Sunteți pe pagina 1din 11

PENGENALAN Psikologi sosial adalah suatu cabang ilmu psikologi yang meneliti dampak atau pengaruh sosial terhadap

perilaku manusia. Bidang ini sangat luas, mencakupi berbagai bidang kajian dan beberapa disiplin ilmu. Psikolgi sosial juga digunakan dalam berbagai disiplin dan industri. Banyak orang memanfaatkan prinsip-prinsip psikologi sosial bahkan tanpa menyadari hal itu ketika mereka mencuba untuk mengendalikan kelompok, pengaruh, pendapat seseorang, atau menjelaskan mengapa seseorang berperilaku dengan cara tertentu (atas talian, http://belajarpsikologi.com/pengertian-psikologi-sosial/). Vygotsky telah menumpukan teori perkembangan manusia terhadap perkembangan kognitif. Pendapatnya berasaskan kepada dua idea iaitu: A) Beliau mencadangkan bahawa perkembangan intelektual hanya boleh difahami dari segi konteks sejaraah dan budaya yang dilalui oleh kanak-kanak. B) Beluai percaya bahawa perkembangan bergantung kepada sistem simbol yang individu hidup dengannya iaitu simbol yang telah diciptakan oleh budaya untuk menolong manusia berfikir, berkomunikasi, dan menyelesaikan masalah. Conohnya ialah budaya bangsa, sistem tulisan, dan pengiraan. Teori Sosiobudaya yang dimaksudkan disini ialah teori daripada Vygotsky. Nama sebenar beliau ialah Lev Semyonovich Vygotsky (1896-1934). Ia sangat terkenal sebagai ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiobudaya ini. Merupakan ahli psikologi Rusia yang mengamalkan fahaman Marxist. Ia belajar di Private Jewish Gymnasium in Gomel (1913) dan menyambungkan pelajaran di Moscow University (Law degree, 1917; Ph.D., 1925). Vygotsky pernah berkhidmat sebagai guru Psikologi di kampung halamannya. Penyelidikan yang paling unggul beliau bertajuk The Psychology of Art. Berdasarkan penyelidikan ini, beliau telah memperolehi Ph. D. di dalam bidang Psikologi di Institut Psikologi Moskow. Tetapi di sepanjang hayatnya, belaiau menghadapi kesukaran untuk menyerapkan teori-teori dalam idea-idea politik Russia (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Menurut Tudge (2004), teori Vygotsky ini telah menarik minat dalam aspek pengetahuan ialah situated dan collaborative (Santrock, 2008). Pengetahuan tidak disalurkan dari satu individu kepada individu lain tetapi ianya dikonstruk melalui interaksi dengan orang lain dan objek yang ada di dalam budaya tersebut. Ini bermaksud, cara terbaik pengetahuan boleh didapati ialah melalui interaksi dengan orang lain dalam aktiviti yang saling bekerjasama. Selain itu juga, terdapat tiga tema asas yang menjadi rangka kepada teori yang dihasilkan. Tema tersebut ialah konsep perkembangan, proses sosial dan budaya, dan peranan pertuturan dalam perkembangan kognitif. IDEA VYGOTSKY Mengenai ideanya, Vygotsky telh mempengaruhi pemikiran konstruktivis moden. Vygotsky menegaskan bahawa, manusia tidak seperti haiwan yang hanya bertindak balas hanya kepada alam sekitar, manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah persekitaran untuk tujuan mereka sendiri. Ini adalah penyesuaian yang membezakan manusia dengan bentuk-bentuk atau makhluk hidup yang lebih lemah. Mengikut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kebanyakan kemahiran kognitif kanak-kanak adalah terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Ia juga menyatakan, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental

(elementary mental functions) iaitu perhatian, sensasi, persepsi, dan memori yang
kemudiannya berubah menerusi kontek dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali fungsi mental peringkat tinggi (higher mental functions) (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Kebolehan kanak-kanak pada peringkat awal membentuk memori terhad oleh kekangan biologi. Namun begitu,dengan adanya budaya kanak-kanak dibekalkan dengan alat untuk membuat adaptasi dalam fungsi asas mental.

