Sunteți pe pagina 1din 36

(3) Implikasi Perubahan Struktur Ekonomi

Menambahkan Peluang Pekerjaan

Perubahan struktur ekonomi daripada sekto pertanian kepada sektor perkilangan


telah banyak mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Sektor perkilangan telah
menjadi penyumbang yang utama dalam jumlah guna tenaga di Malaysia.

Meningkatkan Keluaran Negara

Sektor perkilangan mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada kerajaan.


Eksport hasil keluaran sektor perkilangan telah meningkat dari tahun ke tahun.
Peningkatan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada keluaran negara.

Mengurangkan Kadar Kemiskinan

Pembangunan ekonomi yang pesat akibat daripada perubahan struktur ekonomi


telah mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk. Hal ini demikian
kerana pembangunan ekonomi telah banyak menyediakan peluang pekerjaan
kepada rakyat. Ekoran daripada itu, pendapatan penduduk bertambah dan taraf
hidup meningkat.

Dapat Mengatasi Masalah Kejatuhan Harga Komoditi

Langkah kerajaan mempelbagaikan ekonomi telah meningkatkan jenis-jenis barang


yang dieksport. Hal ini dapat mengatasi masalah kejatuhan harga komoditi kerana
kejatuhan harga sesuatu komoditi akan dapat diganti dengan komoditi yang lain.

Peningkatan Penghijrahan Penduduk Desa Ke Bandar

Perkembangan sektor kedua telah banyak menawarkan peluang-peluang pekerjaan


kepada penduduk di bandar-bandar. Hal ini telah menarik ramai belia berhijrah ke
bandar untuk mencari rezeki.
Kesan Perubahan Struktur Ekonomi Negara
Usaha kerajaan mengubah struktur ekonomi Negara telah mewujudkan pelbagai
implikasi. Terangkan implikasi2 tersebut.
Perubahan struktur ekonomi negara membawa kesan positif kepada gunatenaga dan
pendapatan negara.
1.pelaburan asing
-sektor perindustrian menarik kemasukan pelabur asing untuk menanam modal
-pelabur asing turut membawa kemajuan teknologi seperti teknik baru, modal,
kemahiran pemasaran dan pengurusan
-kerajaan menggalakkan kemasukan pelaburan asing dengan
(a)Akta Galakan Pelaburan 1968
(b)memberi taraf perintis
(c)mengadakan kawasan zon perindustrian
(d)menubuhkan MIDA(Lembaga Kemajuan Perindustrian) dan HICOM(Perbadanan Industri
Berat Malaysia)
2.perkembangan sektor perkilangan
-perubahan struktur ekonomi membawa perkembangan sektor perkilangan seperti
industri elektronik dan tekstil yang berorientasikan eksport
-sektor perkilangan menjadi daya penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara
-ini membuka lebih peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran negara
3.perkembangan sektor perkhidmatan
-perkembangan sektor perkhidmatan disebabkan perkembangan ekonomi, peningkatan
pendapatan dan taraf hidup serta penghijrahan penduduk ke sektor perkhidmatan
-ini membawa kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan perhubungan,
kewangan dan pentadbiran
4.peluang pekerjaan
-perubahan struktur ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan baru
-sektor kedua dan ketiga menjadi penyumbang utama gunatenaga
5.peningkatan pendapatan negara
-langkah memperbagaikan ekonomi dan galakan industri penggantian import
mengurangkan import barangan dan menambahkan eksport negara
-ini mengurangkan pertukaran asing dan meningkatkan pendapatan negara
6.peningkatan taraf hidup
-perkembangan sektor kedua dan ketiga mewujudkan banyak peluang pekerjaan
-ini menambahkan pendapatan penduduk dan meningkatkan kuasa beli penduduk
-maka taraf hidup juga meningkat
Rancangan (Ekonomi) Malaysia Kelima:

a. Huraikan pencapaian Rancangan Malaysia Kelima ke arah kemajuan negara dari


segi pertanian dan perindustrian.

b. Jelaskan kesan Rancangan Ekonomi secara umum ke atas Ekonomi Malaysia.

a. 1. Rancangan Malaysia Ke-5 ialah:

- Dasar pertanian Negara - pertanian berkelompok pemulihan tanaman dan


ternakan.
- Projek pemulihan dan pembukaan tanah
- Taraf hidup petani dipertingkatkan

2. Sektor Perindustrian.

- Kajian Dasar Perindustrian Malaysia


- Menyemak dan mengubahsuai dasar Perindustrian
- Pelan Induk Perindustrian (PIP) - strategi memajukan perindustrian
- Mengenalpasti industri khas untuk dimajukan dengan lebih giat.
- Industri pembuatan -> Proton Saga

3. Pihak swasta digalakkan memajukan pelancongan.

4. Tubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.

b. Kesan-kesan.

1. Pembaruan ekonomi di antara tahun 1956-1990.

2. Sebelum 1963 - tumpuan ke atas pembangunan luar bandar. Selepas 1963 -


tumpuan atas mempelbagaikan pertanian dan perindustrian.

3. DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Kadar


kemiskinan 1970 - 49.3% dan 1990 - 16%.
4. Projek pembukaan tanah 1971-1987 - 775,138 hektar tanah dibuka untuk
menempatkan 92,000.

5. Eksport meningkat 1970 - 12% + 1990 - 60%.

6. Sektor pembuatan 1970 - 29%, 1988 - 41.6%.

7. Sektor perdagangan 1970 - 36.7%, 1988 - 75.4%.

8. Hak milik dalam syarikat oleh warga Malaysia 1970 - 36.7%, 1988 - 75.4%.

Dasar Pertanian Negara (1984)

i. Dasar pertanian Negara bermaksud usaha untuk meningkatkan pendapatan


sektor pertanian ke paras maksimum melalui penggunaan sumber-sumber negara
yang cekap.

ii. Sektor pertanian digiatkan sebagai sumber ekonomi negara yang penting.

2. Usaha memodenkan pertanian yang berasaskan perdagangan khususnya di


kalangan pekebun kecil.

1. Objektif:

- meningkatkan pendapatan petani.


- meningkatkan daya pengeluaran petani.
- peranan yang giat dalam kemajuan negara.
- meningkatkan pengeluaran dan mutu bahan eksport.

2. Strategi:

- pembukaan tanah baru untuk tanaman eksport oleh FELDA.

