Creat de Amran Che Meh

BAHASA HALUS

ASPEK PENGGUNAAN BAHASA DALAM WARKAH-WARKAH MELAYU LAMA: SATU KAJIAN OLEH: MARGONO KROMOTARANO,phd Pengkaji menganalisis penggunaan bahasa Melayu dalam warkah-warkah lama yang digunakan untuk urusan pentadbiran dan perniagaan. Urusan-urusan itu dilakukan oleh golongan pentadbir, iaitu keluarga diraja dan orang-orang Barat. Daripada segi tulisan, warkah-warkah lama ini menggunakan tulisan Jawi. Namun, untuk kajian saya, saya hanya akan menumpukan aspek penggunaan bahasa santun yang didapati dalam semua surat yang terpilih. Penggunaan Kata-kata Halus Bahasa halus atau bahasa istana digunakan untuk menyampaikan maksud dengan lebih sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Bahasa ini digunakan oleh golongan atasan semasa mereka berinteraksi dengan pedagang Barat. Misalnya, merafak’kan sembah, amat budiman, sangat bijaksana, amat mulia, dipohonkan titah, daulat shadat dan sebagainya (hal. 62). Terdapat juga kecenderungan untuk merendah diri semasa interaksi bertulis itu berlaku, terutama jika interaksi itu melibatkan orang Barat, seperti yang terdapat pada akhir surat Encik Lu Nga: “Syahdan adalah hadiah saya akan sahabat saya dian sebungkus dan daun teh satu peti tiada dengan sepertinya umpama setangkai bunga yang bermadu jua adanya” Kesopanan Berbahasa Dalam Warkah Melayu Lama Daripada Geertz, dalam “Linguistic Etiquette” (1976), kesopanan berbahasa dapat dikaitkan dengan pemilihan kod bahasa, norma sosial dan amalan budaya sesebuah masyarakat (hal. 148-149). Daripada Chaer et al. (1995: 226), tujuan kesopanan berbahasa ialah mengatur; 1. Apa-apa yang harus diperkatakan kepada seseorang pada waktu dan keadaan tertentu. 2. Ragam bahasa yang paling wajar digunakan dalam situasi linguistik dan budaya tertentu. 3. Cara mengambil giliran berbicara dan menyela pembicaraan orang lain. 4. Cara seseorang itu harus diam. 5. Cara mengawal kualiti suara dan gerak tubuh dalam pembicaraan. Kesopanan Dalam Warkah Melayu Santun atau tidak sesuatu bahasa yang digunakan bergantung kepada faktor siapa, apa, di mana, mengapa, bagaimana sesuatu hal itu hendak disampaikan. Terdapat kaitan antara strategi komunikasi dengan kesopanan; 1. Perkaitan peranan 2. Perbezaan taraf sosial 3. Kewujudan kuasa 4. Menjaga air muka 5. Kepatuhan kepada topik atau bidang 6. Kepatuhan kepada peraturan Dalam warkah Melayu lama, kata ‘sahabat’ kerap digunakan bagi satu hubungan yang belum akrab. Contohnya, 1. ... kita dapat khabar daripada paduka sahabat kita. 2. Maka sekarang sahabat beta sudah hendak pula ke Eropah ini... 3. Saya harap sahabat saya tolong dia daripada genap perkaranya. 4. Maka peri yang demikian ucapan sampai perintah Seri Paduka sahabat saudara kita yang bangsawan. Dalam konsep kesantunan, ‘menjaga air muka’ membawa pengertian yang sangat mendalam yang meliputi didikan individu dan diperoleh daripada ibu bapa, guru dan kaum keluarganya. Sama dengan menjaga maruah diri dan keluarga. Kesantunan itu terbayang pada kelakuan dan tutur kata seseorang individu tersebut (Asmah Hj. Omar, 1996: 100-101). Rumusan Daripada kajian di atas, bolehlah dirumuskan bahawa kesantunan berbahasa juga tergambar secara bertulis. Tidak semata-mata tingkah laku, bahkan juga penggunaan bahasa tulisan juga membayangkan kesantunan seseorang yang menulis surat tersebut. Ini kerana, dalam interaksi bertulis, segala kelakuan berbahasa tergambar secara nyata. Maknanya, kelakuan berbahasa seseorang individu itu terbukti secara jelas berdasarkan penggunaan bahasa tulisannya. Untuk memenuhi ciri-ciri santun sebagaimana komunikasi lisan, penggunaan perkataan dipilih dengan teliti agar tidak menjatuhkan maruah orang yang membacanya. Jika keadaan itu berlaku, penulis surat akan dinilai sebagai orang yang tidak tahu adab kerana tidak pandai menjaga ‘air muka’ orang lain. Untuk memenuhi keperluan di atas, bahasa halus sering digunakan untuk memuliakan orang lain di samping menjaga kedudukan dan kuasa pihak yang menulis surat. Begitu juga dengan penggunaan kata sapaan yang hanya khusus untuk golongan atasan semata-mata untuk menjaga kedudukan dan maruah golongan ini. Walaupun komunikasi bertulis tidak memperlihatkan gerak tubuh badan dan intonasi, nilai santun terbayang pada pemilihan kata yang sesuai bagi sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Santun atau tidak penulis itu boleh dinilai jika penulis tahu akan peranannya dalam hubungan tersebut, kedudukannya dan matlamat yang ingin dicapai. LAPORAN TEMUBUAL Gambar 1: Pengkaji bersama rakan menemubual tiga orang bekas guru di Manjung, Perak. Duduk dari kanan: Puan Hajjah Zakiah, Puan Hajjah Zawiyah dan Tuan Haji Zakaria. Gambar 2: Pengkaji bersama bekas guru-guru dalam temubual di Alor Star, Kedah. Duduk dari kiri: Puan Hajjah Rokiah, Puan Hajjah Aminah, Puan Hajjah Che Mah dan pengkaji. Hadapan: Puan Hajjah Che Lian bersama anak pengkaji dan cucu Puan Hajjah Aminah PENDAHULUAN Saya telah menemubual tujuh orang bekas guru untuk mendapatkan maklumat tentang pendidikan kesantunan dan adab sopan. Seorang daripadanya ialah Tn. Haji Zakaria bin Haji Chu Osman, yang merupakan anak didik Sultan Idris Training Collage, dan enam guru yang mendapat pendidikan di Malay Women Training Collage di Melaka. Bekas-bekas guru ini ditemubual untuk melihat fenomena pendidikan formal di sekolah pada masa pascamerdeka dan pendidikan kesantunan yang mereka terima daripada ibu dan bapa mereka. Bekas guru-guru ini dipilih sebagai responden untuk kajian ini kerana mereka diakui sebagai orang yang berpengetahuan dalam bidang mereka dan mereka berwibawa mendidik anak murid sehingga berjaya. Guru-guru ini juga telah mendidik anak-anak mereka sendiri dengan cemerlang sama ada dalam bidang akademik atau sahsiah. PENDIDIKAN AWAL Kesemua guru ini menerima pendidikan awal di sekolah rendah sebelum pergi ke maktab perguruan. Semasa di sekolah, mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu