Sunteți pe pagina 1din 13

DEFINISI ARAK

Arak yang juga disebut “ khamar” dalam bahasa Arab yang bermaksud minuman yang
memabukkan.Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan
munafik.Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Dalil Al-Quran haram minum arak

Firman Allah SWT

‫يايها الذين ءامنوا انما الخمر والميسر والنصاب واالزلم رجس من عمل الشيطان‬
‫فاجتنبوه لعلكم تفلحون‬

MAksudnya “ Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi
dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah kesemuanya kotor
dan keji dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya “ ( Surah Al- Maidah ayat 90)

Dalil hadis haram minum arak


Hadis Ibnu Umar r.a katanya : Rasulullah saw bersabda :

‫كل مسكر خمر وكل خمر حرام‬

“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah
haram.Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia
masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat , maka dia tidak akan dapat meminummnya
di Akhirat kelak ( Syurga)

Nabi Muhammad SAW bersabda :

‫ما اسكر كثيرة فقليلة حرام‬

“ Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak ,adalah diharamkan walau dalam
jumlah yang sedikit “ ( Kitab Sunan Ibnu Majah )

Dalil Hadis Kutukan Allah tentang arak


Dari Annas bin Malik katanya : NAbi Muhammad saw bersabda :

1
‫لعن هللا الخمر وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وعاصرها ومعتصرها وحاملها‬
‫والمحمولة اليه‬

Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :


1. Pembuatnya
2. Pengedarnya
3. Peminumnya
4. Pembawanya
5. Pengirimnya
6. Penuangnya
7. Penjualnya
8. Pemakan wang hasilnya
9. Pembayarnya
10. Pemesannya

Nabi Muhammad saw bersabda :

)‫الخمر ام الفواحش واكبر الكباء( رواه الطبراني‬

“ Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yang paling mengaibkan “
(Kitab Sunan Ibnu Majah )
Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia , di
antaranya :
. Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
. Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
. Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
Membawa manusia kea rah kemurkaan Allah
Boleh menimbulkan permusushan dan kebencian antara manusia
Memporak-perandakan rumahtangga , keluarga , masyarakat dan negara

Hukuman hudud minum arak


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :

“ Sesungguhnya seorang lelaki yang minum arak telah disebutkan dengan jelas dalam
hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.Orang-orang Islam
yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak
80 kali sebatan.Hukuman 80 kali sebatan kali ini dikenakan ke atas peminum arak

Merujuk kepada sejarah pengharaman arak dalam Islam, didapati pengharamannya


dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum ianya diharamkan
sepenuhnya.Pengharaman arak secara berperingkat-peringkat bertujuan memelihara
muslahat umat pada masa tersebut di mana ketika itu minuman arak telah menjadi adat
2
dan minuman tradisi masyarakat arab Jahiliah yang sukar untuk ditinggalkan secara
sekaligus.Jika pengharamannya dilakukan secara drastik , kemungkinan umat Islam pada
masa itu tidak dapat mentaati larangan Allah SWT dan maqasid pengharamannya tidak
dapat dicapai.

Menurut Abdul Latif Muda ( 1997), arak diharamkan dalam tiga peringkat.Pada
peringkat pertama , Al-Quran telah membicarakan tentang keburukan arak melebihi
faedahnya.Walaupun begitu,dengan turunnya ayat yang menyatakan hal tersebut , para
sahabat yang warak sudah mula meninggalkannya.Mereka banyak bertanya kepada
Rasulullah SAW tentang arak dan ini disebutkan dalam firman Allah SWT:

Menurut Abu Bakar Muhammad (2006) , terdapat beberapa pendapat berhubung sebab
turun ayat di atas . Antaranya Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Maisarah daripada
Amru Bin Syurahbil daripada Umar . ” Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak
dengan penerangan yang lengkap ”. Kemudian turunlah ayat dalam surah Al- Baqarah ,
ayat 216 iaitu yang bermaksud ” Mereka bertanya kepadaMu ( Wahai Muhammad )
mengenai arak dan judi.Katakanlah : Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manafaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manafaatnya....”.
Lalu Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat itu.Lantas dia berkata , ” Ya
Allah , terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap” .Lalu
turunlah ayat dalam surah An-Nisa ayat 43 iaitu yang bermaksud : ” Wahai orang-orang
yang beriman , janganlah kamu hampiri sembahyang ( mengerjakannya ) sedang kamu
dalam keadaan mabuk ....”
Kemudian Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat tersebu , lantas dia
berkata ” Ya Allah , terangkan kepada kami tentang arak dengan penerangan yang
lengkap ”. Kemudian turunlah ayat dalam surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 iaitu yang
bermaksud ” Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak , judi,
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
semuanya kotor dari perbuatan syaitan.Oleh itu , hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu
memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan
sembahyang .Oleh itu , mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara
yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?