3. Pekebunan berkelompok atau koperatif.


4. Tingkatkan daya pengeluaran getah (pekebun kecil - RISDA)

5. Tingkatkan pendapatan kaum nelayan dengan menubuhkan Lembaga


Kemajuan Ikan Malaysia.

6. Rancangan Pembangunan Wilayah dan pembukaan bandar baru digiatkan


melalui badan tertentu - KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.

7. Pemasaran FAMA.

8. Perkhidmatan bimbingan oleh RISDA, MARA, Jabatan Pertanian dll.

9. Memulihkan tanah terbiar - tanam tanaman kontan oleh FELCRA.

10. Penglibatan sektor swasta dengan menswastakan projek seperti projek ternak
air di Puchong.

Rancangan Perindustrian Malaysia sebelum 1980 dan strategi-strategi dalam


pelan induk perindustrian.

Rancangan Perindustrian Malaysia sebelum 1980 mempunyai beberapa


kelemahan:

1. Kegiatan perusahaan 1960an - 1970an tidak memuaskan. Ini kerana mutu


barangan tidak memuaskan, oleh itu tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa.
2. Sebab kelemahan ialah tahap teknologi yang digunakan masih rendah dan
pekerja tempatan kurang mahir menggunakan teknologi baru.

Kelemahan-kelemahan itu cuba diatasi dengan pengenalan Pelan Induk


Perindustrian (PIP)

1. PIP bertujuan mengemukakan cara-cara untuk meningkatkan pertumbuhan


perusahaan supaya berkembang lebih pesat lagi dan menjadikan Malaysia negara
perindustrian.

2. PIP menentukan bahawa perusahaan negara mesti berasaskan sektor


perkilangan. Kilang-kilang digalakkan guna sumber asli negara.

3. PIP menggalakkan penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan untuk


mengurangkan pergantungan negara terhadap teknologi luar.

4. Dasar Perindustrian Berat telah dilaksanakan melalui penubuhan HICOM


(Perbadanan Industri Berat Malaysia) - pengeluaran barangan, khidmat golongan
serta pekerja mahir.

5. Hasil perusahaan diharap mengambilalih tempat bahan mentah pertanian


sebagai sumber pendapatan negara.

Dasar Penswastaan dan Pensyarikatan Malaysia?

a.1. Sebab-sebab.

i. mengurangkan dan mengawal pertumbuhan serta saiz sektor awam.


ii. mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
iii. meningkatkan mutu perkhidmatan.
iv. mempercepatkan pembangunan ekonomi negara menerusi pelaburan.

2. Cara-cara.

i. secara sebahaigan-sebahagian sahaja hak milik kerajaan dipindahkan ke sektor


swasta. Contoh: Sy. Airo Sendirian Bhd.

ii. Penswastaan secara terpilih - sebahagian sahaja perkhidmatan kerajaan yang


diswastakan. Contoh: Dermaga Kontena Pelaburan Kelang.

iii. Penswastaan bercorak perniagaan tetapi hak milik masih dipunyai oleh
kerajaan. Contoh: TEN (Tenaga Nasional).
iv. Penswastaan bercorak kontrak - penswastaan pembakaran sampah DBKL.

v. Penswastaa secara pajakan - contoh: penswastaan tempat meletak kereta.

b.1. Tujuan.

i. Wujudkan kerjasama dan persefahaman antara sektor awam dengan sektor


swasta.

ii. Untuk berkongsi dan bertukar maklumat antara sektor awam dan sektor
swasta.

2. Persyarikatan Malaysia bererti Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang


dimiliki bersama oleh kerajaan dan swasta.

3. Usaha untuk membangunkan negara ditanggung bersama oleh kerajaan dan


swasta.

4. Dasar ini akan menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor
swasta.

USAHA PEMBANGUNAN SEPADU

a. Dasar Halacara Baru.


b. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.
c. Dasar Kependudukan.

a.1. Dasar Halacara Baru dalam pembangunan kampung dan luar bandar dilancar
untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan melibatkan mereka
dalam pelaburan.

2. Terdapat 3 strategi:
i. mengelompokkan kampung-kampung supaya kemudahan dapat disalurkan.

ii. menambahkan pendapatan penduduk melalui industri kampung.

iii. agensi kerajaan menjalankan projek di luar bandar dengan peruntukan


kerajaan.

b.1. Dilaksanakan untuk:

i. memastikan perkembangan ekonomi yang berterusan.


ii. memastikan sumber negara digunakan sepenuhnya.
iii. mengukuhkan asas perindustrian supaya dapat bersaing di pasaran
antarabangsa.

2. Dilaksanakan dengan cara:

i. membaiki sistem dan organisasi.


ii. menggunakan teknologi terbaru.
iii. menerapkan etika kerja yang baik.

c.1. Dilaksanakan untuk meningkatkan jumlah penduduk menjadi 70 juta dalam


tempoh 15 - 20 tahun.

2. Sebab-sebab:

i. menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.


ii. mewujudkan pasaran yang luas bagi barangan keluaran tempatan.

INTEGRASI NASIONAL:

1. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1971.

2. Ia merupakan ideologi - garis panduan hidup kepada rakyat Malaysia.


3. Masyarakat Malaysia - masyarakat majmuk perlu mempunyai satu identiti dan
kebudayaan.

4. Sejarah lalu di mana British dan Jepun tidak menggalakkan perpaduan hingga
berlaku peristiwa 13 Mei 1969.

5. Oleh itu Rukun Negara menjadi asas perpaduan rakyat di negara ini.

b.1 Rukun Negara menggariskan cita-cita murni untuk mewujudkan satu


masyarakat Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif.

2. Cita-cita murni yang hendak dicapai ialah:

A.i. rakyat dapat hidup dengan aman dan sejahtera.


ii. rakyat perlu taat setia kepada raja dan negara.
iii. rakyat perlu berbangga dan sama-sama memajukan negara.

B. Masyarakat demokratik

i. rakyat diberi kebebasan memilih kerajaan.

ii. Kerajaan yang amanah dan menjalankan pemerintahan mengikut


perlembagaan negara dapat menjamin hak asasi rakyat.

iii. Hak asasi orang Melayu terjamin oleh Perlembagaan dan perlu diterima oleh
semua kaum.

C. Masyarakat liberal

i. rakyat berbilang kaum bebas mengamalkan kebudayaan masing-masing.


ii. rakyat mengamalkan kebudayaan kebudayaan yang berteraskan kebudayaan
Melayu.

