Sunteți pe pagina 1din 21

HDPS3203

BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI


JANUARY 2020 SEMESTER

PENGENALAN·············································································································· 1
1.0 PENGENALAN KEPADA KONSEP MEMBACA···································································· 1
1.1 OBJECTIF TUGASAN ··············································································2
2.0 KAEDAH MEMBACA YANG BOLEH DI PRAKTIKKAN··························································· 3
2.1 KAEDAH ABJAD ··············································································3
2.1.1 Langkah Pembelajaran Menggunakan Kaedah Abjad········································ 3
2.1.2 Penggabungan huruf konsonan dan juga huruf vokal········································4
2.1.3 Membentuk perkataan mudah··································································· 4
2.1.4 Membentuk ayat mudah ······································································· 5
2.1.5 Kelebihan dan Kekurangan kaedah abjad······················································ 5
2.2 Kaedah Suku Kata ··············································································6
2.2.1 Kelebihan dan kelemahan kaedah suku kata·················································· 6
2.3 KAEDAH FONIK ··············································································7
2.3.1 Kaedah pengajaran ······································································· 8
2.3.2 Kebaikan dan kelemahan kaedah Fonik·························································· 9
2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT············································································ 9
2.4.1 Kaedah pengajaran ······································································ 10
2.4.2 Proses pembelajaran ······································································ 10
2.4.3 Kelebihan dan kelemahan kaedah pengajaran pandang dan sebut····················· 11
3.0 BAGAIMANA GABUNGAN EMPAT KAEDAH DALAM MEMBANTU MENYOKONG PERKEMBANGAN
KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK······································································ 13
·································································································································
3.1 IMPLIKASI PENGGABUNGAN KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA KEPADA KANAK-KANAK···· 14
3.1.1Mengurangkan permasalahan mengenal huruf················································ 14
3.1.2Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk lebih memahami apa yang di baca······ 14
4.0 PERBINCANGAN FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENGGALAKKAN TABIAT AMALAN MEMBACA DI
KALANGAN KANAK-KANAK ·················································································· 15
4.1 Aktiviti amalan bercerita sambil membaca····························································· 15
4.2 Wujudkan satu sudut bacaan khas untuk kanak-kanak·············································· 16
4.3 Peranan ibu-bapa ············································································ 16
4.3.1 Mewujudkan Suasana Mesra Dengan Membaca············································16
4.3.2 Biarkan Anak Memilih Buku Sendiri····························································17
4.4 Jadikan buku sebagai medium ganjaran terhadap satu pencapaian kanak-kanak atau sebagai
hadiah hari jadi ············································································ 17
5.0 KESIMPULAN ·················································································· 18

1
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

RUJUKAN·················································································································· 19

2
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN KEPADA KONSEP MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran


bahasa yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kemahiran bahasa ialah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti
mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat mempelajari
pelbagai ilmu pengetahuan yang ada di dunia. Membaca juga sebenarnya
merupakan kunci utama yang dapat membantu kita untuk meluaskan ilmu,
pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu tersebut
dalam pelbagai bidang. Membaca adalah satu proses memanipulasi rangkaian
bahasa yang tersedia, persepsi dan juga visual spatial, pembaca yang baik adalah
yang mampu memanipulasikan rangkain bahasa, petunjuk dan persepsi spatial
dan visual dan memilihnya secara implisit tetapi berkesan. Sehubungan dengan
itu, kanak-kanak secara beransur belajar untuk mengkoordinasikan isi, sintaksis
dan pandual visual sebagai cara untuk membaca. Mengikut kajian Clay, 2005
dalam bukunya yang bertajuk Emergent reading behavior , kanak-kanak cuba
menyatukan pengalaman kehidupannya, kecekapan berbahasa dan
pengetahuan mengenai simbol visual dalam muka surat untuk menghuraikan
apa yang tertulis dan juga memahami maksud teks. Kanak-kanak mempunyai
beberapa strategi membaca yang digunakan bagi memahami bahan bacaan
mereka. Kanak-kanak akan menggunakan ilustrasi untuk meneka perkataan atau
cerita tersebut, mengenali pengulangan dan menggunakan pengulangan
tersebut bagi meneka perkataan, menggunakan huruf awalan perkataan untuk
meneka perkataan, mengenali perkataan yang telah selalu digunakan seperti;
dan, yang, saya, ada dan akhirnya akan berhenti di hujung ayat kerana
memahami fungsi tanda noktah dan juga tanda baca yang lain. Apabila
kanak-kanak telah menguasai pelbagai strategi membaca, mereka akan boleh