Lalu Umar dipanggil dan dibacakan ayat itu kepadanya , lantas itu dia berkata ” Kami
berhenti”.

Al-Hassan berkata : Arak diharamkan dengan ayat ini . Sekumpulan ulama mengatakan :
Arak diharamkan dengan ayat 90 dan 91 dari Surah Al_maidah.Paling sahih adalah
pendapat yang mengatakan arak diharamkan melalui penurunan ayat 90 dan 91 pada
surah Al-Maidah.

3
Sumber Al-Hadis tentang pengharaman arak

Selain ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pengharaman arak.terdapat banyak


hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang hukum berkaitan pengharaman arak
antaranya hadis berikut :

: ‫حدثنا ابو الربيع العتكي وابو كامل قال حدثنا حماد بن زيد حدثنا ايوب عن نافع قال‬
‫قال رسول هللا صلئ عليه وسلم كل مسكر خمر وكل خمر حرام ومن شرب الخمر في‬
‫الدنيا فمات وهو يدمنها لم يتب لم يشربها في االخرة‬

Maksudnya : Telah diceritakan kepada kami Abu al-Rabi’ dn al- Ataqi dan Abu Kamil
berkata , telah diceritakan kepada kami Hammad bin Zaid , telah diceritakan kepada kami
Ayyub dari Nafi’ dari Ibn Umar telah berkata Rasulullah SAW ’ Semua perkara yang
memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram.Barang siapa yang
meminum khamar di dunia lalu meninggalkan dunia dalam keadaan dia masih
meminumnya dan tidak bertaubat maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat
kelak ( di syurga)”.

Hadith tersebut dipetik daripada kitab Sahih Muslim di dalam kitab minuman, berkaitan
dengan bab semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan semua khamar adalah
haram.Kandungan hadis ini adalah berkaitan dengan khamar ( arak).Iaitu setiap perkara
ataupun minuman yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah
dihukumkan sebagai haram.Berdosa bagi sesiapa yang meminumnya walaupun dengan
kadar yang sedikit.

Sumber Ijmak Ulama tentang pengharaman arak

Menurut Abdul Latif Muda ( 1997), ijmak ialah persepakatan ulama mujtahid selepas
kewafatan Rasulullah SAW dalam perkara berhubung dengan hukum syarak.Mereka
mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum daripada dalil yang terperinci dan terdiri
daripada umat Nabi Muhammad SAW sahaja.Ijmak ulama terhasil daripada ijtihad yang
merupakan peranan penting dalam menetapkan sesuatu hukum dan menjadi sumber
ketiga dalam perundangan syariah.Ini kerana terdapat beberapa nas dan ayat yang
difahami bahawa perkara yang diijtihadkan oleh ulama wajib dirujuk kepada Al-Quran

4
dan As-Sunnah.Oleh itu perkara yang disepakati oleh mereka adalah kebenaran yang
diakui oleh Allah SWT serta wajib diamalkan.
Berhubung dengan hukum meminum arak para ulamak jelas telah bersepakat
menetapkan bahwa meminum arak adalah haram sama ada dalam kuantiti yang banyak
mahupun sedikit.Hal ini jelas dinyatakan melalui dalil qatie daripada Al-Quran dan As-
Sunnah.Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu , persepakatan ulama bagi
mengeluarkan hukum yang melibatkan permaslahan arak untuk dijadikan panduan
kepada umat Islam.Ini kerana terdapat masalah yang membabitkan arak tidak dijelaskan
secara langsung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan memerlukan ulama bersepakat
mengeluarkan hukum.Antaranya contoh permasalahan yang ditimbulkan adalah seperti
berikut:
a) Perbuatan meminum dan cecair yang memabukkan
b) Arak sebagai bahan rawatan
Ibnu Syihab mengharuskannya sementara yang lainnya mengatakan tidak boleh
namun mereka tidak memberikan pandangan yang paling sahih adalah tidak
diharuskan .Walaubagaimanapun pendapat yang paling sahih adalah tetap tidak
diharuskan berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Tariq bin Suwaid Al-Ju’fi
bahawa :

