Sunteți pe pagina 1din 5

Memperkenalkan Dutch Lady

Sejak turun temurun kami di Dutch Lady Milk Industries mempunyai komitmen
untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang berkualiti
tinggi ke seluruh negara. Kini Dutch Lady adalah antara tiga pengilang produk
tenusu yang terunggul di Malaysia.

Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan produk-produk


tenusu Dutch Lady. Masihkah anda ingat akan susu kotak Coklat Dutch Lady
UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat? Pengguna muda bagi
generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya rangkaian
produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. Dutch Lady 123
dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam
perisa vanila, madu dan coklat!

Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu
pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas
dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan
yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-
kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan
 
antarabangsa yang terperinci. Royal FrieslandCampina, iaitu syarikat induk kami
di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk
meningkatkan pemakanan si manja anda ke tahap yang lebih tinggi.

Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch
Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari syarikat kami yang
mungkin anda telah pun nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau sebagai
pencuci mulut di restauran kegemaran anda - termasuklah jus buah-buahan JOY,
MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk seperti Yogurt dan
Moojooz melambangkan usaha tekad kami di Dutch Lady untuk sentiasa
meningkatkan rangkaian pilihan produk tenusu untuk dinikmati anda seisi
keluarga.

Dengan penghasilan produk-produk berkualiti yang dirumuskan khas untuk


memenuhi citarasa anda, Dutch Lady telah menjadi peneraju dan salah satu
jenama produk tenusu yang paling dipercayai di seluruh pelosok negara. Sila terus
membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Dutch Lady telah
berkembang bersama rakyat dan negara Malaysia sejak 50 tahun yang lalu.
Wawasan Kami

Wawasan korporat Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah untuk menjadi syarikat tenusu
terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran cemerlang kepada para pengguna,
pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja.

Klik pada pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pencapaian yang kami telah
lakukan dan piawaian yang terus kami usahakan:

Kisah Kejayaan
PIAWAIAN DAN PENCAPAIAN SYARIKAT
Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah
Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktirafkan oleh Nasional Productivity
Corporation (NPC) dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai
pulangan RM 100 juta keatas. Anugerah ini diberikan dengan objektif untuk
menghargai syarikat yang cemerlang dalam pengurusan & peningkatan
tahap produtiviti, dan juga untuk meningkatkan saingan dalam industri dan
akhir sekali bagi menyedarkan semua akan kepentingan untuk memperbaiki
produktiviti syarikat bagi menyumbang terhadap pembangunan ekonomi di
Malaysia.

Kemenangan ini membuktikan kesungguhan syarikat untuk sentiasa


mengamalkan yang terbaik bagi menaikkan keyakinan pemegang saham
dan memperbaiki pengalaman pengguna bersama jenama Dutch Lady.
Anugerah produktiviti NPC ini bukan sahaja merupakan penghargaan
terhadap dedikasi dan kerjasama setiap pekerja di Dutch Lady, malah ia
juga dapat membantu mengetengahkan kebaikan menggunakan unit-unit
untuk mengukur tahap productiviti yang digunakan sebagai usaha untuk
memastikan daya ketahanan syarikat akan kekal lama dan terus meningkat
maju.
Pada tahun 2003, Dutch Lady Milk Industries Berhad memperoleh sijil
pengiktirafan di bawah piawai ISO 9001 yang baru. ISO 9001 bukan saja
membantu piawaian sistem kualiti dalam syarikat, malah digunakan sebagai
jaminan tambahan untuk meyakinkan para pelanggan kami tentang sistem
ketat yang diamalkan dalam penghasilan produk berkualiti untuk mereka.

Organisasi Piawaian Antarabangsa (International Organization of


Standardization, ISO) ialah rangkaian institut piawaian kebangsaan sedunia
dari 146 buah negara. ISO menggalakkan piawaian sedunia yang
memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan antarabangsa.
Pengiktirafan ISO diberi berdasarkan kriteria yang ditetapkan melalui
kerjasama dengan organisasi-organisasi antarabangsa, kerajaan, industri,
perniagaan dan wakil pengguna.
Pada tahun 2007, para pengguna Malaysia sekali lagi memilih Dutch Lady
sebagai jenama susu yang lebih digemari lalu memberikan anugerah
"Reader's Digest SuperBrands Gold Award" yang kesembilan kepada kami.
Ini adalah kemenangan terbaru dalam rekod berterusan Dutch Lady sejak
Reader's Digest mula menganjurkan soal selidik tahunan ini pada tahun
1999.