1
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

membaca dengan lebih lancar lagi.Kefahaman ialah keupayaan membina,


mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang perkara yang dibaca.
Kefahaman juga merupakan suatu proses mendapatkan makna daripada
komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan, atau lambang-lambang tertentu
(Marohaini, 1989). Justeru, kemahiran bagi komponen bacaan dan kefahaman
naratif terdiri daripada minat terhadap buku, berpura-pura membaca,
kelancaran, bacaan bersendirian (perkataan biasa dan ayat mudah), pemahaman
elemen cerita, perkongsian buku, dan menceritakan semula dengan urutan
peristiwa yang betul. Kebiasaannya, kanak-kanak yang menguasai komponen ini
sudah dapat menumpukan perhatian terhadap cerita yang dibacakan, membuat
komen tentang cerita atau meneka tentang apa yang akan berlaku seterusnya,
menyatakan pendapat atau ideanya mengenai watak dalam cerita, menyatakan
pendapat atau ideanya mengenai peristiwa dalam cerita, serta dapat mengingati
dan menceritakan semula cerita menggunakan ayatnya sendiri.

1.1 OBJECTIF TUGASAN

Tugasan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman awal


tentang kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak taska Ini kerana konsep
kemahiran literasi awal masih baharu lagi di Malaysia. Umumnya, kemahiran literasi
awal merujuk pada pengetahuan, kemahiran, dan pelakuan kanak-kanak taska
tentang kemahiran membaca dan menulis sebelum mereka boleh membaca dan
menulis secara standard. Antara aspek yang difokuskan dalam kertas konsep ini
ialah teori, definisi, kepentingan, komponen, dan prinsip perkembangan kemahiran
literasi awal. Artikel ini juga membincangkan komponen-komponen yang terdapat
dalam kemahiran literasi awal iaitu bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan
cetakan persekitaran, tulisan awal, fonemik dan fonetik, serta bacaan dan
kefahaman naratif.

2
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

2.0 KAEDAH MEMBACA YANG BOLEH DI PRAKTIKKAN

2.1 KAEDAH ABJAD

Pembelaharan membaca menggunakan kaedah abjad adalah


kaedah yang klasik dan banyak digunakan oleh para pendidik pada
peringkat permulaan mengajar membaca kepada kanak-kanak. Kaedah
abjad ini lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf dan
bunyi huruf-huruf itu.

2.1.1 Langkah Pembelajaran Menggunakan Kaedah Abjad

I. Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan kesemua 26


huruf dalam tatabahasa abjad
II. Murid akan diajar nama abjad dalam teratur bermula dari A
sampai ke Z
III. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid
perlu menghafal setiap lambang abjad.
IV. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf
akan diajar kepada murid.
V. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah
diikuti dengan huruf besar.
VI. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar.
VII. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar.
VIII. Murid dilatih untuk menyebut sesuatu perkataan yang dimulakan
dengan huruf vokal seperi “Ayam”, “Adik”, “Awan”, “Api” dan
sebagainya

3
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

IX. Murid diperkenalkan dan diajar menyebut sesuatu perkataan yang


dimulakan dengan huruf konsonan seperti “Bola”,”Buku”,“Batu”
dan sebagainya

Langkah-Langkah awal dalam pembelajaran kaedah abjad adalah


untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf
dan perkataan.

2.1.2 Penggabungan huruf konsonan dan juga huruf vokal

Setelah murid menguasai huruf dan bunyi dalam abjad, murid


diajar membentuk dan membaca sukukata. Contoh pembentukan
suka kata adalah seperti :
 Ae, ao, ai, ao,au
 Ba, bi, bu, bo
 Ca, ci, cu,co

2.1.3 Membentuk perkataan mudah

Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata


Contoh:
 Bu bu
 Ba ba
Murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah
seperti “Baju”, “Saya”, “Dadu”

4
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

2.1.4 Membentuk ayat mudah

Murid akan dibimbing oleh guru untuk membuat ayat yang


mudah disebut dan juga mudah difahami seperti :
 Saya Baca Buku
 Buku Saya Baca
Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan
seterusnya diajar membaca.

