Sunteți pe pagina 1din 3

KERTAS KERJA PROGRAM AMALKAN 7 LANGKAH CUCI TANGAN DENGAN BETUL KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN TEMIN

1. Pendahuluan Program Amalkan 7 Langkah Cuci Tangan Dengan Betul adalah hasil kerjasama bersepadu banyak pihak untuk memastikan warga sekolah sedar akan pentingnya penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Ahli kelab Dr Muda akan menerangkan kepentingan penjagaan kesihatan dan juga kesan kesan jika penjagaan kesihatan diabaikan. Mereka juga akan mengadakan demonstrasi penjagaan kesihatan dan amali. 2. Pengenalan Program ini perlu diadakan sebanyak 2 kali setahun yang melibatkan semua murid SK Temin yang berjumlah 741 orang. Demonstrasi 7 langkah membasuh tangan sangat penting dan perlu diadakan untuk mendedahkan murid-murid kepada amalan mencuci tangan dengan betul untuk mencegah penyakit seperti taun, demam kepialu, jangkitan cacing dan keracunan makanan. 3. Rasional Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada seluruh warga SK Temin tentang 7 langkah membasuh tangan dengan betul dan juga memastikan semua murid tahu dan faham akan kesan-kesan dan penyakit-penyakit yang akan hinggap sekiranya tidak membasuh tangan dengan betul. 4. Objektif Murid mengetahui, memahami serta mempraktikkan amalan 7 langkah membasuh tangan dengan betul Menghargai kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah . Menanam sikap bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri. Meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan Dr Muda dalam menyampaikan mesej kesihatan dalam kumpulan kecil.

5. Pelaksanaan Program Tarikh : 04 Mac 2009 Masa : 10.50 pagi 11.50 pagi ( sesi 1 untuk tahap 1) : 11.50 pagi 12.50 tengahari ( sesi 2 untuk tahap 2) Tempat : Kantin Sekolah 6. Maklumat Program a. Program ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi 1 untuk tahap satu dan sesi 2 untuk tahap 2.

b. Dr Muda akan menggunakan poster dan menunjukkan tangan yang kotor dan berkuku panjang. c. Dr Muda juga membincangkan tentang penyakit-penyakit yang berkaitan seperti taun, jangkitan cacing dan juga demam kepialu. d. Dr Muda menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan. e. Akhir sekali, murid akan dibahagikan kepada 15 kumpulan. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh 4 orang Dr Muda untuk sesi amali secara berkumpulan. 7. Sasaran 741 orang murid .

8. Jawatankuasa Pelaksana Rujuk Lampiran.

9. Anggaran Perbelanjaan Tiada

10. Sumber Kewangan Tiada

11. Penutup Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, dapat meningkatkan tahap kesedaran dan amalan kebersihan diri dalam kalangan murid SK Temin seterusnya mampu menjadi agen penyampai maklumat kepada keluarga dan masyarakat setempat sekaligus mampu menjadi role model dalam penjagaan kebersihan. Disediakan oleh, .. (ROKIAH BT IBRAHIM) Penyelaras, Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Temin Disahkan oleh, (ABD RAHIM BIN YUSOH) GPK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Temin

S-ar putea să vă placă și