Contoh : Dalam masyarakat barat untuk mengigati sesuatu, kanak-kanak dilatih untuk mencatat nota, sementara masyarakat Orang Asli (Senoi), untuk ingat semula jalan menghala kesesuatu tempat, kanak-kanak digalakkan untuk mencantas dahan-dahan pokok atau ikat tali pada pokok sebagai penanda laluan. Jadi, setiap budaya memindahkan cara hidup kepada kanak-kanak melalui interaksi sosial termasuk strategi membuat memori atau cara menggunakan mental untuk berfikir. Oleh sebab setiap budaya memindahkan juga kepada kanak-kanak sistem kepercayaan dan nilai, bermakna setiap budaya juga membekalkan perkara yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak. Tema yang digunakan oleh teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif individu berlaku dalam konteks sosial. Maka perkembangan kognitif termasuklah penguasaan tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh budaya atau masyarakat di mana mereka tinggal. Menurut Vygotsky, zon perkembangan proximal (ZOPD) ialah jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendirian atau tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui pengusaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran. Oleh itu, dengan menilai tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran secara bersendirian dan juga tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran dengan bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir, kita dapat memahami idea zon perkembangan proximal yang diutarakan oleh Vygotsky. Selain itu juga, Santrock (2008) turut mendefinisikan zone of proximal development sebagai tugasan yang terlalu sukar untuk kanak-kanak selesaikan sendirian tetapi ianya boleh dididik dengan adanya bimbingan dan bantuan daripada orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih berkebolehan (Santrock, 2008). Had terendah zone of proximal development ialah tahap kemahiran yang boleh dicapai oleh kanak-kanak secara sendirian. Manakala had tertinggi zone

of proximal development pula merupakan pencapaian kanak-kanak menyelesaikan tugasan


dengan bantuan daripada orang lain. Zone of proximal development dapat membentuk kemahiran kognitif kanak-kanak untuk menjadi matang dan boleh menyelesaikan hanya dengan bantuan daripada orang yang lebih berkemahiran.

Sumber : Psikologi Pendidikan

Zon perkembangan proximal mempunyai zon bawah, zon perkembangan proximal, dan zon atas. Ia dapat digambarkan seperti berikut: 1. Zon atas: kemahiran yang dicapai dengan bantuan individu yang berkemahiran. Contohnya ialah kanak-kanak menjelaskan kumpulan haiwan mengikut kumpulan dengan bantuan guru. 2. Zon perkembangan proximal: kemahiran dikuasai dengan bimbingan. Contohnya ialah kanak-kanak mengetahui jenis kumpulan haiwan dan ciri0-ciri dengan bimbingan 3. Zon bawah: kemahiran sedia ada diperolehi dan kemahiran ini mahir dalam diri individu. Kanak-kanak sedia mengetahui ciri-ciri kumpulan haiwan tersebut.

Zon ini juga dikenali sebagai zon peluang gerak balas maksimum (zone of maximum

response opportunity) oleh Borich (1996). Contohnya di kalangan kanak-kanak yang baru mula
membaca, andaikanlah kanak-kanak tersebut boleh membaca perkataan yang terdiri daripada dua suku kata yang digabungkan (kv-kv) seperti perkataan baba, susu, tata, dan kuku. Dia belum boleh membaca perkataan yang mengandungi konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvk) seperti bakul, sukar, takar, pasar dan lain-lain. Kemahiran pada peringkat ini hanya boleh dicapainya melalui bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Seterusnya dia boleh maju dan boleh pula membaca perkataan yang mengandungi konsonanvokal-konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvkvk) seperti perkataan belajar, melakar atau selamat. Jadi zon perkembangan proximal kanak-kanak tersebut berada di antara membaca perkataan mengandungi kvkv dengan perkataan mengandungi kvkvk. Kesimpulannya, zon ini di satu pihak mengandungi kemahiran atau kebolehan yang boleh dikuasai individu sendiri dan di satu pihak ialah kemahiran yang perlu dikuasai dengan bantuan atau bimbingan orang yang lebih mahir.

Scaffolding pula makna asalnya ialah kerangka besi dan kayu yang menyokong
bangunan. Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran/ilmu. Bantuan diberi lebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kanak telah boleh buat sendiri. Menurut Vygotsky lagi, fikiran dan bahasa pada tahap permulaan, berkembang secara terpisah dan tidak saling mempengaruhi , iaitu fikiran mula-mula berkembang tanpa bahasa dan bahasa mula-mula berkembang tanpa fikiran. Beliau menyarankan bahawa fikiran dan bahasa adalah berasingan sehingga kanak-kanak berumur hampir dua tahun. Ini disokong oleh pendapat Piaget yang menyatakan kanak-kanak satu dan dua tahun berada pada peringkat perkembangan kognitif deria motor mula memperolehi asas kemahiran berbahasa.