mencakupi pelbagai bidang. Walaupun mereka hanya bersekolah sehingga darjah 6, mereka diberi ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dan meluas. Misalnya, menurut Pn. Hajjah Zakiyah, semasa dalam darjah lima, mereka sudah mengkaji Hikayat Hang Tuah, Pelita Bahasa, Ilmu Alam dunia dan berupaya mementaskan drama sebagai pengukuhan pembelajaran Bahasa Kebangsaan. Ini membuktikan bahawa murid sezaman mereka cukup matang untuk dilatih menjadi guru kerana sudahpun dibekalkan dengan pelbagai jenis ilmu. Menurut Pn. Hajjah Aminah, kanak-kanak dahulu lebih matang dan mampu menyelesaikan tugasan yang diamanahkan. Misalnya, jika disuruh membuat baja organik untuk tanam-tanaman, mereka dengan taat dan patuh menyediakannya. Walaupun bahan-bahannya agak meloyakan tekak, mereka tetap meneruskan tugasan mereka. Ini kerana, dalam kegiatan pertanian, mereka disuruh menanam sayur-sayuran dan kejayaan mereka dilihat dengan keadaan tanaman mereka. Mereka juga cukup hormat dengan guru-guru mereka. Jika mereka berjumpa guru di luar sekolah, mereka akan memberi hormat, malah adakalanya tidak berani bertentangan mata dengan guru-guru tersebut. Sesuai dengan adab santun Melayu, iaitu orang yang rendah tarafnya akan menghormati orang yang lebih tinggi tarafnya. Antaranya, tidak memandang tepat pada mata orang yang yang bertaraf tinggi dengan lama. Selain itu, sebagai tanda menghormati guru juga mereka seboleh mungkin mematuhi semua arahan dan ajaran guru seolah-olah guru mereka berada di hadapan mereka. Bagi pendidikan tidak formal pula, mereka dididik dengan budaya Melayu sepenuhnya. Ini kerana, ibu mereka sangat prihatin dalam soal adab santun kerana konsep menjaga air muka. Misalnya seorang anak mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan masyarakat setempat, ibu bapa merupakan orang yang akan dipersalahkan. Oleh itu, ibu bapa akan menerapkan nilai dan norma masyarakat dengan sesungguhnya supaya anak-anak mereka menjadi individu sebagaimana kehendak masyarakat. Mereka juga sangat berpegang kuat dengan Islam, iaitu teras budaya Melayu. Untuk menghasilkan anak-anak yang baik dan patuh kepada orang tua, pendidikan agama sangat kuat pengaruhnya. Ibu akan selalu menyuruh anak-anak mereka solat apabila cukup masanya. Didikan ini bermula semenjak kecil lagi. Misalnya, kekerapan ibu melakukan ibadah ini akan diperhatikan anak-anak dan menjadi ‘role model’ kepada mereka. Kepatuhan mengerja solat dalam waktunya membolehkan anak-anak terdidik dengan disiplin menghargai masa dan taat kepada perintah. Secara tidak langsung mereka diajar untuk menyaring keperluan, iaitu mendahulukan perkara yang penting. Apabila mereka sudah terbiasa dengan keadaan di atas, mereka lebih mudah untuk menuruti perintah orang tua mereka. Mereka juga tidak sama sekali melakukan sebarang kesalahan kerana kekuatan didikan agama yang telah diterapkan. Ini menjadikan mereka capat matang dan tahu untuk bertindak dengan betul. Betul di sini bermaksud sebarang tindakan itu diambil dengan berlandaskan kehendak agama dan keperluan kepatuhan kepada nilai masyarakat mereka. Ini bermakna, tindakan mereka tidak akan memalukan orang tua mereka. Nilai patuh seseorang anak juga dapat dilihat apabila mereka boleh bertindak dengan hanya pandangan mata ibu atau bapa. Perkara sebegini kerap berlaku apabila terdapat tetamu di rumah mereka. Jika ibu bapa hendak menegur perbuatan anak mereka, mereka hanya perlu menggunakan mata sabagai isyarat dan anak-anak mereka cukup faham akan maksud ibu atau bapa mereka. PENDIDIKAN LANJUTAN Semasa di maktab, tatatertib dan adab sopan sangat ditekankan oleh tenaga pengajar. Misalnya, penuntut-penuntut baharu mesti tunduk hormat jika berselisih dengan penuntut lama. Mereka juga melakukan kerja-kerja pembersihan sendiri dengan cara bergilir-gilir. Mereka membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan tugas membersihkan bilik, membasuh pakaian, menggosok pakaian, membantu tukang masak dan membantu membasuh pinggan semua penuntut maktab secara bergilir-gilir. Mereka bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan tanpa banyak soal. Sikap saling bekerjasama dan bertolak ansur merupakan satu faktor yang menjayakan aktiviti di atas. Oleh sebab mereka semua dididik dengan pegangan agama yang kuat, mereka melakukan tugas dengan jujur. Kes kecurian juga sangat jarang berlaku. Mereka juga dididik menjaga kebersihan sesuai dengan ciri-ciri dan keperibadian seorang wanita. Misalnya, pakaian yang tidak bersih akan diminta dicuci semula oleh penyelia asrama. Jika tiada penuntut yang mengakui bahawa itu pakaiannya, pakaian tersebut akan dibuang ke dalam tong sampah. Oleh sebab mereka menuntut di maktab perempuan, pergaulan dengan lelaki sangat dilarang di maktab tersebut. Kesemua tenaga pengajar adalah wanita. Walaupun begitu, terdapat seorang ustaz yang diambil sebagai tenaga pengajar di maktab tersebut. Namun, ustaz tersebut sudah berusia. Ini kerana, pihak pentadbir tidak mahu ada berlaku sebarang hubungan antara pengajar dan penuntut. Bahkan, jika bapa penuntut ingin berjumpa anaknya di maktab juga tertakluk dengan peraturan ketat. Bapa mesti memaklumkan kedatangan mereka dan mereka akan ditempatkan di bilik menunggu yang terpisah daripada asrama penuntut. Mereka hanya boleh berjumpa anak mereka di tempat yang dikhaskan sahaja dan dengan kebenaran pentadbir. CARA MENDIDIK ANAK Semua guru yang ditemubual berpendapat bahawa mendidik anak memerlukan kaedah yang lembut tetapi tegas. Anak-anak tidak boleh dimarahi atau dileteri sewenang-wenangnya. Anak-anak hanya akan dimarahi jika mereka berbuat salah. Selainnya, teguran secara lembut digunakan untuk menyedarkan anak-anak ini. Menurut Pn. Hajjah Che Lian, beliau menegur anak atau cucu-cucunya dengan lembut. Anak-anak dipanggil untuk menanyakan sebarang masalah yang anak mereka hadapi. Kemudian, beliau lebih bertindak