D. Masyarakat yang adil


i. kemakmuran negara dapat dinikmati bersama.
ii. Setiap rakyat dapat meningkatkan dirinya dari segi ekonomi, politik dan sosial.

E. Masyarakat Progresif

i. Memperolehi ilmu pengetahuan tanpa melupakan aspek rohaniah.


ii. bertanggungjawab membentuk kemakmuran negara.
iii. berasaskan sains dan teknologi dalam membina ekonomi.

DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

.1 Semasa zaman British, British mengamalkan dasar laissez-faire dengan


membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan
masing-masing.

2. Empat jenis persekolahan iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

3. Sukatan pelajaran yang berbeza

- sukatan sekolah Cina, Tamil dan Inggeris berdasarkan negeri asal.


- sekolah Melayu mementingkan pengajaran 3M dan agama.

4. Matlamat yang berbeza

- Sekolah Melayu: Para pelajar dilatih menjadi petani dan nelayan yang lebih baik -
sekolah rendah sahaja.

- Sekolah Tamil - menarik lebih ramai pekerja ke Tanah Melayu untuk memenuhi
kekurangan pekerja sekolah rendah sahaja.

- Sekolah Cina - persediaan untuk sekolah menengah dan tinggi satu asas
kehidupan.

- Sekolah Inggeris - persediaan untuk pelajaran tinggi di seberang laut. Kelulusan


menyebabkan kakitangan pentadbiran negeri.

5. Bahasa pengantar yang berbeza

- bahasa Inggeris bahasa rasmi


- sekolah Melayu, Cina dan Tamil bahasa sendiri

b.1 Penyata Razak 1956 cuba mengatasi kelemahan yang wujud semasa
pentadbiran Inggeris dengan cara:

i. Dua jenis sekolah - sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah Jneis
Kebangsaan (SRJK).

Sekolah Rendah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantar. Bahasa Inggeris diwajibkan.
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan - bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai
bahasa pengantar.

ii. Sukatan yang sama untuk semua sekolah.

iii. Satu jenis sekolah menengah - bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan.

iv. Sekolah Menengah dibahagi 3 peringkat:

- sekolah menengah rendah (3 tahun)


- sekolah menengah atas (2 tahun)
- sekolah pra universiti (2 tahun)
- lulus dalam peperiksaan masuk sekolah menengah

v. Dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran Tempatan dan jemaah Pengurus Sekolah.

- Oleh kerana syor-syor Penyata Razak ini dikeluarkan selepas pemerintahan


Inggeris, ia dijadikan asas sistem pendidikan di negara kita.
c. Syor-syor Penyata Rahman Talib

1. Pelajaran rendah percuma diberikan mulai tahun 1962.

2. Umur persekolahan pelajar dilanjutkan daripada 12 tahun ke 15 tahun.

3. Pelajar yang gagal ke sekolah menengah ditawarkan kursus kemahiran selama 3


tahun di sekolah lanjutan.

4. Bagi memupuk semangat kebangsaan nama sekolah Umum dan sekolah


Kebangsaan Umum ditukar kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan.

5. Kurikulum dan peperiksaan sekolah diselaraskan antara sekolah-sekolah


tersebut.

6. Pengetahuan Agama Islam akan diajar jika terdapat sekurang-kurangnya 15


orang pelajar Islam.

7. Bahasa Cina & Tamil akan diajar jika terdapat 15 percubaan daripada ibu bapa.

Dasar luar Malaysia selepas kemerdekaan.

* Selepas merdeka - semasa pimpinan Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman


1957-1970, dasar luar Malaysia mementingkan isu-isu kewujudan Malaysia, saling
bergantung dengan negara-negara lain, masalah konfrantasi, tuntutan Filipina ke
atas Sabah, pembentukan ASA, MAPHILINDO dan penglibatan Malaysia dalam
PBB
* Dalam era ini, Malaysia dilihat sebagai anti-komunis dan pro-Barat.
* Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi dasar luar T.Melayu. Antara faktor
tersebut ialah:
a. Faktor ekonomi.
* Malaysia bergantung kepada sumber ekonomi seperti minyak, b.timah, k.sawit,
getah dan lain-lain, Ini menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan
perdagangan untuk pasaran.
b. Faktor sejarah.
* Majoriti penduduk adalah beragama Islam - kehendak pengundi Islam diberi
perhatian oleh kerajaan.
* Pendirian pengundi Islam diberi perhatian - untuk gubal dasar luar.
c. Faktor penduduk.
* Masyarakat majmuk - dasar luar yang pentingkan perpaduan anti komunis dan
hormat hak asasi manusia.
d. Kedudukan negara dari sejarah dan geografi (strategik).
* Laluan perdagangan.
e. Kepimpinan.
* Dasar yang anti komunis.
* Bantuan dari Barat untuk menentang komunis.
* Contoh Perjanjian Pertahanan dengan Britain 1957.
f. Struktur Politik Negara.
* Demokrasi berparlimen diamalkan oleh negara.
* Pentingkan kebebasan dan kemakmuran rakyat.
* Menentang penindasan politik dan ekonomi.
g. Keselamatan Negara.
* Dasar hubungan baik dengan semua negara.
* Contoh dalam menentang ancaman komunis.
h. Hubungan Diplomatik.
* Dengan negara-negara yang mempunyai pelbagai ideologi kecuali komunis.
* Dapat eratkan kerjasama sosial-ekonomi dan politik.
i. Keadaan politik serantau.
* Memainkan peranan dalam perbincangan untuk menyelesaikan konflik di
Kampuchea.

Kesimpulan:
* Dasar luar Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman dan luaran
* Dasar luar Malaysia berubah dari masa kesemasa mengikut kepimpinan negara.

1
Wiki: Rancangan Malaya Pertama

Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960) ialah rancangan


pembangunanekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi
sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh Rancangan
Malaya Kedua.

Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:

1. Memajukan sektor luar bandar


2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor
ekonomi.

Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;

1. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953


2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah


kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960) ialah rancangan
pembangunanekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi
sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh Rancangan
Malaya Kedua.

Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:

1. Memajukan sektor luar bandar


2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor
ekonomi.

Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;

1. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953


2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah


kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Rancangan Malaya Kedua (RMK) 1961 - 1965 mempunyai matlamat dan tujuan


yang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar
bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Matlamat RMK adalah:

1. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar


2. menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar
bandar
3. menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar
4. menambah peluang pekerjaan.