2.1.5 Kelebihan dan Kekurangan kaedah abjad

KELEBIHAN KEKURANGAN
 Kaedah ini memberi asas dan binaan  Murid-murid membaca dengan
yang kukuh dalam membaca lancar mengikut cara tradisional
tanpa memahami apa yang
dibacanya.Mereka hanya
mementingkan sebutan dan
kelancaran membaca.
 Membolehkan kanak-kanak  Murid-murid terbawa-bawa tabiat
membaca perkataan-perkataan yang membaca sambil mengeja. Ini
baru walaupun belum pernah menyebabkan mereka membaca
dipelajari kerana mereka dapat merangkak-rangkak dan tidak faham
mengenal huruf-huruf dan apa yang dibaca.
membunyikan vokal dan konsonan
dengan baik
 Tercapai kecekapan dan kemahiran  Kaedah ini dikatakan tidak sesuai
membaca serta member keyakinan dengan kehendak pendidikan dan
kepada murid-murid psikologi murid-murid kerana
pengajaran tidak secara keseluruhan
yang bermakna.

5
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

 Sesuai dengan susuk bahasa  Ianya boleh mendatangkan


Malaysia kerana bahasa Malaysia kebosanan kepada murid-murid
terdiri daripada suku kata yang terutama apabila mereka diberi latih
hampir tetap bunyinya tubi yang berlebihan.

2.2 Kaedah Suku Kata

kaedah suku kata adalah satu deretan bunyi yang mengandungi satu
puncak kelantangan
Contoh :
“A+ku , Du+duk”
Kaedah suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau
bersamasama dengan konsonan. Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari
sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal. Setidak-tidaknya satu
suku kata terdiri daripada satu buah vokal atau satu vokal dan satu
konsonan

2.2.1 Kelebihan dan kelemahan kaedah suku kata

KELEBIHAN KELEMAHAN
 Murid-murid mahir mengeja. Ini  Murid-murid tidak lancar membaca.
disebabkan mereka dilatih mengeja Kaedah ini menjadikan murid sibuk
tiaptiap perkataan yang dibacanya. mengeja kerana tumpuan mereka
kepada huruf semata-mata.
 Kaedah ini memudahkan guru-guru  Murid-murid tidak faham apa yang
menjalankan kerja-kerjanya. Tidak dibacanya. Oleh kerana terlalu
berkehendakkan alat-alat mengajar mementingkan ejaan dan sebutan ,
yang banyak. fahamman langsung tidak

6
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

dihiraukan.
 Tidak membangkitkan perasaan
gemar membaca kerana kaedah ini
bertentangan dengan pendapat Ilmu
Jiwa iaitu cara kanak-kanak
menguasai sesuatu ialah daripada
keseluruhannya membawa kepada
bahagianbahagiannya
 Mengelirukan kanak-kanak kerana
nama huruf-huruf tidak menepati
bunyi huruf-huruf itu.

2.3 KAEDAH FONIK

Kaedah fonik adalah kaedah pembelajaran kanak-kanak melihat


hubungan antara simbol dan bunyi huruf tersebut supaya mereka dapat
membaca,membunyikan perkataan-perkataan baru yang dihadapi mereka
dengan sendiri. Fonetik (fon’etik) ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Fonetik itu adalah satu bidang bahasa yang begitu luas yang mencakupi
ciri-ciri fizikal sesuatu bunyi; antara lainnya frekuensi dan bagaimana bunyi
terhasil. Kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Kajian yang berkaitan dengan organ
pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori)

7
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

2.3.1 Kaedah pengajaran

Kaedah fonik adalah berasaskan teori bahawa belajar


membaca melibatkan kebolehan untuk mengenal lambang,
hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Dalam masa yang
sama, kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi abjad yang
terdapat dalam bahasa kerana setiap abjad mempunyai bunyi yang
tersendiri dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu
bunyi terutamanya dalam bahasa inggeris. Cara pengajaran fonik
ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk
membentuk perkataan dimulakan dengan perkataan yang pendek
dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal

 Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku


kata yang lain
Contoh :
Ba…..tang… = batang
 Membunyikan huruf-huruf dahulu , dan lepas itu menjadikan
suku kata dan akhirnya perkaan
Contoh:
A= aaa
E= eh
U= uuu
B= beh
C= ceh
D= deh

8
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

2.3.2 Kebaikan dan kelemahan kaedah Fonik

KEBAIKAN KELEMAHAN
 Sesuai dengan susuk kata Bahasa  Tidak menarik hati kerana suku-suku

Melayu kerana Bahasa Melayu kata yang diajar itu tidak mempunyai

adalah terdiri daripada suku-suku makna yang nyata pada mereka

kata yang hampir tetap bunyinya

 Kaedah ini membolehkan  Bacaan murid-murid tidak licin, ini


kanak-kanak membaca perkataa disebabkan perhatian murid-murid

-perkataan baharu walaupun itu tertumpu kepada suku-suku kata,

perkataan- perkataan itu di luar satu lepas satu

perbendaharaan kata mereka


 Jika kanak-kanak telah menguasai
kesemua bunyi abjad, mereka akan
boleh membaca dalam apa jua
bahasa
 Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak
tidak akan tersangkut di peringkat
sukukata tertutup kerana bagi
membaca sesuatu ayat mereka
harus terus membunyikan perkataan
sehingga selesai satu perkataan

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah pandang dan sebut wujud ketika dalam keadaan ramai


kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad.
Kaedah ini meminta kanak-kanak untuk menghafal pola-pola suku kata yang
ada dalam bahasa Malaysia. Tambahan pula, kaedah ini ada asas untuk
mengajar kanak-kanak yang baru hendak belajar membaca . Kebiasaanya ,

9
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

guru menunjukkan seluruh perkataan dan disertakan dengan gambar yang


mewakili perkataan tersebut . Sebagai contoh, perkataan “BAJU” di letak
kan di tepi gambar baju

2.4.1 Kaedah pengajaran

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak


menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan
oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad
imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan
ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan
kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak
dikatakan mempunyai ingatan foto “photographic memory “. Sebab
itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang
diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila
masanya tiba. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan
sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan
untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya
bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah
pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja
atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam
dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat
huruf lalu menyebut terus contohnya:-
 Ba bi bu be bo ( 2 huruf)
 Ban bin bun ben bon ( 3 huruf)

2.4.2 Proses pembelajaran


 Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang
keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak
jyga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Pada

10
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang


disampaikan mengikut kaedah ini diserta dengan gambar.

 Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta


mengecam terus ayat ayat yang pendek dan mudah
dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang
terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus
membaca

 Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

2.4.3 Kelebihan dan kelemahan kaedah pengajaran pandang

dan sebut

KELEBIHAN KELEMAHAN
 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa  Bacaan kanak-kanak mungkin terhad
kepada perkataa, rangkai kata dan
kanak-kanak kerana mereka
ayatayat yang telah diajarkan sahaja.
mempelajari sesuatu cara
keseluruhan, menarik minat
murid-murid
 Kaedah ini sangat baik dan sesuai  Kaedah ini tidak membolehkan
kanak-kanak mengenal huruf secara
digunakan dalam pengajaran bacaan
formal Lambat mengenal bunyi dan
jawi terutamanya bagi suku kata.
perkataan-perkataan yang tidak
tetap bunyinya untuk dieja

 Bersesuain dengan sifat kanak-kanak  Murid-murid tidak mempunyai asas


yang kukuh yang membolehkan
yang mempelajari sesuatu daripada mereka membaca sendiri
keseluruhan kepada
bahagian-bahagiannya

11
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

 Kaedah ini dari awal mementingkan  Lambat tercapai kemahiran dan


kecekapan membaca
makna. Dengan itu kanak-kanak dari
mula mendapat latihan memaham
apa yang dibaca oleh mereka

