Sunteți pe pagina 1din 17

1.0. Sejarah Perkembangan Seni Visual.

Perkembangan seni halus diMalaysia berlaku secara berperingkat-peringkat berkaitan dengan


lukisan, catan, cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat meluahkan rasa
hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya, perkembangan ini dapat
dibahagikan kepada dua zaman iaitu:

a. Zaman sebelum Perang Dunia Kedua

b. Zaman selepas Perang Dunia Kedua

1.0.1 Tahun 20an

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta
pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis
gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat
mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak
ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme,
zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19
apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh
rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme,
Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca
daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau
Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu
jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di
China.

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni
halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam
kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.
Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur.
Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk
Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.

Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya.
Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924.
Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang
pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis
Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam
semulajadi pulau itu. Terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada
para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan
penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang
kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik
pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang
Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim
Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana
perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri
seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan

Abdullah Ariff

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang.
Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya.
Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang
telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee
Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk
mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran
Impressionist dengan kesan-kesan cahaya yang kuat.

Yong Mun Seng

SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan
Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-
sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan
rakyat ketika itu.

Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk


membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan
penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang
digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-
perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun
terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana
hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring
bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya
sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain
daripada tanah liat.

1.0.2 Tahun 1930an

Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus
Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art
Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.

Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing,
terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi
peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi
berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga
1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.

Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai.
Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian
dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-
pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li
Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura
selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton
dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.

Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni
moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana
menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya
dikenali sebagai Nanyang.

Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di
Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-
pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-
pelukis lain.

Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen,
dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini
termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden,
Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan
Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah
mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan
adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan
berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang
untuk menjayakan pameran ini.
Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara
tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat
menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini
merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya
Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah
dipindahkan.

Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah
pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan
seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan
terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan
di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun
pada tahun 1941.

1.0.3 Tahun 1940an

Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti
Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang
merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St
Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan
tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai
pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan
Seni Singapura.

Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam


dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat.
Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka
seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau
juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini.

Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari
Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke
Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat
biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya
dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.

Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan.
Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan China.
Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah
dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah
dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah
Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara
Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School
of Art.

Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika
Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni
Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-
pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran
seni.
Mohammad Hoessein Enas

Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan,
penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun
1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya
menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang
terkenal.

1.0.4 Tahun 1950an

Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay
Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim
Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru
sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United
Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis
tempatan.

Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang
berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk 扙mpat
Pelukis Kembali� yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan
seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia
membuat lawatan melukis ke Bali.

Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan,
menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan
kerajaan.

Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng
Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter
sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan
juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap
untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan
serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.

Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris.
Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris
merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni
di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada
guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang
mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor,
Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon
Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Syed Ahmad Jamal

Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti
Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan
Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah
Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran.

Dzulkifli Buyong

Jolly Koh

Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan
Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas.
APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-
ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret
realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris
Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof
Abdullah dan Zakariah Noor.

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat
yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi
Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka
memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan
dan pameran.

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di
Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah
(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan
yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang
bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya
mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM
Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-
karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik
Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun
Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah
membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali
Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor
Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi
yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi
dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Chuah Thean Teng

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah
Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis
Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong
Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan
kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni
antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo
Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

1.0.5 Tahun 1960an

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik
perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi
seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang
kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa.
Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-
acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli
politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya
ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang
seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun.
Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat
tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti
Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi
memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966.
Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang
Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga
baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia
menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and
Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan
Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus
diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush
Painting, Photography dan Commercial Art.

1.0.6 Tahun 1970an

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat
avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan 扤ew Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman
Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini
telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar.
Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan
pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Redza Piyadasa

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran
semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan
metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong
Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal
1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan
ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan
Pelukis SeMalaysia.

