Sunteți pe pagina 1din 16

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu terkenal di dunia. Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun bahan untuk membuat perabot dan kegunaan lain. Malaysia merupakan sebuah pengeskport kayu yang terkenal di dunia. Pelbagai jenis kayu yang berkualiti tinggi terdapat di Malaysia dan boleh menjadi bahan pembinaan yang baik. Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai kelembapan, ketumpatan dan ruang udara yang berbeza berbanding bahan binaan yang lain. Kayu secara am boleh diproses menjadi :

Tiang, rasuk, lantai, dinding, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya Perabot Bahan pelarut. Kertas Venir Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam

menanggung beban .Tahap kemampuan kayu menampung beban bergantung kepada ciri-ciri yang terdapat pada kayu tersebut. Malah penggunaan kayu turut bergantung kepada ciri-ciri pada kayu tersebut. Kayu terbahagi kepada empat, iaitu; a. Keras dan berat. b. Keras dan sederhana berat. c. Keras dan ringan. d. Lembut.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

SOALAN 1 (a) Menentukan kumpulan spesies-spesies kayu, jenis kayu dan kebaikan dan kekurangan penggunaan kayu yang sesuai digunakan bagi pembinaan rumah rehat mengikut ketetapan berikut : i. Bumbung ii. Tiang iii. Lantai dan gelegar iv. Dinding v. Pemidang pintu dan tingkap vi. Daun pintu berpanel kayu i. Bumbung Bumbung kecil terangkat merupakan satu contoh bumbung yang boleh dipratikkan dalam membina bumbung rumah rehat. Bumbung seperti ini sangat penting dalam sistem pengudaraan. Binaan seperti ini adalah salah satu langkah untuk mengeluarkan bahang udara yang terperangkap dari ruang dalaman bangunan. Berdasarkan spesifikasi yang diberikan iaitu bumbung ganding curam 30 dengan hujung tibal layar, bumbung pisang sesikat curam 15 sementara kasau kayu 50 mm x 75 mm Papan tumpu kasau : 25 mm x 200 mm. Kriteria yang diberi perhatian untuk kerja-kerja binaan bumbung tersebut ialah pemilihan jenis kumpulan kayu yang hendak digunakan. Kayu yang menjadi pilihan untuk kasau bumbung ialah kayu meranti.

Gambar1 Kedudukan kasau pada bumbung.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

Pemilihan kumpulan kayu keras dan ringan ini amat besesuaian agar beban yang berat boleh ditampung oleh struktur rumah rehat daripada runtuhan. Kayu yang menjadi pilihan untuk kasau bumbung ialah kayu meranti.

Gambar 2 Keratan Kayu Meranti Kelebihan penggunaan kayu meranti ialah ianya mempunyai kekuatan. Kayu meranti juga mempunyai kekuatan tegangan, mampatan dan lenturan yang baik. Walaupun ia dikategorikan keras namun boleh dibentuk menggunakan mesin tanpa memerlukan penggunaan teknologi yang tinggi. Di samping itu, kayu meranti mudah diubah bentuk semasa di tapak binaan. ii.Tiang Merupakan bahan binaan yang terpenting yang diperbuat daripada jenis kayu yang terbaik, kuat dan tahan menanggung beban berat bangunan rumah rehat. Pada zaman dahulu tiang ditanam dalam tanah tetapi zaman kini tiang diberi alas di bahagian kakinya yang disebut lapik yang tiang atau alam tiang diperbuat daripada kayu. Terdapat 6 jenis tiang iaitu tiang seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang gantung, tiang tambah atau tiang penyokong.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

iii.Lantai dan Gelegar Kayu meranti digunakan untuk membina lantai dan gelegar. Meranti terdiri daripada keluarga Shorea. Nama botani untuk meranti merah ialah Shorea Lepidota. Untuk rumah rehat ini, meranti merah digunakan. Kayu ini terdiri daripada kumpulan kayu keras dan ringan. Kayu ini dipilih kerana kayu ini mudah dikendalikan dan senang dilenturkan kerana mempunyai daya tahan yang sangat tinggi.

Gambar 3 Kayu Meranti Merah iv.Dinding rumah Kayu yang sesuai digunakan untuk membuat dinding ialah kayu keruing. Keruing termasuk dalam famili Dipterocarpaceae yang mempunyai lebih dari 15 spesies. Kayu ini termasuk dalam kumpulan kayu keras dan sederhana berat. Kayu ini harus diawetkan dengan bahan pengawet bagi mengelakkan serangan serangga seperti anai-anai. Kayu keruing yang telah diawetkan akan tahan lebih lama, tahan kelembapan dan ini sesuai digunakan untuk membuat dinding rumah.

