkan murid berdiri dalam Teknik :
(3 minit) dengan cara bulatan. Tunjuk cara
membongkokkan badan. 2. Murid mengikut pergerakan senaman Terapi:
yang ditunjukkan oleh guru dengan iringan Fisioterapi
muzik. Nilai: Yakin
3. Guru mengaitkan senaman dengan isi diri,
pelajaran mendengar
arahan,
menjaga
kesihatan
BBM: Radio,

Langkah 1 Perbuatan Rukuk 1.Guru memanggil seorang murid untuk Teknik :


(10 minit) menunjukkan pergerakan rukuk kepada Tunjuk Cara
murid. Terapi:
Fisioterapi
2 Setiap murid diminta ke hadapan kelas dan Cara
secara bergilir-gilir untuk menunjukkan kerja

14
pergerakan rukuk dengan betul. Nilai: Yakin
diri, berani,
3. Guru membetulkan pergerakan rukuk teliti
model dengan menggunakan pembaris. BBB: Model
patung

Langkah 2 1. Guru mengarahkan murid berbaris dalam


(15 minit) Perbuatan Rukuk satu saf dalam keadaan lengkap berpakaian Teknik :
solat Tunjuk Cara
Terapi:
2. Murid melakukan pergerakan rukuk Fisioterapi
berpandukan guru. Nilai: Yakin
diri, tolong
3. Guru membetulkan kedudukan rukuk menolong
murid dengan menggunakan pembaris. BBM:
pembaris,
4. Murid melakukan pergerakan secara telekung,
individu dengan berulang kali. sejadah dan
kopiah.

15
Langkah 3 Bacaan semasa Rukuk - 1.Guru menunjukkan kad imbasan bacaan Teknik : Latih
( 15 minit ) rukuk beserta gambar rukuk. tubi
Terapi:
‫ي‬
َ ‫سب َحانَ َر ِّب‬ ُ 2. Murid mendengar contoh bacaan rukuk pertuturan

‫ال َع ِّظ ِّيم َ ِّوب َحم ِّد ِّه‬ daripada guru. Nilai: Yakin
diri, dengar
3. Murid mengikut bacaan guru secara arahan
beramai-ramai. BBM: kad
imbasan
4. Latih tubi membaca bacaan rukuk secara bacaan dan
kumpulan dan individu dengan bimbingan gambar
guru.

16
Langkah 4 Permainan bola beracun 1. Murid membuat bulatan besar Teknik :
(10 minit) dengan arahan guru. permainan
2. Guru memasang muzik dan murid Terapi:, Fisio,
menyambut bola yang dilontarkan Muzik dan
oleh murid lain. pertuturan
Bola
beracun 3. Murid yang berjaya mendapatkan Nilai: berani,
bola apabila muzik dihentikan akan bekerjasama,
melakukan perbuatan rukuk dan mematuhi
membaca bacaan rukuk. arahan dan
yakin
BBM: Bola
racun, Radio,
lembaran
kerja

Penutup Rumusan keseluruhan 1. Guru menayangkan tayangan video Teknik : Soal


(5 minit) amali rukuk. jawab
i)Apakah perbuatan 2. Guru bersoal jawab dengan murid Terapi:,
tersebut? pertuturan
ii)Bagaimanakah Nilai: berani,
cara bacaannya? 3. Guru membuat rumusan pelajaran bekerjasama,
pada hari itu. mematuhi
arahan dan
yakin
BBM:
Komputer
riba
Jadual 4 : Rancangan Pengajaran Harian.

17
7.0 Refleksi.
Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaedah. Terdapat isi
utama yang merangkuminya. Strategi pengajaran direktif berhasratkan untuk membantu murid
memahami dan memperoleh maklumat sebagai asas bagi bacaan dan penaakulan secara kritis.
Dalam pendekatan ini, murid perlu meniru tingkah laku atau kemahiran yang ditunjukkan atau
disampaikan oleh guru. Pengajaran mediatif membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai
sudut pandangan tentang isu-isu kontroversi, menghormati pendapat orang lain dan
menggunakan proses penyelesaian masalah. Pendapat utama pengajaran generatif adalah
membantu murid membina ilmu serta membentuk cara baru dan celik akal untuk mendekati dan
menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran pemerhatian, pembelajaran berlaku dengan
memerhati orang lain melaksanakan sesuatu perlakuan. Muris belajar dengan menggunakan
kognitif ini bukan hanya belajar cara membuat sesuatu tetapi juga belajar sebab dan akibat
yang mungkin berlaku.
Di sini saya ingain menyatakan bahawa pelaksanaan persembahan tunjuk ajar, lakonan,
muzik dan powerpoint dalam matapelajaran Pendidikan Islam (amali solat) dapat memberi
kesan kepada murid-murid khususnya murid-murid bermasalah pembelajaran. Penggunaan
kaedah bestari dalam pengajaran Pendidikan Islam juga dapat memberikan persembahan yang
konsisten dan efektif.
Walaupun penyediaan persembahan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran
memerlukan masa yang banyak namun hasil pembelajaran dapat memberikan kepuasan
kepada saya. Ini kerana murid-murid bermasalah pembelajaran dapat memahami dan merasa
seronok apabila melihat slide yang mempunyai pelbagai warna, penggunaan sistem audio,
gambar yang menarik dan animasi grafik yang dapat menarik perhatian murid-murid
bermasalah pembelajaran.
Penggunaan persembahan permainan dan tayangan powerpoint juga bukan sahaja dapat
menarik perhatian murid-murid bermasalah pembelajaran malah saya juga dapat mengawal
tingkah laku murid di dalam kelas. Pengawalan tingkah laku murid yang berkesan akan
mempengaruhi sistem pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas. Secara tidak
langsung murid-murid bermasalah pembelajaran akan mendapat ilmu yang ingin disampaikan
oleh guru. Maka keseluruhannya, objektif pembelajaran dan pengajaran akan tercapai.
Oleh itu, bagi mencapai objektif yang efektif, saya amat menekankan pedagogi bestari, iaitu
pembelajaran secara kolaboratif. Pembelajaran masteri merupakan strategi pedagogi yang
paling sesuai untuk pempelajaran secara individual. Pembelajaran masteri menggunakan
pendekatan individual yang bergantung rapat kepada pengalaman sedia ada dan gaya

18
pembelajaran yang berbeza, maka adalah dianggap secara ideanya ialah saya harus
menggunakan strategi pedagogi bestari yang difikir sesuai dengan kebolehan dan gaya
pembelajaran yang digemari khususnya bagi murid-murid bermasalah pembelajaran.

19
8.0 Rujukan

Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Semester

1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, Tang Chee Yee (1996), Asas Pendidikan 4 Pemantapan Proses Pendidikan,

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Lee Shok Mee (1995), Asas Pendidikan 2 Murid dan Proses Pembelajaran, Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembelajaran

Masteri. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

Abdul Rahim Md. Ali (2001), Ilmu Pendidikan, Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan,

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

http://www.scribd.com/doc/14277943/Konsep-Pengajaran-Model-pengajaran

20

S-ar putea să vă placă și