‫ انما‬: ‫سال رسول هللا صلئ هللا عليه وسلم عن الخمر فنهاء وكره ان يصنعها قال‬
‫ انها ليست بدواء ولكنها داء‬: ‫ قال‬. ‫اصنعها للدواء‬

Maksudnya : ” Beliau bertanyakan Rasulullah Saw tentang arak.Baginda


melarangnya dan tidak suka dia membuat arak.Dia berkata : ” Saya membuatnya
untuk dijadikan ubat” Sabda baginda : Ia bukannya ubat tetapi penyakit ”.
( Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
c) Meneguk arak bagi menghilangkan tercekik makanan
Menurut Abu Bakah Muhammad ( 2006) menjelaskan hal yang demikian adalah
tidak dibolehkan kerana bimbang orang itu hanya sekadar menjadikan tercekik
sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari dijatuhkan hukuman.Hal ini berbeza
dengan keadaan darurat kerana terpaks minum arak dengan sebab paksaan, maka dia
boleh minum tanpa sebarang khilaf.
Manakala menurut mengutarakan pendapat yang berbeza , beliau menyatakan bahawa
dibolehkan seseorang meneguk arak apabila tercekik makanan kerana ia dalam
keadaan darurat.

Sumber Qiyas tentang pengharaman arak

Pengharaman arak sama ada yang diperah daripada anggur atau tamar adalah
berdasarkan dalil atau nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah .Pengharamannya atas
dasar atau illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan
akal.Jika ditinjau dalam konteks semasa kini terdapat pelbagai jenama ada benda
yang boleh memabukkan atau menhilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan
seseorang.

5
Apa yang dijelaskan melalui nas adalah arak sahaja dan ia ditetapkan had atau
sesiapa yang sabit dijatuhkan hukuman hudud 40 sebatan atas dasar memabukkan dan
syaratnya dengan cara meminum.Sedangkan dalam konteks semasa benda-benda
yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal digunakan melalui digunakan
melalui suntikan atau telan atau hidu atau hisap atau sedut.Semua itu tidak dijelaskan
secara langsung dalam mana-mana nas sama ada di dalam Al-Quran mahupun As-
Sunnah.

HIKMAH PENGHARAMAN ARAK

Menurut Al-Quran

Kita sedia maklum bahawa arak adalah sejenis minuman.Namun begitu arak
merupakan satu-satunya minuman yang diharamkan oleh Allah s.w.t secara jelas dan
nyata di dalam al-Quran.Ayat pertama yang diturunkan yang jelas menyatakan
tentang pengharamannya ialah daripada surah al-Baqarah , ayat 219 :

( Mereka bertanya kepadanya tentang khamar dan judi , katankanlah : pada keduanya
itu terdapat dosa besar dan beberapa manafaat bagi manusia , tetapi dosa keduanya
lebih besar dari manafaatnya . Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka
nafkahkan.Katakanlah : yang lebih dari keperluan .Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayatnya supaya kamu berfikir )

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa hukum arak itu haram dan keburukan yang
terdapat padanya melebihi manfaatnya.Setelah beribu tahun ayat ini diturunkan ,
wujud para penyelidik yang mula mencari mengapa arak diharamkan.Dari
penyelidikan tersebut, terdapat beberapa sebab yang jelas yang digariskan yang
menunjukkan kesan-kesan negatif arak.
Perkataan arak itu sendiri menggambarkan kesan negatifnya di mana i mampu
membunuh fungsi otak sekaligus seluruh anggota badan tidak dapat berfungsi dengan
betul. Bahkan lebih dari itu , arak menjadi punca pemikiran seseorang itu tidak stabil
baik dari segi perkataannya mahupun perbuatannya.