Gambar 4 Kayu Keruing v.Pemidang pintu dan tingkap serta daun pintu Bagi kedua-dua bahagian rumah ini, kayu nyatuh dipilih berdasarkan sifat kayu ini yang keras dan ringan. Nama saintifik bagi kayu nyatuh ialah Ganua Hirtiflora Ridley Van Royan. Kayu ini tergolong dalam jenis kumpulan keras dan ringan. Kayu jenis ini sememangnya

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

telah terbukti amat bermutu tinggi. Oleh itu, kayu ini digunakan untuk membina pintu, tingkap dan daun pintu amat bersesuaian. Di samping itu, kayu ini mempunyai ira yang sangat menarik. Ini akan memberikan nilai estetika yang tinggi pada rumah rehat berkenaan.

Gambar 5 Ira Kayu Nyatuh

Gambar 6 pintu dari kayu nyatuh

Sebagai kesimpulannya. kegunaan kayu tidak lagi mendapat sambutan kebelakangan ini disebabkan kos yang tinggi, tidak mesra alam sekitar disebabkan banyak pokok perlu ditebang, terdedah kepada serangan anai-anai dan keupayaan yang rendah dibandingkan dengan keluli.

SOALAN 1 (b)

Pembinaan tanggam dalam kerja ketukangan kayu adalah amat diperlukan untuk menghasilkan satu sambungan di antara kayu yang kuat dan baik supaya ianya sentiasa selamat dan tidak rosak atau lemah. Kerja-kerja mencantum papan lantai dan daun pintu amat merumitkan. Jika pemasangan tidak kemas, lurah-lurah antara papan akan kelihatan dan mencacatkan nilai estetika lantai tersebut. Dengan adanya tanggam maka kerja-kerja mencantum kepingan-kepingan papan lantai akan menjadikan hasil kerja menjadi kemas dan indah.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

Kenal pasti beberapa jenis tanggam yang sesuai digunakan di bahagian :


Lantai Pemidang pintu dan tingkap Daun pintu berpanel kayu

Jenis-jenis tanggam yang digunakan perlulah sesuai dengan kerja yang dilakukan. Cara penyambungan yang cekap harus dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan kekuatan kayu yang padu. Antara kebaikan penggunaan tanggam ialah: Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan. Dapat menjimatkan kos dan bahan Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan Menambah kekukuhan binaan Dapat menyambung struktur kayu Lantai Jenis-jenis tanggam yang sesuai untuk mencantumkan papan lantai ialah tanggam jenis tanggam melebar. Tanggam Melebar digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan papan yang lebih lebar bagi penggunaan membina daun pintu, lantai, dinding dan sebagainya. Antara contoh tanggam melebar ialah: tanggam glue gesel tanggam penetap
tanggam lurah dan lidah

tanggam tetingkat Tanggam Glu Gesel

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

Tanggam Glu Gesel Kedua-dua tepi kepingan kayu diluruskan kepada empat segi dan ditemukan beberapa kepingan dengan dipegang diantara tepi oleh glu atau paku kedut.
i.

Apabila kepingan yang diglu, ianya hendaklah diperah keluar (digesel diantara kedua tepi dan diapit dengan apit panjang). Cantuman ini banyak digunakan bagi muka atas meja.

ii.

Digunakan bagi pekerjaan yang murah, biasanya digunakan untuk barangbarang seperti peti-peti barang murah dengan menggunakan dipaku dengan paku berkedut.

Tanggam Penetap

Tanggam Penetap Penetap adalah sejenis pin yang diperbuat daripada kayu, plastik,atau keluli yang mana memadankan kepada dua lubang yang sesuai. Tanggam ini yang menggunakan pin dipanggil tanggam penetap. Tanggam penetap juga sesuai untuk digunakan dalam pembinaan lantai rumah rehat. Papan atau kayu yang sesuai untuk tanggam jenis ini hendaklah bertebalan tidak kurang daripada 12mm. Tanggam Lidah dan Lurah

Tanggam Lidah dan Lurah

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

Untuk bahagian lantai rumah rehat, tanggam yang sesuai digunakan ialah tanggam lidah dan lurah. Tanggam jenis ini merupakan tanggam melebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai dan dinding papan.

Pemilihan tanggam lidah dan lurah pada bahagian lantai adalah yang paling tepat. Tanggam ini boleh dibuat sama ada dengan alat-alat tangan atau menggunakan mesin. Pada tiap-tiap keping papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain. Ia dipasang dengan diapit dan dipaku serong bagi papan lantai.