Fikiran dan bahasa kanak-kanak pula saling berhubung kait sejak berumur dua tahun, kanak-kanak mula mengembangkan kefahaman berbahasa dan menggunakan bahasa sebagai alat bantuan dalam membuat penaakulan. Menurut Vygotsky, kanak-kanak menguasai pertuturan luaran dengan mula menggunakan satu perkataan, kemudian mula menggabungkan dua atau tiga perkataan dalam pertuturannya kemudian menggunakan ayat-ayat yang mudah kepada unsur-unsur ayat-ayat yang kompleks. Akhirnya mereka akan bertutur dengan jelas menggunakan ayat-ayat tersebut. Ini bermakna kanak-kanak bertutur daripada satu bahagian (perkataan) kepada keseluruhan (ayat lengkap). Daripada aspek semantik, kanak-kanak mula daripada keseluruhan makna sepenuh yang kompleks, kemudian menguasai unit-unit semantik yang berasingan seperti makna perkataan dan pemikiran yang menyeluruh kepada unit-unit. Aspek semantic dan pertuturan luaran berkembang mengikut arah yang berlawanan (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Teori Piaget telah dipersetujui oleh Vygotsky tentang pemikiran kanak-kanak pralinguistik diperlihatkan melalui tindakan dan perlakuan, tetapi tidak bersetuju dengan pernyataan Piaget tentang pemikiran dan bahasa bercantum dan kebanyakan non social. Ini disifatkan oleh piaget sebagai egosentrik. Tetapi menurut Vygotsky pula, ianya menggambarkan perubahan pralinguistik kepada lisan. Menurut beliau lagi, kanak-kanak bercakap sendiri zaman prasekolah berlaku lebih kerap dalam menyelesaikan masalah mahu pun mendapatkan sesuatu matlamat yang difikirkan penting. Sekiranya kanak-kanak tersebut berhadapan dengan masalah yang berat maka scenario bercakap sendiri akan berlaku secara dramatik. Berdasarkan kajian beliau, Vygotsky berpendapat bahawa pertuturan egosentrik adalah satu cara menyatakan fikiran ayau ingatan yang berkembang dan cara meluahkan perasaan dalaman. Pemerhatian beliau ke atas persamaan di antara pertuturan egosentrik oleh kanakkanak prasekolah dan pertuturan dalam proses pemikiran senyap kanak-kanak yang lebih tua dan pertuturan dalaman orang dewasa meyakinkan Vygotsky bahawa Piaget telah tersalah tafsir kepentingan pertuturan egosentrik. Vygotsky menyatakan bahawa persamaan dalam penggunaan percakapan peribadi dalam tiga golongan subjek kajiannya menyokong andaian bahawa apabila pertuturan egosentrik hilang dari pandangan, ia tidak lenyap begitu sahaja tetapi bertukar menjadi percakapan dalaman (inner speech) (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Pengaplikasian Teori Sosio-Budaya Vygotsky Dalam Pembelajaran Di Bilik Darjah 1. Membiasakan pelajar-pelajar dalam aktiviti pembincangan di dalam kumpulan. 2. Membawa pelajar-pelajar tersebut mengadakan aktiviti pembelajaran di luar kelas. 3. Teknik tulisan/pembacaan juga boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh di sini pelajar -pelajar diminta mencari maklumat maklumat tertentu di dalam internet. 4. Terdapat empat teori utama Vygotsky yang dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah iaitu: I. Guru perlu memainkan peranan penting umpama sebagai seorang pelakon di atas pentas di dalam usaha memperlengkapkan kanak-kanak dengan panduan yang cukup bagi membantu mereka memajukan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, guru perlu memberitahu kanak-kanak satu persatu cara untuk dia menyelesaikan masalahnya. Guru perlu menimbulkan satu permasalahan dan meminta kanak-kanak berfikir untuk menyelesaikannya. Guru juga perlu memberi gambaran kepada pelajar -pelajar bagaimana caranya untuk mereka menyelesaikan masalah. II. Guru juga perlu memberikan arahan kepada kanak-kanak tersebut bersesuaian dengan tahap mereka. Ini bererti, guru perlu mengajarkan kanak-kanak tersebut berdasarkan maka kepada zon ini perkembangan tidak dapat proximal. Jika bahan yang dipersembahkan kepada kanak-kanak itu tidak setaraf dengan tahap mereka, kanak-kanak berkembang dengan baik dan mereka akan mula berasa bosan terhadap penyampaian yang diberikan. Jika penyampaian guru tidak mencapai kepadatahap zon ini, pemikiran kanak -kanak tidak akan berkembang. Pada waktu inilah kanak-kanak akan mula berasa kecewa dan keliru. III. Dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran, arahan perlulah dikembangkan dalam tiga peringkat perkembangan. Peringkat perkembangan yang pertama, guru perlu memberi contoh terhadap sesuatu kemahiran. Guru juga perlu memberikan ulasan secara lisan terhadap apa yang kanak-kanak lakukan dan sentiasa menimbulkan persoalan m e n g a p a mereka melakukan sedemikian. yang kedua ialah pelajar Peringkat perlu perkembangan apa yang mengikut

