Sunteți pe pagina 1din 14

BMMB 3013: LINGUISTIK TERAPAN

BAHASA MELAYU

Analisis ayat tunggal

Disediakan oleh:
1) Nor Aqilah binti Samsudin
2) Nor Hidayah binti Mohamad Azhar
3) Nor Amalina binti Mohd Tamizi

Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu
yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu
konstituen predikat.
Terbit daripada ayat dasar.

Contoh
Subjek

Predikat

Ahmad

guru.

Sabar itu

separuh daripada iman.

Kamu

keluar.

Binaan ayat tunggal terdiri daripada frasa nama


yang terbentuk daripada salah satu unsur berikut:
i. Kata nama.
ii. Kata ganti nama.
iii. Kata kerja yang berfungsi sebagai kata
nama.
iv. Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.

Manakala binaan predikat pula dibina daripada


unsur-unsur berikut :
(i) Frasa nama.
(ii) Frasa adjektif.
(iii) Frasa Kerja.
(iv) Frasa sendi nama.

Susunan Konstituen Ayat


Tunggal
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan:
(i) Susunan biasa.
(ii) Susunan songsang.

Susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan


konstituen subjeknya adalah di hadapan
konstituen predikat. Contohnya:

Subjek

Predikat

Guru itu

telah memenangi
hadiah pertama.

Semua pelajar kita

berjaya dalam
peperiksaan tahun lalu.

Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam


konstituen predikat yang biasanya hadir selepas
subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur
yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan
penegasan, iaitu melalui proses pendepanan.
Terdapat dua proses pendepanan yang berlaku
dalam predikat:
(i) Pendepanan seluruh predikat.
(ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat.

Pendepanan seluruh
predikat
a) Perangainya baik sungguh.
b) Baik sungguh perangainya.
c) Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
d) Berjaya juga akhirnya pendaki itu.

Pendepanan sebahagian
daripada predikat
Contoh
(a) Perangainya baik sungguh.
(b) Baik sungguh perangainya.
(a) Orang tua itu sangat rajin.
(b) Sangat rajin orang tua itu.
Bahagian bahagian daripada predikat boleh
mengalami proses pendepanan secara
berasingan.
i. Pendepanan frasa kerja.
ii. Pendepanan frasa adjektif.
iii. Pendepanan frasa sendi nama.

i) Pendepanan kata kerja.


a) Pendepanan frasa kerja sahaja.
Dalam proses ini, bahagian dalam frasa kerja, iaitu
kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau
kata kerja dengan kata bantu boleh mengalami
proses pendepanan.
Contoh :
- Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang.
- Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
b) Pendepanan kata kerja dengan objek.
-) Dia membaca buku di perpustakaan.
-) Membaca buku dia di perpustakaan.

c) Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.


- Budak-budak itu masih bermain di padang
- Masih bermain budak-budak itu di padang.
ii) Pendepanan frasa adjektif.
d) Pendepanan frasa adjektif sahaja.
- Dia sakit pada masa itu.
-) Sakit dia pada masa itu.
b) Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
-) Buah itu belum tentu baik di bahagian dalamnya.
-) Belum tentu baik buah itu di bahagian dalamnya.

iii) Pendepanan frasa sendi nama.


* Frasa sendi nama sebagai predikat.
* Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam
predikat.
Frasa sendi nama sebagai predikat.
(a) Hadiah itu untuk ibu pada majlis hari lahirnya.
(b) Untuk ibu hadiah itu pada majlis hari lahirnya.
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam
predikat.
(a) Saya berpegang pada janji.
(b) Pada janji saya berpegang.

S-ar putea să vă placă și