Sunteți pe pagina 1din 3

FIKRAH KITA

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah yang syamil, kamil dan mutakamil merangkumi seluruh kehidupan mukmin. Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taala telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya (5:3) :

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya (abasa, qul), begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain (2:85).

" : :" "


Dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah (6:116):

Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Dien. Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam. Sabda Nabi saw (Tabrani Mujam Kabir):

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam. Firman Allah (4:65):

Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan
1

dengan isme-isme lain (Kesah Umar dan helaian Taurat- Kasyful Musykil: 1:708). Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Kita juga mesti mengenal realiti dan apa yang dinamakan dan bukan namanya, agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan, konsert amal dan lain-lain nama yang baik itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjamaah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya. Begitu juga, kita tidak boleh mudah menerima sesuatu yang bukan Islam dan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti: demi pembangunan, demi kemajuan dll. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat. Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah deen ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Addeen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama dan mujahid Islam yang mutabar. Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak, sebagaimana firmannya (18:29):

Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap. Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya. Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini kita mesti mempunyai al-wayu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya tidak sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi kesedaran Islam perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang mempunyai kesedaran Islam akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam. Untuk itu kita perlu kepada didikan atau tarbiyyah. Tarbiyyah yang boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.
2

Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya dengan halaqah, usrah, ijtima dan sebagainya. Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging kita. Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki karat-karat jahiliyyah (rawasib jahiliyyah). Pernah Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan panggilan Ibnu Assauda. Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh balas dengan memijak pipinya. Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sekali didorong oleh kepentingan kumpulan, profession, pangkat, bintang dan sebagainya. Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mumin

S-ar putea să vă placă și