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi


yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan
pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966-1970) ini membabitkan seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga
kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar
terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Rancangan ini mempunyai objektif seperti:

1. memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya


mengeratkan perpaduan rakyat.
2. meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
3. membangunkan ekonomi luar bandar.
4. mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
5. mengurangkan pengangguran.
6. memajukan sektor perindustrian.

1. Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar

Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk


memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta
diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan
pertanian.

FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk


luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966
antaranyaSegitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor
Tenggara. Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta
menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

 FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan


projek tanah kerajaan.
 MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang
pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.

Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah
ditanam dengan lebih luas lagi.

2. Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera

RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur


semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan
bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan
pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya
dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan
pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah
selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.

Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta


mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu
Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak;
serta Likas danKepayang di Sabah.

3. Peristiwa berdarah

RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi


antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk
meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90%
isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya
berada di luar bandar dan berbangsa Melayu [1]

Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa


13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas
hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan


pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysiadengan sasaran
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan
adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan
kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus
memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.[1]
Kepelbagaian tanaman diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Kedua,
menggantikan getah dengan kelapa sawit.

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai


tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang
Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,
sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13
Meipada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan


dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi.
Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula
sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Isi kandungan:

1. Latar belakang

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan


penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan
tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9%
daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya
orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-
orang asing.[2]

Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut


kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam
perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

Namun, RMP dlihat telah gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi


ini.[2] Dasar-dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan
Melayu yang rata-ratanya menyokong parti-parti pembangkang, yang lebih
menyenangi pengurangan atau pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan
Bumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.

Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan pada 12 Mei oleh penyokong-


penyokong pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas pada
keesokan harinya oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah
parti utama di dalam gabungan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu. Namun
begitu, perhimpunan itu berubah menjadi rusuhan yang berlangsung selama dua
hari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah kematian sekitar 200 orang. Ada
pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih besar manakala beribu-
ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah orang-orang Cina) kehilangan
tempat tinggal.

Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan


Negara(MAGERAN) dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971,
apabila Parlimen bersidang semula.[3]

Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan DEB dengan tujuan utama


membasmi kemiskinan di samping menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut
peranan ekonomi" melalui sebuah "ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu,
DEB mensasarkan pegangan ekonomi bumiputera sehingga 30% di dalam
jangkamasa 20 tahun.[3] Malah sebuah Rangka Rancangan Jangka Panjang dibentuk
dengan tujuan yang sama seperti DEB. Kedua-duanya disusun supaya tamat pada
tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan oleh Parlimen dengan tujuan kedua-dua
polisi ini.[2]

2. Penstrukturan semula ekonomi

RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran


utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam
bidang pengeluaran dan pelombongan.[2] Bagi mengelak daripada menyekat
pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembangan
ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua-
dua kumpulan — Melayu dan bukan Melayu — dapat dikembangkan berdasarkan
nilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam nilai relatif. [2]

Sejumlah M$7.36 bilion telah diperuntukkan untuk RMK2. Walaupun peruntukan


ini lebih rendah berbanding RMP (M$10.5 bilion), rancangan ini berhasrat
mencapai pengurangan kemiskinan yang lebih besar dan mempertingkat
penglibatan orang-orang Melayu di dalam sektor swasta dengan mengenakan
beberapa kekangan terhadap syarikat-syarikat persendirian yang akan menerima
manfaat daripada guna tenaga dan pegangan ekonomi orang-orang Melayu. [1]

Ketika rancangan ini diumumkan, golongan bukan Melayu memiliki, menurut kata
seorang pengulas, "monopoli secara langsung terhadap guna tenaga perusahaan
dan perdagangan persendirian", dan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Tetapi,
kepentingan-kepentingan asing mengawal hampir kesemua perusahaan-perusahaan
moden termasuk sektor perkilangan, perbankan, kewangan, getah dan timah.
Orang-orang Melayu sebahagian besarnya terlibat di dalam pekerjaan luar bandar
seperti menanam padi, menangkap ikan, mengerjakan ladang-ladang getah atau
kelapa sawit secara kecil-kecilan dan sebagainya. Mereka langsung tidak terlibat di
dalam pekerjaan golongan kolar putih seperti perkeranian dan hanya di
perkhidmatan awam sahaja — dimana 80% daripada pekerjaan di sektor ini
dijamin untuk bumiputera — mereka menduduki jawatan-jawatan atasan.

Kebanyakan ahli bagi sesetengah kerjaya seperti perubatan dan guaman terdiri
daripada bukan Melayu. Malangnya, dasar kerajaan, seperti yang digariskan di
dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, tampak mengekang penglibatan
orang-orang Melayu di dalam sekor swasta kerana memberi mereka keutamaan di
sektor awam. Pengangguran di kalangan semua kaum juga amat berleluasa,
kebanyakannya diakibatkan kekurangan pendidikan, dengan 70% daripada 275,000
penganggur berdaftar pada tahun 1970 berumur sekitar 15 hingga 25 tahun. Semua
inilah yang dijadikan sasaran kerajaan untuk diubah melalui perlaksanaan DEB
dan RMK2.[2]

Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan


di dalam RMK2:

 Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)  - berfungsi untuk menentukan harga
padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran
mereka.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)  - berperanan memaju industri
perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.
 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah  (RISDA) -
ditugaskan memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-
pekebun kecil getah.
Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan tanah
dan penempatan baru di negeri Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah. Projek-
projek pengairan juga telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda, Kedah, Sungai
Kemubu, Kelantan dan di Sungai Kinabatangan, Sabah.