Abdul Latiff Mohidin

1.0.7 Tahun 1980an

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah
badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama
dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar
negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-
guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang
lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan
oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan
Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni,
Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan
Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah
Senilukis.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi
sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti
firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya
untuk dijadikan koleksi simpanan.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan
munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-
karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.

2.0 SENI HALUS


2.1 LUKISAN

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan– Lukisan ialah
hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen,
pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan

2.1.1. Teknik-teknik lukisan


Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan
berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik
campuran

2.1.2. Proses melukis


– Pilih objek yang hendak dilukis
– Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya
– Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
– Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut
– Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

2.2 CATAN

Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah


Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak
(cat kilat).Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba
Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang
terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya ‘Mona Lisa’. Zaman Baroque dan
Rococo pula abad ke-17 hingga 18 . Zaman Romantik dan impression abad ke 19
mengutamakan gaya Impressionisme, Ekspressionisme dan Kiubisme
manakala zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme

2.2.1. Aliran seni lukis / gaya catan


a- Realisme – lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar
b- Impresionisme – mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada
pencahayaan
c- Ekspresionisme – menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan
d- Ekspresionisme Abstrak – catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistic
f- Kiubsisme – mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta
menimbulkan ilusi 3 dimensi
g- Surealisme – menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan
h- Seni Pop – menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial
i- Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan
imej gerak pada penglihatan.

2.2.3 Teknik Catan


a- Teknik impasto – menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau
pisau palet ke atas kanvas
b- Teknik glazing – mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin
dan berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) – menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk
objek
d- Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat,
menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna
e- Teknik Scumbling (melembut) – menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna
latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
f- Teknik kolaj – menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan
kesan tertentu
g- Teknik asemblaj – teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan
sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca.

2.3 ARCA

Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai
23.1 .Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu
seperti patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya

2.3.2. Bahan binaan arca

Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan
tersebut

2.3.4. Teknik membina arca

a- Arca luakan – memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu


sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk
hasil yang dikehendaki
c- Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb
untuk membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen, tanah
liat dsb ke dalam acuan
e- Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang
biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat
daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan
g- Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan
dinding, meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas

2.4. CETAKAN
.Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain
atau bahan lain. Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping
salinanyang asli.

2.4.1. Jenis-jenis cetakan

a- Cetakan timbul – proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan
tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam – dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan
dahulu sebelum mencetak
c- Cetakan litografi – menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan
minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid – menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran
parit
e- Cetakan saring sutera/stensil – menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan
kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto

2.4.2. Kaedah cetakan stensil


a- Kaedah kertas pendua – imej digunting di atas kertas pendua
b- Kaedah profilem – filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna
untuk melekatkan filem laker pada pemidang
c- Kaedah skrin foto – menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses
dedahan cahaya lampu (250W – 500W) atau cahaya matahari

3.0 Senireka
3.1 Elemen-elemen Senireka
Terdapat enam elemen seni yang digunakan oleh pengkarya sebagai asas binaan dalam
penggubahan sesuatu karya seni, ianya adalah seperti berikut

a) Garisan
Secara visual, garisan akan wujud jika sesuatu itu mempunyai panjang yang lebih daripada
kelebaran. Garisan boleh wujud dalam keadaan mendatar, menegak, atau menyerong; lurus
atau melengkung; tebal atau pun nipis atau dengan kata lain ianya adalah cantuman dari satu
titik ke titik yang lain dengan kadar atau jarak tertentu. Jalinan, corak, rupa dan ton
menggunakan garisan untuk menampakkan ruang, bentuk dan gerakan. (Rujuk Rajah 1.1)

Artis yang kreatif akan berupaya menghasilkan dan mengaplikasi kepelbagaian jenis garisan
dan darinya juga artis boleh mencipta bermacam-macam rupa, jalinan, ton dan corak serta
dapat mengambarkan bentuk, ruang, gerakan, imbangan dalam hasil seni mereka.