Soal selidik Reader's Digest SuperBrands ialah untuk mengenalpasti


jenama yang paling digemari oleh para pengguna Asia berdasarkan 41
kategori produk. Secara spontan, responden menamakan jenama kegemaran,
daripada kategori produk gaya hidup hinggalah keperluan harian yang
merangkumi pelbagai perkhidmatan dan barangan seperti insurans, stesen
minyak dan sup. Menurut penganjur, jenama yang "layak dipanggil
SuperBrands mewakili pengiktirafan kualiti cemerlang oleh para pengguna
umum, di samping menggambarkan pilihan para pengguna di antara
pelbagai pilihan yang sedia ada.

Kejayaan Dutch Lady adalah kerana ia sentiasa mengutamakan para


pengguna dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka - satu fokus yang
mengilhamkan syarikat kami untuk menghasilkan produk-produk berkhasiat
yang memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia daripada pelbagai
lapisan umur.
Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian Kajian
Makanan dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia). Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa
makanan dan minuman halal adalah suatu perkara yang penting untuk setiap
orang Islam. Sekiranya sebarang makanan atau minuman mempunyai tanda
'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh dimakan oleh orang Islam. Barangan
halal tidak mengandungi sebarang bahan tidak suci di bawah Undang-
undang Syariah. Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk
mendukung piawai kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna
dalam setiap barangan yang dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady.

Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal' rasmi keluaran JAKIM.
Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga memberi
kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad
mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama
yang telah sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan.

Segala kemudahan pengilangan Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah


tertakluk pada lawatan tapak rutin yang menyeluruh oleh pegawai-pegawai
teknikal JAKIM. Tatacara ini biasanya termasuk lawatan fizikal ke tapak,
temu ramah dengan pekerja kilang dan perbincangan dengan pegawai-
pegawai kanan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Sijil 'halal' yang
dikeluarkan oleh JAKIM diperbaharui setiap dua tahun. Pada bila-bila masa
sahaja, JAKIM berhak untuk mengadakan pemeriksaan pematuhan
menerusi pemantauan tetap secara perhubungan lisan dengan pihak syarikat,
ataupun lawatan dan pemeriksaan mengejut.
Sijil Piawaian HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian
Kritikal - Hazard Analysis and Critical Control Point) telah dianugerahkan
kepada kilang Dutch Lady Milk Industries Berhad bagi semua kilang
pemprosesan dan pengilangan mereka. HACCP ialah satu kaedah penilaian
risiko yang menggunakan pendekatan sistematik untuk menilai amalan
keselamatan makanan. Ia dirancang untuk mengenalpasti, menilai, dan
mengawal bahaya dalam keselamatan makanan agar proses pengilangan
terlindung daripada pencemaran dan risiko keracunan makanan dapat
dikurangkan.
ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu
pendekatan pengurusan bersistematik bagi menangani masalah alam sekitar
yang dihadapi oleh syarikat seperti pengurusan air & sisa air, kualiti air,
pengurusan sisa

KELEBIHAN ISO14001
Mengurangkan risiko pencemaran alam
Mempertingkatkan imej
sekitar melalui kaedah pencegahan dari  
syarikat
punca
Penambahan keuntungan hasil dari Sentiasa memenuhi syarat-
penjimatan kos yang berkait dengan alam syarat yang ditetapkan oleh 
sekitar kerajaan
Piawaian ini menyediakan satu sistem yang memberi perlindungan kepada
pekerja, pengunjung dan kontraktor daripada kemalangan yang tidak diingini
Ia membantu mengelak kecederaan di tempat kerja, kehilangan upaya,
kesihatan yang terjejas, penyakit, kecelakaan dan kematian

Organisasi Antarabangsa

Syarikat pegangan Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah Royal FrieslandCampina, sebuah
syarikat yang diperbadankan di Belanda. Royal FrieslandCampina merupakan sebuah
perbadanan multinasional yang membangun, menghasil dan menjual pelbagai produk tenusu dan
minuman berasaskan buah-buahan yang berjenama untuk pasaran pengguna, para pengguna
profesional dan pengeluar makanan.

Rangkaian produk Royal FrieslandCampina mempunyai kehadiran yang kuat di market tenusu
antarabangsa, terutama di Eropah Barat, Eropah tengah, Timur tengah, Afrika Barat dan Asia
Tenggara. Syarikat ini beroperasi dari 90 cawangan di seluruh dunia dengan jumlah 17,500
orang pekerja di mana 12,000 orang bekerja di luar Belanda. Segala akitiviti dibahagi kepada 4
kumpulan produk: Produk pelanggan yang segar dan tahan-lama, keju, bahan mentah dan produk
makanan layanan. FrieslandCampina mempunyai latar belakang korporat. Pekebun tenusu yang
merupakan ahli syarikat korporat itu sendiri juga adalah pembekal susu kepada syarikat. Oleh
kerana itu, mereka merupakan tiang yang memastikan qualiti produk sentiasa dijaga.

S-ar putea să vă placă și