Sunteți pe pagina 1din 9

DIPLOMA IN MANAGEMENT

JANUARI / 2011

BDEK1103

PENGANTAR MIKROEKONOMI

NO. MATRIKULASI : 730301015236001

NO. KAD PENGENALAN : 730301-01-5236

NO. TELEFON : 012-7303726

E-MEL : jej1639@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE


BDEK1103

Pengenalan

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden semakin membimbangkan kerana


jenayah mengamcam keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan masyarakat dan
negara.Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat dan Negara berlaku kerana kepincangan
ekonomi. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam Negara yang mengamalkan dasar ekonomi
liberal dan kapitalis lebih cenderung melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan
dan penyelewengan.
Kerajaan Oked telah menyekat kemasukan dadah dan ubat-ubatan dengan tujuan supaya
jenayah dapat dikurangkan di negaranya. Dari segi konsep permintaan barangan, apabila sekatan
atau barangan tersebut dihadkan, ini akan menyebabkan harga barangan akan naik dan permintaan
akan tetap meningkat. Ini bererti walaupun harga dinaikkan, permintaan terhadap barangan ini
akan tetap meningkat disebabkan ubatan dan dadah merupakan barang wajib/keperluan bagi
penagih dadah (tegar ). Keanjalan pula akan menunjukkan saiz perubahan keseimbangan harga
dan kuantiti di pasaran. Ini dapat ditunjukkan di Rajah 1 dan Rajah 2.
Rajah 1 : Harga ubat naik dari H1 ke H2 namun permintaan tetap meningkat dari U1 ke U2.
Perubahan ini dipaparkan melalui titik pertemuan D1 meningkat ke D2

Rajah 2 : Walaupun harga dadah/ubat naik dari HD1 ke HD2 didapati kadar jenayah meningkat
dari J1 ke J2. Ini kerana, apabila harga meningkat, ia mendorong penggunaan dadah dan
jenayah meningkat kegiatan bagi tujuan untuk mendapatkan sumber ubat/dadah. Selain itu,
harga ubatan yang mahal mendorong penjenayah meningkatkan aktiviti kerana ia memberi
imbuhan yang tinggi.

Konsep permintaan :

Negara oked telah membuat sekatan terhadap pengeluaran dadah tetapi kadar jenayah
tetap ada dengan kadar yang meningkat. Dadah merupakan ‘barang’ wajib . Bila barangan ini
disekat, permintaan masih tetap ada. Apabila permintaan ada, harga bagi barangan ini akan
meningkat naik kerana ianya merupakan keperluan. Secara tidak langsung penjenayah akan
melakukan jenayah untuk mendapatkan barangan ini.

Konsep Tawaran :

Tawaran merupakan perhubungan di antara kuantiti yang ditawarkan dengan harga


barang tersebut, dan perhubungan ini adalah secara positif, iaitu apabila harga meningkat, kuantiti
yang ditawarkan juga akan meningkat. Di Negara Oked, apabila sekatan berlaku, harga barangan
ubatan/dadah akan meningkat, dan kuantiti juga akan meningkat.

Konsep Elastisitis :

Keanjalan permintaan harga adalah satu konsep yang mengukur tindakbalas perubahan
kuantiti yang diminta kesan daripada perubahan harga bagi sesuatu barang.

