Sunteți pe pagina 1din 11

KUALITATIF

Penyelidikan Kualitatif

Penyelidikan lapangan atau field research (participant observation) sesuai dijalankan apabila kita mengkaji sikap atau tingkahlaku yang boleh difahami dalam keadaan atau persekitaran semulajadi. Dalam penyelidikan lapangan pemerhati atau pengkaji boleh memainkan beberapa peranan termasuk menjadi subjek kajian. Isu etika pengkaji menjadi subjek kajian perlu diatasi. Misalnya jika subjek kajian mengetahui pengkaji sedang memerhatikan tingkahlakunya kemungkinan subjek akan mempunyai reaksi yang berlainan.

Practices (Amalan) Episode Encounters Roles (Peranan) Relationship (Hubungan) Groups (Kumpulan) Organisasi Settlements (Penempatan) Social World (Dunia Sosial) Lifestyle or sub-culture (Kehidupan atau subkebudayaan)

Paradigma Penyelidikan Kualitatif

Naturalisme Satu pendekatan penyelidikan lapangan atau participation observation yang berdasarkan andaian bahawa realiti sosial wujud dan ianya boleh diperhatikan dan diterangkan. Pendekatan naturalisme akan menceritakan sesuatu perkara atau isu dalam keadaan yang sedia ada bukan daripada aspek atau berdasarkan pemahaman penyelidik.

Etnografi Satu kajian yang memberi fokus kepada butir-butir dan deskripsi yang tepat dan bukan kepada penerangan. Etnografi merupakan satu paradigma naturalisme. Etnometodologi Satu pendekatan untuk mengkaji kehidupan sosial yang memberi fokus kepada penemuan yang tidak dapat di lihat dengan jelas. Sesuatu andaian atau persetujuan yang tidak di cakap. Kaedah ini akan melibatkan pecahan sesuatu andaian atau persetujuan itu dengan sengaja supaya kehidupan sosial yang tidak dapat dilihat dengan jelas itu dapat diperhatikan. Kaedah pecahan sesuatu andaian ini dengan sengaja di popularkan oleh Harold Garfinkel.

Pendekatan etnometodologi adalah berasaskan fenomenologi dimana realiti dibina berdasarkan andaian pengkaji atau pemerhati sosial. Contoh : How are you ? Teori Grounded Satu pendekatan induktif untuk mengkaji kehidupan sosial dan bertujuan untuk membina teori berdasarkan pemerhatian yang dibuat.

1.

2.

3.

Tiga garis panduan yang dicadangkan semasa menggunakan pendekatan teori grounded ialah Memberhentikan pemerhatian kita secara berkala dan bertanya soalan apa yang sedang berlaku! Tidak menerima semua data yang di perolehi secara terus tanpa menelitinya dengan data sebenar secara terperinci. Mengikut prosedur penyelidikan kerana dalam prosedur penyelidikan selalunya dibina unsur-unsur untuk mengelakan bias. Teori grounded mementingkan prosedur penyelidikan supaya validiti dan reliabiliti data dapat dicapai semasa data dianalisa.

Kajian Kes Mengkaji sesuatu fenomena sosial dengan mendalam. Misalnya seorang individu, sesuatu komuniti, satu keluarga dan sekumpulan orang dalam sesuatu masyarakat. Etnografi Institusi Satu teknik penyelidikan dimana pengalaman peribadi individu digunakan untuk menerangkan hubungan dengan institusi dimana individu berfungsi. Penyelidikan Participatory Action Satu pendekatan penyelidikan sosial dimana subjek atau kumpulan yang dikaji akan diberikan kuasa untuk mengawal dan menentukan prosedur dan cara kajian dibuat.

Pelaksanaan Penyelidikan Kualitatif

Persediaan membuat kerja lapangan membuat ulasan karya (literature review) atau meneliti maklumat sedia ada. Menentukan dan menemubual key informant. Temubual Kualitatif Berbeza dengan temubual survei, temubual kualitatif adalah berdasarkan satu set topik yang akan dibincangkan secara mendalam berbanding dengan soalan-soalan khusus yang sudah ditentukan dalam kajian survei.

Kumpulan Fokus Satu kumpulan subjek akan ditemubual serentak untuk mengadakan satu perbincangan. Merekodkan pemerhatian apa yang perlu direkodkan ?

Kekuatan dan kelemahan penyelidikan kualitatif

dapat melihat perubahan dalam sikap dan tingkahlaku. fleksibel tidak dapat membuat perbandingan secara statistical.

S-ar putea să vă placă și