KESAN ARAK TERHADAP OTAK DAN BADAN

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa arak mampu membantu mengurangkan


tekanan dan mendapat tidur yang baik.Namun begitu , Judith Lazarus menyatakan
bahawa antara tujuh cara terbaik untuk mendapat tidur yang cukup ialah dengan tidak
mengambil kaffien dan alkhohol. Menurut beliau , setiap penyakit disebabkan oleh
tekanan dan cara terbaik mengatasinya ialah pengambilan diet yang sempurna.
Di Amerika , mereka pula berpendapat bahawa arak adalah ubat.Christian Banard
mencadangkan di dalam bukunya supaya arak perlu diambil dua gelas sehari kerana
ia dipercayai dapat mengurangkan penyakit jantung sehingga 60% .David Goldberg ,
seorang doktor di Universiti Toronto berkata :sekiranya setiap rakyat Amerika

6
mengambil dua gelas sehari , penyakit jantung mesti dapat dikurangkan sehingga
40% dan perbelanjaan perubatan dapat dikurangkan sehingga 40 billion.
Pendapat ternyata salah kerana arak merupakan racun yang paling berbahaya ke atas
jantung yang membawa kepda penyakit cardiomyohaty.Sesungguhnya arak dapat
membunuh secara mengejut atau paling tidak ia membunuh dalam jangka waktu yang
panjang.
Sebahagian pendapat lain pula menyatakan bahawa arak mampu memanaskan badan
ketika cuaca sejuk.Tetapi pada hakikatnya , komponen arak itu sendiri
mengembangkan saluran darah dan menyebabkan peminumnya berasa sejuk dan
hilang darjah kepanasan yang mana akhirnya tubuh badannya tidak mampu
menggunakan tenaga sepenuhnya.
Adapun seorang yang sihat tubuh badannya apabila dia kesejukkan salur darahnya
akan mengembang dan darjah kepanasannya menurun. Dalam pada itu hormon
adrianalin akan bertindak balas dan menukar gula dalam darah kepada glukosa yang
akan mengeluarkan tenaga.Tetapi keadaan ini tidak sama sekali berlaku kepada
peminum arak.
Doktor Aubrey Louis dipetik berkata di dalam bukunya ” Price Textbook of
Medicine ”, setitik daripada arak boleh menyebabkan sama ada turmol atau koma
atau sekurang-kurangnya pengsan. Dan pemabuk itu terdedah kepada gila.

KESANNYA TERHADAP AGAMA

‫يايها الذين ءامنوا انما الخمر والميسر والنصاب واالزلم رجس من عمل الشيطان‬
‫فاجتنبوه لعلكم تفلحون‬

( Wahai orang-orang yang beriman , sesungguhnya minuman keras , berjudi ,


menyembah berhala dan menilik nasib dengan panah itu termasuklah pekerjaan
syaitan sebab itu hendaklah kamu tinggalkan supaya kamu beruntung. )
Surah al-Maidah : 90

Suruhan Allah s.w.t dalam menjauhi arak merujuk kepada tafsir Fakhrurrazi adalah di
atas dua sebab.Antaranya ialah kerana untuk menjauhi segala perkara yang boleh
mendatangkan keburukan terhadap agama. Seseorang yang mabuk itu akalnya
terganggu dan terhalang daripada mengingati Allah.Sesungguhnya hati yang telah
bergelumang dengan mabuk akan mudah lupa dari mengingati Allah. Firman Allah :
( daripada mengingati Allah dan solat )
Surah Al-Maidah : 91
Dan firman Allah lagi :

‫يايها الذين ءامنوا ال تقربوا الصلؤة• وانتم سكرئ حتئ تعلموا ما تقولون‬

7
( Wahai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mendekati solat sedang kamu
mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu katakan )
Surah al-Nisaa
Diriwayatkan , apabila ayat ini diturunkan ,’ Umar Al-Khatab ( r.a) berkata : Ya
Tuhan kami , engkau telah menerangkan kepada kami secara jelas ,Kami akan
berhenti ( dari meminumnya ) Ya Tuhan.