Pendapat : (menyokong )
Pada pendapat saya, tindakan kerajaan Negara Oked untuk membenarkan kegiatan ubatan
supaya kegiatan jenayah dapat dikurangkan.,ekonomi dapat ditingkatkan. Membenarkan kegiatan
ubatan ini bermakna pelabur-pelabur asing dapat mengembangkan perniagaan di Negara Oked
sekaligus merancakkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negara. Pelabur-pelabur
akan berurusniaga dengan pelabur luar untuk mengembangkan perniagaan dan saling bertukar-
tukar ubatan negara masing-masing, apabila ini berlaku, pertukaran matawang juga akan berlaku.
Pendapatan Negara ada hubungkait dengan jumlah pelabur atau pelancong yang datang untuk
melibatkan diri dalam bidang pelaburan khususnya. Sekiranya berlaku kegiatan jenayah, ia akan
mengurangkan jumlah pelabur asing yang melabur di negara ini kerana mereka tidak sanggup
menanggung kerugian pada masa akan datang. Bidang pelancongan pula, adalah antara
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan juga sumber pendapatan wang
asing negara.Sekiranya kegiatan berlarutan dan bertambah buruk, ia kan memberikan imej yang
buruk kepada negara dan memberikan gambaran tiada jaminan terhadap pelancong untuk datang
ke negara ini dari segi ketenteraman dan keselamatan. Secara ringkasnya didapati bahawa apabila
berlaku peningkatan jenayah, maka tahap ekonomi negara akan menurun.

Selain itu, peluang pekerja juga dapat diwujudkan kerana kejatuhan mata wang dan nilai
saham serta meningkatnya golongan yang muflis memyebabkan mereka tidak mampu
menyelesaikan beban hutang serta kegagalan dalam perniagaan mendekatkan golongan ini kepada
jenayah. Kegawatan ekonomi juga menjadikan seseorang terdesak melakukan jenayah. Hilang
pekerjaan dan keperluan hidup yang mendesak boleh menyebabkan seseorang terlibat dengan
kegiatan jenayah seperti merompak, peras ugut atau membunuh.

Masalah jenayah banyak dicetuskan oleh keadaan, perkembangan dan perubahan sikap
yang berlaku dalam masyarakat. Kepesatan pembangunan negara sedikit sebanyak dapat
memberikan kesan positif terhadap masyarakat seperti membuka peluang pekerjaan yang luas
kepada rakyat. Akan tetapi, secara tidak langsung ia juga memberikan kesan yang negatif
terhadap semua lapisan masyarakat khususnya iaitu peningkatan kadar jenayah yang semakin
meningkat dari semasa ke semasa.Jika ia tidak dibendung dengan segera, jenayah ini akan
memberikan kesan buruk yang lebih besar terutamanya dalam pertumbuhan ekonomi negara yang
semakin pesat.

Sistem dan faktor ekonomi boleh juga menyebabkan meningkatnya jenayah kolar putih
yang melakukan penyelewengan dan penipuan. Kejadian pecah amanah merupakan jenayah yang
semakin mengancam kepentingan masyarakat dan negara. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang
cekap, sihat dan adil perlu wujud bagi membersihkan segala bentuk gejala jenayah ekonomi.
Persekitaran sosial yang buruk pada negara juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial
yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk
memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan dan perusahaan. Kawasan yang
mempunyai kadar jenayah yang tinggi, dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian
dari segi pelaburan.
Dengan kemasukkan ubatan ini, negara mempunyai kepelbagaian ubatan untuk merawat
sesuatu penyakit. Dalam sektor perubatan, ubatan ini amat diperlukan bagi menyelamatkan
sesetengah kes yang memerlukana ubatan ini. Dengan cara ini masyarakat yang sihat dapat
menyumbangkan tenaga dalam sektor pekerjaan dan dapat menjana pendapatan sesebuah keluarga
dan negara itu sendiri . Untuk membendung penyalahgunaan ubatan ini, Negara Oked harus
merancang agar hanya sektor- sektor tertentu menggunakan ubatan ini. Contohnya sektor
perubatan dibenarkan untuk menggunakan ubatan ini bagi tujuan perubata dan rawatan
kesihatan.Ianya perlu agar rakyat dapat menilai ubatan tersebut mempunyai fungsi untuk merawat
dan bukan untuk disalahgunakan bagi tujuan yang negatif. Dengan ini kerajaan dapat menjalinkan
perhubungan dengan negara lain berkaitan dengan perubatan Negara lain. Jika perkara ini berlaku,
bermakna, negara dapat menarik pelabur untuk terus mengembangkan perusahaan mereka di
negara antara satu dengan lain.