b) Rupa

Rupa boleh dihasilkan melalui sesuatu garisan yang tertutup. Rupa boleh terhasil dalam
bentuk geometri, seperti empat segi dan bulatan; atau berbentuk organik iaitu berbentuk
bebas atau bentuk dalam semula jadi. Sesuatu rupa adalah 2 dimensi atau rata yang boleh
menyatakan panjang dan lebar sesuatu bentuk itu. (Rujuk Rajah 1.2)

c) Bentuk
Bentuk adalah sesuatu yang dapat menyatakan tentang panjang, lebar, dan kedalaman sesuatu
objek atau dengan kata lain sebagai 3 dimensi. Bentuk tiga dimensi boleh dilihat lebih
daripada satu bahagian, seperti bentuk-bentuk yang biasa. kita lihat contohnya, bola (sfera),
kotak (segi empat), piramid dan silinder. Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa dan
biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan yang mana dihasilkan daripada
gabungan rupa. (Rujuk Rajah 1. 3 dan Rajah 1.4)
d) Ruang
Sesebuah hasil karya seni dapat mewujudkan rasa kedalaman (ilusi) atau terdapatnya kesan 3
dimensi. Artis selalunya menggunakan kesan positif dan negatif dalam sesebuah gambaran
karya mereka untuk mewujudkan kesan ruang. Selalunya objek utama dikatakan sebagai
ruang positif, manakala ruang sekelilingnya objek utama disebut sebagai ruang negatif.
Kesan ilusi dalam karya seni juga boleh digambarkan dengan teknik melukis menggunakan
perspektif dan bayang. (Rujuk Rajah 1.5 dan Rajah 1.6)

e) Warna
Tiga ciri utama bagi warna adalah seperti di bawah:
- Rona (hue)

Meliputi warna-warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas adalah terdiri
daripada warna merah, biru dan kuning. Warna sekunder pula terhasil daripada campuran
diantara 2 warna asas. Manakala warna tertier pula terhasil daripada campuran mana-mana
warna asas dengan mana-mana warna sekunder. (Rujuk Rajah 1.7)

f) Nilai (Value)
Nilai pada warna membawa maksud tahap kecerahan dan gelapnya sesuatu warna. Cerah dan
gelapnya warna boleh mencetuskan rasa dan mood yang berbeza. Artis menggunakan warna
gelap untuk menggambarkan suasana malam dan kesuraman serta berupaya menwujudkan
suasana yang penuh misteri. (Rujuk Rajah 1.8)

3.2 Prinsip-prinsip Rekaan

Berikut diterangkan pula 9 prinsip-prinsip rekaan yang sering digunakan oleh pengkarya dan
keterangan bagaimana seseorang artis menggunakan elemen-elemen seni dalam penggubahan
karya seni mereka.
a) Penegasan (Emphasis)

Penegasan adalah merujuk kepada tumpuan atau fokus tertentu dalam sesebuah komposisi
hasil seni. Ia adalah kualiti dalam sesuatu paparan yang menarik perhatian orang untuk
melihat bahagian tertentu dalam sesuatu karya seni atau reka bentuk

b) Imbangan (Balance)
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.
Imbangan adalah hubungan wajaran antara unsur-unsur visual. Keseimbangan boleh dalam
keadaan yang simetri (symmetrical) atau tidak simetri (asymmetrical).
Keseimbangan simetri adalah merujuk sesuatu item yang kelihatan yang sama pada kedua-
dua belah melalui pembahagian pada garis tengahnya. Keseimbangan tidak simetrikal adalah
apabila item menimbulkan rasa berat yang sama ke atas kedua-dua pihak walaupun mereka
tidak kelihatan sama. (Rujuk Gambarajah 1.13)

c) Irama (Rhythm)
Kita boleh mendengar irama daripada alunan sesuatu muzik atau lagu. Dalam sesebuah karya
seni kita juga boleh menerima atau mendapat irama secara visual iaitu melalui mata dan
bukannya dari telinga. Irama visual dicipta oleh bentuk positif berulang-ulang yang
dipisahkan oleh sesuatu ruang negatif. Bentuk berulang seperti rentak dalam muzik, mencipta
sensasi pergerakan seperti lantunan bola dan ini menyebabkan mata anda bergerak melantun
dari satu bentuk kepada yang lain. (

