Sunteți pe pagina 1din 36

SlideShare Explore Search You

 Upload
 Login
 Signup


Submit Search

 Home
 Explore

 Presentation Courses
 PowerPoint Courses

 by LinkedIn Learning

Successfully reported this slideshow.


We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant
ads. You can change your ad preferences anytime.
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×
5 of 20

ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
12,562 views
 Share
 Like
 ...
o

muhammad
Follow

Published on Apr 18, 2015

oum3203

...
Published in: Education
 3 Comments
 35 Likes
 Statistics
 Notes

Full Name

Comment goes here.

12 hours ago Delete Reply Block

Are you sure you want to Yes No

Your message goes here


Post

sleekexneha47

Sex in your area is here: ❤❤❤ http://bit.ly/2u6xbL5 ❤❤❤

2 months ago Reply

Are you sure you want to Yes No

Your message goes here

sleekexneha47

Follow the link, new dating source: ❤❤❤ http://bit.ly/2u6xbL5 ❤❤❤

2 months ago Reply

Are you sure you want to Yes No

Your message goes here

Budi Ahmad , Student at Open University Malaysia

Assalamualaikum.... mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam


tugasan saya...t.kasih semoga dimudahkan segala urusan anda... :) JazakAllahu Khairan

3 years ago Reply

Are you sure you want to Yes No

Your message goes here


siti mohammad , Student at Universiti Sains Islam Malaysia

1 year ago

Rollins Dane , AEHO at KKM at KKM

2 years ago

Luqmila Shahwarith , Profesional at Education at Education

2 years ago

fathinmalek

2 years ago

shirleypj

3 years ago

Show More

No Downloads
Views
Total views
12,562
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
14
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
3
Likes
35
Embeds 0
No embeds
No notes for slide

ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP

1. 1. 1 FALKULTI PENDIDIKAN KOD KURSUS : OUMM3203SMP : TAJUK


KURSUS : ETIKA PROFASIONAL SEMESTER : MEI 2013
________________________________________________________________________
_____ MATRICULATION NO : 741211115077-001 IDENTITY CARD NO. : 741211-
11-11-5077 TELEPHONE NO. : 013-9823213 E-MAIL : jju2727@gmail.com
LEARNING CENTRE : PPW KELANTAN
2. 2. 2 1.0 Pengenalan Samada kita sedar atau tidak, gegala rasuah telah menjadi satu
budaya yang membentuk satu sistem yang semakin dapat diterima dan telah berfungsi
dalam masyarakat negara kita hari ini.Walaupun kita mungkin menunjukkan sikap
penentangan terhadap gejala rasuah pihak lain, tetapi seringkali kita mengambil sikap
berbeza apabila menghadapi situasi sama yang melibatkan kepentingan sendiri atau pihak
yang mempunyai kaitan dengan kita.Banyak terdapat tanda rasuah di negara ini telah
mula diterima dalam masyarakat sebagai satu sistem dan tanda-tanda ini dapat dilihat di
mana-mana sahaja tidak mengira samada di kalangan masyarakat bandar atau pun luar
bandar dan tidak mengenal taraf kehidupan 1.1 Definisi, 1.1.1 Apa itu Rasuah
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu
kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas
rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah,
diskaun. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM
2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu: 
Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]  Memberi suapan
[seksyen 17(b) ASPRM 2009]  Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM
2009]  Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] Gagal Melapor :- Gagal melapor
pemberian, janji atau tawaran rasuah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009  DENDA
: Tidak lebih RM100,000  PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali
Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
3. 3. 3 Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009  DENDA : Tidak lebih RM100,000 
PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali Anda Dilindungi :- Masyarakat
tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan
kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi
serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. 
PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah
rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta
SPRM 2009.  PEMBERI MAKLUMAT juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan
Pemberi Maklumat 2010.  PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu
kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 www.sprm.gov.my/apa-
itu-rasuah.html 1.2 Sejarah dan amalan rasuah 1.2.1 Sejarah penubuhan SPRM Pada hari
ini dalam tahun 2009, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
melancarkan dengan rasminya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). SPRM
ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008
[Akta 694], mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 menggantikan Badan
Pencegah Rasuah Malaysia. Penubuhan SPRM bertujuan meningkatkan keberkesanan,
kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan
ketelusan BPR. Usaha pencegahan rasuah di Malaysia bermula pada tahun 1959 oleh
sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang
4. 4. 4 menjalankan aktiviti pencegahan rasuah melalui ceramah dan dialog. Manakala
tanggungjawab siasatan kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Special Crime yang di
letakkan di bawah Jabatan Polis, sementara proses pendakwaan dikendalikan oleh
Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-undang. Pada 1 Oktober 1967, ketiga-tiga
agensi ini digabungkan dan dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). BPR
kemudiaanya ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara pada tahun 1973. Mulai 13
Mei 1982 badan ini dikenali semula sebagai Badan Pencegah Rasuah apabila Akta Badan
Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan. Sesungguhnya pelancaran penubuhan SPRM pada
hari membuktikan kesungguhan kerajaan menjadikannya sebuah institusi anti rasuah
yang unggul, disegani dalam negara dan dihormati di peringkat antarabangsa.
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6770 RANG Undang-
Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan
kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara
berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan
negara menjelang 2020.Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen
kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota
Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem
penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan
hasil.Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan
mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus
negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan
Saksi. Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk
memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian
manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan,
perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan
Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang
bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai
struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi
impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan.
5. 5. 5 Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas
melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga
menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM
yang mengambil pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah
rasuah selama 30 tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini
masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan
dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk
menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan sokongan seluruh
rakyat. Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan
membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi
kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di
Parlimen bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan
krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi
sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir
urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan rakyat. Pentadbiran telus dan berwibawa
amat penting bagi membawa negara ini melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak
nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang- undang bersejarah ini, semua pihak
perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam mencapai
Misi Nasional negara. 1.2.2 Penjawat Awam Perlu Integriti Atasi Cabaran Ekonomi
Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu diamalkan
kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta
pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara
bagi mengelak amalan rasuah.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan
berkata, mereka perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan,
sekali gus menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi.Najib
berkata, pendekatan lain perlu diberi perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian
Kewangan ialah memperkukuhkan modal keintelektualan bagi membolehkan kerajaan
membuat keputusan tepat.Beliau berkata,
6. 6. 6 Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan
kementerian lain perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya. Dato seri
Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir
untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan
dan menyelesaikan sesuatu masalah.Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu
mementingkan keputusan atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi
objektif setiap kementerian dan kerajaan.Katanya, mereka juga perlu sentiasa
memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan untuk projek pembangunan
dapat memberi nilai sewajarnya.Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang
amat mencabar bagi Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi. Oleh Abdul
Rahman Sulaiman rahmansulaiman@yahoo.com 1.2.3 Mahkamah Khas Rasuah
Permulaan Sebuah Era Baru CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk
mendengar dan membicarakan kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin, memberi petanda yang cukup
meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi jenayah yang
boleh menghancurkan negara itu.Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika
menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah
berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan
kesungguhan kerajaan menerima cadangan orang ramai, termasuk daripada
pembangkang. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa
anggota Dewan Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi
mengurangkan beban mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan
kes jenayah lain dan sivil.Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk
mengendalikan kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah
pasti kes demikian dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa
menunggu senarai giliran yang panjang.
7. 7. 7 Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis
terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan
bahawa persepsi umum, termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini
sejak beberapa tahun kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu
tidak seburuk di sesetengah negara membangun lain.Berdasarkan kepada persepsi negatif
ini, maka penubuhan Mahkamah Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan
Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti, serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan
Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan
akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era atau lembaran baru dalam usaha
pembanterasan rasuah di negara ini. Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah
berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan pendakwaan. Dalam hubungan ini,
penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta Perlindungan Saksi ditambah dengan
usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti Institut Integriti Nasional,
diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan menakutkan individu atau
golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.Jika ini boleh dijelmakan sebagai
kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap rasuah sudah berjaya.
Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usaha itu. Bagaimanapun,
ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah sesuatu yang
lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis – yang baik dan jahat. Individu
yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat
kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang
ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah
keperluan untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik
penubuhan pelbagai entiti dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen
nanti.Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih
banyak kes berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke
muka pengadilan. Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai,
termasuk pelabur dari dalam dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada
mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan positif terhadap usaha menarik
pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kemakmuran negara dan rakyat.Masalah
kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan, kekurangan
kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering
8. 8. 8 menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan
adanya SPRM dan Akta Perlindungan Saksi. Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas
bahawa tindakan perundangan yang digerakkan sepanjang minggu ini untuk merintis
jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan undang-undang baru untuk
melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih daripada usaha
menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004.Ia
juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi
pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.Sesungguhnya, usaha
itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi rasuah, salah guna
kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali
dan diiktiraf sebagai negara paling bersih di dunia. Abdul Rahman Sulaiman
rahmansulaiman@yahoo.com : Sumber : Mingguan Malaysia 2.0 Analisis ekonomi ke
atas perbuatan rasuah Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius
diperdengarkan pada masa kini, khususnya dikalangan negara membangun. Ini secara
tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga kesan
terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh
mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya
menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan
amalan rasuah juga turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada
ketidakadilan sosial yang wujud dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan
masalah tersebut, maka objektif utama kajian adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap
pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuankajian yang dibuat di Malaysia
menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan
mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas menunjukkan
bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap
pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan
untuk menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1%.
9. 9. 9 http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIII/PERKEM2008-2D3.pdf Penggunaan
model pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar
pertumbuhan ekonomi KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan
dalam persamaan model regresi (Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap
pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Walaubagaimanapun, hasil keputusan
penganggaran yang dijalankan ke atas model pertumbuhan ekonomi mendapati bahawa
rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Keputusan
kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada aras signifikan 0.01 dan
ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah akan menyebabkan
pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Manakala bagi pembolehubah
yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi adalah
signifikan pada aras keyakinan yang berbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia. Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian
yang dibuat berkaitan dengan rasuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif
terhadap pertumbuhan ekonomi. Misalnya kajian yang dijalankan oleh Pak Hung Mo
(2001) dalam menjelaskan peranan rasuah yang mana beliau mendapati dengan
peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan dalam
lingkungan 0.72%.Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti bahawa rasuah
menurunkan kadar pelaburan serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian
yang dibuat beliau mendapati bahawa penurunan satu dalam indeks rasuah akan
menyebabkan pelaburan meningkat sebanyak 5% dan pendapatan KDNK akan
bertambah separuh daripada peratusan peningkatan. Dalam pada itu juga, akibat daripada
amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar inflasi bagi sesebuah negara.
Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendapati bahawa rasuah
memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga adalah sebahagian
daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian yang dibuat oleh
beliau mendapati bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan
meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang demikian, dengan peningkatan kadar inflasi juga
akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.
10. 10. 10 Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia.Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah,
secara tidak langsung ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi
KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah
dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa
tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah
ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar. Implikasi
dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan
pertumbuhan ekonomi. Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita perlu
mengetahui punca rasuah.Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah
adalah kurangnya penghayatan nilai-nilai murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik
dan juga kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang
itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan
dalam memantapkan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni
sejak dari zaman bangku sekolah rendah lagi.Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga
turut mengakibatkan berlakunya pelakuan jenayah rasuah kerana kemiskinan akan
mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah diharamkan disisi Islam.
Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan menyebabkan
ketidakadilan itu wujud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh Sanep
Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong
kepada akhlak yang buruk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri,
menipu, menerima rasuah dan khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan Justeru
itu, akibat daripada kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan
rakyat Negara Malaysia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah
kalau hendak dibandingkan dengan Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut
adalah rendah dan kadar kemiskinannya adalah rendah di mana pendapatan per kapita
bagi rakyat Singapura adalah tinggi. Bahkan tidak hairanlah penjawat-penjawat awam
terutamanya dikalangan yang berpendapatan rendah lebih cenderung melakukan rasuah
kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga wujud akibat daripada
kekayaan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan yang
dimiliki bagi negara terbabit hanya
11. 11. 11 berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimana yang terjadi di
Malaysia. Maka dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin
kerana kekayaan dibolot oleh pihak tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan
tinggi dalam kerajaan serta pihak yang berkepentingan dalam politik Negara Malaysia
saja.Dalam pada itu juga, peranan kerajaan ataupun tanggungjawab negara adalah
menjamin kekayaan dan kesejahteraan penduduk. Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin
Hasan (2005) menyatakan bahawa pemerintah bertanggungjawab memberi kemakmuran,
kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Pemerintah perlu memastikan bahawa
semua rakyatnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asasinya tetapi harus
memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah perlu berusaha membangun
negara sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang mahu menerima
zakat dan tidak ada individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada pemerintah
3.0 Analisis Undang-Undang Ke Atas Perbuatan Rasuah ETIKA DALAM DUNIA
PERNIAGAAN MODEN Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan
disebabkan oleh wujudnya konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.Apabila
wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau diambil itu
“betul” (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just). Maka keputusan dalam
pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika tersebut. Ciri-ciri masalah
etika dalam pengurusan: Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya
pengurusan etika seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan
adalah:kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan.kebanyakan
keputusan etika mempunyai pelbagai alternative.kebanyakan keputusan etika mempunyai
implikasi perorangan.kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian
akibatnya.kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.
12. 12. 12 Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan: 1. Perletakan harga: kesan
perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan pelanggan. Contohnya
kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang
lain. Menyimpan di bank yang lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah
yang lebih terjamin berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang
berbeza-beza dikenakan ke atas pelanggan. 2. Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan
terhadap mesej yang dipaparkan melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks.
Jika paparan iklan tidak munasabah dan tidak diterima akal serta bercanggah dengan