Pendapat : (Menentang)

Walau bagaimanapun,peningkatan kadar jenayah di negara membangun boleh juga


dikaitkan dengan faktor imigrasi penduduk dan pendatang haram yang mendatangkan pelbagai
masalah sosial, termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak. Jumlah pendatang
asing, khususnya pendatang haram dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Myanmar,
semakin meningkat. Kemasukkan pendatang tanpa izin menjadi beban sosial di negara ini.
Pengaruh budaya negatif seperti pergaulan bebas di tempat asal mereka akan menular dalam
masyarakat tempatan. Selain itu, mereka yang gagal dalam mencapai impian untuk membina
kehidupan yang lebih baik di negara ini, mudah terjerumus ke kancah jenayah sehingga
menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil terhadap mereka yang terlibat.
Dengan memutuskan untuk membenarkan kegiatan ubatan/dadah, Negara Oked harus
mengawal kegiatan ini kerana jika tanpa pengawalan, penduduk negara ini akan mudah terdedah
dan menyalahgunakan ubatan tersebut sehinggagolongan yang tidak sepatutnyaseperti remaja
dibawah umur memiliki ubat tersebut kerana ianya mudah untuk diperolehi dan dijual secara
meluas. Ianya haruslah mengikut peratusan keperluan atau kegunaan di dalam sesebuah industri
itu. Tindakan Negara Oked mengenakan hukuman berat untuk mengurangkan jenayah tidak
memberikan kesan, malah kadar jenayah semakin meningkat, ini bermakna, walapun cuba
disekat, golongan tertentu merasakan ubatan tersebut adalah satu barangan yang menjadi satu
‘keperluan’ meraka. Sekatan kerajaan hanya mengundang ‘jenayah ekonomi’ yang sukar dikesan
kerana perniagaan dijalankan mengikur prosedur dan peraturan yang dibenarkan. ( melakukan
pasaran gelap ).

Kesimpulan :

Permintaan adalah merupakan satu perkara asas dalam ekonomi.. Permintaan adalah juga
merupakan satu perhubungan diantara harga dengan kuantiti yang diminta bagi satu barang atau
perkhidmatan, dan perhubungan ini adalah berbentuk negatif. Penawaran pula boleh didefinisikan
sebagai satu keluk yang menerangkan perhubungan diantara kuantiti yang ditawarkan dengan
harga barang tersebut, dan perhubungan ini adalah secara positif iaitu apabila harga meningkat,
kuantiti yang ditawarkan juga akan meningkat.Keanjalan permintaan harga pula ialah konsep
yang mengukur tindakbalas perubahan kuantiti yang diminta kesan daripada perubahan harga bagi
sesuatu barang.
Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat berhubung kait dengan etika dan peraturan
sosial. Dalam mewujudkan masyarakat beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada
semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab
social dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Etika yang lemah
boleh menyebabkan wujudnya krisis dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu
untuk melakukan jenayah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih
kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.
Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan Negara tidak boleh dibanteras tanpa
kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras
fenomena tersebut. Undang-undang member kuasa kepada pihak berwajib seperti Polis dan
pasukan keselamatan, untuk membantu melindungi daripada ancaman sebarang bentuk jenayah.

1,402 Patah Perkataan


RUJUKAN / REFERENSI

1) Ekonomi ( Bahagian Mikroekonomi ) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya:
www.drhamzaid.com
2) Daniel E. Georges.(1980). Crime: A spatial perspective. New York : Columbia University
Press. Hlm.93
3) Mohd Reduan Aslie.(1980). Jenayah di Malaysia : Aliran, punca dan penyelesaian. Kuala
Lumpur : AMK Interaksi.
4) Steven Rapheal & Rudolf Winter Ebmer. (1998, August). Identifying the effect of
umemployment on crime.Paper presented at the University of California, San Diego.

S-ar putea să vă placă și