Sunteți pe pagina 1din 3

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1.

Tugasan hendaklah ditaip debgan jelas menggunakan font times new roman, aksara 12 dan dengan jarak double spacing. Anda hendaklah menggunakan kertas berukuran A4 untuk tujuan ini. Panjang tugasan adalah dalam lingkungan 20-25 muka surat. Penilaian untuk tujuan pemarkahan adalah berdasarkan kepada hujah dan pandangan yang diutarakan dan releven dengan tajuk tugasan yang diberikan. PANDUAN TAMBAHAN UNTUK PENULISAN ESEI 1. esei atau penulisan tugasan pelajar mesti mempunyai rujukan daripada buku, dan jurnal, sebagai rujukan utama si samping akhbar dan majalah. Minimakan rujukan sesawang. Jika merujuk sesawang atau web site sila cetak rujukan tersebut dan catatkan dengan lengkap alamat sesawang tersebut beserta penulis atau bloggernya. Lampirkan bahan dari sesawang. 2. catat rujukan di dalam perenggan mengunakan sistem APA. 3. catat rujukan secara terperinci pada bibliografi (akhir penulisan). Contoh : a. Abdullah Muhammad zin (1998). Golongan miskin tegar : mengapa abaikan, dalam majalah dewan masyarakat keluaran februari. Kuala lumpur : penerbit pena ilham. (MAJALAH) b. Barjoyai bardai (DR) (1992). Tax Illiteracy in malaysia : problems and solutions. ACCACMADIA, journal of school of Accountancy ITM shah alam. December 1992,p.6-35.(JURNAL) c. Danial zainal abidin (2005). Islam the misunderstood religion. Janda baik : PTS millennia Sdn.Bhd. (BUKU) d. Sulaiman Nordin (1995). Islam, al-quran dan ideologi masa kini. Kuala lumpur. Dewan bahasa dan pustaka. (BUKU) e. Utusan Malaysia 25 mac 2008. (akhabar) 4. penulisan esei perlu mengandungi: a. pendahaluan b. seterusnya isi yang ditulis dalam sub-sub topic tertentu. c. Kesimpulan harus mengambarkan penderian pelajar atau komentar pelajar tentang perbincangan tajuk esei. TAJUK TUGASAN Pilih satu tajuk sahaja. 1. bincangkan dengan jelas dan berfakta bahawa islam adalah agama yang memupuk perpaduan. 2. bicangkan kaedah untuk merealisasikan konsep satu Malaysia melalui dua aspek berikut i. politik ii. ekonomi iii. social

3. bincangkan secara kritis dan berfakta terhadap cabaran-cabaran pro dan kontara hubungan etnik di Malaysia.

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN GFPA 1013 (PENGANTAR SAINS POLITIK) 1. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas ukuran A4, font: Times New Roman, dan menggunakan sistem rujukan APA atau Harvard System. TUGASAN INDIVIDU Bagi tugasan individu, pelajar-pelajar perlu menyiapkan 1 kertas kerja berdasarkan salah 1 topik yang dipilih di bawah. Tugasan perlulah disediakan di dalam lingkungan 10-15 muka surat (double spacing). Tugasan disediakan dalam bentuk fail MSWord dan di cetak sebelum diserahkan kepada pensyarah untuk tujuan penilaian dan pemarkahan. Topik pilihan kesemuanya berkenaan Malaysia. 1. Dasar luar Negara Malaysia. Setiap pelajar perlu menggunakan sekurang-kurangnya 5 bahan terbitan ilmiah bagi menyediakan tugasan ini. Persembahan tugasan boleh dibantu oleh gambarrajah, jadual, foto dan lain-lain. Data-data dan maklumat yang digunakan atau diulas dalam penulisan hendaklah dinyatakan sumber rujukannya. Adalah diingatkan pelajar tidak melakukan sebarang plagiatrisme.

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN SADN 1033 (KENEGARAAN MALAYSIA) Tema tugasan pada semester ini ialah Tokoh-Tokoh Tempatan seperti Tokoh Politik,Tokoh Pendidikan,Tokoh Ekonomi dan lain-lain. CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM TUGASAN Tidak ada satu ketetapan yang khusus tentang perkara di atas.ia bergantung kepada kesesuaian jenis tugasan dan kajian yang dijalankan oleh seseorang. Namun demikian, secara umumnya setiap tugasan selalunya perlu mengandungi perkara-perkara berikut. 1. bahagian pengenalan yang merupakan bahagian yang menyatakan idea-idea utama atau garis kasar yang ingin dinyatakan dalam teks. Contohnya sekiranya tugasan merupakan satu kajian mengenai sejarah hilang: Pertemuan Tungku dan Chin Peng bahagian pengenalan akan menerangkan mengenai geo-strategik Pekan Baling. 2. teks utama atau pun isi-isi

bahagian ini hendaklah disusun dengan rapi agar terdapat kesinambungan hujah yang baik dan dapat menjelaskan permasalahan yang diteliti. Ini kerana ia sangat mempengaruhi keterangan dan penjelasan yang dikemukakan. Tugasan yang baik ialah tugsan yang mampu memuatkan faktafakta yang mengcukupi dan menghujahkan dengan berkesan. Ia dapat dilakukan hanya melalui pembacaan dan pemgumpulan bahan-bahan rujukan yang banyak. 3. setiap fakta yang diambil dari mana-mana rujukan perlu dinyatakan sumber dengan menggunakan kaedah nota kaki atau foot notes ataupun nota hujung atau end notes 4. bahagian akhir ataupun kesimpulan merupakan bahagian rumusan hujah atau analisis secara ringkas.

S-ar putea să vă placă și