KESAN TERHADAP DIRI DAN MASYARAKAT

Merujuk kepada ayat di atas ( surah al-Maidah ) ayat 90 larangan mendekatinya


berhubung dengan urusan duniawi.Arak merupakan pembawa kepada kebencian ,
pergaduhan dan permusuhan kerana sesiapa yang meminumnya akan hilang
pertimbangan , banyak melakukan kesalahan dan dirinya mudah dikuasai nafsu
syahwatnya.Maka dia mudah melakukan perkara yang di luarjangkaan.

(Syaitan benar-benar hendak menjatuhkan kamu ke dalam permusuhan dan


berbenci-bencian di antara kamu , disebabkan minuman keras dan main judi itu )
Surah Al-Maidah ayat 91

Minuman keras sesungguhnya membunuh perasaan malu dalam masalah hubungan


seksual.Telah kita ketahui bahawa pemikiran seorang pemabuk itu mudah terganggu
lalu mereka berani melakukan seburuk-buruk kejahatan.Dilaporkan di United State,
sebanyak 20% rakyatnya terlibat dengan pernikahan yang disebut sebagai ’ incest ’
akibat daripada tersebar luasnya amalan mengambil minuman keras , keruntuhan
akhlak dan kepincangan institusi keluarga.
Keadaan ini akhirnya membawa kepada permusuhan dan pembunuhan sehingga
boleh menyebabkan terputusnya hubungan persaudaraan dan dipinggirkan oleh ahli
keluarga dan orang sekeliling.

HIKMAH PENGHARAMAN ARAK

Mengikut Al-Quran

‫يايها الذين ءامنوا انما الخمر والميسر والنصاب واالزلم رجس من عمل الشيطان‬
‫فاجتنبوه لعلكم تفلحون‬
‫انما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العدوة والبغضاء في الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر‬
‫هللا وعن الصلؤة فهل انتم منتهون‬

Surah Al-Maidah ayat 90-91

Jika diteliti ayat yang tersebut maka kita akan dapati bahawa di sebalik arak itu ada
dua keburukan besar iaitu :

8
a) Kerosakan moral
b) Kecacatan iman

a)Kerosakan moral yang akan dihadapi oleh individu dan masyarakat juga negara
akan berleluasanya arak dalam masyarakat.Hal ini mungkin tidak disedari secara
langsung akan tetapi jika diinsafi maka akan ketaralah bahawa kekecohan yang akan
berlaku di dalam rumahtangga dan masyarakat.Kebencian dan permusuhan yang
tersemat di hati masyarakat antara satu sama lain yang mungkin mengakibatkan porak
peranda kepada negara akan melahirkan rasa tidak tenteram dan tidak aman.Dengan
perasaan itu maka akan hidup sengsaralah manusia
Hati orang yang meminum arak adalah tidak pernah tenteram kerana Allah telah
memberitahu manusia bahawa dengan meminum arak bermain judi dan sebagainya
syaitan dengan mudah dapat mengoda dan menguasai hati mereka supaya tidak
mengingati Allah dan seterusnya tidak menunaikan solat . Maka dengan itu jauhlah
mereka dari rahmat Allah dan lahirlah masalah-masalah moral yang sukar diatasi.

b) Disamping keburukan kerosakan moral ada satu lagi keburukan yang dapat
dikesan iaitu kecacatan iman.Apabila ditinjau dari keterangan Al-Quran dan As-
Sunnah bahawa dengan meminum arak maka iman seseorang itu akan terjejas.

Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah ( r.a ) katanya :

‫مد من الخمر كعابد وثن‬

Maksudnya : Penagih arak adalah seperti penyembah berhala


Riwayat Ibnu Majah

Pernyataan Rasulullah s.a.w bahawa penagih arak itu adalah seperti penyembah berhala
memberi erti yang amat besar , di mana Rasulullah saw menyamakan penagih arak itu
dengan penyembah berhala. Penyembah berhala adalah perbuatan syirik yang mana Allah
s.w.t tidak akan mengampunkan dosanya.Syirik adalah musuh iman malah
merosakkannya sama sekali.Oleh itu perbuatan meminum arak akan membawa kepada
syirik dalam pengertian bahawa amalan-amalan yang dilakukan oleh peminum arak tidak
akan diterima Allah.