budaya dan etika, memberi kesan kepada paparan serta iklan yang disampaikan. Ia secara
tidak langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut. 3. Promosi
barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai serta norma kehidupan
dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih dari itu akan menimbulkan
kesan penolakan daripada masyarakat. 4. Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak
mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti
mendapat tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah
bercanggah dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih
dahulu selain persekitaran yang selamat dan bersih. 5. Perkhidmatan pelanggan:
Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika syarikat tidak dapat memberikan
perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari
sudut etika syarikat berkenaan telah melanggar perjanjiannya untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti. 6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu
kesalahan yang bercanggah dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya
untuk berhenti kerja. Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui
rundingan antara semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja. 7. Pencemaran alam sekitar:
perbuatan syarikat yang mencemarkan alam sekitar adalah bercanggah dengan pegangan
etika organisasi dan perbuatan itu akan memudaratkan masyarakat setempat.
13. 13. 13 8. Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan
hubungan organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi.
Hubungan itu boleh wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan
tanggungjawab social. 9. Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar
memang mempunyai kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan
masyarakat setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan berjaya melaksanakan
tanggungjawab moral dan sosialnya kepada masyarakat dengan projek dan program yang
digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan ekonomi untuk melaksanakannya.
Analisis masalah etika dalam pengurusan: 1. analisis ekonomi 2. analisis undang-undang
3. analisis etika a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung
kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di
dalam sebahagian permasalahan etika. b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah
etika menjadi terlalu besar, undang- undang boleh digunakan untuk menguruskan
masalah ini. c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang
mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama,
kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil
14. 14. 14 4.0 Analisis Etika Dalam Perbuatan Rasuah Hujah-Hujah Yang Berdasarkan ONE
Teori Etika Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan
dan kesejahteraan manusia. Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk
mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat. Perilaku yang tidak beretika,
walaupun tidak melanggar undang- undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita.
Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral,
kaedahmoral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Greek ethos French dan
Granrose (1995) : set panduan/ peraturan bertingkahlaku-menyelesaikan konflik terhadap
keinginan Buchnolz (1989) : sistem –panduan tingkahlaku Shea (1988 : 17) : prinsip
bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagaisatu standard
tingkahlaku 4.1 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA Sebagai seorang pengurus atau
orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat,
setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza
kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan kita, serta organisasi yang
dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu
keputusan yang dilakukan. Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah
analitik yang konsisten untuk tujuan pengelasan ”betul atau salah” dalam tindakan kita.
Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan
untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika.
Tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar berkesan dalam
memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah
dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori
etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu
pengurusan pentadbiran:-
15. 15. 15 1. Eternal Law (Undang-undang Abadi) 2. Classical Teleological Ethical Theory:
Utilitarianism 3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism 4. Distributive
Justice Theory 5. Personal Liberty Theory 4.2 ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG
ABADI) Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang
Abadi boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam
dan terdapat dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara
atau nyata kepada mana- mana pihak yang membuat “research” atau mempelajari mana-
mana sumber di atas. Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang
terawal, beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah “self-evident” iaitu
kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau
menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau
tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut. If people have the right to
“life, liberty and the pursuit of happiness”, then they also have the obligation to ensure
the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the revealed source of the
truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state of the law is
unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we must love
others. This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the Golden
Rule: Do unto others as you would have others do unto you.
16. 16. 16 4.3 CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISM
Teori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil
daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya
niat individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal
Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu
diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya.
Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika
ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama
keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan
keburukan untuk jumlah yang paling minimum. 4.4 CLASSICAL DEONTOLOGICAL
ETHICAL THEORY: UNIVERSALISM Teori ini adalah bertentangan langsung dengan
utilitarianism. “Deontology” berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada
tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai
moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan atau hasil yang
bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil yang menyusul
tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan
bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau tindakan. Jika kita
mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai moral
yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu
lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita.
Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan
dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang
memberangsangkan!
17. 17. 17 4.4 DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY Teori ini telah diilhamkan oleh John
Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai
moral atau mulia yang paling utama. John Rawls menyatakan bahawa masyarakat dan
institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama menjadi amalan orang
ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa kerjasama membawa
kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara bersendirian atau individu 4.5
PERSONAL LIBERTY THEORY Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini
bergantung kepada satu prinsip utama iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai
keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau undang-undang yang mencemarkan
kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun ia membawa banyak
kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya bahawa masyarakat adalah
hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini adalah wajib untuk
pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang individu
diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau
pemberian sebagai hadiah. PROGRAM UNTUK MENANGANI GEJALA RASUAH
Bagi memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, penekanan kepada
usaha meningkatkan integriti dan jati diri individu adalah sangat penting. Secara
mikronya, usaha ini dibahagikan kepada dua sasaran iaitu fokus kepada jabatan/agensi
yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam dan fokus kepada individu-individu
yang berkhidmat dalam organisasi kerajaan tersebut. Di peringkat jabatan/agensi, kajian
semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu dikemaskini dan dipermudahkan
dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan
borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak
membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang
mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-
mata
18. 18. 18 untuk mempercepatkan proses. Manakala di peringkat individu, langkah-langkah
yang boleh diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri
setiap pegawai awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk
membanteras gejala kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini
dapat diatasi. Kekuatan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa
yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Peningkatan penguatkuasaan
undang-undang dan hukuman adalah cadangan asas yang sering diberikan oleh banyak
pihak. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan agar masyarakat
sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk
keselamatan negara. Ianya juga membuatkan para pengamal rasuah akan berfikir panjang
sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Empat
perkara utama yang boleh gunapakai dalam memastikan SPRM berkesan dalam
menangani rasuah iaitu : i. merangka strategi pencegahan yang komprehensif; ii. bebas
daripada diberikan rasuah dalam menjalankan tugas; iii. tidak diletakkan di bawah
pengawasan pemegang dasar atau polisi; dan iv. mengurangkan ruang dan peluang untuk
memberi dan menerima rasuah dalam agensi-agensi yang strategik. Pendekatan
pendidikan dengan memasukan konsep bahaya rasuah dalam sistem pembelajaran juga
dirasakan mampu meningkatkan tahap kesedaran golongan muda diperingkat awal. Ini
kerana sikap benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri mereka sekiranya diajar
dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik ini akan membesar
menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Pendekatan
menggunakan sistem pendidikan diharap mampu membentuk generasi muda yang bebas
daripada rasuah.
19. 19. 19 5. KESIMPULAN Berdasarkan pendekatan dan langkah yang dinyatakan diatas,
jelas menunjukkan komitmen kerajaan adalah serius ke arah memastikan gejala rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa dihapuskan. Prinsip ketelusan,
kebertanggungjawaban dan integriti juga perlu diserapkan ke dalam ketetapan minda
(mind set) masyarakat terutama penjawat awam. Ini membolehkan wujudnyua rasa
tanggungjawab dalam diri disamping akan meningkatkan tahap motivasi, kecekapan dan
mutu kerja mereka. Memang agak sukar mencapai tahap rasuah sifar di negara kita di era
kebendaan dan glamor ini. Namun tidak sukar untuk membenci perbuatan rasuah. Oleh
itu, kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa dalam membasmi gejala rasuah
adalah penting tanpa mengambil kira sektor awam mahupun di sektor swasta dan badan
badan bukan kerajaan. Pokoknya adalah kesediaan, keazaman dan komitmen yang
bersungguh-sungguh dan berterusan dari semua pihak dalam mengajak masyarakat
melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti rasuah
20. 20. 20 Rujukan 1. Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini
Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap bahaya gejala rasuah: satu kajian di BPR Pahang. Kertas
Projek Bagi Diploma Sains Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja Malaysia. Kuala Kubu
Baru. 3. Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66:
199- 202.Berita Harian. 2007, 30 Ogos 4. Blackburn, Keith. 2006. The incidence and
persistence of corruption in economic development. Journal of Economic Dynamics &
Control. 30: 2447-2469 5. Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic
development: corruption, complexity, wealth and a contribution to the theory of
economic growth. www.emeraldinsight.com/0828-8666.htm. 22(4): 185-204

Recommended
Learning Online Marketing

Online Course - LinkedIn Learning


Gaining Skills with LinkedIn Learning

Online Course - LinkedIn Learning


Data-Driven Presentations with Excel and PowerPoint 2016

Online Course - LinkedIn Learning


Assigment etika wati

Afida Afidakasran

Assignment benar

Izzah Jalilah

work ethics
Nursaudah SaidSalleh

Full assignment

Nur Khairani

Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan

muhammad

tesis gejala ponteng

muhammad


Soalan pend jasmani tahun 1

muhammad

 English
 Español
 Português
 Français
 Deutsch

 About
 Dev & API
 Blog
 Terms
 Privacy
 Copyright
 Support





LinkedIn Corporation © 2020

Share Clipboard

×
 Facebook
 Twitter
 LinkedIn

Link
Public clipboards featuring this slide

×
No public clipboards found for this slide

Select another clipboard

Looks like you’ve clipped this slide to already.

Create a clipboard

You just clipped your first slide!

Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later. Now customize
the name of a clipboard to store your clips.

Name*
Description
Visibility
Others can see my Clipboard
Cancel Save
Save this document

S-ar putea să vă placă și