Tanggam Tingkat

Tanggam Tingkat\ Di dalam tanggam ini, tepi kedua-dua papan dibuat tetingkat dan dipasang dengan glu dan diapit. Fungsi tingkat ini adalah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

Tanggam Untuk Pemidang Pintu dan Tingkap Untuk bahagian pemidang pintu dan tingkap kaca, tanggam jenis kekang akan digunakan. Ini termasuklah kekang T, kekang penjuru dan tanggam kekang penjuru rencong. Bersesuaian dengan penggunaan kaca pada tingkap rumah rehat, tanggam yang paling sesuai ialah tanggam kekang penjuru rencong. Cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah hujung ataupun sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong diperlukan. Contoh tanggam ini adalah seperti dalam gambar rajah di bawah.

Tanggam kekang T Daun Pintu Berpanel Kayu

Tanggam kekang penjuru

tanggam kekang penjuru rencong

Untuk bahagian daun pintu, tanggam yang paling sesuai digunakan ialah tanggam pemidang. Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Dua tanggam pemidang yang boleh digunakan ialah tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting. Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis tanggam lubang dan puting yang boleh digunakan pada bahagian pintu.

Tanggam lubang dan puting biasa

Tanggam lubang & puting berjajang

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

10

Tanggam lubang puting berbahu rendah


Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah

SOALAN 1 (b) Prosedur Pembinaan Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang Tanggam ini tergolong dalam kumpulan tanggam pemidang. tanggam yang paling kuat. Tanggam ini merupakan Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu

dengan pemidang tegak seperti yang terdapat pada bahagian atas daun pintu.

Fungsi tanggam ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut. Sebelum memulakan kerja-kerja membina tanggam lubang dan puting, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah kita hendaklah memastikan kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

11

Langkah-langkah pembinaan tanggam lubang puting berjajang. 1. Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pada hujungnya seperti pada kaki meja atau kerusi. 2. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal puting. 3. Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut 4. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. 5. Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah1/3 daripada tebal kayu yang berkenaan. 6. Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya. 7. Jika pemidang lintang tersebut terlalu lebar,maka eloklah dibuat dua puting. 8. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting. 9. Seberapa boleh,gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang. SOALAN 2 (i) - Sistem Bekalan Air Secara Tak Terus Dalam sistem ini, semua pemasangan kecuali bekalan pada sinki dan pancuran air dibekalkan secara tidak langsung dari tangki simpanan air sejuk. Oleh kerana tangki membekalkan air ke semua peralatan kebersihan, maka muatan tangki simpanan adalah dua kali ganda dari tangki untuk sistem bekalan air secara terus iaitu 227 liter. Sumber bekalan air adalah satu keperluan dan kehidupan kita seharian. Tanpanya banyak masalah akan dihadapi oleh manusia.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

12

Air yang ditakung dalam empangan akan melalui proses-proses tertentu seperti penapisan dan pembersihan bagi memastikan kualiti kebersihan air dan seterusnya air disalurkan ke tangki simpanan. Dari tangki itu air akan dibekalkan ke setiap rumah kediaman, bangunan pejabat, sekolah dan premis perniagaan. Air yang bersih ini akan dibekalkan ke kawasan rumah melalui sistem bekalan air. Sistem bekalan air di rumah terbahagi kepada 2 iaitu : Sistem Terus Bagi sistem terus, air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaipan seperti sink cuci, tandas dan bilik air. Antara kebaikan sistem ini ialah airnya bersih dan masih baru, sesuai untuk minuman dan memasak. Namun sekiranya berlaku gangguan air atau kerosakan paip utama, sistem ini tidak akan membekalkan air ke rumah. Sistem Tidak Terus Bagi sistem tidak terus pula, air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke semua kelengkapan perpaipan di rumah. Air yang mengalir melalui sistem ini adalah rendah tekanannya dan sekiranya ada gangguan atau kerosakan paip utama, tangki simpanan air masih boleh membekalkan air. Perbezaan kedua-dua sistem

Sistem Tidak terus

Sistem Terus

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

13

Lakaran Aliran Sistem Tidak Terus Pada Rumah Rehat

Dari meter air

Petunjuk : A Tangki air - aliran air Merujuk kepada pelan rumah rehat yang dilampirkan, tangki simpanan air diletakkan betulbetul di atas bahagian bumbung bilik air. Ini adalah kerana saiz bumbung rumah rehat ini yang agak kecil sudah tentu menyukarkan penempatan tangki air yang besar. Tangki air itu diletakkan di atas bumbung bagi memastikan tekanan air dalam keadaan tinggi dan dapat memenuhi kehendak segera. Melalui sistem tidak terus ini, air yang mengalir dari paip utama akan dialirkan melalui meter air dan terus ke tangki simpanan air. Tangki simpanan akan menyimpan air untuk kegunaan seluruh bahagian rumah. Penggunaan tangki simpanan dapat menjamin bekalan air bagi sekurang-kurangnya sehari jika paip utama tidak membekalkan air. Namun begitu, air simpanan dalam tangki ini tidak begitu sesuai digunakan untuk memasak kerana terdapat mendapan kekotoran pada dasar tangki. Apatah lagi jika tidak diselenggara oleh pengusaha rumah rehat tersebut secara berkala.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