 Guru dapat melatih kanak-kanak


membaca dengan sebutan dan
rentak irama ataupun alunan suara
yang betul dari mulanya

12
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

3.0 BAGAIMANA GABUNGAN EMPAT KAEDAH DALAM MEMBANTU

MENYOKONG PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MEMBACA

KANAK-KANAK

Bahasa merupakan alat komunikasi dan interaksi yang sangat penting bagi
manusia. Melalui bahasa kita dapat mengetahui maklumat baru. Bahasa sebagai alat
untuk menyampaikan fikiran, pendapat, dan perasaan. Oleh kerana itu, bahasa
sangat penting bagi kehidupan manusia. Walau bagaimana pun, penguasaan bahasa
itu bermula dari membaca , kemahiran membaca yang baik bagi kanak-kanak akan
membuka satu laluan bagi mereka menguasi sesuatu bahasa itu. Seperti yang
dibincangkan, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh tenaga pengajar
untuk mendidik dan juga melatih kanak-kanak untuk menguasai kemahiran
membaca . Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut

-Kaedah abjad

-Kaedah suku kata

-Kaedah Fonik

-Kaedah pandang sebut

Setiap kaedah yang dinyatakan mempunyai kelebihan dan kelemahan


masing-masing, walaubagaimanapun, setiap dari kaedah di atas merujuk kepada
satu iniatif atau pun cara yang berkesan untuk mendidik kanak-kanak membaca
berdasarkan situasi yang berbeza seperti melihat kepada daya keupayaan
kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, didalam satu kelas pembelajaran
kanak-kanak, tidak semua kanak-kanak mempunyai daya keupayaan pemahaman
yang sama, mungkin sesetengah dari mereka cepat memahami sesuatu

13
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

pembelajaran dan mungkin juga ada dari mereka agak lembab dalam memahami
sesuatu pembelajaran tersebut. Oleh yang sedemikian, gabungan kesemua kaedah
yang di jelaskan adalah penting bagi memastikan kesemua kanak-kanak mendapat
input yang sama seperti yang dikehendaki oleh tenaga pendidik

3.1 IMPLIKASI PENGGABUNGAN KAEDAH PENGAJARAN

MEMBACA KEPADA KANAK-KANAK

3.1.1 Mengurangkan permasalahan mengenal huruf

Secara umumnya, kanak- kanak memerlukan input yang mudah


untuk mereka memahami sebenarnya apa yang mereka sedang
pelajari. Dalam konteks pengenalan huruf, ada masa kanak-kanak
keliru dengan huruf yang lebih kurang sama seperi “B” dan “D”,
“M” dan “N” dan juga perbezaan huruf kecil dan besar. Guru perlu
tahu untuk menggunakan semua kaedah membaca kerana terdapat
kaedah yang mudah dan juga complex, oleh itu gunakan kaedah
secara berperingkat agar asas kepada membaca mudah difahami

3.1.2 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk lebih memahami

apa yang di baca

Sekiranya guru berpandukan kepada satu jenis kaedah dalam


pembelajaran membaca kepada kanak-kanak, kemungkinan untuk
kanak-kanak tidak memahami apa yang dibaca adalah tinggi kerana
kelemahan mereka dalam memahami bahasa yang digunakan.
Apabila sesuatu perkataan tidak difahami, ia akan mengaburi
konsep yang ingin disampaikan

14
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

4.0 PERBINCANGAN FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH


MENGGALAKKAN TABIAT AMALAN MEMBACA DI
KALANGAN KANAK-KANAK

4.1 Aktiviti amalan bercerita sambil membaca

Kanak-kanak adalah golongan yang mempunyai kelebihan yang unik di


mana merekamempunyai kebolehan untuk belajar lebih cepat. Selain dari
itu, kanak-kanak sukakan apabila mendengar satu penceritaan dari ibu-bapa
guru dan lain. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk menanamkan minat
kepada buku. Aktiviti-aktiviti seperti bercerita sebelum tidur adalah bagus
untuk kanak-kanak menjadi lebih berminat kepada buku. Ibu-bapa boleh
membimbing kanak-kanak untuk membaca secara bercerita dengan
menyediakan buku-buku cerita yang menarik dan yang mempunyai illustrasi
menarik. Ibu bapa boleh menggunakan jari untuk menunjuk kepada tulisan
yang di baca , ini kerana walaupun sekiranya kanak-kanak tersebut melihat
kepada gambar-gamabr dalam buku tersebut, suatu hari nanti mereka akan
sedar bahawa tulisan dalam buku tersebut sangat penting dalam
menceritakan maksud dalam gambar yang mereka lihat