3. Pengindustrian

Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan sebelum pelancaran RMK2 telah


meningkatkan penglibatan mereka di dalam ekonomi negara sepanjang
perlaksanaan rancangan ini. Agensi-agensi terbabit termasuklah Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2 seperti Perbadanan
Nasional (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).[2]

PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan dan menyertai syarikat


kerjasama dengan sektor swasta selain membangunkan industri-industri perintis
yang akan dipegang sehingga golongan Melayu memiliki modal yang mencukupi
bagi mengambil alihnya kelak. Sehingga akhir perlaksanaan RMK2, PERNAS
memiliki lapan syarikat dengan pegangan 100% yang terlibat di dalam bidang
insurans, perdagangan, pembinaan, hartanah, kejuruteraan, sekuriti dan
perlombongan. Syarikat kerjasama juga ditubuhkan dengan pihak swasta bagi
membangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan
perundingan.[2]

Parlimen turut meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156)


sewaktu RMK2 yang memerlukan kesemua syarikat pengeluaran baru dengan
M$100,000 atau 25 atau lebih pekerja diberi lesen oleh Menteri Perdagangan dan
Industri. Bagi mendapatkan lesen tersebut setiap syarikat perlu memenuhi
beberapa syarat yang ditetapkan oleh kementerian itu, yang boleh berubah-ubah.
Pengeluar-pengeluar berketurunan Cina amat tidak senang dengan pengenalan akta
baru ini kerana mereka telah beroperasi sebelum ini dengan kawalan yang
minimum dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa akta tersebut tidak dirancang


untuk mendatangkan masalah bagi sesetengah kumpulan dan meneruskan
perlaksanaannya. Menurut akta ini, syarikat-syarikat swasta dibahagikan kepada
tiga kumpulan, iaitu syarikat-syarikat yang diluluskan selepas 1 Januari 1972,
syarikat-syarikat yang diluluskan sebelum itu dan syarikat-syarikat yang beroperasi
tanpa lesen. Kesemua syarikat yang tertakluk di bawah akta tersebut dimestikan
menghantar satu rancangan atau cadangan kepada kementerian bagi mencapai
sasaran jangka panjang pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi orang-orang Melayu
dan selebihya bagi bukan Melayu. Cadangan yang diterima kemudiannya dipilih
menjadi garis panduan bagi menjalankan kegiatan syarikat. [2]
Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya bertumpu di pantai barat Semenanjung
Malaysia. Rancangan baru ini seterusnya membentuk kawasan perindustrian di
pantai timur bagi mengekang masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar.
Pantai timur sebenarnya kurang membangun berbanding kawasan pantai barat.

Menjelang 1975, kegiatan pengeluaran membentuk sebanyak 16%


daripadakeluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, iaitu kurang satu peratus
daripada sasaran RMK2. Sektor ini berkembang dengan perlahan pada tahun 1975
akibat kelembapan ekonomi sejagat pada tahun itu. Hal ini berbeza dengan
pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun 1974 yang melebihi sasaran sebanyak
12.5% setahun seperti yang dicadangkan oleh RMK2. Makanan, keluaran-keluaran
kayu dan kimia membentuk majoriti sektor perusahaan ini. Pertumbuhan ketara
sektor pengeluaran sepanjang tempoh ini telah dikaitkan dengan usaha-usaha
kerajaan menubuhkan kawasan perdagangan bebas. Pada tahun 1974, kawasan-
kawasan tersebut telah diumumkan di negeri-negeri Pulau
Pinang,Selangor dan Melaka. Perusahaan yang terdapat di kawasan-kawasan ini
kebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran getah dan tekstil. [2]

Pada awal RMK2, sektor swasta menggaji kebanyakannya pekerja dari golongan berketurunan Cina.
Tetapi, mereka tidak memiliki pegangan hak milik sebenar di dalam perusahaan moden.
4. Perlombongan

Sehingga lewat 1970-an, Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dengan


membekalkan sekitar 40% kepada negara-negara bukan komunis di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, simpanan bijih timah semakin berkurangan. Sumbangan
sektor perlombongan kepada KDNK negara ini pula diramalkan jatuh sehingga
13% sepanjang RMK2 kerana berkurangnya simpanan bijih timah danbesi.
Tetapi, bauksit dan tembaga terus menyumbang kepada sektor ini di awal 1970-an.
Penglibatan kaum Melayu di dalam perlombongan adalah sangat berkurangan dan
sekitar 70% daripada sektor ini masih dikawal oleh orang-orang asing. [4] Ini
merupakan warisan zaman penjajahan British.

Banyak syarikat British, yang tiba pada kurun ke-19 untuk mengeksploit sumber
dan hasil galian asli Malaysia masih belum beredar. Penglibatan masyarakat
Melayu di sektor ini diburukkan lagi dengan kecenderungan pihak British pada
kurun ke-19 membawa masuk buruh-buruh Cina yang murah dan hampir kesemua
pekerja di lombong hingga lewat 1970-an ialah orang-orang Cina. [5]

Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang dengan ketara ke dalamekonomi


Malaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar dan loji penapis minyak yang baru
dibina. Menjelang 1975, jumlah pengeluaran minyak mentah dicatat sekitar 90,000
tong sehari (14,000 m³/h) dan kesemuanya oleh syarikat minyakShell. Pada tahun
1974, hak eksklusif untuk memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi petroleum di
Malaysia diberikan kepada syarikat milik kerajaan iaitu PETRONAS. Tahun
berikutnya, Petronas dianugerahkan hak tunggal ke atas pemasaran dan pengagihan
kesemua keluaran petroleum dan peruntukan untuk mengawal syarikat-syarikat
lain tanpa memiliki kepentingan hak milik di dalamnya tetapi melalui terbitan
pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas. [6]

Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat di dalam sektor perlombongan


meningkat bermula pada tahun 1970 ketika kerajaan melaksanakan dasar-dasar
merombak sistem ekonomi negara. Semasa RMK2 dimulakan, kurang daripada
200,000 orang-orang Melayu diambil bekerja di dalam industri perlombongan.
Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah sehingga sejuta orang melebihi
jumlah yang disasarkan pada asalnya.[7]

Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas kepada orang-orang Melayu sebagai


usaha menambah pegangan mereka di dalam industri ini. [8] Kerajaan tampak
berusaha keras meninggikan pegangan Bumiputera itu dengan memiliknegarakan
beberapa syarikat perlombongan yang pernah dimiliki orang-orang asing.
Menjelang 1989, perbadanan milik kerajaan mengawal sekitar 60% keseluruhan
industri perlombongan.[9] Kerajaan juga dibantu oleh faktor pengeluaran petroleum
yang kemudiannya melebihi galian lain. Oleh kerana Petronas merupakan syarikat
milik kerajaan, ia juga dianggap sebagai perusahaan Bumiputera. Namun, amalan
kerajaan ini telah dikritik dengan hujah bahawa syarikat-syarikat milik kerajaan
adalah kepunyaan semua orang dan bukan hanya Bumiputera.