sebagai seorang kawan untuk mendekati anak dan cucu-cucunya. Begitu juga yang dilakukan Puan Hajjah Aminah yang memeluk anak-anaknya jika anak-anak atau cucu-cucunya memberontak. Menurutnya, apabila anak-anak ini dipeluk, kemarahan yang mereka hadapi akan reda. Apabila kemarahan reda, lebih mudah untuk memujuk anak-anak ini dan membuatkan mereka faham mengapa sesuatu tindakan itu dilakukan. Dengan cara ini juga, anak-anak mengetahui bahawa ibu atau bapa mereka sebenarnya sangat sayang akan mereka. Sebagai seorang guru, anak-anak juga dididik seperti anak-anak murid di sekolah. Sebarang perbuatan seperti merotan, menegur dan sebagainya dilakukan untuk mendidik dan bukannya mendera. Untuk mencapai matlamat itu, setiap tindakan yang dilakukan mesti dijelaskan sebabnya agar anak faham akan tindakan tersebut dibuat. Jika tidak, anak-anak akan terus memberontak dalam diam kerana berasa tidak puas hati. Tunjang pendidikan anak-anak ialah didikan agama. Kekuatan amalan keagamaan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk anak-anak mereka bertindak dengan betul dan tepat apabila menghadapi sebarang masalah. Ada juga masanya anak-anak akan dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan. Rotan digunakan untuk menimbulkan rasa gerun dalam diri anak-anak bagi mengelakkan mereka melakukan kesalahan yang sama. Merotan hanya untuk tujuan mendidik bukan untuk mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Juga tidak boleh dilakukan selalu kerana dikhuatiri anak-anak jadi mangli dan kebal dengan libasan rotan. Jika ingin memarahi anak-anak, gunakan nama yang mempunyai kuasa seperti “Allah” kerana anak-anak ini mudah lembut hatinya mendengar kalimah tersebut. Saat yang terbaik untuk mendidik anak tentang sopan santun Melayu ialah ketika waktu makan. Lazimnya, keluarga Melayu pada sezaman itu mesti berkumpul bersama-sama apabila tiba waktu makan. Pada waktu ini, ketua keluarga boleh bertanya tentang keadaan anak-anak dan keperluan mereka. Ini kerana, kebanyakan bapa hanya makan bersama-sama keluarga apabile pulang bekerja. Jadi, kesempatan bersama keluarga ketika makan boleh mengeratkan hubungan bapa dan anak-anak. Anak-anak juga diajar untuk menghormati tetamu. Jika tetamu datang, tetamu mesti dijamu sekurang-kurangnya dengan air minuman. Lazimnya, apabila tetamu berbual, anak-anak akan menghantar minuman kepada ibu untuk dihidangkan kepada tetamu. Anak-anak tidak boleh menghidangkan minuman di depan tetamu kerana dianggap kurang sopan. Anak-anak mesti berada di dalam bilik sehingga para tamu pulang. Ini kerana, jika anak bersama-sama dengan tetamu semasa perbualan berlangsung, tindakan tersebut mencerminkan tingkah laku yang kurang sopan. Asuhan sebegini tidak membezakan jantina. Menurut semua responden, anak-anak diasuh dengan cara yang sama sedari kecil sehingga meningkat umur 12 tahun. Umumnya, pada ketika ini, anak-anak sudah mencapai peringkat baligh. Sebelum itu, semua didikan, asuhan dijalankan dengan tiada perbezaan antara lelaki atau perempuan. Cuma apabila sudah baligh, anak-anak perempuan lebih dipinggit berbanding lelaki. Walaupun begitu, anak-anak perempuan akan diberi kebebasan untuk keluar rumah dalam tempoh masa tertentu, misalnya satu jam dan ditemani kawan-kawan perempuannya. Pakaian anak-anak perempuan ini turut dijaga dengan memakai baju kurung dan bertudung. Bagi anak lelaki, mereka juga diberi kebebasan untuk keluar bersiart-siar tetapi mestilah diketahui ke mana tujuannya dan dengan siapa dia bersama. Hal ini sangat penting bagi mengawal pergaulan anak-anak lelaki di luar rumah. Masa bersama rakan juga ditetapkan, lazimnya mereka diminta pulang setelah dua jam berada di luar rumah. Jika mereka ingin keluar pada waktu malam, mereka mesti menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu dan pulang awal supaya tidak mengganggu orang lain. Pada kebiasaannya, ibu pada masa itu sentiasa bersama anak-anak. Walaupun kesemua responden bekerja, mereka sentiasa meluangkan masa dan perhatian buat anak-anak. Hubungan yang sangat rapat ini membolehkan ibu menerapkan sepenuhnya budaya Melayu kepada anak-anak. Malah, ibu-ibu ini juga yang mendidik anak-anak mereka dalam bidang akademik. Jadi, tidak hairanlah jika semua anak mereka amat berjaya dalam bidang akademik. MENDIDIK ANAK MURID Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru-guru ini menggunakan pendekatan yang lembut tetapi tegas. Oleh sebab kesemua guru perempuan tersebut mengajar di sekolah rendah, mereka menangani masalah anak-anak murid sebagaimana melayani karenah anak-anak. Jika anak murid melakukan kesalahan, mereka akan ditegur beberapa kali. Jika teguran itu tidak boleh membetulkan kesilapan murid, murid yang berkenaan akan didenda. Dendaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Jika murid tidak dapat menghafal sifir atau tidak menyiapkan kerja rumah, dendaan yang kerap dilakukan ialah menahan mereka selepas waktu persekolahan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Seringkali juga anak murid yang bermasalah begini ditahan selepas waktu persekolahan untuk menghafal sifir dan membantu mereka meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu. Jika murid melakukan kesalahan seperti bergaduh atau bising di dalam kelas, bekas guru ini akan bertindak segera untuk menanganinya. Mereka akan meletakkan murid yang berbuat bising di hadapan kelas agar boleh diperhatikan sentiasa. Sesudah itu, guru akan menjelaskan kepada kelas tentang tindakan guru tersebut supaya menjadi pengajaran kepada yang lain. Murid yang dihukum pula akan dijelaskan tentang kesalahannya dan berunding secara baik agar murid berkenaan tidak lagi mengulangi kesalahannya. Bagi Tuan Haji Zakaria, dia pernah merotan murid kerana melakukan kesalahan disiplin. Ini kerana, beliau pernah mengajar di sekolah menengah dan menjadi guru disiplin. Namun, bukan semua kesalahan boleh dijatuhkan hukuman rotan. Hanya