d) Corak (Pattern)
Corak dapat digambarkan melalui pengulangan terhadap sesuatu rupa atau bentuk di dalam
sesebuah karya seni

e) Pergerakan (Movement)
Sesuatu visual yang mengambarkan tentang pergerakan dan prinsip ini digunakan bagi
menimbulkan pandangan dan perasaan yang bergerak dan membuatkan mata kita dibawa
keseluruh karya seni berkenaan

f) Perkadaran (Proportion)
Perkadaran adalah merujuk kepada hubungkait saiz, bentuk dan kuantiti. Ianya berkait rapat
dengan rasa kesamaan logik visual dari segi faktor saiz, ukuran dan skala. Sebagai contoh,
apabila kita melukis sebaris tiang lampu pada sebatang jalan. Tiang yang berada dihadapan
sekali sudah tentu lebih besar dan tinggi daripada yang berada di belakang

g) Kepelbagaian (Variety)
Kepelbagaian adalah hasil dari penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan karya seni. Kepelbagaian berupaya mewujudkan gaya, variasi, tenaga, dan
daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat gambarkan melalui penerapan dan
aplikasi unsur-unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu
gubahan hasil seni

h) Harmoni (Harmony)
Prinsip rekaan ini dapat dirasai apabila terdapatnya susunan dan ulangan unsur-unsur seni
yang sesuai, seimbang dan menarik. Dengan kata lain, wujudnya kesatuan adalah dengan
menitikberatkan persamaan kepada sesuatu yang berasingan tetapi ianya adalah sesuatu yang
berkaitan antara satu sama lain.

i) Kesatuan (Unity)
Kesatuan dapat menimbulkan perasaan keharmonian di antara semua bahagian dalam
sesebuah karya seni dan seterusnya mewujudkan rasa kesempurnaan, teratur dan selesa. Artis
selalunya akan menggunakan satu tema atau idea bagi keseluruhan unsur yang terdapat dalam
sesuatu karya seni

Secara umumnya seni adalah segala macam keindahan yang diciptakan oleh manusia. Seni
boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang hasil daripada idea/pemikiran dan diluahkan
dalam pelbagai bentuk karya dan media yang berupaya membangkitkan emosi khalayak atau
penonton.
Kesemua hasil karya seni yang dihasilkan tidak dapat tidak akan mengandungi elemen seni
dan prinsip rekaan yang mana ada diantaranya lebih menonjol dari yang lain. Oleh itu, untuk
memahami dan meningkatkan upaya membuat analisis terhadap sesuatu karya seni, kita perlu
memahami dengan jelas dan terperinci berkenaan elemen dan prinsip seperti yang telah di
jelaskan dalam bab ini. Pemahaman ini amat penting terutama kepada mereka yang terlibat
dalam profesion sebagai pereka atau kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang rekaan

4.0 Kraftangan

Kraftangan ialah penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan
sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan
secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan
kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan
bukan bersifat kraftangan.
K r a f t a n g a n j u g a m e r u p a k a n k e l u a r a n a r t i s t i k ya n g m e m p u n ya i d a ya
tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung
semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.
Jenis –jenis kraf tangan ialah tembikar, batik, ukiran, tenunan,anyaman, tekat, wau, gasing,
perhiasan diri dan lain-lain.
Kraf juga merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan budayanenek moyang
kita masa dulu. Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan budaya-budaya dan ini
jelastercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnannya.

Ia dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasantertentutetapi bahan yang


digunakan tidak terhad. Asalnya dihasilkan bagi kegunaan harian dan
kerohanian.Tukang pandai Melayu kemudiannya terus berusaha untuk mencipta bukan sahaja
untuk keindahan tetapi pelbagai tujuan yang lain.

S-ar putea să vă placă și