14

SOALAN 2 (ii) - Langkah-Langkah Pemasangan Tangki Simpanan Air Tangki simpanan air merupakan suatu bekas air yang diperbuat daripada kepingan keluli, simen asbestos, plastik dan kaca gentian. Bagi rumah rehat ini, tangki buatan plastik polypropylene digunakan. Ini adalah kerana tangki ini mudah dikendalikan, lebih ringan, tidak mudah berkarat, dan melibatkan kos yang lebih murah. Gambar rajah di bawah menunjukkan dengan jelas lakaran pemasangan tangki simpanan di rumah rehat itu.

Bahagian-bahagian utama tangki simpanan ialah injap bebola, bola pelampung, paip agih dan paip limpah. Air yang dibekalkan kepada tangki simpanan dikawal oleh injap bebola yang dipasang pada hujung masuk paip servis. Paip cuci turut dipasang untuk memudahkan kerja-kerja mencuci tangki tersebut. Pemasangan injap bebola dari jenis portsmouth dipilih untuk tangki simpanan ini kerana ia sangat senyap semasa digunakan. Kerosakan jarang berlaku dan melibatkan kos selenggara yang kecil. Kerosakan selalunya berlaku kepada sesendal getah yang perlu digantikan dari masa ke semasa. Tangki simpanan dengan muatan 270 liter padu digunakan pada rumah rehat ini. Ini adalah kerana, penggunaan air untuk rumah rehat ini hanya terhad kepada bahagian bilik air.

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

15

PIAWAIAN YANG DIBERIKAN OLEH JKR Kerja paip bekalan air dan pemasangannya hendaklah dilaksanakan oleh tukang paip yang diberi lesen oleh Pihak Berkuasa Air Negeri yang berkenaan dan mengikut sepertimana yang diluluskan. Paip agihan di atas tanah hendaklah menggunakan paip keluli bergalvani kelas B yang diluluskan dan pemasangan mengikut B.S 1387. Semua paip perkhidmatan, paip penyampaian dan pam, serta semua paip bawah tanah hendaklah menggunakan paip keluli bergalvani kelas C. Paip UPVC untuk agihan air sejuk hendaklah daripada paip klorida polivinil yang tak plastik kelas C yang diluluskan dan pemasangan mematuhi B.S 3505. Paip UPVC di dalam tanah dan paip servis hendaklah dari UPVC kelas D. Paip tembaga yang digunakan hendaklah mematuhi B.S 2871 Part I. Penyambungan mengikut B.S 864 Part II
Tangki simpanan air hendaklah kedap air dan ditupang dengan sempurna. Tangki

disertakan dengan penutup yang kalis habuk dan boleh menghalang kemasukan nyamuk. Penutup tangki hendaklah dibuat supaya tidak kedap udara.
Injap bebola jenis tekanan tinggi B.S 1212 di saluran masuk. Tangki juga mesti

dilengkapi paip cuci dan paip limpah/amaran. Meter hendaklah mengikut butir-butir yang ditunjukkan di dalam pelan. Penyambungan ke meter, pembekalan meter dan semua paip ke meter hendaklah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Air negeri berkenaan. Sistem flush valve memerlukan tangki simpanan air yang berasingan daripada tangki simpanan air untuk kegunaan pemasangan lain. Paip air turun dari tangki flush valve perlu dibuat berasingan, satu paip untuk bekalan air ke tiga tingkat teratas yang dibantu oleh pam penggalak. Satu paip lagi untuk tingkat yang lain sehingga tingkat bawah. Pam tidak perlu kerana tekanan statik telah mencukupi

Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS 3103

16

Bibliografi Abibullah bin Samsudin (1994). Industri Balak di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hj Kandar Selamat, Haji Asnul Dahar Minghat, Amran Mohd Din, Cho Keng Boon, P.Priasamy, Siow Hing Siong (2008). HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Tan Boon Tong (2000). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ir. Budi Setiawan Atmosuseno, Ir. Khaerudin Duljapar (1996). Kayu Komersial. Jakarta : PT Penebar Swadaya. Zulkifli bin Mohd Salleh, Zainal bin Abdul Rahim, Tuslah binti Abdan (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Shah Alam : Cerdik Publications Sdn. Bhd. Rujukan Internet : http://www.frim.com.my http://www.wikipedia.com http://www.dephut.go.id
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ting_seng.htm http://www.dephut.go.id/informasi/propinsi/SUMSEL/jenis_kayu_dagang.html http://www.jatijawacepu.com/index.php?module=blog&act=detail&id=6

S-ar putea să vă placă și