kesalahan-kesalahan tertentu sahaja dan dilakukan oleh guru yang mempunyai kuasa merotan sahaja. Di sekolah rendah, hukuman rotan sangat jarang dikuatkuasakan kerana faktor umur dan peluang murid untuk berubah masih besar. Bagi Puan Hajjah Che Mah yang bertugas sebagai guru tahun satu selama 30 tahun berpendapat bahawa mendidik kanak-kanak sebegitu tidaklah sukar. Tiga bulan yang pertama sememangnya masa yang sukar bagi guru darjah satu. Namun selepas tempoh itu, kesemua anak murid akan mematuhi pengajaran guru.Caranya, Puan Hajjah Che Mah akan memuji setiap perkara positif yang dibuat anak muridnya. Jikalau anak muridnya dapat menambah walau sedikit markah atau boleh membuat bulatan dengan lebih baik, beliau akan memuji-muji anak murid berkenaan. Ini kerana, dengan memuji mereka, kanak-kanak ini semakin bersemangat untuk melakukan latihan dengan lebih baik. Untuk memastikan kanak-kanak ini tidak ponteng sekolah, beliau akan mereka cerita untuk diperdengarkan sebelum sesi persekolahan tamat. Namun, ceritanya itu tidak akan dihabiskan pada hari itu dan akan disambung pada keesokan harinya. Unsur-unsur suspens sebegini menjadikan murid sentiasa berkeinginan untuk ke sekolah. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MURID Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid pada hari ini. Semua responden bersetuju bahawa televisyen dan pengasuh dari luar negara merupakan faktor utama tingkah laku murid menjadi agak biadap. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak diserahkan kepada pengasuh yang kebanyakannya diambil dari Indonesia dan Filipina untuk dijaga. Tanpa disedari, anak-anak ini didedahkan dengan nilai dan norma bangsa-bangsa ini melalui proses peniruan. Segala amalan budaya pengasuh mereka terserap secara tidak langsung kerana mereka menghabiskan waktu yang panjang bersama-sama. Selain itu, ketiadaan perhatian daripada ibu dan bapa menjadikan anak –anak menhabiskan masa dengan menonton televisyen. Dewasa ini, terlalu banyak rancangan televisyen yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak dan remaja. Misalnya, rancangan Barat yang menampilkan pelakon dengan pakaian mencolok mata, budaya berpeleseran, pergaulan bebas dan keganasan. Malah, filem-filem tempatan juga secara tidak disedari memaparkan budaya tidak menghormati orang lain. Misalnya, seorang isteri yang mengongkong suami, suka menuduh dan mengugut suami. Apabila cerita-cerita sebegini selalu ditayangkan, masyarakat mula menyerap budaya serong yang sering mereka lihat. Ringkasnya, masyarakat menerima budaya songsang ini sebagai betul dan moden. Namun, bagi orang yang ‘beradat’ budaya sebegitu cukup menyakitkan hati. Perkahwinan campur juga turut menjadi punca budaya Melayu semakin berubah. Menurut Puan Hajjah Aminah, ini kerana ibu adalah orang yang mendidik anak-anak. Jika seorang lelaki Melayu mengahwini wanita yang bukan berketurunan Melayu, anak-anak mereka masih didaftarkan dengan keturunan Melayu. Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia, nasab anak berdasarkan keturunan ayahnya. Hal ini akan menjadikan anak-anak hasil daripada perkahwinan itu mengamalkan budaya yang bercampur-campur. Jika ibu sentiasa bersama dengan anak-anaknya, budaya yang diamalkan siibu akan meresap ke dalam diri anak-anak. Lazimnya, ibu akan membawa budayanya dalam membesarkan anak-anak. Jika ibu berbangsa Cina, anak-anak akan dibesarkan dengan budaya Cina. Misalnya, memakai seluar dan skirt. Masyarakat sekarang juga menyumbang kepada kelakuan biadap generasi muda sekarang ini. Anggota masyarakat sudah tidak berani menguatkuasakan undang-undang adat sebagaimana yang pernah diamalkan dahulu. Budaya tidak menjaga tepi kain orang sudah menjadi biasa dalam kalangan anggota masyarakat hari ini. Ini kerana, terdapat kecenderungan orang yang diberitahu kesalahan anaknya menyalahkan masyarakat kerana suka mengambil tahu akan halnya. Keadaan ini menyebabkan masyarakat sudah tidak memperdulikan orang lain dan apa yang berlaku di sekitarnya. Selain itu, sikap ibu bapa yang kurang menegur dan memarahi anak-anak juga menjadikan anak-anak semakin biadap. Oleh sebab ibu bapa terlalu banyak menghabiskan masa di luar rumah, ibu bapa menggantikannya dengan memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Apa sahaja kesalahan anak didiamkan. Malah, ada ibu bapa yang tertipu oleh lakonan anak yang berbuat baik di hadapan mereka. Tambahan pula, anak-anak muda sekarang ini lebih sukakan keseronokan semata-mata. Ini kerana, ibu bapa memberikan kemewahan yang berlebihan untuk mengambil hati anak-anak. Namun, kemewahan itu sering kali disalahguna untuk hal yang bukan-bukan. Lebih memburukkan keadaan, masyarakat kini kebanyakannya bersikap sebegitu, terlalu bebas pergaulannya dan mementingkan keseronokan dunia. RUMUSAN Pendidikan kesantunan bermula daripada ibu bapa. Jika ibu bapa mengamalkan nilai dan norma Melayu dengan betul, pasti anak-anak akan berkelakuan yang sama. Kekuatan pegangan nilai dan norma sangat berkait rapat dengan pegangan dan amalam Islam dalam kehidupan seseorang individu. Anak-anak yang terdidik dengan sopan dan santun Melayu lazimnya tidak akan melakukan sebarang salah laku sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Jika keluarga tidak mendidik ana-anak dengan baik, semasa di sekolah, guru akan menghadapi cabaran yang hebat untuk membetulkan sahsiah murid. Ini kerana, apa yang akan disampaikan guru adakalanya bercanggah dengan amalan murid itu di rumah bersama ibu bapanya. Oleh itu, seseorang guru mestilah komited dengan tugas mendidik anak murid. Sepatutnya tugas mendidik bukan hanya berfokuskan akademik sahaja tetapi juga meliputi sahsiah, rohani dan emosi. Seharusnya, pencapaian kecemerlangan murid turut merangkumi kecemerlangan mereka mengawal emosi, ketrampilan pergaulan dan keupayaan menjadi contoh yang baik. Posted by Prof. Emeritus Abdullah Hassan, MA (Mal), Ph.D. (Edin) at 12:44 AM ASPEK PENGGUNAAN BAHASA DALAM WARKAH-WARKAH MELAYU LAMA: SATU KAJIAN OLEH: AB. RAZAK AB. KARIM Pengkaji menganalisis penggunaan bahasa Melayu dalam warkah-warkah lama yang digunakan untuk urusan pentadbiran dan perniagaan. Urusan-urusan itu dilakukan oleh golongan pentadbir, iaitu keluarga diraja dan orang-orang Barat. Daripada segi tulisan, warkah-warkah lama ini menggunakan tulisan Jawi. Namun, untuk kajian saya, saya hanya akan menumpukan aspek penggunaan bahasa santun yang didapati dalam semua surat yang terpilih. Penggunaan Kata-kata Halus Bahasa halus atau bahasa istana digunakan untuk menyampaikan maksud dengan lebih sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Bahasa ini digunakan oleh golongan atasan semasa mereka berinteraksi dengan pedagang Barat. Misalnya, merafak’kan sembah, amat budiman, sangat bijaksana, amat mulia, dipohonkan titah, daulat shadat dan sebagainya (hal. 62). Terdapat juga kecenderungan untuk merendah diri semasa interaksi bertulis itu berlaku, terutama jika interaksi itu melibatkan orang Barat, seperti yang terdapat pada akhir surat Encik Lu Nga: “Syahdan adalah hadiah saya akan sahabat saya dian sebungkus dan daun teh satu peti tiada dengan sepertinya umpama setangkai bunga yang bermadu jua adanya” Kesopanan Berbahasa Dalam Warkah Melayu Lama Daripada Geertz, dalam “Linguistic Etiquette” (1976), kesopanan berbahasa dapat dikaitkan dengan pemilihan kod bahasa, norma sosial dan amalan budaya sesebuah masyarakat (hal. 148-149). Daripada Chaer et al. (1995: 226), tujuan kesopanan berbahasa ialah mengatur; 1. Apa-apa yang harus diperkatakan kepada seseorang pada waktu dan keadaan tertentu. 2. Ragam bahasa yang paling wajar digunakan dalam situasi linguistik dan budaya tertentu. 3. Cara mengambil giliran berbicara dan menyela pembicaraan orang lain. 4. Cara seseorang itu harus diam. 5. Cara mengawal kualiti suara dan gerak tubuh dalam pembicaraan. Kesopanan Dalam Warkah Melayu Santun atau tidak sesuatu bahasa yang digunakan bergantung kepada faktor siapa, apa, di mana, mengapa, bagaimana sesuatu hal itu hendak disampaikan. Terdapat kaitan antara strategi komunikasi dengan kesopanan; 1. Perkaitan peranan 2. Perbezaan taraf sosial 3. Kewujudan kuasa 4. Menjaga air muka 5. Kepatuhan kepada topik atau bidang 6. Kepatuhan kepada peraturan Dalam warkah Melayu lama, kata ‘sahabat’ kerap digunakan bagi satu hubungan yang belum akrab. Contohnya, 1. ... kita dapat khabar daripada paduka sahabat kita. 2. Maka sekarang sahabat beta sudah hendak pula ke Eropah ini... 3. Saya harap sahabat saya tolong dia daripada genap perkaranya. 4. Maka peri yang demikian ucapan sampai perintah Seri Paduka sahabat saudara kita yang bangsawan. Dalam konsep kesantunan, ‘menjaga air muka’ membawa pengertian yang sangat mendalam yang meliputi didikan individu dan diperoleh daripada ibu bapa, guru dan kaum keluarganya. Sama dengan menjaga maruah diri dan keluarga. Kesantunan itu terbayang pada kelakuan dan tutur kata seseorang individu tersebut (Asmah Hj. Omar, 1996: 100-101). Rumusan Daripada kajian di atas, bolehlah dirumuskan bahawa kesantunan berbahasa juga tergambar secara bertulis. Tidak semata-mata tingkah laku, bahkan juga penggunaan bahasa tulisan juga membayangkan kesantunan seseorang yang menulis surat tersebut. Ini kerana, dalam interaksi bertulis, segala kelakuan berbahasa tergambar secara nyata. Maknanya, kelakuan berbahasa seseorang individu itu terbukti secara jelas berdasarkan penggunaan bahasa tulisannya. Untuk memenuhi ciri-ciri santun sebagaimana komunikasi lisan, penggunaan perkataan dipilih dengan teliti agar tidak menjatuhkan maruah orang yang membacanya. Jika keadaan itu berlaku, penulis surat akan dinilai sebagai orang yang tidak tahu adab kerana tidak pandai menjaga ‘air muka’ orang lain. Untuk memenuhi keperluan di atas, bahasa halus sering digunakan untuk memuliakan orang lain di samping menjaga kedudukan dan kuasa pihak yang menulis surat. Begitu juga dengan penggunaan kata sapaan yang hanya khusus untuk golongan atasan semata-mata untuk menjaga kedudukan dan maruah golongan ini. Walaupun komunikasi bertulis tidak memperlihatkan gerak tubuh badan dan intonasi, nilai santun terbayang pada pemilihan kata yang sesuai bagi sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Santun atau tidak penulis itu boleh dinilai jika penulis tahu akan peranannya dalam hubungan tersebut, kedudukannya dan matlamat yang ingin dicapai. LAPORAN TEMUBUAL Gambar 1: Pengkaji bersama rakan menemubual tiga orang bekas guru di Manjung, Perak. Duduk dari kanan: Puan Hajjah Zakiah, Puan Hajjah Zawiyah dan Tuan Haji Zakaria. Gambar 2: Pengkaji bersama bekas guru-guru dalam temubual di Alor Star, Kedah. Duduk dari kiri: Puan Hajjah Rokiah, Puan Hajjah Aminah, Puan Hajjah Che Mah dan pengkaji. Hadapan: Puan Hajjah Che Lian bersama anak pengkaji dan cucu Puan Hajjah Aminah PENDAHULUAN Saya telah menemubual tujuh orang bekas guru untuk mendapatkan maklumat tentang pendidikan kesantunan dan adab sopan. Seorang daripadanya ialah Tn. Haji Zakaria bin Haji Chu Osman, yang merupakan anak didik Sultan Idris Training Collage, dan enam guru yang mendapat pendidikan di Malay Women Training Collage di Melaka. Bekas-bekas guru ini ditemubual untuk melihat fenomena pendidikan formal di sekolah pada masa pascamerdeka dan pendidikan kesantunan yang mereka terima daripada ibu dan bapa mereka. Bekas guru-guru ini dipilih sebagai responden untuk kajian ini kerana mereka diakui sebagai orang yang berpengetahuan dalam bidang mereka dan mereka berwibawa mendidik anak murid sehingga berjaya. Guru-guru ini juga telah mendidik anak-anak mereka sendiri dengan cemerlang sama ada dalam bidang akademik atau sahsiah. PENDIDIKAN AWAL Kesemua guru ini menerima pendidikan awal di sekolah rendah sebelum pergi ke maktab perguruan. Semasa di sekolah, mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu mencakupi pelbagai bidang. Walaupun mereka hanya bersekolah sehingga darjah 6, mereka diberi ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dan meluas. Misalnya, menurut Pn. Hajjah Zakiyah, semasa dalam darjah lima, mereka sudah mengkaji Hikayat Hang Tuah, Pelita Bahasa, Ilmu Alam dunia dan berupaya mementaskan drama sebagai pengukuhan pembelajaran Bahasa Kebangsaan. Ini membuktikan bahawa murid sezaman mereka cukup matang untuk dilatih menjadi guru kerana sudahpun dibekalkan dengan pelbagai jenis ilmu. Menurut Pn. Hajjah Aminah, kanak-kanak dahulu lebih matang dan mampu menyelesaikan tugasan yang diamanahkan. Misalnya, jika disuruh membuat baja organik untuk tanam-tanaman, mereka dengan taat dan patuh menyediakannya. Walaupun bahan-bahannya agak meloyakan tekak, mereka tetap meneruskan tugasan mereka. Ini kerana, dalam kegiatan pertanian, mereka disuruh menanam sayur-sayuran dan kejayaan mereka dilihat dengan keadaan tanaman mereka. Mereka juga cukup hormat dengan guru-guru mereka. Jika mereka berjumpa guru di luar sekolah, mereka akan memberi hormat, malah adakalanya tidak berani bertentangan mata dengan guru-guru tersebut. Sesuai dengan adab santun Melayu, iaitu orang yang rendah tarafnya akan menghormati orang yang lebih tinggi tarafnya. Antaranya, tidak memandang tepat pada mata orang yang yang bertaraf tinggi dengan lama. Selain itu, sebagai tanda menghormati guru juga mereka seboleh mungkin mematuhi semua arahan dan ajaran guru seolah-olah guru mereka berada di hadapan mereka. Bagi pendidikan tidak formal pula, mereka dididik dengan budaya Melayu sepenuhnya. Ini kerana, ibu mereka sangat prihatin dalam soal adab santun kerana konsep menjaga air muka. Misalnya seorang anak mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan masyarakat setempat, ibu bapa merupakan orang yang akan dipersalahkan. Oleh itu, ibu bapa akan menerapkan nilai dan norma masyarakat dengan sesungguhnya supaya anak-anak mereka menjadi individu sebagaimana kehendak masyarakat. Mereka juga sangat berpegang kuat dengan Islam, iaitu teras budaya Melayu. Untuk menghasilkan anak-anak yang baik dan patuh kepada orang tua, pendidikan agama sangat kuat pengaruhnya. Ibu akan selalu menyuruh anak-anak mereka solat apabila cukup masanya. Didikan ini bermula semenjak kecil lagi. Misalnya, kekerapan ibu melakukan ibadah ini akan diperhatikan anak-anak dan menjadi ‘role model’ kepada mereka. Kepatuhan mengerja solat dalam waktunya membolehkan anak-anak terdidik dengan disiplin menghargai masa dan taat kepada perintah. Secara tidak langsung mereka diajar untuk menyaring keperluan, iaitu mendahulukan perkara yang penting. Apabila mereka sudah terbiasa dengan keadaan di atas, mereka lebih mudah untuk menuruti perintah orang tua mereka. Mereka juga tidak sama sekali melakukan sebarang kesalahan kerana kekuatan didikan agama yang telah diterapkan. Ini menjadikan mereka capat matang dan tahu untuk bertindak dengan betul. Betul di sini bermaksud sebarang tindakan itu diambil dengan berlandaskan kehendak agama dan keperluan kepatuhan kepada nilai masyarakat mereka. Ini bermakna, tindakan mereka tidak akan memalukan orang tua mereka. Nilai patuh seseorang anak juga dapat dilihat apabila mereka boleh bertindak dengan hanya pandangan mata ibu atau bapa. Perkara sebegini kerap berlaku apabila terdapat tetamu di rumah mereka. Jika ibu bapa hendak menegur perbuatan anak mereka, mereka hanya perlu menggunakan mata sabagai isyarat dan anak-anak mereka cukup faham akan maksud ibu atau bapa mereka. PENDIDIKAN LANJUTAN Semasa di maktab, tatatertib dan adab sopan sangat ditekankan oleh tenaga pengajar. Misalnya, penuntut-penuntut baharu mesti tunduk hormat jika berselisih dengan penuntut lama. Mereka juga melakukan kerja-kerja pembersihan sendiri dengan cara bergilir-gilir. Mereka membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan tugas membersihkan bilik, membasuh pakaian, menggosok pakaian, membantu tukang masak dan membantu membasuh pinggan semua penuntut maktab secara bergilir-gilir. Mereka bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan tanpa banyak soal. Sikap saling bekerjasama dan bertolak ansur merupakan satu faktor yang menjayakan aktiviti di atas. Oleh sebab mereka semua dididik dengan pegangan agama yang kuat, mereka melakukan tugas dengan jujur. Kes kecurian juga sangat jarang berlaku. Mereka juga dididik menjaga kebersihan sesuai dengan ciri-ciri dan keperibadian seorang wanita. Misalnya, pakaian yang tidak bersih akan diminta dicuci semula oleh penyelia asrama. Jika tiada penuntut yang mengakui bahawa itu pakaiannya, pakaian tersebut akan dibuang ke dalam tong sampah. Oleh sebab mereka menuntut di maktab perempuan, pergaulan dengan lelaki sangat dilarang di maktab tersebut. Kesemua tenaga pengajar adalah wanita. Walaupun begitu, terdapat seorang ustaz yang diambil sebagai tenaga pengajar di maktab tersebut. Namun, ustaz tersebut sudah berusia. Ini kerana, pihak pentadbir tidak mahu ada berlaku sebarang hubungan antara pengajar dan penuntut. Bahkan, jika bapa penuntut ingin berjumpa anaknya di maktab juga tertakluk dengan peraturan ketat. Bapa mesti memaklumkan kedatangan mereka dan mereka akan ditempatkan di bilik menunggu yang terpisah daripada asrama penuntut. Mereka hanya boleh berjumpa anak mereka di tempat yang dikhaskan sahaja dan dengan kebenaran pentadbir. CARA MENDIDIK ANAK Semua guru yang ditemubual berpendapat bahawa mendidik anak memerlukan kaedah yang lembut tetapi tegas. Anak-anak tidak boleh dimarahi atau dileteri sewenang-wenangnya. Anak-anak hanya akan dimarahi jika mereka berbuat salah. Selainnya, teguran secara lembut digunakan untuk menyedarkan anak-anak ini. Menurut Pn. Hajjah Che Lian, beliau menegur anak atau cucu-cucunya dengan lembut. Anak-anak dipanggil untuk menanyakan sebarang masalah yang anak mereka hadapi. Kemudian, beliau lebih bertindak sebagai seorang kawan