5. Pertanian

RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah rancangan lima tahun sebelum itu


seperti Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya. Walaupun perbelanjaan bagi
pembangunan lain telah meningkat mencecah M$1 juta, dana untuk pembangunan
luar bandar juga ditambah. RMK2 menumpukan kepada usaha mempelbagaikan
tanaman di Malaysia. Rancangan Buku Hijau dilancarkan pada tahun 1974 dengan
tujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan dengan
menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran sepeti kacang
panjang, cili dsb. dan menternak haiwan. Keperluan aktiviti pertanian lain
sepertibaja, benih dan racun perosak pula diberi subsidi.

Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua


kali setahun sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka. [10][11][12] Lembaga
Pertubuhan Peladang ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama
dalam sektor perladangan di antara persatuan-persatuan peladang dan agensi-
agensi kerajaan.[13]

Pertumbuhan sektor peladang-peladang kecil dipandang penting dalam membuka


peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Oleh itu,
beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA)
telah meluaskan saiz program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah ditugaskan mempelbagaikan
ladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA sendiri telah menetapkan satu sasaran
untuk membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar(610 km²) sewaktu RMK2.

Dasar utama seterusnya ialah rancangan mempelbagaikan sektor perladangan


dengan penanaman kelapa sawit. Ekonomi Malaysia sebelumnya terlalu
bergantung kepada getah. Pada waktu puncaknya, Tanah Melayu (Semenanjung
Malaysia) mengeluarkan hampir separuh daripada keperluan getah sedunia. Walau
bagaimanapun, Zaman Meleset sekitar 1930-an telah menyebabkan harga getah
jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan mendalam terhadap ekonomi
negara ini. Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak daripada insiden sama
berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor perladangan. Sungguhpun
begitu, RISDA dilihat telah melampaui batas kemampuannya dalam percubaan
mengambil semula tanah secara tergesa-gesa dan kemudiannya dibangunkan
sebagai ladang kelapa sawit. Menjelang penghujung RMK2, hanya 40,000 ekar
(160 km²) sahaja telah dibangunkan dengan separuh daripadanya ialah ladang
kelapa sawit.[14][15]

Dasar kemajuan tanah dan penempatan semula yang dijalankan oleh kerajaan,
walau bagaimanapun, telah gagal untuk memberi kesan positif terhadap masalah
kemiskinan di luar bandar. Kerajaan hanya berjaya menempatkan semula sejumlah
40,000 orang meskipun dianggarkan sejumlah 535,000 keluarga yang terlibat di
dalam usaha tani hidup di bawah paras kemiskinan. Akibat kelemahan program itu,
orang yang mendapat faedah daripada rancangan ini tidak selalunya datang
daripada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Sesetengah pihak juga mengatakan bahawa proses rumit penempatan semula dan
pembangunan kawasan baru diberi penekanan lebih berbanding meningkatkan
daya pengeluaran ladang-ladang dan kebun-kebun sedia ada. Hal ini seterusnya
dirumitkan oleh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan kawalan ke atas hal
ehwal tanah kepada kerajaan negeri sekaligus memerlukan kerajaan persekutuan
berunding dengan setiap kerajaan negeri satu-persatu. Keluarga bukan Melayu di
kawasan luar bandar juga tidak menerima faedah ini kerana Perlembagaan
Persekutuan memberi peruntukan khas sebahagian kawasan sebagai tanah
simpanan bagi orang-orang Melayu dan ini menghalang kerajaan menerima masuk
golongan bukan Melayu ke dalam program ini.[16]

Pengusaha-pengusaha sawah padi digalakkan menuai padi dua kali setahun. Untuk tujuan itu, kerajaan
membantu dengan menggalakkan penggunaan teknologi jentera.

Walaupun RMK2 telah memodenkan negeri-negeri jelapang


padi seperti Kedahdan Perlis (seperti
menggantikan kerbau dengan jentera membajak), bukan semua pengusaha kecil
menerima manfaat teknologi ini. Di dalam sektor pertanian korporat, orang-orang
Melayu hanya memiliki pegangan sekitar 0.3% berbanding 70.8% yang dimiliki
oleh kepentingan asing. Berbeza pula keadaanya di dalam sektor bukan korporat
yang menyaksikan orang-orang Melayu mengawal sekitar 47.1%. Disebabkan
kekurangan modal, kebanyakan pengusaha-pengusaha Melayu masih terlibat di
dalam kegiatan berdaya rendah apabila RMK2 tamat.[17]
6. Kesihatan

RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai pemakanan


melalui beberapa program. Program terbabit termasuklah galakan menanam
makanan berkhasiat, panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain
peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan yang kekurangan zat makanan.
Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan dengan kekurangan kakitangan
perubatan.[18]

Walaupun perancangan keluarga ditetapkan sebagai sasaran negara pada tahun


1964, usaha-usaha menggalakkannya dihambat oleh pengabaian kerajaan.
Kebanyakan berita kejayaan yang dicapai oleh Lembaga Perancang Keluarga
Negara berlaku sewaktu Rancangan Malaysia Pertama (RMP) dari tahun 1966 -
1970. RMK2 berhasrat menambah 600,000 pengguna baru kaedah perancangan
keluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak diendahkan. [19] Yang ironiknya,
pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif
meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar
Kependudukan Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun
2100 mencapai 70 juta orang.

7. Pendidikan

Walaupun pendidikan di Malaysia hampir dipinggirkan sewaktu RMK2 yang


memihak kepada rancangan penstrukturan sosio-ekonomi, beberapa usaha penting
dijalankan sepanjang tempoh ini.[20] Pada tahun 1970, bahasa Melayusebagai
bahasa kebangsaan, dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi,
menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan kebangsaan yang sebelum ini
berpandukan peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan
banyak buku teks dalam bahasa Melayu diterbitkan. Menjelang tamatnya tempoh
rancangan ini, hampir kesemua sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai
untuk mengajar kurikulum berasaskan bahasa Melayu. [21]

Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Misi utamanya


ialah menyelaras projek merombak kurikulum yang sebelum ini dikendalikan oleh
beberapa jabatan kerajaan. Pusat ini juga bertindak merombak kurikulam sains dan
matematik selain memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains-sains
kemasyarakatan.[22]

RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam
bidang vokasional dan teknikal. Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuan
dalam usaha memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja. Hal ini berlaku
kerana penumpuan lebih diberikan terhada usaha memberikan peluang pendidikan
umum yang langsung tidak membuka ruang untuk latihan vokasioal dan teknikal.
Namun begitu, beberapa sekolah teknik dan vokasional telah didirikan sepanjang
tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan pada tahun 1975. Adalah diharapkan
usaha ini dapat mengurangkan masalah pengangguran terutamanya di kalangan
belia.[23]