Menurut Al-Sunnah

‫من شرب الخمر والميسر لم يقبل هللا له صالة اربعين صباحا فان تاب هللا عليه فان عاد‬
‫لم يقبل هللا صالة اربعين صباحا فان تاب هللا عليه فان عاد الرابعة لم يقبل له صالة‬

9
‫ قيل وما نهر الجبال يا‬. ‫اربعين صباحا فان لم يتب هللا عليه وسقاه من نهر الجبال‬
‫ نهر من صديد اهل النار‬: ‫ قال‬. ‫رسول هللا‬

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar ( r.a ) katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda
: Sesiapa yang meminum arak , maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya ( tidak
memberi pahala ) selama 40 hari.Jika sekiranya ia berhenti dan bertaubat selepasnya
maka Allah menerima taubatnya.Jika sekiranya ia berhenti dan bertaubat selepasnya
maka Allah menerima taubatnya.Jika sekiranya ia kembali semula meminum arak
( setelah taubat yang pertama tadi maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya
selama 40 hari pula.Jika ia bertaubat kali yang ketiga ini Allah masih menerima
taubatnya. Adapun jika ia kembali meminum arak semula arak itu buat kali yang keempat
setelah taubatnya yang sebelum dari itu , maka Allah tidak akan menerima
sembahyangnya selama 40 hari pula dan jika ia bertaubat pada masa ini maka taubatnya
tidak akan diterima oleh Allah.Dan ia akan diberi balasan dengan diberi minum air sungai
Khabal.Ditanya Rasulullah s.a.w apakah dia sungai Khabal itu ? Rasulullah s.a.w
menjawab : Sungai Khabal ialah sungai danur ( kekotoran ) dari ahli neraka

Hadis di atas mengandungi erti bahawa peminum arak akan terjejas imannya sehingga
membawa kepada penolakan segala amal ibadatnya dan Allah s.w.t tidak akan menerima
taubat mereka.Seolah-olah sama dengan orang yang mensyirikkan Allah yang juga tidak
diterima akan taubatnya.

Dengan dua keburukan dari perbuatan minum arak itu maka memang patutlah hukuman
yang akan dijatuhkan ke atas mereka di dunia ini lagi jik sabit kesalahan peminum arak
itu dengan empat puluh kali dera, sepertimana hadis Rasulullah s.a.w

‫من شرب الخمر فاجلدوه‬

Maksudnya :
Dari Abi Said al-khudri katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
menghukum sebat peminum arak dengan 40 kali sebatan.

Menurut Ulama

10
Seseorang ulama Islam yang masyhur , bernama Al-Faqih Abu Allaith mengeluarkan
pendapatnya tentang kemudaratan arak ” Jauhkanlah daripada minum arak , kerana arak
itu mempunyai 10 kerosakan :-

1. Apabila seseorang itu minum arak , dia menjadi seperti orang gila ditertawakan
oleh anak-anak dan terkeji pula pada pandangan orang yang berakal.
2. Arak itu menghilangkan akal dan merosakkan harta benda
3. Minuman arak itu menimbulkan permusuhan di antara saudara mara dan rakan
sejawat
4. Arak itu melarang daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang
5. Arak itu boleh menyebabkan perzinaan dan kadangkala boleh menyebabkan
perceraian dalam keadaan tidak siuman
6. Arak itu adalah kunci segala kejahatan kerana apabila arak diminum maka
mudahlah baginya mengerjakan segala kejahatan
7. Menyusahkan malaikat yang menjaga dirinya kerana ia berada di dalam majlis
orang yang fasiq
8. Wajib ia menerima balasan denda ( had) sebanyak lapan puluh kali , jika ia tidak
kena denda di dalam dunia di akhirat kelak pasti ia akan dipukul dengan tongkat
api neraka di hadapan khalayak manusia serta disaksikan oleh ibu bapa dan rakan-
rakannya
9. Ditutup pintu langit dan doanya selama 80 hari
10. Dicurigai dan ditakuti imannya akan dicabut di saat hendak mati yang tersebut ini
balsan dunia sahaja , sebelum dia menghadapi balasan di akhirat yang lebih pahit
pedih dan sengsara.