disarankan

dalam

komentarnya.

Pada peringkat permulaannya,

kanak-kanak tidak dapat melaksanakan arahan dan saranan guru dengan baik. Jadi, guru perlu sentiasa memberikan tindak balas dan memperbetulkan kesilapan kanak-kanak ini. Yang ketiga pula ialah guru perlu bersemangat dalam tingkah lakunya supaya tindakan guru dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar. IV. Kanak-kanak konsep perlu sentiasa mengulangi penggunaan saintifik s u p a y a mereka dapat mencetuskan konsep spontan

mereka sendiri dan menjadikan ia tepat serta dapat diterima umum. Menurut Vygotsky, semua subjek seperti Matematik, Sains, Pengajian Sosial, Seni dan sebagainya yang mempunyai konsep secara s a i n t i f i k . Sesungguhnya konsep ini bukan hanya dapat semua subjek. digunakan untuk subjek sains sahaja tetapi ia boleh digunakan untuk

Teori Konstruktivis Vygotsky Menurut pandangan Vygotsky, Ia menekankan kepada pengaruh budaya. Ia berpendapat bahawa fungsi mental yang lebih tinggi bergerak antara interpsikologi melalui interaksi sosial dan intrapsikologi dalam fikirannya. Ia menekankan pentingnya memanfaatkan lingkungan dalam pembelajaran. Lingkungan sekitar pelajar meliputi orang, kebudayaan, dan oengalaman dalam lingkungan tersebut. Vygotsky juga mengemukakan dua idea iaitu: 1. Perkembangan intelektual pelajar dapat difahami hanya dalam konteks budaya dan sejarah pengalaman pelajar. 2. Vygotsky percaya bahawa perkembangan intelektual bergantung kepada sistem tanda setiap individu selalu berkembang. Sistem tanda adalah symbol secara budayanya diciptakan untuk membantu seseorang berfikir, berkomunikasi, dan menyelesaikan masalah.

Pembentukan pengetahuan menurut konstruktivisme memandang pelajar yang aktif menciptakan struktur kognitif dalam interaksinya dengan lingkungan. Dalam pembelajaran Konstruktivisme, Vygotsky mengemukakan bahawa pelajar belajar melalui interaksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya adalah lebih mampu dimana individu membina pengetahuan melalui interaksi dengan persekitarannya manakala dalam koperatif, pelajar dihadapkan dengan proses berfikir bersama rakan sebaya mereka.

KESIMPULAN Banyak ahli pembangunan yang bekerja dalam bidang kebudayaan dan pembangunan menemukan dirinya adalah sefahaman dan selari dengan teori Vygotsky yang berfokus kepada konteks pembangunan sosial budaya. Teori Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai suatu yang tidak terpisah daripada kegiatan sosial dan budaya. Penekanan Vygotsky pada peranan kebudayaan dan masyarakat di dalam perkembangan kognitif berbeza dengan gambaran Piaget tentang anak. Piaget memandang anak sebagai pembelajaran lewat penemuan individu, sedangkan Vygotsky lebih banyak menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak lain dalam memudahkan perkembangan si anak.

RUJUKAN Dacey, J. S., & Travers, J. F. 2004. Human Development Across the Lifespan (5th ed). New York : The McGraw-Hill Companies, Inc. Santrock, J. W. 2008. Life-Span Development (11th ed). New York : The McGraw-Hill Companies, Inc. Thomas, R. M. 2000. Comparing Theories of Child Development (5th ed). USA : Wadsworth / Thomson Learning. Jantan r. & Razali m. 2004. Psikologi Pendidikan: Pendekatan kontemporari. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengertian Psikologi Sosial. (Atas talian) http://belajarpsikologi.com/pengertian-psikologi-sosial/. Dicetak pada 4 April 2012.

S-ar putea să vă placă și