untuk mendekati anak dan cucu-cucunya. Begitu juga yang dilakukan Puan Hajjah Aminah yang memeluk anak-anaknya jika anak-anak atau cucu-cucunya memberontak. Menurutnya, apabila anak-anak ini dipeluk, kemarahan yang mereka hadapi akan reda. Apabila kemarahan reda, lebih mudah untuk memujuk anak-anak ini dan membuatkan mereka faham mengapa sesuatu tindakan itu dilakukan. Dengan cara ini juga, anak-anak mengetahui bahawa ibu atau bapa mereka sebenarnya sangat sayang akan mereka. Sebagai seorang guru, anak-anak juga dididik seperti anak-anak murid di sekolah. Sebarang perbuatan seperti merotan, menegur dan sebagainya dilakukan untuk mendidik dan bukannya mendera. Untuk mencapai matlamat itu, setiap tindakan yang dilakukan mesti dijelaskan sebabnya agar anak faham akan tindakan tersebut dibuat. Jika tidak, anak-anak akan terus memberontak dalam diam kerana berasa tidak puas hati. Tunjang pendidikan anak-anak ialah didikan agama. Kekuatan amalan keagamaan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk anak-anak mereka bertindak dengan betul dan tepat apabila menghadapi sebarang masalah. Ada juga masanya anak-anak akan dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan. Rotan digunakan untuk menimbulkan rasa gerun dalam diri anak-anak bagi mengelakkan mereka melakukan kesalahan yang sama. Merotan hanya untuk tujuan mendidik bukan untuk mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Juga tidak boleh dilakukan selalu kerana dikhuatiri anak-anak jadi mangli dan kebal dengan libasan rotan. Jika ingin memarahi anak-anak, gunakan nama yang mempunyai kuasa seperti “Allah” kerana anak-anak ini mudah lembut hatinya mendengar kalimah tersebut. Saat yang terbaik untuk mendidik anak tentang sopan santun Melayu ialah ketika waktu makan. Lazimnya, keluarga Melayu pada sezaman itu mesti berkumpul bersama-sama apabila tiba waktu makan. Pada waktu ini, ketua keluarga boleh bertanya tentang keadaan anak-anak dan keperluan mereka. Ini kerana, kebanyakan bapa hanya makan bersama-sama keluarga apabile pulang bekerja. Jadi, kesempatan bersama keluarga ketika makan boleh mengeratkan hubungan bapa dan anak-anak. Anak-anak juga diajar untuk menghormati tetamu. Jika tetamu datang, tetamu mesti dijamu sekurang-kurangnya dengan air minuman. Lazimnya, apabila tetamu berbual, anak-anak akan menghantar minuman kepada ibu untuk dihidangkan kepada tetamu. Anak-anak tidak boleh menghidangkan minuman di depan tetamu kerana dianggap kurang sopan. Anak-anak mesti berada di dalam bilik sehingga para tamu pulang. Ini kerana, jika anak bersama-sama dengan tetamu semasa perbualan berlangsung, tindakan tersebut mencerminkan tingkah laku yang kurang sopan. Asuhan sebegini tidak membezakan jantina. Menurut semua responden, anak-anak diasuh dengan cara yang sama sedari kecil sehingga meningkat umur 12 tahun. Umumnya, pada ketika ini, anak-anak sudah mencapai peringkat baligh. Sebelum itu, semua didikan, asuhan dijalankan dengan tiada perbezaan antara lelaki atau perempuan. Cuma apabila sudah baligh, anak-anak perempuan lebih dipinggit berbanding lelaki. Walaupun begitu, anak-anak perempuan akan diberi kebebasan untuk keluar rumah dalam tempoh masa tertentu, misalnya satu jam dan ditemani kawan-kawan perempuannya. Pakaian anak-anak perempuan ini turut dijaga dengan memakai baju kurung dan bertudung. Bagi anak lelaki, mereka juga diberi kebebasan untuk keluar bersiart-siar tetapi mestilah diketahui ke mana tujuannya dan dengan siapa dia bersama. Hal ini sangat penting bagi mengawal pergaulan anak-anak lelaki di luar rumah. Masa bersama rakan juga ditetapkan, lazimnya mereka diminta pulang setelah dua jam berada di luar rumah. Jika mereka ingin keluar pada waktu malam, mereka mesti menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu dan pulang awal supaya tidak mengganggu orang lain. Pada kebiasaannya, ibu pada masa itu sentiasa bersama anak-anak. Walaupun kesemua responden bekerja, mereka sentiasa meluangkan masa dan perhatian buat anak-anak. Hubungan yang sangat rapat ini membolehkan ibu menerapkan sepenuhnya budaya Melayu kepada anak-anak. Malah, ibu-ibu ini juga yang mendidik anak-anak mereka dalam bidang akademik. Jadi, tidak hairanlah jika semua anak mereka amat berjaya dalam bidang akademik. MENDIDIK ANAK MURID Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru-guru ini menggunakan pendekatan yang lembut tetapi tegas. Oleh sebab kesemua guru perempuan tersebut mengajar di sekolah rendah, mereka menangani masalah anak-anak murid sebagaimana melayani karenah anak-anak. Jika anak murid melakukan kesalahan, mereka akan ditegur beberapa kali. Jika teguran itu tidak boleh membetulkan kesilapan murid, murid yang berkenaan akan didenda. Dendaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Jika murid tidak dapat menghafal sifir atau tidak menyiapkan kerja rumah, dendaan yang kerap dilakukan ialah menahan mereka selepas waktu persekolahan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Seringkali juga anak murid yang bermasalah begini ditahan selepas waktu persekolahan untuk menghafal sifir dan membantu mereka meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu. Jika murid melakukan kesalahan seperti bergaduh atau bising di dalam kelas, bekas guru ini akan bertindak segera untuk menanganinya. Mereka akan meletakkan murid yang berbuat bising di hadapan kelas agar boleh diperhatikan sentiasa. Sesudah itu, guru akan menjelaskan kepada kelas tentang tindakan guru tersebut supaya menjadi pengajaran kepada yang lain. Murid yang dihukum pula akan dijelaskan tentang kesalahannya dan berunding secara baik agar murid berkenaan tidak lagi mengulangi kesalahannya. Bagi Tuan Haji Zakaria, dia pernah merotan murid kerana melakukan kesalahan disiplin. Ini kerana, beliau pernah mengajar di sekolah menengah dan menjadi guru disiplin. Namun, bukan semua kesalahan boleh dijatuhkan hukuman rotan. Hanya kesalahan-kesalahan