Menurut Profesor Dr. Yusof Qardawi , kalau diadakan penyelidikan secara teliti di
rumah-rumah sakit , bahawa kebanyakkan orang yang gila dan mendapat gangguan
saraf adalah disebabkan arak.Dan kebanyakkan orang yang bunuh diri ataupun yang
membunuh kawannya adalah disebabkan arak.Termasuk juga kebanyakkan orang
yang mengadukan dirinya kerana diliputi oleh suasana kegelisahan , orang yang
membawa dirinya kepada lembah kerosakan dan menghabiskan hak miliknya adalah
disebabkan oleh arak.
Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-
lamanya.Disamping itu , ia juga boleh menyebabkan sakit jantung , radang paru-
paru , batuk kering , barah mulut dan kerongkong.Di Amerika sahaja terdapat 10
hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada
kalangan remaja.Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak adalah 100,000 orang
setiap tahun.
Justeru itu, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak menganggapnya sebagai
penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya.Allah menjelaskan dalam surah
al-Baqarah ayat 219 :

‫يسئلونك عن الخمر والميسر قل فيهما اثم كبير ومنافع للناس واثمهما اكبر من نفعهما‬

11
Maksudnya : Dan mereka bertanya berkenaan arak dan judi.Katakanlah: kepada
kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan , namun
keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya.

Pandangan Individu

Menurut pandangan saya memang patutlah arak diharamkan kerana ianya banyak
memberi banyak keburukan daripada kebaikan.Walaupun menurut beberapa pandapat
mengatakan bahawa arak itu menjadi penawar dan penyedap bagi makanan dan
penyakit tetapi saya tidak menyokongnya kerana menurut kajian arak mendatangkan
pelbagai masalah dalam jangka masa yang panjang.
Menurut satu pendapat mengatakan pengambilan arak merupakan racun yang paling
berbahaya ke atas jantung yang membawa kepada penyakit
cardiomyophaty.Sesungguhnya arak dapat membunuh secara mengejut atau paling
tidak ia membunuh dalam jangka waktu yang panjang.
Arak juga menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan akal dan mengakibatkan
seseorang itu bertindak menikut nafsu.Arak juga banyak memberi kesan yang tidak
baik kepada diri , masyarakat dan agama .
Oleh itu sebagai manusia kita mestilah menjauhkan diri daripada arak kerana ianya
banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Penutup

Maka di sini kami dapat membuat kesimpulan bahawa hikmah pengharaman arak banyak
membawa kepada kebaikan kerana arak itu sendiri banyak membawa kepada
kemudaratan.Antara hikmah-hikmah tersebut :
1) Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
2) Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
3) Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah
4) Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
5) Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
6) Memporak-perandakan rumahtangga , keluarga , masyarakat dan negara.
7) Arak juga telah didapat menjadi penyebab berlakunya zina dan sumbang
mahram.Sesorang itu sanggup memperkosa sesiapa sahaja termasuklah memperkosa dan
mereka sanggup melakukan kekejaman , pembunuhan dan sebagainya.

Maka dengan itu kita sebagai orang Islam mestilah menjauhi arak kerana ia lebih banyak
mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

12
RUJUKAN

1. Prof. Dato’ Dr. Haron Din , Prof Madya Haji Hassan Salleh , Prof Madya Sulaiman
Yasin , Prof Madya Drs. Sidi Ghazalba. Manusia Dan Islam

2. Modernis Bandung Aspek-Aspek Kehidupan

3. Ma’amur Daud .Terjemahan dan disahkan oleh Syeikh H. Abd Syukur Rahimy
Terjemahan Hadis Shahih Muslim

4. Musthafa K.S . 1993 , Alkohol dalam Pandangan Islam dan Ahli-Ahli Kesehatan :
Cetakan Pertama

5.http://halaqah .net

6.Dr. Amir Husin Mohd Nor . Dr Abdul Basir Mohamad. Dr. Mohd Nasran
Mohamad . Zaini Nasohah.2006. Modul Falsafah Tasyri’ Pusat Kembangan
Pendidikan

13

S-ar putea să vă placă și