8. Pengangkutan

RMK2 bercita-cita memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang dianggap


oleh kerajaan sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga sektor
perusahaan. Semua kereta api diubahsuai bagi menggunakan bahan bakar yang
lebih efisyen, iaitu diesel dan kerajaan meninggikan peruntukan bagi
penyenggaraan dan pemodenan prasarana kereta api ini. Penekanan diberikan
khususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf gerabak sedia ada, laluan dan
landasan kereta api serta kemudahan baik pulih.[24]

Perkhidmatan udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi


peruntukan membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selain
latihan bagi kakitangan teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia-
Singapura dipisahkan menjadi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
dan Penerbangan Singapura (SIA).[25]

Sewaktu RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagi


mempertingkat perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhan
sebuah syarikat logistik kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat.
Maka, pada bulan Ogos 1971, syarikat Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan.
Pada bulan Disember tahun yang sama pula, M. V. Benavon menjadi kapal
kontena pertama yang berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal UtaraPelabuhan
Klang di Selangor.[26]

Ketika RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia. iaitu satu di Pulau


Pinang dan satu lagi di Klang. Rancangan ini menggariskan usaha menubuhkan
dua buah pelabuhan baru di Semenanjung Malaysia. Tempat yang dipilih
ialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di Pahang. Dua objektif utama projek
pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap
pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang kurang
membangun.Pelabuhan Johor siap dibina pada tahun 1977, manakala Pelabuhan
Kuantan mula beroperasi pada tahun 1984.[27]

9. Warisan

Pada penghujung RMK2 kadar kemiskinan mencatatkan pengurangan daripada


49% kepada 43%. Kadar pengangguran pula berkurangan sebanyak 0.1% kepada
7.4%. Peningkatan ketara bagi penglibatan Bumiputera di dalam sektor swasta juga
dicatatkan. Peratusan Bumiputera yang diambil bekerja di dalam sektor
pengeluaran bertambah daripada 29% kepada 33%, sektor perdagangan pula
mencatatkan peningkatan 24% kepada 34%. Pegangan hak milik Bumiputera pula
berlipat ganda daripada 3% kepada 7.8%. Sungguhpun begitu, rekod ini masih
belum dianggap sebagai membanggakan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi
kemajuan itu berlaku disebabkan pegangan syarikat perusahaan kerajaan. [28]

Walaupun rancangan ini pada awalnya mensasarkan pertumbuhan KDNK


sebanyak 12.5% setahun, hanya purata 11% berjaya dicatatkan. Pertumbuhan itu
sangat tidak sekata. Pada tahun 1973 KDNK tumbuh sebanyak 27% manakala
pada tahun 1975 pula ia hanya berkembang sebanya 3% berikutan kemelesetan
ekonomi dunia pada masa itu.[29] Meskipun kerajaan berusaha menangani
pengangguran dengan mencipta 600,000 pekerjaan baru sewaktu RMK2, jumlah
penganggur sebenarnya semakin meningkat di antara tahun 1970 dan 1975. Pada
tahun 1970, terdapat 275,000 penganggur manakala pada tahun 1975 pula
sebanyak 324,000 orang direkodkan.[30]

RMK2 juga terpaksa menghadapi masalah yang tidak dijangkakan, iaitu inflasi. Di


antara tahun 1972 dan 1975, indeks harga pengguna (IHP) meningkat di luar
jangkaan sebanyak 40%. Kadar purata inflasi pula sekitar 18% pada tahun 1974
tetapi menurun kepada 7% pada tahun 1975.[31] Permasalahan baru seperti ini
dipertimbang oleh kerajaan semasa merancang Rancangan Malaysia Ketiga
(RMK3).

Sektor perladangan dipelbagaikan melalui galakan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil menggantikan
getah dengan kelapa sawit.

Satu lagi kesan mendalam RMK2 ialah usaha-usaha mempelbagaikan tanaman. Di


sebalik kegagalan RISDA memenuhi sasarannya, industri kelapa sawit di Malaysia
terus berkembang. Menjelang tahun 1998, kelapa sawit merupakan penyumbang
kedua terbesar kepada KDNK Malaysia, di belakang keluaran elektronik.

Keseluruhannya, RMK2 lebih berjaya berbanding dengan rancangan-rancangan


sebelumya dalam menangani ketaksamarataan dari segi ekonomi. Namun begitu,
penekanan lebih bagi meningkatkan kedudukan orang-orang Melayu telah
membimbangkan golongan bukan Melayu. Apabila RMK3 pula dilancarkan,
kerajaan telah mengurangkan penekanan ini sebaliknya memberi tumpuan terhadap
pertumbuhan ekonomi lebih rancak yang akan memberi manfaat kepada semua
pihak.[2]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu


program sosioekonomi diMalaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah
untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal
dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

 mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan


pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum; dan
 mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada1991.


Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti
secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. [1]

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa


tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat
yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.

Isi kandungan:
1. Tumpuan utama
2. Kesan
3. Lihat juga

1. Tumpuan utama

RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai
salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan
penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan
pembangunan tanah dipergiatkan
antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH danKESEDAR. Bandar-bandar baru ini
dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat
sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.

Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

2. Kesan

RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun.


Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308
bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran
juga telah jatuh kepada 5.3%.

Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah


bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar
bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa


tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat
yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.

Isi kandungan:
1. Tumpuan utama
2. Kesan
3. Lihat juga

1. Tumpuan utama

RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai
salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan
penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan
pembangunan tanah dipergiatkan
antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH danKESEDAR. Bandar-bandar baru ini
dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat
sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.

Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

2. Kesan

RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun.


Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308
bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran
juga telah jatuh kepada 5.3%.

Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah


bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar
bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima


tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi
Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan
Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor
swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan
pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama,
kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat
bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Isi kandungan:
1. Kawasan luar bandar
2. Pelancongan
3. Pembuatan
4. Pautan luar

1. Kawasan luar bandar

Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanah


dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada
pertumbuhan ekonomi Negara. Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangan
digalakkan. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluaskan,
misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
Amanah Ikhtiar Malaysia.

2. Pelancongan

Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan


Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi
industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan
keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti
negara.

3. Pembuatan

Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalam
negara dan antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON.

4. Pautan luar

 Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan


pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh
Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di
Parlimen pada 31 Mac 2006.
Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa
15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri
ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia
Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu,
RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun
Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan
dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak [1].

RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:

1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi


2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara
membina dan produktif
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Isi kandungan:
1. Isu-isu penting dalam RMK9
2. Kajian separuh penggal
3. Nota kaki
4. Pautan luar

1. Isu-isu penting dalam RMK9

1. 1. Pembangunan infrastruktur

Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan


infrastruktur dalam tempoh RMK9 seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)
di Johor yang diperuntukkan RM10 bilion. Selain dari itu:

 RM3.5 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan


 RM2 bilion untuk pembangunan industri bioteknologi (termasuk
infrastruktur)
 RM1 bilion untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai pusat penerbangan kos rendah kedua
di Malaysia
 Peruntukan untuk jambatan kedua dan monorail di Pulau Pinang.
 Peruntukan untuk guru pelatih sebanyak rm1 bilion

2. Kajian separuh penggal

Berikut adalah laporan Kajian Separuh Penggal RMK9 seperti yang dibentangkan
Perdana Menteri Malaysia di Parlimen pada 26 Jun 2008:
Item 2007 2005 Kedatangan pelancong 21 juta 16.4 juta Perolehan dari pelancong RM46.1
bilion RM31.9 bilion Jumlah perolehan dari rawatan kpd pesakit dari luar negara RM457.5
juta - Jumlah jualan RM293.9 bilion RM198.1 bilion Nilai komoditi pertanian RM52.4 bilion
RM37.5 bilion Penetrasi Internet/100 isi rumah 19.3% 7% Pembinaan/menaik taraf jalan
32,694 km - Bekalan air bersih luar bandar 300 sekolah - Bekalan elektrik sekolah luar
bandar 100% di Sarawak, 72% di Sabah - Insiden kemiskinan tegar 0.7% 1.2% Pendapatan
per kapita RM23,066 RM18,840 Defisit negara (% dari KDNK) 3.2% 3.6%

Lain-lain:

1. Pembinaan 32,000 rumah kos rendah


2. 47 provisi di bawah Kod Tanah Kebangsaan untuk menambah baik
pengurusan tanah
3. Pemprosesan pasport dalam masa 24 jam

3. Nota kaki

1. Sejak pertengahan 1980an, harga minyak di NYMEX berada di bawah


US$25 setong sehingga September 2003. Beberapa peristiwa seperti
pencerobahan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 menyebabkan
harga minyak meningkat ke US$60 pada 11 August 2005, beberapa bulan
sebelum RMK9 dibentang.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun


pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan
olehPerdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10
Jun 2010.

Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi


Kerajaandan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi,
keterangkuman dan kemampanan.

1. Lima teras

RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara


berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara


2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda
kelas pertama
3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negara
Tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secar cekap kepada sektor ekonomi yang
produktif terutamnay sektor pembuatan.

Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6: 1991-1995)

Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam
RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan
negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk
bagi mencapai objektif DPN.

Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan
berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’
adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat
kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang
lebih luas.

Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan
pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur
di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion
iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor
pentadbiran.

Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6

Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6). Antaranya,
kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama
dalam perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program
penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan
modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang
produktif terutamanya sektor pembuatan.

Pencapaian RMK-6

Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. Asas
ekonomi yang kukuh ekoran daripada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang teguh dan peningkatan daya saing
negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnya
lebih stabil.

Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan
asing yang besar, tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan. Sektor eksport
telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yang
lembab dalam separuh pertama tempoh Rancangan.
Bagi penilaian prestasi ekonomi makro, dalam tempoh RMEn, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan purata
sebanyak 8.7 peratus setahun, mengatasi sasaran 8.1 peratus mengikut kajian separuh penggal serta sasaran asal RME
iaitu sebanyak 7.5 peratus. Pertumbuhan pesat ini telah dicapai beserta dengan kestabilan ekonomi makro.
Pertumbuhan yang teguh ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada permintaan dalam negeri yang berkembang
pada kadar 11.3 peratus setahun dan diperkukuhkan lagi dengan pemulihan ekonomi dunia pada akhir tempoh
Rancangan. Pertumbuhan pesat ini, antara lain, telah meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM6,099 pada
tahun 1990 kepada RM9,786 pada tahun 1995 dan telah menarik kemasukan pelaburan asing yang tinggi. Sektor swasta
memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala sektor awam terus memainkan
peranan sokongan yang aktif.

Dalam tempoh RMEn, pengurusan pragmatik ekonomi makro telah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan daya saing
Malaysia. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan harga
adalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi makro yang berkesan. Liberalisasi yang berterusan ke atas
peraturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil telah mewujudkan persekitaran yang sesuai
bagi meningkatkan pelaburan swasta. Malaysia telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeri
dan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi.

Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti, meningkatkan kecekapan
dan daya saing eksport Malaysia. Sumber telah diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T),
penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti. Pasaran kewangan telah
diperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam negeri manakala pasaran modal pula
telah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ke
taraf perindustrian.

Sektor pertanian juga turut mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 2.0 peratus setahun manakala
bahagiannya daripada KDNK terus berkurang sehingga ke tahap 13.6 peratus pada akhir tempoh Rancangan.
Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit, ternakan dan perikanan telah menyumbang kepada pertumbuhan
sektor ini. Begitu juga dengan sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratus
setahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada peningkatan pengeluaran gas dan kondensat iaitu
hasil sampingan gas.

Keluaran sebenar ekonomi telah berkembang dalam tempoh RMK-6 dengan sebahagian besarnya diperolehi dari
pelaburan dalam infrastruktur fizikal, P&P, pendidikan dan latihan kemahiran disertai dengan kemasukan FDI yang
besar. Faktor ini juga telah meningkatkan sumbangan TFP sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 1.2 peratus atau 17.9
peratus daripada KDNK dalam tempoh 1971-1990 kepada 2.5 peratus atau 28.7 peratus daripada pertumbuhan KDNK
dalam tempoh RMEn.

Tahun terakhir RMEn itu sendiri merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara mencapai pertumbuhan
pesat, menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini. Lebih
penting lagi kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. Dengan
asas yang kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan politik yang
teguh, negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2 dengan kemampuan yang lebih tinggi
untuk menghadapi cabaran semasa. Ianya juga menyediakan landasan bagi Kerajaan mempercepatkan pencapaian
objektif pertumbuhan seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan
matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu. 

S-ar putea să vă placă și