15
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

4.2 Wujudkan satu sudut bacaan khas untuk kanak-kanak

Sudut bacaan khas ini boleh diguna pakai di kelas belajar mahupun di
rumah, sudut bacaan ini ada lah satu kaedah yang interaktif dan mudah
untuk menarik minat kanak-kanak untuk membaca, ibu bapa ataupun guru
boleh menyediakan satu mini perpustakaan di rumah atau pun di kelas,
pelbagaikan bahan bacaan yang menarik untuk mengelakkan kanak-kanak
menjadi bosan, lekat kan poster-poster yang menarik yang mudah di baca
oleh kanak-kanak di dalam kelas atau pun di rumah

4.3 Peranan ibu-bapa

4.3.1 Mewujudkan Suasana Mesra Dengan Membaca

Membaca bersama adalah masa untuk merapatkan hubungan


kekeluargaan. Wujudkanlah satu bentuk tenaga yang positif
sewaktu membaca supaya anak anda boleh mengaitkan aktiviti
membaca dengan meluangkan masa yang istimewa bersama ibu
dan ayah

16
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

4.3.2 Biarkan Anak Memilih Buku Sendiri

Bagi menggalakkan anak banyak membaca, berikan peluang


kepada anak untuk memilih buku dari perpustakaan ataupun kedai
buku. Pada masa yang sama, perkenalkan kamus dan ensiklopedia
yang penuh dengan maklumat kepada anak anda. Sekiranya anak
bertanyakan soalan, galakkan anak menimba pengetahuan baru
dengan menggunakan kedua-dua bahan bacaan tersebut. Ini bukan
sahaja dapat mengajar mereka cara menggunakan kamus dan
ensiklopedia secara efektif, malah juga dapat menggalakkan
pencarian pengetahuan.

4.4 Jadikan buku sebagai medium ganjaran terhadap satu

pencapaian kanak-kanak atau sebagai hadiah hari jadi

Berikan kanak-kanak hadiah dalam bentuk bacaan seperti cakera


digital yang mengandungi video bacaan, buku, untuk memupuk amalan
membaca secara kreatif kepada kanak-kanak

17
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

5.0 KESIMPULAN

Kesemua komponen literasi awal perlu dibangunkan secara


berperingkat-peringkat dan bersepadu di dalam bilik darjah kanak-kanak
taska mahupun di rumah. Kemahiran literasi awal ini adalah penting sebagai
landasan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak kelak. Oleh itu
kemahiran ini harus dipupuk dalam kalangan kanak-kanak sejak awal usia
mereka lagi secara tidak langsung dan juga secara langsung melalui
perancangan yang dilakukan oleh guru dan juga ibu bapa bagi membekalkan
kanak-kanak dengan kemahiran literasi awal yang secukupnya bagi
menempuh dunia literasi dengan cemerlang. Kaedah yang betul perlulah
diselaraskan dengan keperluan kanak-kanak dan juga kecekapan mereka
agar mereka mampu untuk memahirkan diri dalam literasi secara effisien

18
HDPS3203
BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI
JANUARY 2020 SEMESTER

RUJUKAN

 Arce, E. (2000). Early curriculum basics: play, discovery, creativity. Curriculum for
Young Children, 29-39. USA: Delma Thomson Learning.

 Clay, M. M. (1966). Emergent reading behavior. Unpublished doctoral


dissertation, University of Auckland, New Zealand.

 Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

 Marohaini Yusoff. (1989). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman: Ke arah


kemantapan pengajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Karya Bistari
Sdn. Bhd.

 Marohani Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Abdul Hasim Mansan, “Bahasa, Literasi, dan Komunikasi”, Open University


Malaysia

19

S-ar putea să vă placă și