tertentu sahaja dan dilakukan oleh guru yang mempunyai kuasa merotan sahaja. Di sekolah rendah, hukuman rotan sangat jarang dikuatkuasakan kerana faktor umur dan peluang murid untuk berubah masih besar. Bagi Puan Hajjah Che Mah yang bertugas sebagai guru tahun satu selama 30 tahun berpendapat bahawa mendidik kanak-kanak sebegitu tidaklah sukar. Tiga bulan yang pertama sememangnya masa yang sukar bagi guru darjah satu. Namun selepas tempoh itu, kesemua anak murid akan mematuhi pengajaran guru.Caranya, Puan Hajjah Che Mah akan memuji setiap perkara positif yang dibuat anak muridnya. Jikalau anak muridnya dapat menambah walau sedikit markah atau boleh membuat bulatan dengan lebih baik, beliau akan memuji-muji anak murid berkenaan. Ini kerana, dengan memuji mereka, kanak-kanak ini semakin bersemangat untuk melakukan latihan dengan lebih baik. Untuk memastikan kanak-kanak ini tidak ponteng sekolah, beliau akan mereka cerita untuk diperdengarkan sebelum sesi persekolahan tamat. Namun, ceritanya itu tidak akan dihabiskan pada hari itu dan akan disambung pada keesokan harinya. Unsur-unsur suspens sebegini menjadikan murid sentiasa berkeinginan untuk ke sekolah. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MURID Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid pada hari ini. Semua responden bersetuju bahawa televisyen dan pengasuh dari luar negara merupakan faktor utama tingkah laku murid menjadi agak biadap. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak diserahkan kepada pengasuh yang kebanyakannya diambil dari Indonesia dan Filipina untuk dijaga. Tanpa disedari, anak-anak ini didedahkan dengan nilai dan norma bangsa-bangsa ini melalui proses peniruan. Segala amalan budaya pengasuh mereka terserap secara tidak langsung kerana mereka menghabiskan waktu yang panjang bersama-sama. Selain itu, ketiadaan perhatian daripada ibu dan bapa menjadikan anak –anak menhabiskan masa dengan menonton televisyen. Dewasa ini, terlalu banyak rancangan televisyen yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak dan remaja. Misalnya, rancangan Barat yang menampilkan pelakon dengan pakaian mencolok mata, budaya berpeleseran, pergaulan bebas dan keganasan. Malah, filem-filem tempatan juga secara tidak disedari memaparkan budaya tidak menghormati orang lain. Misalnya, seorang isteri yang mengongkong suami, suka menuduh dan mengugut suami. Apabila cerita-cerita sebegini selalu ditayangkan, masyarakat mula menyerap budaya serong yang sering mereka lihat. Ringkasnya, masyarakat menerima budaya songsang ini sebagai betul dan moden. Namun, bagi orang yang ‘beradat’ budaya sebegitu cukup menyakitkan hati. Perkahwinan campur juga turut menjadi punca budaya Melayu semakin berubah. Menurut Puan Hajjah Aminah, ini kerana ibu adalah orang yang mendidik anak-anak. Jika seorang lelaki Melayu mengahwini wanita yang bukan berketurunan Melayu, anak-anak mereka masih didaftarkan dengan keturunan Melayu. Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia, nasab anak berdasarkan keturunan ayahnya. Hal ini akan menjadikan anak-anak hasil daripada perkahwinan itu mengamalkan budaya yang bercampur-campur. Jika ibu sentiasa bersama dengan anak-anaknya, budaya yang diamalkan siibu akan meresap ke dalam diri anak-anak. Lazimnya, ibu akan membawa budayanya dalam membesarkan anak-anak. Jika ibu berbangsa Cina, anak-anak akan dibesarkan dengan budaya Cina. Misalnya, memakai seluar dan skirt. Masyarakat sekarang juga menyumbang kepada kelakuan biadap generasi muda sekarang ini. Anggota masyarakat sudah tidak berani menguatkuasakan undang-undang adat sebagaimana yang pernah diamalkan dahulu. Budaya tidak menjaga tepi kain orang sudah menjadi biasa dalam kalangan anggota masyarakat hari ini. Ini kerana, terdapat kecenderungan orang yang diberitahu kesalahan anaknya menyalahkan masyarakat kerana suka mengambil tahu akan halnya. Keadaan ini menyebabkan masyarakat sudah tidak memperdulikan orang lain dan apa yang berlaku di sekitarnya. Selain itu, sikap ibu bapa yang kurang menegur dan memarahi anak-anak juga menjadikan anak-anak semakin biadap. Oleh sebab ibu bapa terlalu banyak menghabiskan masa di luar rumah, ibu bapa menggantikannya dengan memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Apa sahaja kesalahan anak didiamkan. Malah, ada ibu bapa yang tertipu oleh lakonan anak yang berbuat baik di hadapan mereka. Tambahan pula, anak-anak muda sekarang ini lebih sukakan keseronokan semata-mata. Ini kerana, ibu bapa memberikan kemewahan yang berlebihan untuk mengambil hati anak-anak. Namun, kemewahan itu sering kali disalahguna untuk hal yang bukan-bukan. Lebih memburukkan keadaan, masyarakat kini kebanyakannya bersikap sebegitu, terlalu bebas pergaulannya dan mementingkan keseronokan dunia. RUMUSAN Pendidikan kesantunan bermula daripada ibu bapa. Jika ibu bapa mengamalkan nilai dan norma Melayu dengan betul, pasti anak-anak akan berkelakuan yang sama. Kekuatan pegangan nilai dan norma sangat berkait rapat dengan pegangan dan amalam Islam dalam kehidupan seseorang individu. Anak-anak yang terdidik dengan sopan dan santun Melayu lazimnya tidak akan melakukan sebarang salah laku sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Jika keluarga tidak mendidik ana-anak dengan baik, semasa di sekolah, guru akan menghadapi cabaran yang hebat untuk membetulkan sahsiah murid. Ini kerana, apa yang akan disampaikan guru adakalanya bercanggah dengan amalan murid itu di rumah bersama ibu bapanya. Oleh itu, seseorang guru mestilah komited dengan tugas mendidik anak murid. Sepatutnya tugas mendidik bukan hanya berfokuskan akademik sahaja tetapi juga meliputi sahsiah, rohani dan emosi. Seharusnya, pencapaian kecemerlangan murid turut merangkumi kecemerlangan mereka mengawal emosi, ketrampilan pergaulan dan keupayaan menjadi contoh yang baik. Posted by Prof. Emeritus Abdullah Hassan, MA (Mal), Ph.D. (Edin) at 12:44 AM